CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18394|Reply: 21

Shasha 'Adik Manja' tidak terfikir berlakon lagi

[Copy link]
Post time 1-12-2020 05:28 PM | Show all posts |Read mode

MASIH ingat Sofea, pelajar cantik yang manja dan nakal dalam filem Adik Manja arahan Othman Hafsham keluaran 1980?
Peminat filem era 80-an pasti ingat betapa lincahnya watak Sofea yang dibawa oleh  Shasha atau nama penuh Sharifah Shalina Syed Abdullah, di samping Dharma Harun Al-Rashid sebagai Cikgu Azmi dan Noor Kumalasari sebagai Cikgu Sharina.

Turut membintangi filem tersebut ialah Noraini Hashim sebagai Pengetua dan Adibah Amin sebagai Cikgu Bedah yang kepoh. Juga Laila Mazlan sebagai Yati kawan baik Sofea, Erlina Dewi sebagai Zaiton, serta beberapa pelakon remaja lain yang membawakan watak rakan-rakan Sofea dalam filem tersebut.

Namun sudah lama Shasha tidak mewarnai dunia lakonan di Malaysia. Kelibatnya tidak kelihatan. Wajahnya tidak lagi terpapar di akhbar atau majalah. Pasti ramai tertanya-tanya di mana dia berada sekarang dan bagaimana kehidupannya selepas tidak aktif berlakon.

Sebenarnya Shasha, 60, sudah lama meninggalkan Malaysia dan kini tinggal di New Haven, Connecticut, Amerika. Shasha pergi ke Amerika Syarikat pada 1982 selepas membintangi Adik Manja dan Langit Petang. Hasratnya untuk menyambung pelajaran dan memasuki  Universiti of Nebraska, Lincoln.
Sebelum ke Amerika, Shasha pernah bekerja setahun setengah di ibu pejabat Syed Kechik Film Productions di Bangsar, Kuala Lumpur.

Pada 1985 Shasha balik ke Malaysia untuk bercuti  musim panas (summer break). Ketika itulah dia ditawarkan berlakon Ali Setan 2, filem ketiga dan terakhir lakonannya. Shasha menerima tawaran tersebut dan menangguhkan kepulangan ke Amerika selama setahun.

Shasha berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia yang dikenali melalui seorang kawan dari Malaysia juga. Sejak itulah dia terus menetap di Connecticut.

WAJAH terbaharu Shasha di New Haven, Connecticut, Amerika.

Selepas kegemilangan membintangi Adik Manja, filem pecah panggung dengan kutipan RM3.5 juta, Shasha membintangi Langit Petang (1982) dan Ali Setan 2 tahun 1985.

Dia juga membintangi beberapa drama TV, antaranya Tamu Bukit Kenny arahan Abdullah Zainol; Rahsia Hati arahan Zohara Gany Bathusha; Layang-Layang Terbang Melayang arahan Hasiah Ariffin serta telemovie, Terjebak arahan M. Osman.

Namun Adik Manja yang menggilap nama Shasha. Filem itu bukan sahaja memperkenalkan Shasha ke layar perak tetapi menjulang namanya apabila menerima Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Festival Filem Asia Pasifik ke-26 di Jakarta tahun 1980.

Selain itu Adik Manja berjaya memegang rekod kutipan tertinggi selama 14 tahun sehingga  dipecahkan oleh filem Sembilu keluaran Skop Production pada 1994.

Dalam perbualan dalam talain baru-baru ini, Shasha mengimbau bagaimana dia terpilih memegang watak Sofea setelah melalui proses pemilihan dan screen test yang ketat.

Menurutnya, dia terbaca iklan di akhbar mengenai pencarian pelakon untuk filem Adik Manja dan memohon. Terdapat lebih kurang 800 permohonan diterima oleh pihak pengeluar filem, Merdeka Film Productions.

Pelakon kelahiran Kuala Kangsar, Perak tetapi dibesarkan oleh datuk saudara dan tinggal di Selangor itu memberitahu, dia menghadiri audition bersama ratusan remaja yang juga mahu mencuba nasib.

Daripada jumlah yang ramai ini ditapis lagi hingga tinggal 80 orang dan diaudition lagi untuk tinggal separuh atau 40 calon.
“Kemudian abang Hafsham (Othman Hafsham) menjalankan screen test ke atas beberapa orang daripada kami untuk menentukan pemegang watak tertentu bersesuaian dengan skrip, seperti watak Sofea, Yati dan Zaiton. Shasha sendiri discreen test tiga kali,” kata Shasha.
Menceritakan bagaimana dia mampu menghidupkan watak Sofea yang lincah nakal, Shasha memberitahu, dia memang jenis ‘hyper’ ketika itu, apatah lagi mendapat geng satu kepala seperti Laila Mazlan. Kedua-dua mereka memang amat serasi membawa watak rakan baik dalam Adik Manja. Gelagat mereka, yang dibantu oleh rakan-rakan lain, menghidupkan filem komedi remaja ini.
Sepanjang berada di Amerika, Shasha hanya tiga kali kembali ke tanah air sehingga ini. Memang sudah lama dia tidak pulang tetapi dia sendiri belum pasti samaada akan terus menetap di Amerika.

Namun rindunya kepada keuarga, saudara mara dan kawan-kawan serta peminat tidak pernah pudar. Untuk melepas rindu dia berhubungan melalui Skype atau Messenger.

Di samping itu dia mengambil kesempatan bergaul dan bermesra dengan masyarakat Melayu di sana dan bersama-sama meraikan sambutan seperti Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.
Dalam suasana pandemik Covid-19 kini, Shasha lebih banyak menghabiskan masa  mengurus rumah serta melayari Internet untuk mengetahui perkembangan semasa.

Jika cuaca tidak terlalu sejuk, dia juga gemar melakukan senaman berjalan-jalan serta mengunjungi jiran-jiran, atau membawa kucing bermain. Shasha peminat tegar kucing.

Shasha yang tidak mempunyai anak memberitahu, dia tinggal berjauhan daripada suami kerana suaminya bekerja di pantai barat Amerika, iaitu di California. Dia tinggal menjaga rumah dan suaminya balik pada waktu tertentu seperti Hari Raya.

Ditanya adakah dia mengikuti perkembangan filem di Malaysia, Shasha memberitahu, oleh kerana sudah lama tidak berada di Malaysia, dia tidak banyak mengetahui perkembangan filem Melayu melainkan yang dikongsi melalui kawan-kawan, keluarga dan saudara mara di Internet.

Tidak tergerakkah untuk kembali berlakon? Shasha berkata, ia bergantung kepada peranan atau watak yang diberi serta jangka waktu penggambaran. Namun pada waktu ini dia tidak terfikir untuk kembali ke layar perak.

Kepada para peminat yang masih mengingatinya, Shasha menyampaikan salam rindu dan terima kasih atas sokongan terhadapnya selama berkecimpung dalam dunia seni.

-Memang dah lama aku mencari berita pasal Sasha ni.-



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2020 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Syed Kechik ni vvip gak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia masa muda mcm Nad.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lainnya rupa dia skrg
Masa jd shasha tu dia jenis bercakap ketap2 gigi
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 08:33 PM | Show all posts
Bepuluh thn balik 3,4 kali jaa..duk sana trus lah.balik sini tak mahunya serasi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 60 umur dia ye...
Pakai gigi palsu ke tu..mcm pelik je senyuman dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2020 08:52 PM | Show all posts
respek ye duk lama2 kt amareka pun kekal berkelubung
meols dok terbayang sheols berambut shocking red
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Emm duk kat amerika pun sorang diri jaa laki dia pun balik time raya je adeh.
Lama gak ye duk sana sampai tanak balik2 dah. Mati2 igt dia kawen org amerika rupanya org malaysia gak.
Ikut usia tu dah warga emas dah ke laki dia muda drpd dia? Masih bekerja lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2020 10:46 PM | Show all posts
beta_carotene replied at 1-12-2020 08:52 PM
respek ye duk lama2 kt amareka pun kekal berkelubung
meols dok terbayang sheols berambut shocking r ...

Selfie utk tatapan org msia je kot...sekali bukak tudung terus kalerful rambut

Jokes aside, why la acik ni x pindah ikut laki..kalau xde anak tu kan senang mengekor laki ke mana2..dah la visit sekali dua je setahun...x bosan ke sorg2 tu


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhhhh.. bdk2 nakal ni dlm cerita tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih cantik


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ingat sangat watak sofea ni, memang nakal2 gtu. Curlast acik jadi org amereka rupanya. Ada anak tak tu? Siannya duduk sorang2 gak laki jauh. Timur barat amereka tu bukan macam timur barat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by iza.moha at 1-12-2020 11:47 PM

Penah tgk filem adik manja ni versi china kat ch 321 (whose baby is in classroom (1969).  Maknanya filem adik manja ni tiru citer tu la kan. Adik manja 1980
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2020 11:05 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-12-2020 05:37 PM
Syed Kechik ni vvip gak kan?

Haah..quite famous nama ni tahun 80an dulu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2020 11:06 AM | Show all posts
sukacactus replied at 1-12-2020 08:20 PM
Lainnya rupa dia skrg
Masa jd shasha tu dia jenis bercakap ketap2 gigi

haah kan..lain betul

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2020 11:08 AM | Show all posts
mungkin dah beli rumah plan settle down, sekali tiber laki kena kerja tempat lain. tu yang sorang dok timur, sorang dok barat..agak aku la..hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2020 11:29 AM | Show all posts
Ali Setan 2 is a fail bila tukar watak utama.

tak best bila dia berlakon as Asmidar..mcm tak kena je..mungkin dia sesuai watak budk2 nakal macam Sofea tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Erlina Dewi yang jadi Zaiton tu muka macam Umi Nazeera.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape dressing konoha?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
lainnya muka
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
V85: HANIS HAIZI AMOUGOU DAH MENGAKU ANAK2 BLASIAN AUTISTIC
taliaV85: HANIS HAIZI AMOUGOU DAH MENGAKU ANA
Views : 249724 Replies : 8389
...BICARA PERANG ASIA BARAT DI BULAN SYAWAL...
seribulan...BICARA PERANG ASIA BARAT DI BULAN SYA
Views : 1908 Replies : 441
THE KEMEK & 3 DJ Era brjoget sprti badut sarkas.- #1722 pg 87. - Hot tea => Shadiq/Dickie- Page 96 #1901 #1904.
FarnorTHE KEMEK & 3 DJ Era brjoget sprti badut
Views : 27701 Replies : 1986
Kenapa Ramai Pemandu Tersilap Tekan Pedal => Ini Jawapannya
beggKenapa Ramai Pemandu Tersilap Tekan Peda
Views : 958 Replies : 41
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 144581 Replies : 1833
Meet & greet ceramah agama berharga RM1000?
Tinot7Meet & greet ceramah agama berharga RM10
Views : 995 Replies : 25
masyarakat di Israel didakwa mengambil kesempatanapabila siren amaran berbunyi untuk meninggalkan premis perniagaan dan makanan tanpa membuat bayaran.
YgBenarmasyarakat di Israel didakwa mengambil k
Views : 654 Replies : 16
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bakal melangsungkan pernikahan 2 Oktober
irveneRaja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bak
Views : 32111 Replies : 438
Abangla kembali:Mengapakah Kerajaan suka import pekerja bangladesh?
YgBenarAbangla kembali:Mengapakah Kerajaan suka
Views : 429 Replies : 29
Faces of Death (2026)
pisanggorengFaces of Death (2026)
Views : 15135 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-4-2026 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.074041 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list