View: 3793|Reply: 4
|
Resipi Bebola Ikan Homemade, Tumbuk Guna Lesung Batu Je
[Copy link]
|
|
Kadangkala apa yang dijual di pasaran tidak dapat diyakini kebersihan dan ketulenannya. Masih ingatkah anda dengan kes bebola ikan yang dibasuh menggunakan peluntur agar ia nampak putih berkilat?
Geli kan? Sebab itu lebih baik kita buat sendiri, lebih puas hati!
Kredit:Bahiah Saripuddin
Bahan-bahan:
2 keping ikan tongkol-dibuang tulang dan ambil isi sahaja
1 sudu teh lada hitam kasar
1 biji bawang merah saiz sederhana
1/2 sudu teh gula
Sedikit garam
Cara-Cara:
1.Tumbuk lada hitam hingga halus
2. Masukkan bawang merah. Tumbuk lumat
3. Seterusnya tambahkan isi ikan yang telah dibuang tulang dan tumbuk lagi hingga lumat
4.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
5.Gaul isi ikan tadi sehingga adunan boleh digentel
6.Cubit adunan dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang digemari.
7.Panaskan air dan rebus bebola hingga mendidih
8.Toskan bebola tadi dan sedia untuk dimasukkan ke dalam sup atau apa-apa sajian kegemaran.
Kredit Foto:Bahiah Saripuddin
Jom cuba! -CARI
Kredit:Bahiah Saripuddin |
|
|
|
|
|
|
|
nak asingkan tulang ikan tu part paling i malas...tapi kalau tetiba mood kerajinan datang nak buat ni memang puas hati ni |
|
|
|
|
|
|
|
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|