View: 3338|Reply: 7
|
Ganjaran untuk si pencinta al-Quran
[Copy link]
|
|
di dunia saya masih single .... membaca Quran bagi saya, supaya diakhirat nanti saya bertemankan Quran
ABDULLAH bin ‘Amr Radhiyallahu anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran nanti, ‘Bacalah dan naiklah serta tartilan sebagaimana engkau di dunia mentartilnya kerana kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.” (Hadis diriwayatkan Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Hibban dengan sanad hasan)
Berdasarkan hadis itu, ulama menyatakan ada riwayat lain menjelaskan orang itu nanti akan terus membaca satu demi satu ayat al-Quran sehinggalah dia tiba di syurga tertinggi iaitu Syurga Firdaus.
Apabila tiba di Syurga Firdaus barulah dikatakan, “Berhentilah, ini adalah kedudukan kamu di akhir ayat yang kamu baca.”
Itu kehebatan dan kedudukan bagi golongan yang membaca al-Quran sebagai rutin hariannya. Maka, bacalah al-Quran pada setiap hari walaupun beberapa ayat.
Jangan biarkan waktu kosong dibiarkan tanpa membuat sebarang perkara bermanfaat. Tidak kira walau di mana kita berada misalnya, ketika sedang menunggu lampu isyarat, gunakan peluang beberapa minit itu untuk membaca surah mudah yang kita hafal.
Siapa yang mengerjakan satu kebaikan yang diniatkan semata-mata kerana Allah SWT, paling sedikit dia akan mendapat 10 pahala.
Membaca al-Quran itu bukan dikira selepas membaca keseluruhan ayat atau surah, tetapi setiap huruf itu ganjarannya 10 pahala.
Abdullah bin Mas’ud menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Sunan Tirmizi)
Bagi mereka yang masih kurang lancar atau bacaan seringkali tersangkut-sangkut, jangan bimbang teruskan membaca al-Quran kerana Nabi SAW memberikan motivasi dengan menyatakan, golongan itu akan mendapat dua kali pahala berbanding orang yang lancar.
Aisyah menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang membaca al-Quran dan menjaganya (membacanya dengan betul dan mengamalkannya) akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang yang membaca al-Quran dengan sungguh-sungguh dan mengalami kesulitan, dia akan mendapat dua pahala.” (Sahih Bukhari dan Muslim)
Ulama menyatakan, dua pahala yang diperoleh itu, satu untuk bacaannya manakala satu pahala lagi kesusahannya ketika membaca.
Jiwa orang yang sering berdamping dengan al-Quran juga akan sentiasa tenang dan lapang.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah arRa'd, ayat 28)
Selain itu, rumah yang di dalamnya dibaca al-Quran akan diberkati selain malaikat turut memenuhi rumah berkenaan.
Begitu juga seorang Muslim yang baring di tempat tidurnya dengan membaca salah satu surah al-Quran, Allah SWT akan tugaskan satu malaikat menjaganya dan tidak ada satu bahaya pun akan mendekatinya sehingga dia terjaga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dovob at 8-12-2018 06:09 PM
Saja saya nak share satu kes menarik yg berlaku di zaman ini yakni orang2 yg membaca Alquran, akan tetapi tidak lebih setakat melagukannya aje.
Apa pasal itu semua berlaku?
Jawapannya mudah, bagi mereka, Alquran itu hanyalah sebab yg dijanjikan oleh Allah utk dilagukan dan bukan pula utk dibaca.
Allah swt mengajar manusia cara utk berinteraksi dgn Alquran akan tetapi ramai yg gagal utk memahaminya. Ini semua berlaku kerana kepentingan dunia mengatasi qada dan qadar yg Allah tetapkan.
Bolehkah kita nakkan orang lain menjadi baik, sedangkan diri kita sendiri belum lagi cukup baik disisi-Nya?
Alquran itu petunjuk dari Allah yg menjelaskan siapa yg berada dalam kebenaran dan siapa yg berada dalam kebatilan. Mencela si pembaca Alquran yg tidak beramal dgn Alquran itu tiadalah dinamakan berdosa, selagi mana yg mencela itu adalah mereka yg MARAH atas kesyirikkan yg dilakukan oleh pembaca iaitu bertuhankan nafsu berserta Allah!
.
Adakah sama membaca dan melagukan bacaan Alquran?
Tahukah kita, berapa ramai yg membaca Alquran, akan tetapi tidak faham akan kandungannya?
Renung2kanlah ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman ni, sembang aje bab Alquran, hanyalah berpaksikan kpd keuntungan dunia semata2? Adakah itu sebabnya Allah datangkan baginda Rasullullah saw kpd kita lalu diwahyukan Alquran kpd baginda yg mana hingga kini dipelihara oleh-Nya utk sekelian makhluk ciptaan-Nya?
Alquran pastinya akan menjadi saksi kpd yg membacanya. Sudahkah kita fahami, makna sebenar membaca itu apa ya?
Hari2 kita membaca dan tanpa kita sedari itulah hakikat manusia yg tahu membaca. Apakah membaca itu letaknya pada huruf atau pada bentuk? Tahukah kita, Allah swt ciptakan akal utk membaca bentuk ataupun huruf?
Mengapa ramai yg gagal diakhirat kelak ketika mereka mengaku membaca Alquran, lalu Allah nyatakan "kamu berdusta"? Ini kerana, apa yg mereka nyatakan baca tidak lebih sekadar melihat akan hurufnya, dan bukan pula melihat akan bentuknya.
Moga2, yg beriman lebih faham berbanding saya. Ini kerana, pada permulaan saya berbicara disini surah yg pertama sekali saya tekankan adalah "Surah Al-A'laq". Akan tetapi hingga kini, masih ramai yg GAGAL utk memahaminya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa dizaman ini, Allah tak bantu utk manusia memahami isi kandungan Alquran dalam erti kata yg sebenar2nya?
1) Alquran hanyalah dijadikan alat oleh manusia utk memudahkan urusan yg bersifat dunia
2)Alquran hanyalah dijadikan alat utk mencari sedikit keuntungan dunia
3) Alquran hanyalah utk dilagukan dan bukan pula utk diamalkan
3 ini pun sudah cukup menjelaskan, kebergantungan manusia di zaman ini adalah selain dari Allah. Buktinya? Bersepah2 yg dtg meminta derma2 atas nama "rumah Allah" yg mana inikah jenis rumah Allah yg berlandaskan pada nilai2 ketaqwaan?
Bila kita berusaha utk mencari redha Allah, biarlah diri kita itu benar2 hanya bergantung kpd Allah. Jika tahu, diri tak mampu jadi yg terbaik, maka usahlah mengharapkan makhluk utk menjadikan diri kita yg terbaik. Bergantunglah kpd Allah kerana Allah tidak menjanjikan kekayaan, dan semestinya Allah tidaklah pula menjadikan rumah2 Allah itu kepapaan jika diri kita hanya bergantung kpd Allah semata2.
Ketahuilah wahai umat Islam sekelian. Orang yg paling byk meminta selain Allah, pasti Allah jadikan mereka miskin meskipun sekadar berusaha utk memenuhi tuntutan Allah berserta tuntutan hawa nafsu semata2. Dan ketahuilah, syaitan itu menjanjikan kepapaan, akan tetapi kepapaan sebenar adalah bila manusia melihat agama Allah itu sebagai agama peminta sedekah!
Bukankah meminta2 itu akan menjadikan diri sediri miskin? Tak rasa mcm selama ini bergantung selain Allah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ada bertemu dgn seorg lelaki yg agak berusia. Berdasarkan apa yg dirinya nyatakan, amat jelas Allah beri ilmu kehidupan utk dia dan ahli keluarganya. Apakah buktinya dirinya itu Allah beri petunjuk-Nya?
1) Allah ajarnya utk tidak terlibat dgn hal ehwal judi
2) Allah ajarnya utk tidak terlibat dgn sebarang pinjaman
3) Allah ajarnya utk memahami ancamanNya atas perkara yg dilakukannya
4) Allah berikan melalui anak2 yg tahu cara bertaqwa (dari keadaan kemiskinan lalu DIA beri kelapangan)
Ketahuilah! Meminta dari makhluk itu tidak menjadikan diri sendiri bertaqwa, melainkan sebentar cuma. Dan sebenar2 taqwa itu adalah memberi dan bukan pula meminta. |
|
|
|
|
|
|
|
aunty boleh bagi sumber rujukan ke sebab ini penting kita rujuk sumber itu semual sekiranya da kemusykilan ... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya allah hidupkan hati kami ini sentiasa bersama alquran.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam sehari bacalah walaupun satu ayat dari Al Quran. |
|
|
|
|
|
|
| |
|