CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1585|Reply: 14

[Tempatan] Kuala Muda : Suami isteri ditahan disyaki penagih dadah

[Copy link]
Post time 10-12-2020 03:01 PM | Show all posts |Read mode
SUNGAI PETANI: Sepasang suami isteri antara 20 individu ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda dalam serbuan sekitar daerah ini kerana positif dadah, semalam.
Pasangan yang mempunyai tiga anak itu ditahan dalam operasi di sekitar Sungai Petani, Tanjung Dawai, Kota Kuala Muda dan Bedong.
Ketua Pegawai AADK Kuala Muda, Arnida Ishak, berkata operasi bermula jam 9 pagi hingga 8 malam itu disertai empat anggota diketuai Irdawati Abdul Hamid.
Beliau berkata, 20 penagih yang ditahan itu terdiri daripada 19 lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya berusia antara 20 hingga 51 tahun.










"Kita tahan pasangan suami isteri itu selepas mereka didapati positif dadah jenis methampetamine.
"Kesemua 20 orang yang ditahan dibawa ke Pejabat AADK Kuala Muda untuk menjalani ujian saringan awal air kencing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Arnida berkata, 10 daripadanya didapati positif dadah jenis methamphetamine dan norphine manakala 10 lagi positif dadah jenis methamphetamine.
Beliau berkata, kesemua individu disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.
"Daripada jumlah itu, 15 yang ditahan akan di reman di lokap AADK Kuala Muda dan lagi dibebaskan dengan jaminan bersyarat.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2020 03:02 PM | Show all posts
err.. ramai juga penagih kat kuala muda ek,  best ke barang kuala muda?

kalo duduk kuala muda berhenti la amik dadah, byk operasi dol...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda biasa.. Nexttt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2020 03:30 PM | Show all posts

tak de ar, diorang tak tau baca statistik ke?

kalo malam newy year, merdeka byk roadblok, jais buat operasi, jgn la racing atau berzina time new year, merdeka

kalo dah tau kuala muda byk operasi dadah, jgn la isap dadah kt kuala muda, pergi la rehab ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 10-12-2020 03:30 PM
tak de ar, diorang tak tau baca statistik ke?

kalo malam newy year, merdeka byk roadblok, jais  ...

Ang ingat depa ada masa nak baca semua tu?  Otak fikir mendadah ja.. HahHa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 03:36 PM | Show all posts
Kesian anak2 yang ada mak pak cam ni keluarga pun terpalit sama susah disebabkan mereka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2020 03:42 PM | Show all posts
kesian pada anak anak.

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 05:20 PM | Show all posts
kesiannya kat anak2..mak bapa kene tangkap.anak2 tu hdp tak terurus..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2020 05:56 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 10-12-2020 03:36 PM
Kesian anak2 yang ada mak pak cam ni keluarga pun terpalit sama susah disebabkan mereka

tu ar mcm mana la agaknya tinggal di society kuala muda tu ye,

aku pernah juga pergi sana sebab ada kenduri, tidor homestay....

oh cousin aku bawak pergi karoke kat area rumah kedai mana ntah...dia bawk cousin dn kawan2 dia, dr pergaulan diorang semua jenis minat mancing, ye la duduk dekat kuala...


mesti sgt mencabar jadi anak2 muda kt sana dgn pengaruh dadah yg kuat
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 10-12-2020 03:27 PM
Benda biasa.. Nexttt

Kannnn pastu smbung pulak ke kwasan permatang bendahari,ke bakau tua ke kuala muda
Mmg port depa la
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Cekgushilla replied at 10-12-2020 06:35 PM
Kannnn pastu smbung pulak ke kwasan permatang bendahari,ke bakau tua ke kuala muda
Mmg port depa ...

Hahaha.. Iols rasa nak penerajang saja sekor2 hamjad x guna menyusahkan mak bapa sendiri.. Sambil berletiaq kat mak bapa depa.. Cover sangat anak
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 09:11 PM | Show all posts
apsal bukan ayam ph yg bukak thread ni?

mane beliau? kena korintin ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2020 02:25 PM | Show all posts
Cekgushilla replied at 10-12-2020 06:35 PM
Kannnn pastu smbung pulak ke kwasan permatang bendahari,ke bakau tua ke kuala muda
Mmg port depa ...

cekgu shilla ni cekgu kat AADK ka?

cam kenai la,


Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 11-12-2020 02:25 PM
cekgu shilla ni cekgu kat AADK ka?

cam kenai la,

Dak cekgu skolah sj
Tp dulu umh kt area penaga tu
Mmg familiar la kt area kwasan hots tu
Masa dulu kalau main wakil skola kena lawan dgn skola kuala muda mmg tkot sbb depa ganaih suka gaduh hahah
Pulun jugak dulu kayuh basikal p cari kepah kt kuala muda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2020 09:38 AM | Show all posts
Cekgushilla replied at 11-12-2020 08:48 PM
Dak cekgu skolah sj
Tp dulu umh kt area penaga tu
Mmg familiar la kt area kwasan hots tu

aku cm pernah dgr naam cikgu shilla, ada la kenal dr sedara mara , tp aku tak de la tanya habis dia kerja apa, tp aku pernah dgr dia kerja kt  sekolah pemulihan, lebih kurang cam tu la,

member aku pernah masuk tmpt pemulihan tak silap dia buat kontrek something ar, ckap cikgu sana garang2, setakat rotan pelajar tu biasa je,  rotan kaw2 punya cm polis raging orang..

tp cikgu shila yg sy kenal baik orangnya, tak tau la kalo kt sekolah dia garang

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.515675 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list