View: 3883|Reply: 8
|
FAKTOR-FAKTOR PENGHALANG KREATIVITI
[Copy link]
|
|
Di dalam keghairahan seseorang pendidik itu mendidik dan membimbing pelajar, terutamanya di dalam bidang pendidikan seni kadang kala akan wujud pelajar buntu ataupun kabur dalam menghasilkan sesuatu hasil karya seni yang kreatif. Terdapat beberapa faktor yang boleh mengakibatkan seseorang pelajar buntu dalam melahirkan idea-idea kreatif. Diantara faktor-faktor itu adalah:
(i) Tekanan Dari Guru
(ii) Tekanan Dari Rakan Sebaya
(iii) Tekanan Dari Persekitaran
i)Tekanan Dari Guru
Seseorang pelajar itu akan mengalami kebuntuan idea yang sangat ketara dalam proses menghasilkan dan menyiapkan hasil kerja yang kreatif yang telah diberikan oleh guru. Keadaan ini akan berlaku bila mana guru terlalu mengokong tanpa memberikan peluang kepada pelajar untuk menghasilkan rekaan yang diingini. Apabila berlakunya keadaan begini ianya akan menjadi satu tekanan dan ianya juga akan mengongkong pelajar berkenaan untuk memperkembangkan idea-idea kreatif yang terlintas di dalam minda mereka.
Secara tidak langsung, perkara ini akan menjadi satu penghalang kepada perkembangan kreativiti di kalangan pelajar. Sebagai seorang pendidik yang pintar dan berpengetahuan yang luas serta terbuka pemikirannya, beliau sudah semestinya bertindak sebagai pembimbing dan bukannya bertindak sebagai penghalang kepada proses perkembangan pemikiran kreatif di kalangan pelajar-pelajarnya.
Bates, J. K.(2000) menyarankan bahawa seorang pendidik itu perlulah menjadi rakan dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajarnya sendiri di dalam proses membentuk mereka ke arah kecekapan menyelesaikan dan menghasilkan satu karya kreatif yang menarik. Kita sebagai seorang pendidik perlulah bersedia untuk menjadi pakar rujuk kepada pelajar.
Kaedah ‘Problem Solving’ merupakan salah satu cara yang telah dikenal pasti dapat melatih minda pelajar supaya boleh berfikir dengan cara yang lebih baik dan berkesan dalam menyelesaikan sebarang permasalahan yang mendatang.
ii) Tekanan Dari Rakan Sebaya
Faktor tekanan daripada rakan sebaya juga merupakan salah satu sebab yang boleh menyebabkan kreativiti seseorang pelajar itu akan terbantut. Omardin Ashaari(1999) menjelaskan, terdapat empat kumpulan pelajar dan rakan sebaya yang utama di dalam proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Empat kumpulan berkenaan adalah:
(i) Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang seimbang dan resional.
(ii) Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang matang dan seimbang.
(iii) Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang seimbang.
(iv) Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang kurang seimbang.
Kumpulan-kumpulan pelajar ini adalah terdiri daripada rakan sebaya yang setiap hari berada disekeliling setiap individu pelajar itu setiap hari. Sekiranya di dalam sebuah kelas itu mempunyai peratusan kumpulan pelajar dari kumpulan satu dan dua, kebarangkalian pelajar-pelajar dari kelas berkenaan untuk menyelesaikan sebarang permasalahan mungkin tidak mempunyai halangan dan tekanan.
Tekanan mungkin akan berlaku dikalangan pelajar kiranya kelas berkenaan mempunyai peratus pelajar dari kumpulan tiga dan empat yang tinggi. Kekurang sikap yang matang dan seimbang dikalangan pelajar dari dua kumpulan ini akan menyebabkan proses kreativiti itu akan menjadi lambat dan lembab. Pengaruh daripada rakan sebaya yang matang dan mempunyai pemikiran yang lebih seimbang akan menjadi satu perlumbaan dan persaingan yang sihat bagi menyelesaikan sebarang permasalahan dengan cara yang lebih kreatif dan efektif. Tekanan dikalangan rakan-rakan sebaya ini boleh dikurangkan sekiranya kelas berkenaan mempunyai purata peratusan yang seimbang pelajar dari semua kumpulan. Ini secara tidak langsung akan wujud satu suasana proses pembelajaran daripada rakan sebaya (learn from peer group). Perasaan rendah diri mungkin akan berjaya dikurangkan.
iii) Tekanan Dari Persekitaran (Budaya dan Keluarga)
Faktor-faktor persekitaran seperti budaya dan keluarga juga adalah di antara faktor-faktor lain yang meyumbang kepada penghalang kreativiti seseorang pelajar itu. Keadaan ceria di persekitaran sekolah dan bilik perlu juga diwujudkan, supaya seseorang pelajar itu dapat bergiat dengan cergas dalam aktiviti pembelajaran. Persekitaran sekolah sperti organisasi, struktur dan suasana pesekitaran yang kurang baik dan tidak kondusif juga merupakan penyumbang kepada tekanan dan menjadi penghalang kepada pelajar untuk berfikir dengan cara yang lebih kreatif.
Budaya dan sikap sambil lewa juga akan mempengaruhi daya dan tahap pemikiran seorang pelajar itu supaya dapat berfikir dengan cara yang lebih kreatif. Ini kerap berlaku terumanya dikalangan pelajar yang lemah disegi pencapaian akademiknya, kerana budaya serta sikap yang kurang menyenangkan ini akan mengurangkan motivasi dan tidak memberikan perangsang kepada mereka untuk memikirkan dan menerbitkan idea-idea baru yang menarik.
Sikap dan sokongan daripada ibu dan bapa juga sangat penting dalam memberikan perhatian terhadap proses pembelajaran anak-anak. Ibu bapa mempunyai pengaruh yang sangat kuat terhadap cara kehidupan seseorang pelajar itu. Mereka merupakan pencetus dan sumber ilham kepada pelajar.
Mereka juga boleh memberikan galakan dan sokongan kepada pelajar untuk berjaya dan mendapat pencapaian akademik yang cemerlang. Sebuah keluarga yang berpecah-belah belah juga boleh menyebabkan tekanan emosi dan perasaan seseorang pelajar itu dalam pembelajaran.
Donald W MacKinnon (1962) seorang tokoh yang banyak membuat kajian tentang kelompok individu kreatif tertentu seperti jurutera mengatakan bahawa perbezaan yang ketara ibubapa biasa dengan ibu bapa kreatif adalah mereka saling menghormati dan mempercayai kebolehan anak-anak mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Mereka tidak akan berasa ragu-ragu ntuk memberikan kebebasan kepada anak-anak mereka untuk mengenali alam dan membuat keputusan mereka sendiri.Amalan-amalan awal sebegini akan membentuk sifat untuk berdikari yang merupakan satu daripada sikap individu yang kreatif.
Disamping itu juga, kewujudan jarak psikologi diantara anak-anak dan kedua ibu bapa dan faktor ini akan membolehkan mereka lebih bebas berbanding dengan anak-anak yang biasa. Kecenderungan untuk mempunyai sifat bebas dikalangan anak-anak banyak dipengaruhi oleh sifat semula jadi ibu bapa itu sendiri yang lebih gemar akan kebebasan, membenci protokol dan sesuatu yang menyebabkan mereka terikat serta terkongkong.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ermm...ada betulnya points di atas |
|
|
|
|
|
|
|
gajet juga menghalang kreatif anak-anak kita |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg. tapi what to do.... haih
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu lah tu... Tapi xbagi sekejap2 kang Kita xleh buat kerja lain... Mama bagi jugak kalau drive or nak kena buat ape2...jenuh gak kalau xbagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang paling penting kita mesti mengalakkan anak untuk berani cuba and be open about it.
Bukan sahaja membentuk pemikiran anak dari segi kreativiti, kita kena fokus right brain akitiviti juga.
https://www.q-dees.com/blog/child-brain-development/
Harap artikel ini dapat membantu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mama rasa susunan tu perlu diubah sedikit.
Point ke iii) perlu di ubah kepada no. i
Faktor no. iii tu melibatkan cara interaksi pelajar tersebut dengan ibubapa dan juga ahli keluarga mereka.
Personal sosial skills mereka bermula di sini. Cara sesebuah keluarga itu berinteraksi akan dibawa oleh pelajar tersebut ke sekolah. Jika pelajar tersebut datang daripada keluarga yang lebih terbuka, komunikasi dua hala yang bagus kebiasaannya pelajar ni termasuk dalam golongan
(i) Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang seimbang dan resional.
Dengan itu,
(ii) Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang matang dan seimbang
Jika keluarga tersebut lebih kepada cara berinteraksi sehala (kena dengar ckp ibubapa tanpa membantah), kebiasannya pelajar tersebut akan masuk ke dalam golongan
(iii) Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang seimbang.
ataupun mungkin daripada golongan
(iv) Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang kurang seimbang. (memberontak).
Satu lagi kumpulan pelajar yang datang daripada family yang lepas bebas tanpa kawalan ibubapa biasanya taergolong ke dalam (iv) Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang kurang seimbang.
Faktor no ii) ini bersangkut dengan keupayaan pelajar tersebut mengawal emosi mereka di dalam kelas ketika berinteraksi dengan pelajar lain dan juga dengan guru dalam proses pembelajaran mereka.
Di sinilah pentingnya fungsi guru sebagai pemudahcara/ fasilitator dalam mengenalpasti keperibadian dan cara interaksi anak pelajar mereka supaya proses pembelajaran di dalam kelas tidak terganggu. dan semua dapat mempamirkan kretiviti mereka.
Secara tidak langsung, guru-guru yang peka ini menjadi model/ figure ibubapa yang anak-anak pelajar dalam golongan iv tadi menjadi insan yang lebih baik bermula daripada cara berinteraksi yang lebih sihat dan menghasilkan idea yang lebih kreatif kerana proses adaptasi daripada persekitaran mereka yang lebih mencabar daripada kumpulan yang lain kebiasaanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
mamarock replied at 14-4-2021 11:57 PM
Mama rasa susunan tu perlu diubah sedikit.
Point ke iii) perlu di ubah kepada no. i
wah. details mantap |
|
|
|
|
|
|
| |
|