Edited by udangku at 27-7-2021 10:10 PM
Korang pernah makan tak tulang merah Singapore? Makanan ni sedap dan memang ada ramai peminat tersendiri.
Kredit: Google. Gambar sendiri dah delete dah dalam album hehe.
Malam ni I rajin sikit nak share resepi dekat korang hehe. Resepi yang ori dari Singapore, because I asal orang sana, dan belajar pun dari makcik I yang asal orang sana. Kebanyakan resepi yang I nampak orang share macam tak lengkap, rasa pun mestilah tak sama kan. So nak ubati kerinduan peminat tulang merah, meh I share resepi, ikhlas and complete, tiada rahsia. Korang kena cuba okay!
Bahan-bahan 2kg Tulang kambing 4 sekawan 1 tin kecik tomato puri 15 sudu besar rempah beefsteak 2 sudu sos tomato 3 biji telur Kobis Pewarna merah
Bahan blend Bawang merah Bawang putih Halia Cili kering
- Rebus tulang selama 2 jam. Kalau guna pressure cooker, dalam 45 minit pun dah cukup.
- Tumis 4 sekawan, lepas tu masukkan bahan yang dah dikisar. Masak sampai garing.
- Masuk tomato puri dan rempah beefsteak.
- Masuk tomato sos dan sambung tumis lagi.
- Masukkan pewarna merah, letak tulang sekali airnya.
- Perasakan dengan garam dan perasa.
- Bila kuah dah pekat, pecahkan telur dan terus gaul.
- Tutup api bila telur dah masak. Taburkan hiris kobis sebagai hiasan.
Nilah resepi turun-temurun tulang merah family I, cewah hahaha. I harap korang semua cuba resepi ni ya. Happy trying! Nak tanya apa-apa pun tanya je ya
|