CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35775|Reply: 325

[Tempatan] 7kg max, no backpack

[Copy link]
Post time 16-3-2017 05:03 PM | Show all posts |Read mode


nampaknya, tiap kali kaktom nak fly airasia kena beli baggage. make up kaktom pun 2kilo, bek 1kilo, dgn bra underwear baju kurung lagi, sure over 7 kilos.

lebih jimat kaktom fly lain company. dapat free 20 30 kilogram.



Polisi Baru Bagasi 7kg AirAsia Jadi Kontroversi, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

"Kalau begitu, lebih baik tukar kepada penerbangan lain," kata netizen.


  • Minggu lepas, AirAsia telah mengumumkan polisi baru dimana bagasi penumpang tidak boleh melebihi 7kg

    • Sebenarnya, peraturan ini telah pun dikenakan sejak dua tahun lepas tetapi tiada tindakan serius yang diambil kepada penumpang sehinggalah mereka mula memperketatkan semula peraturan ini pada minggu lalu.

      Polisi baru ini memaklumkan bahawa penumpang hanya boleh membawa satu bagasi yang tidak melebihi ukuran saiz (56cm x 23cm x 26cm) dan barang peribadi yang kecil seperti komputer riba ataupun beg tangan. Berat kedua-dua barang ini mestilah tidak melebihi 7kg.

      Sekiranya bagasi melebihi berat yang telah dimaklumkan, penumpang akan dikenakan denda sebanyak RM200 dan bagasi itu akan diambil untuk didaftarkan sebagai checked baggage.
      says.com



  • Namun, ramai masyarakat tidak gembira dengan pertukaran polisi baru ini

    • Ramai daripada penumpang setia AirAsia tidak berpuas hati dengan polisi baru ini. Terutamanya mereka yang terdiri daripada golongan backpackers, ramai diantara mereka yang menyatakan bahawa polisi baru ini akan menyusahkan penerbangan dan merumitkan lagi keadaan di lapangan terbang.
      says.com



  • "Ini yang akan terjadi apabila AirAsia menguatkausakan polisi 7kg untuk dua bagasi. Bagi mereka yang ingin menaiki penerbangan, anda perlu berada di KLIA 2 empat jam lebih awal"

    • Semalam, seorang pengguna Facebook yang bernama mamat telah memuat naik sebuah gambar dimana beliau telah berkongsi situasi sesak yang berlaku di KLIA 2. Beliau berpendapat bahawa polisi baru yang diperketatkan oleh AirAsia ini akan membuat lagi keadaan di lapangan terbang bertambah teruk.

      Dalam gambar tersebut, keadaan menunjukkan kesesakan telah berlaku di kaunter bagasi di mana para penumpang mengambil masa yang lama untuk mendaftar bagasi mereka.

      Jadi, kalau undang-undang ini diperketat, boleh bayangkan apa akan terjadi?




  • Untuk makluman, bukan AirAsia sahaja yang melaksanakan polisi ini. Sebenarnya, bagasi 7kg ini merupakan prosedur standard bagi kebanyakan syarikat penerbangan lain.

      • [color=rgba(255, 255, 255, 0.8)]Image via Singapore Airlines
        Polisi yang sama turut dilaksana oleh Singapore Airlines.

      • [color=rgba(255, 255, 255, 0.8)]Image via Virgin Australia
        Virgin Airlines pun sama.

      • [color=rgba(255, 255, 255, 0.8)]Image via Emirates
        Emirates turut tidak terlepas.


  • SAYS sempat menghubungi pihak AirAsia bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan polisi ini

      • [color=rgba(255, 255, 255, 0.8)]Image via yimg.com


    • Menurut AirAsia, staf mereka sedia berkhidmat bagi membantu memudahkan urusan para penumpang ketika urusan mendaftar masuk bagasi di kaunter.

      Mereka juga mengingatkan para penumpang agar tiba lebih awal di lapangan terbang, sekurang-kurangnya 3 jam sebelum jadual penerbangan.
      says.com






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2017 05:04 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 05:05 PM | Show all posts


This will happen when AirAsia implement the 7KG policy for 2 cabin luggages. Those who catch flight have to be in KLIA2 4 hours in advance.. if not, your flight will say bye bye or be ready for more delays in future.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa no back pack? letih tu nk jinjing beg sambil jln2 ke gate
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 05:11 PM | Show all posts
dan seperti biasa, yang gagal mematuhi undang2 adalah bangsa.......kau teka siapa dik?
ye, tepat sekali tekaan kau dik.
























Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 05:17 PM | Show all posts





tak faham la alya
bayar untuk 20kg? tapi dapat 7kg?
betul ke mamat tu tulis?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2017 05:20 PM | Show all posts
mana senarai syarikat kapal terbang yang rules dia berbeza dari ni, mintak senarai, aku tiap2 tahun kena naik flight nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
alya_daniela replied at 16-3-2017 05:17 PM
tak faham la alya
bayar untuk 20kg? tapi dapat 7kg?
betul ke mamat tu tulis?

Backpack dia tak sampai 7 kilo, tapi pabila  AA implement no backpack, backpack yg tak sampai 7 kilo tu kena masuk luggage yg kena bayar untuk 20 kilo tu...

Tu pun x paham ke camne Nak masuk clever girl ni Nak oiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2017 05:28 PM | Show all posts
white_musk replied at 16-3-2017 05:25 PM
Backpack dia tak sampai 7 kilo, tapi pabila  AA implement no backpack, backpack yg tak sampai 7 ki ...

dekat mana ya kata airasia tak bagi bawa backpack

alya baca tak boleh bawa lebih 7kg je dalam kabin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 05:30 PM | Show all posts
white_musk replied at 16-3-2017 05:25 PM
Backpack dia tak sampai 7 kilo, tapi pabila  AA implement no backpack, backpack yg tak sampai 7 ki ...

kau pun silap dik. backpack kecil yang bawah 30l, boleh bawak masuk cabin dik asalkan tak lebih 7kg dik.


Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun tengah mencari hat mana yang kata tak boleh bawa backpack.

Munasabah juga aa kuatkuasakan. Undang2 7 kg bukan benda baru, tapi ada aja yang bawa terlebih-lebih sampai bertekak dengan staf. Perangai pprt.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Somehow aku setuju dgn rules ni... sbb dah byk  kali naik AA... overhead compartment penuh.. satu hal plak kene jalan sana sini cari ruang kosong nak letak beg.... aku dh stop bwk brg byk naik kapaterbang sejak ada anak kecik..yg lain semua check in.. asal boleh bwk pampers n susu... i'm good to go... jd for now aku sokong je lah AA..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kaktom1 replied at 16-3-2017 05:30 PM
kau pun silap dik. backpack kecil yang bawah 30l, boleh bawak masuk cabin dik asalkan tak lebih 7k ...

Ko yg silap tulis Tajuk juga dik.  
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 05:40 PM | Show all posts
kaktom1 replied at 16-3-2017 05:05 PM
This will happen when AirAsia implement the 7KG policy for 2 cabin luggages. Those who catch fli ...



Pprtnya deols ni. Tak pernah fly ker apa. 7kg cabin bag dah lama implement, rata2 airlines pun policy yg sama. Just org kita yg pprt & ignorance. Selagi boleh nak jimat selagi tu laa dok sumbat segala batu lesung botol budu dlm bag. Bagus la airlines dah start perketatkan cabin bag policy. Dah lama sgt org kita abuse the policy. Padan muka kena byr for luggage!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayaran utk beg 20kg berapa RM ?..

Ps: Sory, i jarang naik air asia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 05:42 PM | Show all posts
alya harap sis @Modngengade yang selalu bawa lebih muatan dalam airasia baca rules baru ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2017 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Malas nak usung beg berat2,cukup ada handbag dgn bag laptop
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 05:44 PM | Show all posts
bagus jugak la.. kadang2 aku tengok org bawak masuk beg besar terkial-kial nak tonyoh dalam overhead compartment tu. lepas tu kelam kabut suruh adek manis pramugari masukkan...
bila adek manis tak mau tolon, terus viral komplen kat public.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 05:46 PM | Show all posts
juliez replied at 16-3-2017 05:40 PM
Pprtnya deols ni. Tak pernah fly ker apa. 7kg cabin bag dah lama implement, rata2 airlines pun ...

kaktom selalu jugak travel dik, mas, sia, air jordan, michael jordan, nike air semua dik. rulezs tu memang ada dik, tapi jarang airlines implement dik. lepas jer bag kaktom 12 15 kilos dik.


Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak selalu kena bawak cecair almost 1 liter. Jadi kena beli luggage juga. Alang2 beli akak melenggang je jln ke gate. Semua barang terus masuk luggage sudah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54266 Replies : 17
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54365 Replies : 2
Notis muflis ke atas Che Ta, anak oleh MARA
maklukpenggodaNotis muflis ke atas Che Ta, anak oleh M
Views : 42819 Replies : 202
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 278974 Replies : 8143
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 31169 Replies : 32
'Tak takut ke esok Allah hisab?' kontraktor pula 'expose' perangai Che Ta selepas MARA
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 753 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50117 Replies : 168
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 45196 Replies : 165
Biar papa asal bergaya - che ta tak bayar gaji driver
zurieyBiar papa asal bergaya - che ta tak baya
Views : 74022 Replies : 711
KL tidak berbaloi dilawati kotor, sesak
maklukpenggodaKL tidak berbaloi dilawati kotor, sesak
Views : 15459 Replies : 37

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.095993 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list