CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3750|Reply: 16

Apam Balik Buah-buahan Homemade, Tak Perlu Lagi Tunggu Pasar Malam!

[Copy link]
Post time 13-2-2017 06:11 PM | Show all posts |Read mode
Siapa yang tak kenal dengan apam balik. Apam balik merupakan salah satu kuih yang harus dibeli setiap kali mengunjungi pasar malam. Bagi anda yang rajin memasak dan mencuba masakan baru, apa kata kali ini cuba buat sendiri apam balik pula!


Anda sebenarnya boleh letak apa sahaja sebagai inti mengikut cita rasa lidah anda.


Jadi kali ini, kita cuba buat apam balik inti kismis atau campuran buah-buahan, kacang dan gula! Resipi ini dikongsi Joha Hassan menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).








Bahan-bahannya
4 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar gula pasir
2 biji telur
Secubit garam
1/4 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh soda bikarbonat
500 ml pati santan di campurkan dengan 1 cawan air suam
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning telur




Bahan-bahan inti (ikut citarasa)
1 mangkuk kacang goreng, ditumbuk halus
1 mangkuk jagung manis dalam tin
1 mangkuk gula pasir
Kismis atau buah-buahan campuran
Peanut butter
Krim Cheese




Cara membuatnya
1. Campur tepung, garam dan gula. Gaul rata.


2. Masukkan serbuk penaik dan soda bikarbonat. Kacau rata.


3. Masukkan dua biji telur, santan dan sedikit air suam. Pukul semua bahan sehingga sebati. (Tepung nya jangan terlalu pekat atau cair).


4. Masukkan esen vanila dan pewarna. Gaul rata dan ketepikan.


5. Panaskan kuali rata yang tak melekat (non-stick pan) dan masukkan doh secukupnya ke dalam kuali dan ratakan sehingga menjadi bulat sempurna. (Tip untuk mendapatkan kulit apam yang tebal: Guna api yang kecil, biarkan doh masak secukupnya sebelum memasukkan intinya).


6. Bila buih-buih kelihatan, tunggu hingga ia hampir kering. Kemudian, masukkan jagung, kacang goreng dan gula pasir secukupnya. Tip: Jangan letak terlalu banyak nanti ia akan terkeluar bila dilipat dua).




Facebook Joha Hassan / Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)





7. Lipat dua lempeng anda. (Tip: Untuk mendapatkan kulit kempeng kelihatan bersih dan rata, jangan letak sebarang minyak atau mentega ketika membakar lempeng).




Kalau menjadi dan sedap, pasti sangat berpuas hati terutama jika dimakan bersama yang tercinta. Selamat mencuba! - CARI




Kredit Resipi: ‎Joha Hassan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 06:26 PM | Show all posts
dapnyaaaaa weiii
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
dapnyaaaa  bolehlah iollss tambah nutella !! yummyss
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 07:35 AM | Show all posts
sedapnya nak jagung banyakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 09:24 AM | Show all posts
belum rasa lagi dah tau sedap.

apam memang sedap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2017 10:04 AM | Show all posts
iols suka apam without kacang... letak jagung lebih n marjerin lebih. mmh yummmy
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 08:24 PM | Show all posts
aku diet.....sedihhhh.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 08:40 PM | Show all posts
Terbaikkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
apam balik nipis n crispy pun guna batter yg same kah
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 12:41 AM | Show all posts
sedapnya..I love apam balik... dulu masa kerja sementara kat Subang Parade, selalu beli apam balik kat pakcik yg jual di stesen KTM Subang...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 03:24 PM | Show all posts
sedap wess..taruk jagung bnyk2 n ltk chocolt
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 01:00 PM | Show all posts
nyummmsss
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
saya pun dah belajar buat yang crispy masa pkp 1 haritu .. senang aje rupanya. untuk yang crispy tips dia buat batter at least 2-3 jam in advance .. bagi batter rest dalam fridge kejap. kalau overnight lagi bagus .. nanti apom jadi cantik kejadian and senang nak lenggang
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam sedap
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq share resepi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2021 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh la try nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakw ...
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 407992 Replies : 8499
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 63208 Replies : 546
Pembicaraan 1MDB sudah sampai ke penghujung, Najib ada kepentingan peribadi
maklukpenggodaPembicaraan 1MDB sudah sampai ke penghuj
Views : 25778 Replies : 14
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 5191 Replies : 8
Video tular menunjukkan tangan Netanyahu terketar-ketar dan tertekan semasa berucap di televisyen mengenai ancaman terhadap Iran
YgBenarVideo tular menunjukkan tangan Netanyahu
Views : 6441 Replies : 5
Lima produk kosmetik dikesan mengandungi racun - KKM
maklukpenggodaLima produk kosmetik dikesan mengandungi
Views : 9276 Replies : 39
Abang terlantar di Hospital Korea Selatan,keluarga buntu dan terdesak perlukan 200k untuk bawa pulang ke Malaysia
YgBenarAbang terlantar di Hospital Korea Selata
Views : 25089 Replies : 55
Gadis Kazakhstan Tak Kisah Kahwin Dengan Lelaki Malaysia Gaji RM3,000.Cinta dan keikhlasan lebih penting daripada jumlah gaji yang diterima
YgBenarGadis Kazakhstan Tak Kisah Kahwin Dengan
Views : 26955 Replies : 12
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 103461 Replies : 5627
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105086 Replies : 1645

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.098259 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list