CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2576|Reply: 14

Bayi Meninggal Dunia Diikat Pada Katil Kerana Tak Berhenti Menangis

[Copy link]
Post time 4-10-2018 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Gara-gara tidak berhenti menangis, seorang ibu tergamak mengikat anak pada katil menyebabkan bayi berusia 19 bulan meninggal dunia selepas mengalami kesukaran bernafas akibat dipaksa tidur meniarap dengan tubuhnya diikat pada katil.








Memetik The Sun, katil bayi berkenaan ditolak rapat ke dinding dan dilitupi dengan cadar dan selimut bagi menghalang mangsa daripada melihat ke luar biliknya.


Difahamkan, kedua-dua kaki Ellie-May Minshull-Coyle yang diikat dan posisi tidur yang menyebabkan dia kesukaran bernafas menjadi punca kematiannya.

Penyiasat percaya mangsa telah diikat selepas menemui tanda panda kedua-dua pergelangan tangan dan buku lali bayi malang itu.


Bagaimanapun, ibu mangsa, Lauren Coyle, 19, dan teman lelakinya, Reece Hitchcott, 20, mengaku tidak bersalah membunuh bayi terbabit di Ward Street, England pada 23 Mac tahun lalu.





Kredit foto: The Sun





Malam sebelum mangsa disahkan meninggal dunia, Lauren mengirimkan pesanan ringkas kepada seorang rakan mengatakan "Budak ini sangat menyakitkan hati saya malam ini."


Kemudian, pada jam 6 pagi, bapa Lauren, Sean Coyle menerima pesanan ringkas daripadanya yang mengatakan dia membiarkan bayinya  menangis sepanjang malam.


Apabila Sean tiba di rumah lauren pada jam 9 pagi, dia mendapati Ellie tidak bernafas sebelum menghubungi ambulans. Mangsa, bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital Royal Preston.


Hasil bedah siasat juga mendapati ini bukan kali pertama mangsa diikat pada katil dan kes masih dalam perbicaraan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2018 12:56 PM | Show all posts
aduh, please la jangan citer sal budak mati kne itu ini..bertambah kemurungan lak meollss hari ni..hurrmmm
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Benci aku dgr cter mcm ni. X kan xde sapa yg ko boleh seek help. Bodoh tahap dewa la org dewasa yg x leh tolerate dgn tangisan baby. Sama la sapa pn. Tmasuk pgasuh gemuk yg sumbat cili mulut bby smpai mati.. depressed aku bc.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 01:07 PM | Show all posts
Kejamnya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Spesis senang beranak
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 01:37 PM | Show all posts
Tolong jangan beranak lagi!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2018 01:51 PM | Show all posts
ibunya depression ke,
kesian baby tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 02:03 PM | Show all posts
ibu mangsa 19 tahun & bf ibu 20 tahun. golongan penerima benefits (bantuan sara hidup kerajaan uk) la ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2018 02:04 PM | Show all posts
vavinya....rasa kemurungan.

argh
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 02:07 PM | Show all posts
Sadisnya..

Mcm mana dia ikat tu.. ada gambar tak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 02:19 PM | Show all posts
kesiannya baby...bongokknya manusia skrg..haishhh.sedihnyaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 05:50 PM | Show all posts
tak ada hati perut !!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
comel budak tu. kesian. RIP
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukuman:
Yg pompuan kena buang terus ovary .,... jangan beranak2 lagi
Yg lelaki..... cantas je monen dia...   jangan pandai tabur benih je
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2018 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Omputeh mmg suka biar baby nangis lama2 kan?
Nak disiplin kan kononnya. Paksa tdo wpun anak keriau cam apa je

Bukannya nak tenangkan anak tu dan cek kot2 ada masalah ke apa
Pstu jdla kes kejam cmni sbb maknya gila pemalas

Paling bangang ada lak yg sebarkan / ajarkan hal mcm ni kt rakyat malaysia mcm kt page pama ke apa tu
Serius bodoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.061343 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list