|
Panduan mengenali penganut fahaman Syiah
By
Editor Yadim -
Sunday, 25 March, 2018
http://www.yadim.com.my/v2/pandu ... anut-fahaman-syiah/
Penganut fahaman syiah mengembangkan fahaman mereka dengan cara mengamalkan akidah taqiyyah (iaitu: berbohong, berpura-pura).
Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka kerana menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah.
Namun begitu, masyarakat Islam di Malaysia boleh mengenalpasti penganut berfahaman syiah ini melalui cara mereka beramal ibadat dan menguruskan sesuatu majlis yang berkaitan agama Islam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalu Memuji Ahlul Bait (Ahli keluarga Nabi) Secara Berlebihan
Dalam apa-apa mukadimah atau pembuka bicara atau mungkin di sebahagian di tengah-tengah bicara agama mereka itu, mereka selalunya memulakan dengan memuji ahlul bait (iaitu ahli keluarga Nabi).
Mereka akan membesar-besar tentang kebaikan dan kemuliaan kaum keluarga Nabi (saw) seperti Saidina Ali, Saiditina Fathimah, Hasan, dan lain-lain.
Penganut fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah juga mencintai kaum kerabat Rasulullah namun mereka meletakkan nilai ‘cinta’ itu secara berpada-pada iaitu mengikut hairaki dan kedudukannya berdasarkan tafsir-tafsir quran.
Inilah yang dikatakan ciri-ciri wasatiyyah (kesederhanaan) yang mana tidak berlebih-lebihan dan tidak juga mengurangkannya statusnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Namun bagi kumpulan syiah ini, ahlul bait bebas daripada segala dosa dan ‘sangkaan’ mereka ini akan diresap terus kepada imam-imam (pemimpin-pemimpin agama mereka) sehingga meletakkan mereka itu ke tahap maksum. Padahal, Allah hanya memberi sifat maksum itu hanya kepada Nabi Muhammad sahaja.
Mengagungkan Imam-Iman Syiah
Golongan syiah ini dalam bicaranya akan mengagung-agungkan imam-imam mereka antaranya seperti Ayatullah Ruhollah Khomeini dan mempertahankan prinsip perjuangan revolusi yang dibawa olehnya.
Begitulah juga apabila mereka bercakap tentang perjuang-pejuang Islam lain yang menentang Israel tetapi berfahaman syiah seperti Hasan Nasrullah dan Hizbullah.
Semua taktik ini dilakukan oleh puak syiah adalah semata-mata sebagai provokasi dan penyuntik semangat di samping maksud asalnya adalah menyebarkan fahaman syiah secara tersembunyi.
Apa yang jelas, sehingga kini negara Israel masih kukuh meskipun suara-suara syiah bergegar membelah bumi.
Perilaku Yang Berbeza Dengan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah
Penganut syiah juga boleh dikesan melalui cara mereka melaksanakan ibadah. Antara ciri-ciri penganut syiah adalah seperti berikut:
Mereka tidak membasuh kaki ketika berwuduk tetapi hanya menyapu di atas kaki seperti memakai khuf (kasut kulit).
Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan ke bawah (sisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat.
Kebanyakkan pengikut syiah akan membawa At-Turbah (sejenis batu yang dijadikan sebagai tempat sujud).
Pengikut syiah tidak akan mengakhiri solatnya dengan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.
Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka, harus menjamakkan solat zohor-ansar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.
Kain kafan mayat mereka bertulis.
Membaca talqin tetapi dengan menyebut imam-imam 12.
Meletakkan gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah.
Mereka tidak ada solat terawih. Jika ada orang syiah berterawih adalah bertujuan bertaqiah.
Mereka lebih banyak menyebut kalimah Imam-Imam mereka daripada menyebut kalimah Allah ketika mereka ditimpa musibah.
Orang syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
Kesimpulannya, fahaman syiah ini bukanlah ajaran Islam yang sebenar. Mereka hanya taksub kepada Saidina Ali dan Imam-imam mereka sahaja.
Semoga perkongsian ini dapat memberi kefahaman kepada kita untuk mengenal penganut syiah yang jelas telah sesat dan terpesong dari ajaran Islam. – MYEHWAL |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah tertengok dgn wanita yg menepuk2 peha bila solat. Terkedu sy d buatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
oh ye? saya pulak dok tengok depa especially students yg arabic like dalam surau at my uni dulu bawa ketul batu kecil letak depan sejadah ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|