Rentetan daripada isu 'tersasul' Dato Aliff Syukri di rancangan langsung Gegar Vaganza baru-baru ini, membuatkan ramai netizen marah kerana perkataan yang tidak elok diucapkan. Ia membawa kepada kecaman sehingga Aliff merajuk, kononnya membawa diri. Tidak ketinggalan pelakon berkarektor, Redza Minhat turut mengecam pelbagai pihak yang membenarkan keadaan ini berlaku.
Bagi Redza, bukan sahaja Aliff Syukri yang teruk, tetapi banyak lagi program di televisyen utama juga sebenarnya sampah. Ia dicipta untuk audien yang malas berfikir serta mudah diperbodohkan. Statusnya itu dikongsikan di Twitter dan menerima pelbagai pendapat.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: IG
Menggunakan terma audien IQ Timun benar-benar menunjukkan sisi kemarahannya kepada industri seni tanah air yang hanya menghidangkan produk tidak berkualiti semata-mata untuk mengejar keuntungan. Malahan Redza juga sudah menyekat semua rancangan televisyen kepada anak-anaknya supaya mereka membesar dengan baik serta tidak menjadi orang yang berfikiran kolot.
Selain itu, Redza juga turut memberi contoh mengenai tugas Lembaga Penapisan Filem yang bertungkus lumus menyunting jalan cerita untuk disesuaikan dengan keadaan semasa, namun apabila berlaku perkara sebegini, semuanya terus lepas tangan.
Kredit foto: IG
"Macam kambing biri-biru, beratur untuk disembelih. Semuanya kena kencing."
Menurut Redza, Malaysia terlalu mengagung-agungkan orang yang tidak sepatutnya seperti mengangkat usahawan yang hanya tahu membuat kontroversi sahaja dan bukan kerana kejayaanya. Hal ini berlarutan sejak dari kecil hinggalah peringkat universiti dengan ada yang menjadikan 'usahawan' kasut ciplak sebagai ikon. Jika ia berlaku di negara lain, mereka akan membuat laporan polis, tetapi di Malaysia?
IG
Pendapatnya disambut baik oleh pengikutnya yang merasakan program negatif sebegini sedang meracun anak muda kita.
Kredit foto: IG
Ramai yang sudah menyuarakan ketidakpuasan hati mengenai perbuatan memalukan oleh Aliff Syukri. Namun, diharapkan agar lebih ramai seperti Redza Minhat yang memberi kesedaran kepada khalayak mengenai bahayannya program melalaikan di televisyen. - CARI
|