CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5106|Reply: 28

Murtabak Cream Crackers Memang Lain Daripada Yang Lain -Sesuai Dimakan Bila-Bila

  [Copy link]
Post time 13-3-2021 08:52 AM | Show all posts |Read mode




Martabak atau biasa dipanggil murtabak ini sering ditunggu-tunggu ketika bulan puasa. Menikmatinya ketika sedang berbuka puasa dan moreh bukan lagi sesuatu yang asing.

Membuat murtabak dengan menggunakan kulit popia atau pun doh roti canai sudah biasa dilakukan. Kali ini seorang pengguna Facebook, Puan Hidayah Sibly telah berkongsi resepi membuat murtabak dengan biskut kering pula.


Menurutnya pada zaman dulu dulu,  zaman ibunya ,  murtabak crackers ini dibuat sebagai hantaran sama ada untuk majlis perkahwinan atau majlis pertunangan. Jom kita tengok resepinya.



Bahan-bahannya:



  • 1 bungkus setengah biskut cream cracker yang tak bergula
  • 800 gm daging kisar
  • 2 labu (saiz besar)  bawang besar dipotong dadu
  • 2 biji cili merah dihiris halus
  • 2 biji cili hijau dihiris halus
  • Satu ikat daun sup, daun bawang dihiris halus.
  • 7 biji telur grade A
  • 1 kotak besar susu segar
  • Dua sudu kecil garam
  • Dua sudu kecil serbuk lada hitam



Bahan bahan untuk dikisar dan ditumis:

  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu makan cili giling, jika mahu pedas, lebihkan.
  • 3 sudu makan rempah kari daging




Cara-cara memasaknya:




  • Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar, ditumis hingga naik bau.
  • Masukkan rempah daging, tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit supaya rempah tak hangus dan naik minyaknya.   
  • Masukkan daging kisar, masak hingga empuk.  Masak daging kisar ni sekejap je, cepat empuk,  lagipun kita nak bakar kemudian nanti. Masukkan air jika rasa perlu. Masakkan hingga kering sedikit airnya.
  • Masukkan bawang yg dipotong dadu ,cili hiris,  serbuk lada hitam  garam serta bahan perasa. Gaul rata.
  • Perlahankan api lalu masukkan daun sup dan daun bawang gaul rata baru matikan api biarkan hingga sejuk sedikit.





  • Pecahkan 7 biji telur, pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi gaul ratakan.
  • Bahagikan adunan pada 3 bahagian.





  • Masak susu dalam bekas jangan sampai mendidih. Suam suam aja dan perlahankan api yang paling kecil, jaga jaga jangan sampai meruap, kacau sentiasa.



Cara menyusun biskut:



1. Loyang 4 segi dialaskan dengan kertas aluminium dan disapu mentega. Ambil 9 keping biskut (ikut besar loyang)  celup seketika dalam susu suam. Susun dalam loyang hingga penuh.



2. Tuangkan adunan daging dan ratakan ke seluruhan permukaan biskut.
3. Ulang langkah 1 dan 2 berselang-seli sehingga ke permukaan loyang.



4.Bakar dalam oven 180'C selama 45 minit sehingga masak.



5. Keluarkan dari oven dan terbalikkan. Apabila sejuk potong dan dihidangkan.









Tips:



  • Susu boleh ditambah dengan santan atau diganti dengan santan.
  • Tunggu sejuk baru di terbalikkan dan dipotong bagi mengelakkan murtabak ini pecah.
  • Boleh tambah cheese di setiap lapisan murtabak.
  • Tumis guna mentega dan campur dengan sedikit minyak sahaja kerana daging cincang akan keluarkan minyak lagi dari lemak yang cair.
Selamat mencuba. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
yummy nampak
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap nya {:hooray
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnyaa, boleh cuba esk.. Tqqq
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2021 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya. Nak cuba la
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 10:49 AM | Show all posts
Memang sdap ni.. Enak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2021 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya..boleh cuba ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Terliur plk tgk..nnt blh buat
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm sedap.. nanti cuba buat..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap ke? Ada yg dh cuba ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah nampak sedap. Boleh try. Thanks
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya buat berbuka puasa nanti.hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 02:07 PM | Show all posts
ada yang dah cuba ke? sedap tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sedap. Bijak btol spe yg fkir boleh pkai biskut ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2021 10:41 PM | Show all posts
nampak macam sedap... boleh cuba ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
since kulit lasagna tu susah nak dpt kat tmpt i ni..boleh try guna ni pulakkk..tq tt share resepiii
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh cuba...tq TT share resepi
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 11:48 AM | Show all posts
Wow, first time tahu resepi ini.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.261877 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list