CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2558|Reply: 0

Tips Mengurangkan Penggunaan Gajet Anak-Anak

[Copy link]
Post time 16-6-2021 08:20 PM | Show all posts |Read mode
Tips Mengurangkan Penggunaan Gajet Anak-Anak



Kadang bila kita baca orang share pasal bahaya gadget, no gadget, jangan bagi anak phone, kita rasa macam lain macam kan?

Sebab anak kita, kalau tak dapat gadget satu hari, memang dia akan stress semacam.

Macam ni…

Saya faham ramai je antara kita yang dah terlanjur berikan anak gadget.

Lagipun, banyak je apps di smartphone yang bagus untuk pendidikan anak zaman sekarang kan?

Dan…

Kan sekarang ni memang zaman gadget. Zaman semua orang kenal teknologi. Tak kan anak kita tak kenal langsung gadget kan?

Tapi…

Walau macam mana baik pun gadget itu dipandangan kita, kita kena akur. Ada banyak keburukan pada gadget tu.

❗Fast visual stimulation (menyebabkan anak sukar dan kurang memberikan fokus)

❗Kekurangan pergerakan tubuh (menyebabkan otot dan sendi anak kurang kuat dan mengganggu kesihatan postur)

❗Kurang komunikasi dengan persekitaran sebenar (menyebabkan anak lambat belajar tentang kehidupan hariannya, dan lambat alert dengan persekitaran)

❗Kurang perhatian tentang emosi manusia lain (menyebabkan anak sukar belajar kawalan emosi, dan sukar belajar faham empsi sendiri, yang seterusnya menyebabkan kecerdasan emosi anak rendah – maka mudahlah sangat anak mengamuk)

Jadi, walaubagaimana baik pun gadget tu, kita tetap perlu kurangkan hubungan anak kita dengan gadget.



Sumber : People photo created by drobotdean – www.freepik.com


Tapi, jangan terus-terus rampas dan hilangkan. Mengagau anak cari nanti.

Sama macam kalau kita diet. Jangan crash diet. Nanti, tetiba dapat makanan, fuhh… dia punya naik tu… semacam 🤦🏼‍♀️

Buat slow-slow.
Step by step.

1. TANGGUHKAN BERI

Kalau anak kita minta gadget, tangguhkan beri.

“Kejap kejap. Mama masuk toilet kejap.”
“Kejap kejap. Papa call”

Bila tangguh, memang anak akan merengek. Tapi, buatlah apa pun asalkan dapat tangguh.

2. LETAK GADGET DI TEMPAT YANG ANAK TAK BOLEH JUMPA ATAU TAK BOLEH AMBIL SENDIRI

Bila kita buat macam ni, anak akan terpaksa minta tolong kita untuk dapatkan gadget tu. So, boleh kita buat strategi  1  tu bila dia minta 😊

3. SIBUKKAN ANAK DENGAN AKTIVITI GABUNGAN VISUAL, AUDITORY & FINE MOTOR KINESTHETIC

Handphone tu, 3 organ utama yang digunakan adalah : mata, telinga dan jari kan?

Jadi, sibukkan anak kita dengan aktiviti yang akan guna 3 organ utama tu juga. Macam jatuhkan guli dalam botol yang muncung kecil contohnya : guna mata, guna telinga (bunyi guli) dan guna jari.


Sumber : People photo created by drobotdean – www.freepik.com

4. KURANGKAN PENGGUNAAN SECARA GRADUAL.

Harini kurangkan 1 jam. Esok, kurangkan 2 jam, esok lagi kurangkan 3 jam.

Lama-lama makin kuranglah anak guna gadget tu. Cuba limitkan satu minggu tu 1 hari je anak boleh tengok gadget.

Dan cuba distract dari guna gadget yang pegang (macam tablet dan smartphone), gunakan TV supaya stimulasinya lebih jauh dari anak tersebut.

Sediakan “gadget time” bila anak nampak dah boleh mula distract anak dari gadget. Beritahu anak “awak boleh guna gadget masa ni je”.

5.  AJAR ANAK GUNA LOCENG ATAU ALARM

Bila bunyi alarm atau loceng, waktu gadget habis…

So, anak kena belajar untuk pulangkan semula gadget pada kita. Kena pulangkan kalau dia nak lagi guna gadget pada “gadget time” seterusnya.

6. AJAR ANAK KESAN GADGET

Tunjuk gambar.
Tunjuk video.
Cerita.

Kesan penggunaan gadget pada otak kanak-kanak kepada anak kita.

Anak seawal usia 5 tahun dah boleh faham sebenarnya kalau kita cerita dengan penuh semangat.

Anak perlu faham kesan dan akibat.

So, cerita…

Anak ni, kalau kita cakap “jangan” tanpa sebab, kadang diorang ni susah nak ikut


Sumber : http://atieyusoffamily.blogspot.com/

7. TANAMKAN NO MEANS NO PADA ANAK.

Yang ni penting.

Kalau kita dah set “gadget time” tertentu, maksudnya dia memang boleh pegang gadget semasa gadget time sahaja.

Kalau merengek, meraung, mengamuk nak juga gadget tu, biar je…

“Olooo… Awak nak phone ye? Sorry, tak boleh. Tengok jam tu. Habis dah gadget time. Tunggu gadget time yang minggu depan ye.

Haa… gitu…

Harapnya perkongsian ni sangat membantu.

Owh…

Bagi mama ayah yang memang tiada masalah langsung dengan gadget, dan tak pernah beri langsung gadget pada anak, tahniah.

Tapi, jangan komen kecam kata “tu lah.. sapa suruh bagi gadget kat anak??”. Nanti saya delete tau.

Ada ibu ayah yang pilih dedahkan anak dengan teknologi. Mereka tak salah. Itu pilihan mereka.

Cuma perlu kawal sahaja penggunaan teknologi tu

So, hormat pandangan dan cara parents lain ya.

Parenting ni subjektif.

Ada guideline, tapi guideline itu untuk disesuaikan dengan norma keluarga kita

Semoga bermanfaat perkongsian ini.

Artikel ini telah dihasilkan oleh Puan Siti ‘Aisyah Rozalli. Artikel asal boleh didadapati di FB page beliau di sini.

Sumber:http://wanitakelantan.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 101568 Replies : 4461
[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin Hye Sun, Lee Jin Wook, Kang Hoon
Rahah[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin
Views : 47812 Replies : 21
Setelah menghabiskan berpuluh2.. ribu  cantikkkan
YgBenarSetelah menghabiskan berpuluh2.. ribu c
Views : 14208 Replies : 71
Bila bbnu bercinta #4
BoomibulatBila bbnu bercinta #4
Views : 9255 Replies : 66
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9671 Replies : 77
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33219 Replies : 15
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6952 Replies : 10
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 41581 Replies : 77
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 67315 Replies : 573
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 16874 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.037864 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list