CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3355|Reply: 4

(tvN - 2017) Argon - Kim Joo Hyuk, Chun Woo Hee

[Copy link]
Post time 12-6-2017 12:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Lorra2411 at 7-8-2017 12:35 PM




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2017 12:32 AM | Show all posts
Kim Joo Hyuk And Chun Woo Hee Cast As Leads In Upcoming tvN Drama
U. Kim May 31, 2017



Kim Joo Hyuk and Chun Woo Hee have been confirmed to star in tvN’s new drama “Argon” (tentative title).
Directed by Lee Yoon Jung, “Argon” shares the story of passionate reporters who aim to unveil the truth in a world full of fake news. The title “Argon” appears in the drama as an exploratory news program.
Kim Joo Hyuk will play Kim Baek Jin, the leader of “Argon,” a news program within the drama. He is a reporter and news anchor who values facts and allows no mistakes.
Regarding his role, Kim Joo Hyuk commented, “I think the role of a truthful reporter is more important now than ever. That’s why this drama and character resonated with me more,” and added, “As an actor, it’s thrilling to come across a new and meaningful character. I will do my best to convey that same feeling to our viewers.”
Chun Woo Hee will take on her first lead role as Lee Yeon Hwa, a reporter who works under a short-term contract. Three months before the expiration of her contract, she gets assigned to the news program “Argon” and fights to become an official reporter. Kim Baek Jin (Kim Joo Hyuk) puts her through rigorous training, helping her grow as a reporter.
Chun Woo Hee said, “I liked [the drama] because the script portrayed the characters and situations realistically. It was also interesting to see Yeon Hwa as an autonomous, enduring, and growing character, and I’m also excited to see the other characters come to life. Because the drama deals with reporters, I will do my best to show sincerity and make it easy for our viewers to relate with the drama.”
“Argon” will begin airing in September. Stay tuned for updates on the upcoming drama!
Source (1)


Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
check in

mcm best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2017 07:49 AM | Show all posts

rasanya heroin ni banyak kali tolak offer drama, kali ni accept juga
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2017 10:55 PM | Show all posts
Edited by amany at 25-12-2017 12:30 AM

Review Drama Argon

Ratings Keseluruhan Drama: (10 + 10 + 10 + 3 + 5 = 9.5)

So, this is my first drama review for this year and this post is dedicated to our late Kim Joo Hyuk. You'll be dearly missed, gutaeng hyungnim :')

1. Cerita (10/10)

First impression saya tentang drama sebanyak 8 episod ini: confirm membawa tema berat. But somehow I found that this drama is enjoyable dan taklah berat pun. Mungkin kerana tema kewartawanan/pembaca berita dan pasukan penyiasatan berita itu membuatkan saya rasa ia agak berat (I'm not a wartawan btw)

Argon mengisahkan tentang seorang pembaca berita bernama Kim Baek Jin (Kim Joo Hyuk) yang mengetuai pasukan penyiasatan berita bernama "Argon". Dia disifatkan sebagai seorang yang berprinsip, sangat tegas dan perfectionist menyebabkan dia dilabel sebagai "a difficult boss", tetapi dia memberi inspirasi kepada para junior-nya untuk mengambils serius sesuatu berita dan menyampaikan apa yang benar sahaja.

Dan semestinya kalau dah nama kdrama, asal ada watak protagonis, akan wujudlah watak antagonis yang mahu menjatuhkan watak protagonis itu. Dan drama ini juga tak terkecuali. Tapi disebabkan Kim Baek Jin ada backup yang kuat iaitu penyampai berita veteran yang sangat terkenal iaitu Lee Geun Hwa (Lee Kyoung Young) yang berkongsi aspirasi sama seperti Kim Baek Jin menyebabkan sangat sukar untuk watak antagonis menjatuhkan Kim Baek Jin.


1. Keberkesanan Lakonan (10/10)

Kim Joo Hyuk (Best Actor)
Pada pendapat saya, Kim Joo Hyuk merupakan seorang pelakon yang hebat. Dia boleh membawa apa juga watak dan menyampaikannya dengan penuh perasaan. Sepanjang menonton drama 8 episod ini, saya tak boleh nak point out which part or scene yang ada flaws. I don't know tapi bagi saya lakonan Kim Joo Hyuk was flawless. Setiap tutur kata, gerak badan dan mimik muka, semuanya perfect. Cara dia membawa watak seorang penyampai berita berjaya meyakinkan saya yang if he wasn't an actor, he might be a news anchor. He was that good.

Chemistry antara Kim Joo Hyuk dan Chun Woo Hee pun bukan nampak seperti dibuat-buat. Actually, first step untuk saya tahu yang saya akan enjoy tonton sesebuah drama atau tak adalah saya akan tonton press conference drama tersebut. Kalau para pelakonnya nampak tak awkward dan kemesraan antara mereka bukan dibuat-buat, saya akan tonton drama itu. Sama seperti Argon, I enjoyed their press conference and I did enjoy the drama.

Actually selepas tamat menonton Argon, saya harap dapat tonton drama atau filem terbaharu Kim Joo Hyuk. Tapi tiada siapa tahu dia akan pergi dulu. Hyungnim, I miss you already :')

Chun Woo Hee (Best Actress)
Ini kali pertama saya menonton Chun Woo Hee dalam drama. Sebelum ini saya selalu menonton filem lakonannya. Dalam Argon, Chun Woo Hee memegang watak sebagai Lee Yeon Hwa, seorang wartawan sementara (kontrak). 6 bulan sebelum kontraknya tamat, dia telah dipindahkan ke pasukan "Argon". Sebelum Lee Yeon Hwa menyertai pasukan itu, Argon telah melaporkan satu berita tentang bangunan yang runtuh dan akibatnya banyak nyawa yang terkorban. Pada mulanya, berita itu hanya satu berita biasa tetapi sebaik Lee Yeon Hwa menyertai Argon, dia mula digged around the cases to reveal the truth. Maka kisah Yeon Hwa dan Baek Jin pun bermula.

Saya suka bagaimana Chun Woo Hee menzahirkan watak Lee Yeon Hwa yang struggled untuk dapatkan kerja tetap sebagai wartawan di syarikat penyiaran itu. Dia nampak tidak kekok membawakan watak tersebut.

Saya juga suka melihat Yeon Hwa 'membesar' sebagai seorang wartawan yang bagus hasil tunjuk ajar tegas Baek Jin.

Lee Kyoung Young (Best Supporting Actor)
Okey, saya tak pernah menonton drama di mana pak cik memegang watak baik. Semua watak lakonan pak cik ni yang saya tonton adalah watak villai na'uzubillah. Dialah ketua segala villain yang ada dalam dunia ni. Okay, exaggerate I know.

Sebab itu bila saya tahu dia sangat baik pada Baek Jin, saya mula risau. I don't want him to backstab Baek Jin or do anything behind him. I want him to keep on supporting Baek Jin as one of his favorite hoobae till the end of the story.

Tak tahulah kenapa saya ada perasaan begitu. Mungkin kerana saya dah terbiasa melihat pak cik ni memegang watak villain.

Apa-apa pun, saya sukakan watak pak cik ni. Walaupun dia pembaca berita yang sangat disegani, tetapi dia humble. He's a different person when he's with Baek Jin. Saya suka.

3. Aspek Teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (10/10)

Argon membuka mata saya tentang apa sebenarnya berlaku di sebalik berita yang selama ini kita tonton. Tidaklah keterlaluan jika saya katakan, Argon adalah behind the scene kepada situasi di stesen penyiaran. And I don't know why, I enjoy it so much. Mungkin sebab mereka tak sugarcoat drama ni and they were so straightforward.

Drama ini ada unsur saspen terutama ketika Yeon Hwa mula menyiasat kes bangunan runtuh dan kes itu berkaitan dengan Baek Jin and how she finally revealed the ugly truth behind the case.

Saya juga sukakan chemistry antara setiap pelakon. Walaupun wartawan/penyampai berita muda sangat takut akan Baek Jin, tetapi mereka tetap hormati Baek Jin dan minta pendapat Baek Jin jika mereka hadapi masalah. Hubungan mereka pula sangat rapat dan tak nampak pun macam berlakon. Hahaha.

Ending drama ini buat saya terfikir tentang Musim Ke-2, tetapi selepas pemergian Kim Joo Hyuk, I don't think they will go with Season 2. Apalah Argon tanpa Kim Joo Hyuk.

Yeokshi, tvN memang the best dalam menghasilkan drama bukan berunsur cinta!

4. Skor Muzik (3/5)
Tearliner ft O.When - Youth Comfort


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)
Saya pasti akan menonton semula drama ini, tetapi selepas saya boleh move on daripada rasa sedih setiap kali teringatkan Kim Joo Hyuk


@dauswq

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.151755 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list