View: 2685|Reply: 2
|
NAMA PULAU LANGKAWI MALAYSIA DISEBUT DI DALAM DRAMA HOLLYWOOD STAR TREK 2018
[Copy link]
|
|
GALAKSI VIRAL - Tahun ini kita telah menyaksikan dua selebriti Gred A Hollywood iaitu The Rock dan Justin Timberlake telah menyebut nama Kuala Lumpur Malaysia di dalam video masing - masing. Satu di instagram dan satu lagi video muzik. Kini, yang terbaru, nama Malaysia sekali lagi disebut di media Hollywood tetapi kali ini di dalam sebuah drama sains fiksyen paling popular di dunia iaitu Star Trek : Discovery. Di dalam drama ini, nama Pulau Langkawi Malaysia telah menjadi intipati dialog perbualan di antara dua pegawai pangkat tinggi Star Trek yang pastinya akan menarik perhatian ramai rakyat Malaysia untuk menontonnya.
Pelakon Malaysia Paling Berjaya di Peringkat Antarabangsa iaitu Tan Sri Dato' Seri Michelle Yeoh telah melakonkan watak The Emperor / Captain Phillippa Georgiou di dalam drama sains fiksyen ini. Di dalam salah satu episod drama ini, watak Captain Philippa telah disoal oleh seorang pegawai lain bernama Michael Burnham yang bertanyakan di manakah tempat asal beliau. Captain Philippa menjawab yang beliau membesar di Malaysia iaitu di Pulau Langkawi. Mereka juga memuji keindahan pantai Pulau Langkawi ini. Bangga kan. Hihi.
Adegan ini ada di dalam drama Star Trek : Discovery episod 15 berjudul Will You Take My Hand yang telah disiarkan pada 11 Februari 2018 di saluran CBS Amerika Syarikat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebut nama pun jakun
Dah byk dlm cerita omputih sebut nama msia
|
|
|
|
|
|
|
|
picisan ny malaysia ni..kena sebut nama je dh berkompang serata alam..hadap sgt disebut2 kat hollywood..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|