View: 2427|Reply: 26
|
[Politik]
UMNO dijangka bincang pembentukan pakatan baharu
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Mesyuarat pengurusan Biro Politik UMNO yang sedang berlangsung, dijangka turut membincangkan isu kerjasama parti berkenaan dan PAS dalam satu pakatan baharu dengan parti kerajaan.
Ia dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan serta tiga Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri serta pengerusi UMNO negeri-negeri.
Isu pembentukan pakatan baharu timbul selepas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam mendakwa, Ahmad Zahid ‘mengaku ada perancangan UMNO untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membentuk satu pakatan baharu’.
Lokman Adam menerusi hantaran dalam Facebook miliknya, mendakwa Ahmad Zahid membuat kenyataan demikian ketika Mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional UMNO, baru-baru ini.
Keputusan mesyuarat pengurusan Biro Politik UMNO dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti berkenaan petang ini, sama ada diluluskan atau dibincangkan lebih mendalam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
harap2 takda la kerjasama dengan BERSYABU nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 formalisedkan Muafakat Nasional
jika Bersyabu nak join, perlu mandat ahli dan ikut pintu depan |
|
|
|
|
|
|
|
kenape aku rase mcm lobak man ni nk naik cepat..
belajar2 laa dr jamal lobak woi..
memekak2... sudahnye tak jd ape dah... |
|
|
|
|
|
|
|
Mt umno korup da. Aku percy ckp lokman tu. Ada asasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah la... atok tu nak selamatkan periuk nasik dia je la |
|
|
|
|
|
|
|
Dah abes bincang belum???  |
|
|
|
|
|
|
|
Td Umno online live sblm MT turun..
Skrg ktna leh tgk live? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payahla..atuk tu nk mensucikan diri dia la tu...biarkan die melingkup dalam PH... |
|
|
|
|
|
|
|
13 kerusi jaa..selebihnya kelepit dari umno...nak ikot minoriti atau majoriti ..kata demokrasi...majority win... |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 7-2-2020 05:01 PM
tak payah la... atok tu nak selamatkan periuk nasik dia je la
btul ka atuk kata najib tak korup.. sbb ambik duit bkn utk kepentingan peribadi haha
adakah atuk sanggup geng dgn najib.. ya khinzir |
|
|
|
|
|
|
|
dino replied at 7-2-2020 09:17 PM
btul ka atuk kata najib tak korup.. sbb ambik duit bkn utk kepentingan peribadi haha
adakah atu ...
atuk sanggup demi boboi |
|
|
|
|
|
|
|
dino replied at 7-2-2020 09:17 PM
btul ka atuk kata najib tak korup.. sbb ambik duit bkn utk kepentingan peribadi haha
adakah atu ...
Biar betik |
|
|
|
|
|
|
|
lokman adam dh kene pecat...komedi nmpak trdesak sgt khennn |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_shalom replied at 7-2-2020 10:04 PM
Biar betik
kan skrg sibuk offset.. pastu kes mahkamah beku asset pun ditolak mahkamah tu...
kebetulan sgt tu... tgk yg jd sasaran najib kat fb byk lge.. lge bohong bab pan borneo... rafizi sorg lg...
tak heran pun ade pakatan sulit atuk tua tu.. syarat2 die jelas haha |
|
|
|
|
|
|
|
Dasar umngok.. penipu. sendiri yg beriya-iya meeting..sendiri yg kata rumor. sbb nak kaver malu ramai umngok x setuju terpaksa la pecat lokman adam. korang ni party poopers la org tua tu dah inzal awal. Feel like floating katanya.. kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
weols cuma first time tukar kerajaan so x sedar politik negara lain pon sama
semua parti politik tak kira negara apa, sebelum jadi kerajaan pusat nampak bersemangat je , bila dah berjaya ... otomatik akan focus kat projek besar utk duit, takut parti lain menang, so otomatik parti lain akan cop dia diktator la, komunis la, rasuah la ....atau pape gelaran busuk yg lain
tapi parti lain bila dah berjaya, pon akan recycle mender sama
kalu uols nak ubah politik ikut kehendak uols, kecuali uols jadi 'calon bebas' ... lepas menang baru masuk parti yg uols minat atau kekal jadi calon bebas ... tapi sebelum tu, semua kene bangkitkan trend undi calon bebas la
|
|
|
|
|
|
|
|
*TERKINI: Laporan Khas Dari Ibu Pejabat UMNO*
*Pakatan Nasional UMNO PAS Untuk Masuk Kerajaan Gagal?*
1. Ini hasil mesyuarat MT UMNO sebentar tadi. Tiada sebarang perbincangan dan keputusan dibuat oleh UMNO untuk sertai kerajaan pintu belakang sebagaimana yang digembar-gemburkan.
2. Kenapa jadi begitu? Setelah dijelaskan DS Zahid Hamidi, sebenarnya *tidak ada pelawaan pun daripada pihak Tun Mahathir kepada UMNO* atau pun PAS untuk menyertai kerajaan pimpinan Tun. Yang ada hanya maklumat daripada PAS yang mengajak UMNO sertai kerajaan.
3. Manakala *PAS juga tidak dipelawa oleh Tun M untuk sertai kerajaan.* Sebaliknya PAS yang bertemu Tun dan menyatakan hasrat menyokong kerajaan Tun dan sedia untuk bersama membentuk kerajaan. Tetapi Tun membalas kalau benar sokong perlu sokong di parlimen. Bukan mengundi menentang semua usul, pindaan-pindaan akta yang dibentangkan oleh kerajaan di parlimen. Itu hipokrit.
4. Buat kali pertama *UMNO dimalukan oleh PAS* yang mengajak UMNO sertai kerajaan kononnya untuk menyokong Tun membuang DAP, AMANAH dan Anwar daripada kerajaan. Walhal tiada pelawaan dari Tun, melainkan *PAS sahaja yang berhasrat sertai kerajaan.*
5. Oleh itu MT UMNO membuat keputusan untuk tidak memanjangkan perbincangan atau membuat sebarang keputusan kerana mereka tidak dipelawa pun menyertai kerajaan. Dalam masa yang sama UMNO membuat keputusan memecat Lokman Nor Adam yang memalukan Presiden dengan pendedahan yang dibuat oleh beliau.
Keputusan ini juga memberi *pengajaran kepada UMNO bahawa PAS berupaya untuk khianat kepada Muafakat Nasional* bersama UMNO bila bila masa sahaja demi kuasa.
Laporan dari PWTC
7 February 2020
9 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Ni betul sangat... semuanya demi survival politik je. #1 kuasa/pengaruh...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|