CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7688|Reply: 101

[Tempatan] RON95 naik 1 sen setiap minggu tahun depan

[Copy link]
Post time 27-11-2019 12:58 PM | Show all posts |Read mode


HARGA petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan Januari depan bertujuan tidak membebankan pengguna.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, kementerian memutuskan menaikkan harga bahan api sebanyak satu sen setiap minggu sehingga harga petrol RON95 mencapai harga pasaran.

“Keputusan mengapungkan harga minyak bagi meringankan kos hidup rakyat selain mengelak harga barangan tidak naik secara mendadak.

“Kita akan apungkan harga petrol berperingkat sebanyak sen satu seminggu sehingga harga RON95 sampai harga pasaran,” katanya pada sesi jawab lisan di sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Rubiah Wang (PH-GPS) yang mahu tahu mekanisme kementerian mengelak harga barang meningkat selepas pelaksanaan PSP.

Katanya, PSP tidak akan dilaksanakan di Sarawak, Sabah dan Labuan, sebaliknya terus menikmati harga subsidi RON95 pada harga RM2.08 seliter.

Chieng Jen berkata, kementerian juga ada Akta Kawalan Harga supaya peniaga tidak mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan berlebihan selepas pelaksanaan PSP.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution memaklumkan PSP hanya berkuat kuasa di Semenanjung sahaja yang bakal meringankan beban kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki berkenderaan.

“Bagaimanapun, rakyat di Sabah, Sarawak dan Labuan akan menikmati subsidi petrol secara pukal iaitu pada harga runcit semasa RM2.08 seliter selepas kerajaan mengambil kira keperluan kebanyakannya menggunakan kenderaan berkapasiti enjin besar dan diesel.

“Oleh itu, rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan dikecualikan daripada pelaksanaan PSP dan pengapungan harga jualan runcit petrol RON95,” katanya.


~~~~~~~~~~~
Kesian, formula Arwah Lapiji x menjadi..Bang Non pun arwah dah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2019 01:37 PM | Show all posts
Apa kejadahnyer naikkan harga minyak dapat meringankan kos hidup rakyat?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 01:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ni drama konon nak tunjuk pee esh syg sabah sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 01:46 PM | Show all posts
Nothing new.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Slow slow tipu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-11-2019 01:51 PM | Show all posts
dulu machai yg undi PH sebab nak minyak turun kan????
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 01:52 PM | Show all posts
nak naik plak...turun sekali pun takde lagi, maintain price dah lama dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2019 01:56 PM | Show all posts
apa masalahnya 1 sen ?  naik 20 kali baru 20 sen isi minyak seminggu 2-3 kali .. camana minyak nak turun kereta makin kurang ke ? lagi banyak atas jalan
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 01:57 PM | Show all posts
Subsidi petrol utk B40 je...abis tu yg bukan B40 bukan warganegara ke, tak layak nikmati subsidi? Apa golongan bukan B40 ni fungsi sbg pembayar income tax & segala tax aje ke?? lahanat
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke arah minyak rm1.50...







untuk setengah liter.
Tepukkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 02:00 PM | Show all posts
yang patutnya PH ni bagi lah subsidi untuk kereta tertentu jek yang duk bising sini baru nak hidup ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepatla resign tun
Kami nak anwar jadi PM
Kami mau harga minyak turun

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 02:15 PM | Show all posts
kegilaan apakah ini
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 02:18 PM | Show all posts
hiswife replied at 27-11-2019 02:00 PM
Ke arah minyak rm1.50...

hahaha..tersembur air kopi aku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2019 02:19 PM | Show all posts
adm7 replied at 27-11-2019 06:05 AM
Cepatla resign tun
Kami nak anwar jadi PM
Kami mau harga minyak turun

hahahaha...tu dewa sanjungan chai PKR  ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2019 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu sen pun nk berkira.
Ingat sempat ke kerajaan hancing sepenggal nk kumpul reta. Masa ni lh nk kaut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2019 02:22 PM | Show all posts
amyza82 replied at 27-11-2019 06:20 AM
Satu sen pun nk berkira.
Ingat sempat ke kerajaan hancing sepenggal nk kumpul reta. Masa ni lh nk  ...

yelahh..yelahhh...kaut la hanpaa puas2 ..1 sen je..bekira sgt aihhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ph ba alif ba ya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 02:55 PM | Show all posts
bodoh, patut kerajaan target untuk jadikan B40 tu sehingga B10 ke bawah. Kalau gitu selama2nya ada B40.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.078331 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list