View: 2976|Reply: 1
|
Gusi Bayi Perlu Dijaga Walaupun Belum Tumbuh Gigi
[Copy link]
|
|
Gusi Bayi Perlu Dijaga Walaupun Belum Tumbuh Gigi
Jangan ingat anda hanya perlu menjaga kesihatan gigi bayi hanya selepas mereka tumbuh gigi. Sepatutnya, sejak bayi lahir lagi penjagaan mulut bayi patut dititikberatkan. Ibu bapa juga harus mengetahui cara bersihkan gigi bayi dengan betul.
Berikut adalah perkongsian yang boleh dijadikan panduan oleh doktor Nurfarahin Sufri.
TIPS PENJAGAAN DAN CARA BERSIHKAN GIGI BAYI YANG BETUL
Disebabkan ramai kawan-kawan saya yang baru dapat baby, ramai anak kecil, dan ada yang dah besar sampai gigi kekal nak tumbuh tapi masih tak pernah bawa jumpa dentist lagi, ini saya share sedikit tips untuk jaga gigi susu.
1. PENJAGAAN GUSI PENTING WALAUPUN BELUM ADA GIGI
Gusi anak perlu dijaga walaupun gigi belum tumbuh. Ini kerana susu mengandungi karbohidrat yang berkanji dan ada yang bergula. Kalau sisa susuan tidak dibersihkan, ia menyebabkan mulut anak akan berbau masam dan gusi/lidah boleh menjadi keputih-putihan dan tidak sihat. Anak pun tak selesa. Sambil-sambil membersihkan gusi/lidah bayi, niatlah nanti gigi anak aku tumbuh sihat dan kuat.
Ada juga ibu-ibu yang mengadu anaknya nak tumbuh gigi, tapi saya ditanya mengapa mereka yang sakit gigi? “Macam mana boleh berjangkit? Seminggu dah sakit ni…” Wahai ibu-ibu, masalah gigi ibu tak ada kaitan dengan anak ya. Mohon pergi jumpa doktor gigi dengan kadar segera!
2. GOSOK GIGI SEAWAL GIGI PERTAMA TUMBUH
Gigi pertama akan tumbuh lebih kurang pada usia 6 bulan. Nampak saja gigi mula timbul, bersihkan gigi itu menggunakan kain bersih yang dibasahkan (guna air masak lagi baik).
Kalau bayi dah pandai gigit, boleh belikan berus khas yang sesuai untuk umur mereka. Takut nanti mereka gigit jari kita. Sakitnya!
3. ELAK ANAK HISAP BOTOL SUSU SAMBIL TIDUR
Ini sebenarnya paling penting. Jangan ajar anak hisap botol susu sambil tidur. Susu badan pun tak boleh.
Ini kerana kandungan kanji atau karbohidrat dalam susu akan membentuk lapisan melekit (plak) pada permukaan gigi yang menyebabkan gigi rosak. Karat-karat warna coklat.
Ada ibu bapa cakap, “Gigi anak saya reput doktor, makin saya berus makin reput.” (Cehh banyak laa..)
4. BILAS MULUT BAYI SETIAP KALI SELEPAS MENYUSU
Untuk bayi yang berusia 6 bulan ke atas, sebaiknya beri minum air masak sedikit selepas menyusu. Tak perlu banyak. Ala-ala membilas saja.
Bagi bayi di bawah 6 bulan yang belum boleh minum air suam, memadai lap saja menggunakan kain lembap yang bersih.
5. JANGAN ISI AIR BERGULA DALAM BOTOL SUSU
Ini sememangnya kesalahan besar yang patut dielakkan. Ada ibu bapa yang letak air sirap, teh o, milo, dan sebagainya.
Siapa yang dah mulakan tabiat begini, masih sempat lagi untuk hentikan ya!
6. BAWA ANAK JUMPA DOKTOR GIGI SEAWAL USIA 6 BULAN
Masa anak 6 bulan, seeloknya mereka dah dibawa berjumpa misi atau doktor gigi. Di sini nanti, lebih banyak penjelasan yang dapat disampaikan dengan jelas. Ada dental kit boleh tunjuk demo sekali.
Janganlah takutkan budak-budak dengan doktor. “Haa nanti doktor cabut gigi…” Dah kenapa pula tak ada angin, tak ada ribut, kami nak pergi cabut gigi budak. Bagilah anak cerita yang baik tentang doktor gigi dan staf di klinik gigi. Contohnya, “Jangan takut anakku. Doktor semuanya baik, cantik, sopan-santun, penyayang…. Misi baik tau, nanti dia tolong sapu ubat kalau ada gigi yang nak rosak tu.” Barulah anak tak takut. (Boleh abaikan yang tak penting.)
7. JANGAN KONGSI MAKANAN DENGAN ANAK
Jangan salah faham ya. Nampak macam menghalang keakraban seorang ibu dan anaknya. Sebenarnya bukan begitu.
Cuma, gigi orang dewasa macam kita, gigi dah penuh. Jadi, ada bakteria lebih kurang 1000+ jenis yang duduk dalam mulut kita. Bila kita kunyah-kunyah makanan dan beri pada anak, dengan jayanya kita telah memindahkan bakteria dalam mulut kita pada anak. Secara tak langsung, gigi mereka pun tak selamat jugalah.
8. ELAK PUTING TIRUAN
Akhir sekali, jangan bagi puting tiruan atau elakkan anak hisap jari. Nanti gigi jongang tak cantik.
|
|
|
|
|
|
|
|
PENTINGNYA MENJAGA GIGI SUSU
Mungkin ada yang beranggapan gigi susu akan diganti dengan gigi kekal. Namun sebenarnya gigi susu bayi dapat mempengaruhi perkembangan bayi. Apabila gigi anak sihat, maka anak tidak akan mengalami kesulitan untuk mengunyah makanan yang diberikan. Oleh itu, keperluan nutrisi dapat dilengkapi sejak kecil.
Selain itu, mulut merupakan gerbang bagi makanan sebelum ianya sampai ke organ pencernaan. Sekiranya cara bersihkan gigi bayi tidak dilakukan dengan betul, maka bakteria dan kuman pun akan bersarang dan ikut masuk ke dalam pencernaan bersama makanan. Jika keadaan ini berterusan, sedikit sebanyak ia turut akan menjejaskan kesihatan anak, bukan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|