CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15770|Reply: 10

Teh Tarik Mamak Kaw Mengancam? Jom Bongkar Rahsianya!

[Copy link]
Post time 28-3-2018 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Minuman paling popular di kedai mamak tentu sekali teh tarik. Nak kaw, nak kurang manis atau biasa, minta sahaja pilihan masing-masing.


Pernah terfikir, kenapa teh tarik mereka tak sama dengan di kedai-kedai lain? Malah, kadangkala lebih sedap daripada yang disediakan di restoran lima bintang. Ada bahan rahsia ke tu? Kalau nak tahu, teruskan pembacaan anda!




Boleh 'sasau' kalau makan roti canai tanpa teh tarik
Foto: carnivalmunchies



1. Adunan Daun Teh

Setiap kedai mamak mempunyai adunan daun teh rahsia mereka sendiri. Hah, barangkali itulah sebabnya tiada dua kedai yang sama rasa teh tarik! Berjenis daun teh dicampur dalam nisbah tertentu. Malah ada teh yang dibawa khusus dari India dan tidak dijual di negara kita. Sebuah kedai yang popular di Gombak mencampurkan 17 jenis daun teh bagi menghasilkan teh tarik yang sempurna warnanya, wangi baunya dan memuaskan selera kebanyakan penggemar teh tarik.




Aneka teh yang menjadi ramuan teh tarik terbaik
Foto: heavenlytealeaves



2. Tempoh 'Brew'

'Brew' atau 'merendam daun teh' di dalam air mendidih amat penting untuk mengeluarkan sifat-sifat terkandung dalam teh itu sendiri. Ini adalah kerana sifat daun teh berbeza antara satu dengan yang lain. Mamak menggunakan tapisan kain halus dan campuran teh dibiar terendam di dalam air mendidih sekurang-kurangnya 15 minit.




3. Cara Penyediaan

Sesetengah mamak memasukkan daun teh ke dalam periuk berisi air mendidih lalu menutupnya. Daun teh dibiar sehingga kembang barulah ditapiskan ke dalam bekas. Kemudian, ia akan dicampurkan dengan bahan-bahan lain. Ada juga yang merebus daun teh di dalam susu lembu segar yang juga menjadi amalan sesetengah penggemar teh tarik.




Buih menggunung yang mengancam selera, weh
Foto: NexNemoris



Tengok warna dah tau sedap atau tak, kata pakar
Foto: DetikFood



4. Koleh Air Garam

Sudu bertangkai panjang yang digunakan mamak selalunya direndam di dalam sebiji koleh atau bekas. Tahu tak, air di dalam koleh itu adalah air garam! Jadi, titisan air garam yang melekat di sudu tercampur sekali dengan bancuhan teh tarik. Ini membuatkan rasa teh tarik begitu enak kerana cukup manis dan masinnya. Berlemak gitu!




5. Jenis Susu

Mereka menggunakan dua jenis susu iaitu susu pekat dan susu cair. Fungsi susu pekat memaniskan teh tarik. Manakala susu cair akan memberikan rasa lemak dan membuat buih-buih di atas teh tarik kekal lama. Mereka membuat pilihan susu cair yang memberikan rasa dan menghasilkan buih paling banyak.




Foto: iluminasi



6. Teknik Tarik

Untuk mendapatkan buih yang banyak, selain memilih bahan terbaik tentulah cara 'menarik' teh. Lagi panjang tarikan, lagi banyak buihnya. Mana kita boleh lawan kehandalan mamak yang sudah menarik teh lebih 20 tahun? Mereka terlatih dalam bidang masakan atau minuman berbeza sehingga menjadi mahir. Tariklah panjang mana pun, gerenti tak tumpah.




'Pulled Tea' yang sejak sekian lama digemari pelancong
Foto: tripsavvy





Teh tarik memang sedap, tapi jangan diminum berlebihan sebab ia tinggi kalori. Kalau perut masuk angin apabila minum teh, boleh saja tambah hirisan halia untuk melegakan kembung. Jom pekena teh tarik! - CARI








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2018 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya… dah lama ta gi mesia,lama uga x minum teh tarik
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 04:12 PM | Show all posts
lagi satu tapis daun teh dgn spendar masam mamak
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Teh tarik mmg sedap
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhh patutlahhh kawww
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 07:46 PM | Show all posts
I think this is an informative post and it is very beneficial and knowledgeable. Therefore, I would like to thank you for the endeavors that you have made in writing this article. All the content is absolutely well-researched. Thanks...        ดูหนัง
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
guna susu fn teh jadi sedap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 02:55 PM | Show all posts
fuhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2022 03:50 PM | Show all posts
tupaiterbang replied at 28-3-2018 04:12 PM
lagi satu tapis daun teh dgn spendar masam mamak

Tak baik fitenah dik
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
tupaiterbang replied at 28-3-2018 04:12 PM
lagi satu tapis daun teh dgn spendar masam mamak

Larrr...:







Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
tupaiterbang replied at 28-3-2018 04:12 PM
lagi satu tapis daun teh dgn spendar masam mamak

Eeeuuuuwwwwwwwww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.163871 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list