|
|
Salam, saya ingin bertanya sama ada saya masih boleh claim socso atau tidak. Begini. Saya pernah mengalami kemalangan jatuh dari moto pada hujung september 2020. Akibatnya, tulang bahu kanan saya patah, disimen dan menerima MC selama lebih kurang 10 minggu, yang berakhir pada disember 2020. Selama dalam mc, company saya telah menguruskan hal2 berkaitan claim socso dan alhamdulillah, dapat duit claim, dalam 2k mcm tu lah. Selama saya MC, company tak bayar gaji saya sebab saya merupakan pekerja subcompany. Alhamdulillah saya telah sembuh sebanyak 90% dan bekerja seperti biasa.
Tetapi dua minggu lepas, pada pertengahan April saya mengalami kemalangan sekali lagi. Kali ni lebih teruk dari sebelumnya, iaitu patah tulang selangka kiri dan tulang betis (fibula) kiri. Buat masa sekarang saya disimen di bahagian kaki dan pakai anduh di bahagian tangan. Saya menerima rawatan di hospital kerajaan.
Soalan saya, adakah saya masih boleh claim socso, sebab tak sampai setahun dari kejadian kemalangan pertama saya. Harap semua dapat membantu saya. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|