CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2730|Reply: 12

Kepada Ahli jemaah tabligh....mohon tampil ...

[Copy link]
Post time 20-3-2020 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 20-3-2020 09:27 AM

ANTARA DAKWAH DAN FITNAH: 5 NASIHAT BUAT SAUDARAKU JEMAAH TABLIGH!

sumber pautan asal:

Amat sedih dan terkilan menyaksikan sikap segelintir yang memandang enteng dan ringan berkenaan dengan kemudaratan penularan wabak Coronavirus (Covid-19), terutamanya segelintir Ahli Jemaah Tabligh yang menyertai Himpunan Sri Petaling dan masih berdegil tidak mahu tampil bagi dilakukan ujian saringan kesihatan.
Buat Saudara-saudaraku Jemaah Tabligh,
1. Benar niat kalian adalah baik tetapi niat yang baik dalam Islam perlu diselarikan dengan tindakan yang betul selaras dengan prinsip Syariah. Ini kerana prinsip Islam menyatakan:
الغَايَةُ لاَ تُبَرِّرُ الوَسِيلَة
“Matlamat Tidak Menghalalkan Cara”
2. Benar, kalian berserah dan bertawakkal kepada Allah Yang Maha Penentu segala-galanya. Namun Syariat Allah jelas mengajar kita untuk berikhtiar sebelum bertawakkal, sebagaimana Hadis Nabi SAW:
‎عن أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ: أَعْقِلُهَا وَأَتَوَكَّلُ أَوْ أُطْلِقُهَا وَأَتَوَكَّلُ قَالَ:« اعْقِلْهَا وَتَوَكَّلْ »
“Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: 'Ya Rasulullah apakah aku patut mengikat untaku atau serahkan kepada Allah?’Jawab Nabi SAW: ‘Ikat dulu untamu barulah bertawakkal kepada Allah” (Riwayat Tirmizi)
3. Benar, kalian tidak gentar dengan bahaya wabak penyakit yang membinasakan kerana semua kemudaratan hanya dengan izin Allah. Namun kalian juga mesti fahami Perintah Allah dalam Al-Quran:
‎وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ
“Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan” (Al-Baqarah:195)
4. Benar kalian tidak gentar dan malah berkeyakinan tinggi bahawa mudarat penyakit hanya datang daripada Allah semata-mata, justeru tidak sedikitpun menghalang kalian untuk bermusafir dan berhimpun. Namun, kalian mestilah bertindak berasaskan sunnah Nabi SAW yang jelas memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak keluar dari kawasannya. Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak:
‎إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ
Yang bermaksud: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)


5. Akhir sekali buat saudara-saudaraku, kalian merupakan Duta-duta Agama Islam yang sedikitpun tidak aku ragui keikhlasan kalian dalam berdakwah. Namun kalian harus sentiasa membawa imej dan wajah Islam berasaskan ilmu yang benar dan bukannya menjadi asbab kepada fitnah yang lebih memudaratkan kepada Agama dan Umat.
Ayuh! Kita semua bersatu hati dan bersama-sama mematuhi perintah Kerajaan yang mengkehendaki kita melakukan penjarakan sosial dengan kekal di kediaman masing-masing. InsyaAllah dengan doa, munajat dan usaha berterusan, kita dapat mengekang penularan wabak pandemik Coronavirus ini bersama.
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
19 Mac 2020

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2020 10:08 AM | Show all posts
it is okay , to ERR is human, but  this is the time when you can DO SOMETHING Good.

be honest
help others

ALLAH KNOWS, okay  - so org yg IHSAN yg tinggi  akan melakukan yg sepatutnya, bukan?

ALLAH itu MAHA MENGETAHUI , ALLAH itu MAHA MELIHAT

so pergilah periksa status anda di tempat  tempat yg  TELAH DIWAWARKAN oleh KKM.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2020 11:03 AM | Show all posts
kat sini

ada dinyatakan hadis RAsulullah SAW

so....inilah juga INTELEK PARA RASUL

sifat wajib rasul  fatonah...siddiq, tabligh and AMANAH

kat sini nampak  kenapa  prophet ni mereka messenger of god? sebab nampak tak sehgala perbuatan - termasuk  percakapan, saranna, perbuatan mereka itu akan menjadi panduan


dan ini adalah verbal epression oleh seorang  hamba bernama Muhammad bin Abdullah , RAsulullah SAW pada kurun ke 6 Masehi...

imagine ketika tu belum ada black death lagi...belum ada spanish flu direkodkan ...tapi saranan Rasuullah SAW berhikmah dan penuh implikasi positif dari aspek epidemiologi




this is why  kita  kena faham apa itu  yg dikatakan islamic tradition of knowledge...

berasaskan  khabar yg saddiq mutwattir ...

salah satu cabang ilmu...


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 06:32 PM | Show all posts
Terbukti dengan wabak COVID19 Jamaah Tabligh memang tak boleh pakai.

Suruh taat Ulil Amri buat pekak je. Amir Sri Petaling bagi arahan taat Ulil Amri baru mereka taat.

Dah kena kuarantin dalam hospital, duduk diam diam saja ini pergi sebarkan wabak ke pesakit kanser paru2

link di bawah : https://amazingnara.com/jemaah-t ... rUf6BQ9fQNNex3Joc0w
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2020 08:37 AM | Show all posts


HANYA 12,500 peserta, bukan 16,000. Demikian dakwaan Pimpinan Jemaah Dakwah dan Tabligh Malaysia mengenai jumlah kehadiran peserta himpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, awal bulan ini.
Ahli Mesyuarat Markaz Dakwah dan Tabligh Malaysia, Abdullah Cheong berkata, 16,000 jemaah seperti yang didakwa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah tidak tepat.
“Jumlah ini berdasarkan data dikumpul bahagian Syukbah Pendataan Ijtimak Tabligh bagi tujuan menguruskan makanan dan tempat tinggal peserta himpunan berkenaan.

“Data dikira berdasarkan keluasan tempat himpunan dan ruang dalam masjid, contohnya bahagian sayap kanan masjid boleh memuatkan 1,700 orang, manakala bahagian tetamu luar negara seramai 840 orang,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, kehadiran peserta himpunan itu dikira ketika solat didirikan berdasarkan kiraan kepala dalam setiap saf dan bukanlah anggaran semata-mata.
“Pada Sabtu malam, 29 Februari lalu, data rasmi Masjid Seri Petaling menunjukkan jumlah peserta yang solat Maghrib di masjid kami, termasuk tetamu luar negara dan mereka bertugas menjaga trafik, memasak, menjaga parkir dan sebagainya ialah sekitar 12,500 orang.
“Inilah kehadiran tertinggi ketika ijtimak (himpunan) kami berlangsung. Kiraan ini bukanlah jumlah yang baharu kami dapatkan, malah adalah rutin Syukbah Pendataan untuk bertahun-tahun lamanya.
“Jumlah kehadiran yang banyak disebut ialah seramai sekitar 16,000 orang. Jumlah ini bukanlah datang daripada pihak kami,” katanya.
KKM sebelum ini memaklumkan, siasatan pihaknya mendapati kira-kira 16,000 peserta menyertai himpunan tabligh di Masjid Seri Petaling yang berlangsung antara 28 Februari hingga 2 Mac lalu, membabitkan 14,500 rakyat Malaysia.
Abdullah mendakwa, sekitar 1,600 peserta yang hadir adalah jemaah tabligh dari luar negara dengan hampir 100 peratus daripada mereka sudah kembali ke negara masing-masing, sekali gus hanya kira-kira 11,000 warga tempatan.
“Ini bermakna jumlah kehadiran orang tempatan ialah sekitar 11,000 peserta termasuk warga asing menetap di Malaysia iaitu Rohingya, Myanmar dan Bangladesh.
“Sejak bermula pengesahan kes pertama yang dikaitkan dengan ijtimak kami di Brunei, kami memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan menggesa semua peserta ijtimak menghubungi pejabat kesihatan daerah masing-masing, atau CPRC hotline secepatnya,” katanya.
Menurutnya, usaha itu dilakukan di peringkat negeri seluruh Malaysia yang dibahagikan kepada 28 markas.
“28 markas ini pula dibahagikan kepada halaqah kecil berjumlah sekitar 1,100 (halaqah) keseluruhannya. Setiap halaqah lazimnya mempunyai 15 hingga 20 masjid dan surau di bawah naungan masing-masing,” katanya.
Katanya, berdasarkan laporan KKM, setakat 19 Mac lalu, sekitar 10,500 peserta ijtimak sudah pun disaring.
“Ini bermakna hanya sekitar 500 orang lagi peserta tempatan yang belum disaring.
“Banyak laporan yang kami terima mengatakan ramai antara peserta ijtimak pergi ke pejabat kesihatan daerah ataupun hospital berhampiran, terutamanya hari pertama, tetapi apabila didapati mereka tidak menunjukkan sebarang gejala, mereka diminta pulang ke rumah masing-masing dan diarah kuarantin selama 14 hari. Namun, kami khuatir butiran mereka tidak direkod sebelum mereka dihantar pulang,” katanya.
Katanya, rekod pihaknya menunjukkan bilangan warga Rohingya yang hadir ialah sekitar 200 orang dan Myanmar pula berjumlah 150 orang.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 6000-jemaah-tabligh
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2020 08:45 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 23-3-2020 08:58 AM
Kilokahn replied at 20-3-2020 06:32 PM
Terbukti dengan wabak COVID19 Jamaah Tabligh memang tak boleh pakai.

Suruh taat Ulil Amri buat p ...



Tak habis-habis kamu sebar fitnah sana-sini. Setiap seorang yang menyebarkan fitnah angkara kamu ni, dengan petikan whatsapp dan forward, semua tu ada HABUAN untuk kamu JIKA kamu tak perbetulkan segera FAKTA kamu!

Dah kena kuarantin dalam hospital, duduk diam diam saja ini pergi sebarkan wabak ke pesakit kanser paru2

Ini pun fitnah. Dah ada yang tolong jawabkan... Tuan punya badan pun dah jelaskan:

https://drive.google.com/file/d/ ... WF/view?usp=sharing

Klik link di atas ni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2020 08:53 AM | Show all posts

HAKIKAT SEBENAR IALAH JEMAAH TABLIGH SGT KOMITED NAK BUAT SARINGAN SEBAB IA ADALAH SIFAT KETAATAN & TUNTUTAN AGAMA. TAPI...

Kat TV, media, sosial media kecoh statemen: Tabligh dijejaki, tabligh dirayu buat saringan, jangan lari, dgn rendah diri dirayu buat saringan, jangan pentingkan diri bla-bla-bla.

Ada percanggahan antara arahan atasan KKM dgn pelaksanaan di bawah.

Sebenarnya jemaah paling komited nak buat saringan. Pagi2 lagi kami dah terpacak depan hospital kerajaan, waktu tu, hospital pun belom bersedia buka kaunter utk COVID-19. Hospital, doktor, belum bersedia tapi kami dah bersedia. Saya dtg hospital pagi2, kat klinik pesakit luar, staff hospital situ kata Encikkk sila pergi bhgn Kecemasan ye.... bila kami pergi tempat kecemasan, staff situ pula kata, sila daftar di depan dulu ye, bila pergi di depan kaunter, staff kaunter kata, sila pergi ke klinik pesakit luar. Kami kata: Maaflah...tadi kami dah pergi sana tapi diorang suruh pergi sini, sekarang suruh kami pergi sana balik ke?

Bila pergi semula ke kaunter klinik pesakit luar, staff kata sila pergi ke satu kaunter kat hujung. Macam bola ditolak ke sana sini. tapi kami tak komplen sebab komited nak tunai tanggungjawab dan tunjukkan akhlak baik. bahkan kita pujilah tugas doktor waktu buat pemeriksaan.

Ramai juga kawan2 yg pergi hospital lain juga nampak layanan tak komited. Tapi ahli jemaah tetap komited nak buat saringan!

Sedih pula bila ada agamawan kata jemaah guna alasan tak mahu check up seperti di bawah:

"Ada yang memberikan alasan penyakit dari ALLAH, kita perlu redha. Ada pula yang berkata 'masjid tempat baik, tiada jangkitan akan berlaku '. Ada pula berkata 'jangan takut virus tapi takut ALLAH'. Ada pula berkata 'kalau mati syahid' dan pelbagai lagi falsafah yang disalahgunakan." (Dr.Maza)

Ini adalah ulasan yg tak tepat, tak betul dlm konteks. Sebabnya alasan itu adalah alasan guna falsafah ilmu hakikat/makrifat tanpa ambil kira syariat. Sedangkan ahli jemaah memang faham benar bahawa hakikat/makrifat tu perlu seimbang dgn syariat. Ini sgt ditekankan dlm jemaah sejak zaman berzaman kerana manhaj dakwah tabligh adalah ahli sunnah wal jamaah di seluruh dunia.

Yang kedua, jemaah tabligh komited nak buat saringan sebab sikap ahli jemaah ialah sgt taat kpd ahli syura jemaah, taat kpd undang2 negara, amir (pemimpin2) negara.

Sejak day 01 lagi, syura sudah suruh taat kpd arahan KKM. Maka  memang sejak awal lagi ahli jemaah nak buat saringan. Setakat yg saya tahu takde jemaah yg tak mahu buat saringan disebabkan alasan yg Maza cakap tu. Walaupun ada yg alami pengalaman tak begitu efisyen oleh pihak lain, tetap mahu buat saringan.

Jadi jangan lah pandang serong dan negatif kpd jemaah, apatah lagi sebarkan benda tak tepat. Kita tak boleh salahkan KKM kerana perkara ini (COVID) sesuatu yg di luar kebiasaan. Tapi apa yg perlu ditekankan di sini ialah : Jemaah sentiasa TAAT dgn arahan KKM utk lakukan saringan. Dan jangan lah MENYALAHKAN jemaah.

Cuba baca di bawah:

Posting dari Mohd Fadzli Znz

Korg baca.......

KISAH PEMERIKSAAN #COVID19 YANG JEMAAH LALUI.
HARAP #KKM MB , Mufti & Menteri Agama , Netizen baca smpai habis...

Apabila mndapat berita pd petang 11 Mac 2020, seorg warga Brunei sangkut COVID-19 slepas pulang dari Masjid Sri Petaling (MSP)

Mlm tu jgk ramai brgegas ke Hospital Putrajaya & Hospital berhampiran.

Hospital Putrajaya arah ke Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya sb situ blh buat saringan. Di situ ay jumpa, ada yg dtg dari Seremban nak cek.

Sampai di klinik P9 Putrajaya. Ada sorg pegawai kesihatan kat luar klinik.

Kami x dibenarkan masuk dlm. Cuma buat saringan di luar. Wbgaimanapun dia bgtau di situ tiada alat utk cek.

Cuma buat saringan. Saringan ialah tanya "ada batuk, selsema atau sesak nafas x"? Klw x de x pe. Tu je.

Dia punya sombong perghhh, x blh ajak bincang.

Sedaya upaya kami nak tanya ttg perkara ni. X kan mcm tu je saringan?

X de ke blh cek suhu ke apa.

Tp setiap kali nak cakap, dia akan potong cakap dgn sombongnya.

Last2 dia suruh ke masjid Sri Petaling esok pagi (12 Mac) krn di sana ada kelengkapan utk buat pmeriksaan Covid19.

Dia bgtau dari pukul 9 - 11 pg. Seawal pukul 8 kami dah ke sana.

Tunggu punya tunggu, dlm pukul 11, van2 kesihatan mulai memasuki perkarangan madrasah belakang masjid Sri Petaling (MSP).

(Kami dah start beratur masa van masuk).

Lps mereka buat spring cleaning & salam Wuhan sesama mrk.  Lama jgk la tunggu dorg cuci, pakai baju bla3.

Setelah bbrapa lama beratur. Sorg pegawai kesihatan wanita bgtau, mrk hanya jlnkan pemeriksaan kpd pelajar madrasah shj.

Lain2 blh balik. Jika ada simtom, sila ke klinik kesihatan berhampiran

Org dtg dari merata2 tau, sb "5000 jemaah tabligh di jejaki" di suruh dtg ke MSP.

Tiba2, tgh2 berator, panas plk tu, soh balik mcm tu je. Tp bahasa dia baik. Cuma panas la jgk. Ttiba soh balik.

Klw bkn jemaah tabligh, mau kena maki pegawai tu

Kami bgtau, "klinik kesihatan berhampiran" yg suruh dtg sini.

Dia bgtau kit utk cek x cukup, klw kami tunggu pun tetap x blh cek, dia suruh balik self quarantine atau ke mana2 klinik brhampiran.

Dia cuma suruh self quarantine. Itu je. X yah cek apa.

Tp sbhg x puas hati pegi jgk cari klinik yg sudi cek.

Alhamdulillah sy dpt buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Dengkil.

Ada yg bgtau kwn2 mrk, " kita x yah cek, doktor soh self quarantine je".

Jd ramailah X jd pi cek.

Menteri Agama dgn MB Kelantan soh cek, klw doktor soh balik mcmana?

Yg ada simtom shj, spt batuk brpanjangan, selsema, sesak nafas je diminta ke PKD

Skrg Menteri agama bgtau jemaah bg kerjasama. Nak kerjasama mcmana tu?

#KKM kena bgtau. Kerjasama mcmana nak

Pastu org kata, tak nak serah diri. Nak serah kat mana?

Skrg ni, #KKM kena :-

1. Ckp betul2, semua ke atau yg ada simtom sj kena cek.

2. Klw kena cek, kat mana nak cek? Bila? Pukul brp

3. Kena bgtau doktor di situ arahan cek. Bg dia peralatan. Jd dia x pening bila org dtg nak cek. Ini soh cek, doktor kata x payah cek klw x de simtom. Klw ada, dia plk x de alat nak cek.

Maklumat kena jelas tepat dan padat. Kita pun nak cek. Cuma bgla maklumat jelas. Naya org mai jauh2 ke MSP, ttiba soh balik mcm tu ja.

[18/03, 17:36] COVID-19 DAN TABLIGH : MENJAWAB BEBERAPA PERSOALAN

Tanpa diduga, nama Masjid Sri Petaling dan Ijtima Tabligh menjadi terkenal di seluruh Malaysia. Ada segelintir yang menyalahkan pihak Sri Petaling (SP) dan Jemaah Tabligh apabila muncul 40 kes Covid-19, didapati dari mereka yang mempunyai sejarah menghadiri Ijtima tersebut.

DAH TAHU ADA WABAK, KENAPA ADAKAN HIMPUNAN MELEBIHI 10k ORANG

Sebelum ini, memang setiap tahun di Malaysia jemaah tabligh memang ada membuat himpunan yang melibatkan kehadiran beribu malah berpuluh ribu orang. Tidak ada isu pun sebelum ini. Malah setiap kali Ijtima', pihak penganjur  akan mendapat kerjasama yang baik dari penduduk tempatan, polis, bomba dan sebagainya. Malah ramai pemimpin negara termasuk sultan sendiri pernah menghadiri Ijtima Jemaah Tabligh. Pernah dahulu di Masjid Daerah Sri Iskandar, Perak, diadakan Ijtima tabligh dan dihadiri sendiri oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, Menteri Besar Perak masa itu Dato Zamry dan Mufti Perak Dato Harusani. Jelasnya, Ijtima Tabligh dengan kehadiran berpuluh ribu dan jemaah tabligh ini perkara yang biasa.

Kenapa tak dibatalkan dah tahu ada isu Covid-9?
Ijtima diadakan pada 28/2 hingga 2/3 2020. Masa itu, isu Convid-19 belum masuk ke gelombang kedua. Keadaan masih terkawal. WHO juga belum istiharkan pandemik. Kerana itu, dalam masa yang sama di Johor ada perlawanan Bolasepak Piala Sumbangsih Johor vs Kedah, difahamkan kehadiran lebih 20k penonton. Kenapa perlawanan ini tidak dibatalkan? Kerana kes covid-19 masih berlum merebak sepenuhnya.
Dalam tarikh yang sama juga, di Sheraton Hotel ada pemimpin2 negara sedang berkumpul dinamakan 'Langkah Sherathon'. Walau kehadiran tidak mencecah ribuan, tetapi difahamkan hingga ratusan dan melibatkan pemimpin2 negara. Mengapa mereka berani berkumpul? Kejadian ini berlaku semuanya sama dengan tarikh berlangsungnya Ijtima. Kenapa mereka berani berkumpul, kerana kes covid-19 belum betul2 meletup tanpa kawalan.

Semasa Ijtima ini juga, bilik perubatan dan para doktor disediakan dan ditempatkan di bilik khas, sekiranya ada yang sakit boleh mendapat rawatan. Sememamgnya langkah keselamatan dan kesihatan diambil berat dalam mana2 Ijtima' tabligh.

Bila dah ada kes, apa tindakan SP dan Jemaah Tabligh?
Kes mula meletup pada petang rabu 11/03/2020 apabila satu kes +ve Covid-19 dapat dikesan di Brunei. Ini merupakan kes pertama di Brunei. Apabila dilihat sejarah perjalanan, pesakit pernah menghadiri Ijtima' di Sri Petaling. Malam itu juga, telah mula meletup dalam semua group2 Whatsapp dan masuk berita. Keesokan harinya, tersebar beberapa kes di Sabah dan Pahang pula. Mereka juga didapati hadir Ijtima Sri Petaling. Singapura pula buat pengumuman, beberapa kes di Singapura melibatkan kehadiran di SP.

Adakah pihak SP dan Syura Jemaah Tabligh berdiam diri dan hanya berserah pada qada' dan qadar sahaja?
Ada yang mengatakan jemaah tabligh tak bertindak pantas. Anda pasti?
Untuk menjawab persoalan ini, tuan-tuan kena tahu bagaimana sistem informasi dan arahan yang dijalankan oleh Jemaah Tabligh ini.

Di Malaysia, Masjid Sri Petaling merupakan markas utama. Di sini, ada beberapa orang Syura Malaysia yang akan membuat keputusan. Bawah markas utama SP ini, ada markas2 negeri. Ada 24 markas negeri semunya (beberapa negeri yg besar mempunyai 2 atau 3 markas). Markas2 negeri ini dipanggil tempat Sabguzari, juga mempunyai Orang Tanggungjawab atau Syura Negeri. Contoh seperti di Perak, markas Ipoh untuk kawasan Perak Selatan dan markas Taiping untuk kawasan Perak Utara.
Di bawah markas negeri (tempat sabguzari) pula, ada beberapa halqah (kampung, taman dan sebagainya). Contoh bagi markas Ipoh ada 44 buah halqah. Di dalam halqah itu pula ada antara 15-25 buah masjid. Dan semua 'orang tabligh' usaha hidupkan amal masjid2 tersebut untuk dibangunkan menjadi seperti Masjid Nabawi di zaman nabi.

Baik, kita sambung isu Covid-19 tadi. Apabila Masjid Sri Petaling dan Ijtima tersebut dikatakan sebagai kluster penyebaran Covid-19, pihak Syura Malaysia di Sri Petaling telah mengarahkan semua markas2 negeri (24 markas ini) untuk dapatkan maklumat kehadiran ke Ijtima dan berapa orang yang telah membuat Ujian Saringan Convid-19. Arahan ini, turun ke markas, dari markas turun ke halqah, dari halqah turun ke masjid-masjid. Memang pantas. Dalam masa beberapa jam sahaja, maklumat tersebar.
Kerana itu, pada Khamis dan Jumaat (12 dan 13 mac) kita lihat diseluruh Malaysia gang2 berjanggut ini hadir untuk disaring. Saya sendiri pada pagi Khamis (12/3/2020) hadir utk disaring. Kebanyakan mereka telah diberi cuti dan kuarantin sendiri hingga 14 hari dari hari balik Ijtima tersebut.  Hingga hari ini, usaha masih berterusan untuk menjejaki saki baki yang belum membuat saringan.

Ada isu orang tabligh lari semasa saringan dibuat hingga terpaksa lapor polis?
Tuan2 perlu faham, jemaah ini terlalu ramai, dengan latar belakang dan pendidikan yang berbeza. Ada golongan professional, ada ulama, ada kakitangan awam, ada peniaga, ada petani, pekebun, peladang, penganggur.  Malah ada bekas gangster, bekas maknyah, artis dan sebagainya. Jadi dalam kelompok yang pelbagai itu, jika ada satu atau dua kes yang lari dari saringan, sedang beribu yang lain elok serah diri untuk disaring. Kenapa kerana seorang dua, hendak disalahkan satu jemaah.

Betul ke semua dah pergi buat saringan? Kenapa Dr Zulkifli, menteri agama terpaksa merayu, pihak KKM dan berbagai pihak juga membuat rayuan seolah orang tabligh ni engkar dan degil. Tidak mendengar kata dan ikut kepala sendiri?
Tuan2 kena faham, masjid Sri Petaling adalah masjid awam. Sesiapa sahaja boleh datang, masuk untuk solat dan duduk dalam setiap program yang diadakan. Ijtima juga dibuat di dewan solat yang terbuka. Kita tidak buat program 'for members only'. Jemaah Tabligh tidak pernah membuat program secara tertutup dan tidak pernah melarang orang awam untuk hadir.
Semasa Ijtima' tersebut, mereka yang hadir melalui halqah dan markas negeri akan lapor diri pada pihak istiqbal. Nama, dari markas mana dan halqah mana akan dicatat. Ini yang hadir ikut saluran betul dan terdaftar. Mereka ini senang untuk dijejaki.
Tetapi kerana masjid awam, semua boleh hadir, beribu2 yang hadir tu sebenarnya tanpa kita ketahui dari mana datangnya. Bukan semua yang hadir itu pernah ikut keluar dakwah walau 3 hari pun. Ada yang datang hanya untuk lihat suasana kerana mereka memang suka dengan suasana agama dan percakapan iman dan amal. Bukannya pernah ikut keluar pun.

Kenapa tak halang? Hanya yang betul2 daftar sahaja boleh masuk?
Sekali lagi diberitahu, ini masjid awam. Orang datang untuk solat dan duduk mendengar perkara baik, takkan kita nak halang. Andai buat begitu, timbul isu baru pula, orang tabligh buat program secara tertutup, untuk ahli mereka sahaja. Halang orang awam untuk mendengar. Ini boleh mendatangkan syak.

Kerana itu, apabila pihak KKM memaklumkan kehadiran 5k, kemudian 10k dan terkini dikatakan kehadiran Ijtima 16k, memang sesuatu yang agak sukar untuk SP menjejakinya 100%. Hanya yang betul2 berdaftar dengan istiqbal sahaja dapat dikesan.

Berapa ramai sebenar ahli tabligh di seluruh Malaysia?
Jemaah tabligh ni bukannya satu pertubuhan, persatuan atau NGO. Jemaah tabligh adalah satu gerakan untuk menghidupkan dakwah cara nabi ke seluruh alam. Mengembalikan umat ini kepada kehidupan sunnah dan sirah.

Tidak ada nama pun jemaah ini. Orang sahaja yang memanggil 'jemaah tabligh'. Tidak ada borang keahlian dan tidak ada yuran tahunan. Seperti jemaah masjid yang bersolat zohor, kita tak ada pun borang dan nama ini jemaah solat zohor. Sesiapa sahaja mempunya kalimah syahadah layak untuk ikut keluar 3 hari.
Markas SP, markas negeri, halqah, syura dan sebagainya itu hanya untuk menyusun kerja supaya semua jemaah yang keluar mengikut tertib yang betul.

Akhir kata, bukan masa untuk kita menyalahkan sesiapa. Orang Brunei kes pertama dikesan tu pun tak nak perkara ini berlaku. Pihak SP dan Syura pun tidak mahu ini berlaku. Semua kita tidak inginkan perkara ini berlaku.

Namun, perkara telah pun berlaku, inilah masanya semua kita bermunajat pada Allah swt agar wabak ini dapat dibasmi dengan segera.

Hairere Shuaib
14/03/2020


Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2020 11:22 AM | Show all posts


Sebahagian jawapan dari tohmahan terhadap Jemaah Tabligh ada sini.....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2020 03:43 PM | Show all posts
silalah ke screening Covid-19, be honest with  them , it is okay . Please help everyone , it is a GOOD DEED.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2020 04:30 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 23-3-2020 03:43 PM
silalah ke screening Covid-19, be honest with  them , it is okay . Please help everyone , it is a GO ...

Saya juga terlibat dalam usaha utk saringan perserta yang terlibat dalam perhimpunan tersebut. Apabila arahan dikeluar, saya TIDAK JUMPA satu pun peserta dari bawah naungan markaz2 di Malaysia yang sengaja untuk engkar tak mahu pergi buat saringan kesihatan.
Namun, ada kemungkinan maklumat tak sampai kepada yang tinggal di pedalaman dan tiada perhubungan internet dan telefon, atau warga asing yang menghadiri perhimpunan tersebut tetapi tiada dokumen perjalanan yang sah, atau ORANG AWAM yang menghadiri perhimpunan tersebut yang mungkin belum pergi membuat saringan.

Semua maklumat dari seluruh markaz yang bernaung di bawah Masjid Sri Petaling diserahkan terus ke Bukit Aman dan KKM.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2020 07:28 PM | Show all posts
mnm77 replied at 23-3-2020 04:30 PM
Saya juga terlibat dalam usaha utk saringan perserta yang terlibat dalam perhimpunan tersebut. Apa ...

tak pa,I know you are involved,  apa apa pun we aim for the best outcome, yg dah pi, thanks a lot , bless you all... you have done your part.

yg belum lagi , pergilah , do something good...

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mengusahakan sumbangan kelengkapan sejadah untuk salah sebuah Pusat Kuarantin di Cheras yang akan menempatkan lebih kurang 200-300 dari kalangan Kluster Tabligh yang terdedah dengan virus Covid-19. Marilah kita sama-sama doakan saudara-saudara kita ini kembali sihat dan terpelihara daripada wabak Covid-19.

https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/?__tn__=kC-R&eid=ARAN2dcpO7XGrXESg1UJU9eQqK

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2020 07:30 PM | Show all posts
mohon ahli keluarga yg ada direct contect atau apa apa interaksi dengan ahli jemaah tabligh ni , kalau ada simptom silalah berterus terang, okay ....we dont want to read something like laguna merbok case tu ....

okay , be honest, help others

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 09:02 AM | Show all posts
lesson learnt buat para jemaah tabligh:

makan sedulang beramai2 adalah tidak hygienic
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.047842 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list