View: 1756|Reply: 6
|
11 Cacing Merayap Dalam Mata Bayi 5 Bulan
[Copy link]
|
|
Satu rakaman video mengerikan menunjukkan doktor di China mengeluarkan 11 ekor cacing dari dalam mata bayi berusia lima bulan.
Menurut laporan media tempatan, bayi yang hanya dikenali sebagai Dong Dong itu dijangkiti cacing daripada haiwan peliharaan jiran dan terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkannya.
Ibu bayi berkenaan membawanya ke hospital selepas mendapati anaknya tidak selesa kerana terdapat sesuatu di dalam matanya.
Pemeriksaan mendapati terdapat 11 ekor cacing nematoda merayap di permukaan dan bawah kulit mata bayi itu.
Kredit foto: Mirror
BACA JUGA: Cacing Parasit Bersarang Dalam Mata
Memetik Mirror, video yang dirakam pada 17 Oktober itu menunjukkan doktor mengambil masa selama 21 minit untuk mengeluarkan 11 ekor cacing yang dipercayai spesies Thelazia callipaeda iaitu sejenis nematoda parasit yang pertama kali ditemui di China lebih 100 tahun lalu.
Difahamkan, Dong Dong masih dalam pemantauan dan menerima rawatan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
omaiii...apalah budak tu rasa kan...terbayang cacing dalam sardin dok merayap dlm mata |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampun....geramnya makcik tgk cacing tu...eeeee...rasa nak letak kat cermin pastu picit2 sampai kluar bunyi pop2 |
|
|
|
|
|
|
|
makan lah daging babi lagi...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|