CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2215|Reply: 18

GARAPAN - Berita Sukan

[Copy link]
Post time 11-8-2021 04:44 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PROSPEK
+=+=+=+=+=+=+=
                   *Barcelona: Bapa Lionel Messi memberitahu media Sepanyol hari ini, bahawa anaknya akan menyertai Paris Saint-Germain.*
            *Apabila ditanya wartawan di lapangan terbang El Prat Barcelona jika bintang Argentina itu akan menandatangani kontrak bersama kelab Perancis itu, Jorge Messi, yang juga ejen pemain itu berkata: "Ya".*
            *Jorge Messi dikelilingi wartawan ketika dia tiba di lapangan terbang lebih awal daripada anaknya untuk penerbangan ke Paris.*

                   *Madrid: Real Madrid dilaporkan masih menaruh harapan untuk menandatangani bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe pada musim panas ini.*
             *Bekas penyerang Monaco dijadualkan akan menjadi pemain bebas dalam masa 12 bulan lagi, dan PSG berhasrat menyambung kontrak pemain kebangsaan Perancis itu.*
              *Walau begitupun, dengan gergasi Ligue 1 akan menandatangani Lionel Messi bagi perjanjian dua tahun, Mauricio Pochettino mahu bersikap lebih optimis mengenai peluang kelabnya mengekal Mbappe.*

                   *London: John Stones menandatangani kontrak lanjutan bagi tempoh empat tahun lagi yang menyaksikan dia akan kekal dengan Manchester City hingga 2026, menurut juara Liga Perdana Inggeris itu, hari ini.*
                *Perjanjian baharu itu sebagai ganjaran buat Stones, yang menyertai kelab berkenaan dari Everton dengan perjanjian 47.5 juta (RM278 juta) pada 2016 dan dalam tempoh setahun terakhir ini dia berjaya mendapatkan kembali prestasi terbaik bersama kelab dan negara.*

                   *Los Angeles: Manny Pacquiao mengesahkan dia tetap mahukan pertarungan semula dengan Floyd Mayweather tetapi tidak berminat menentang Jake Paul.*
            *Pacquiao begitu kecewa selepas tewas kepada musuh ketatnya, Mayweather pada 2015 yang dianggap pertarungan paling mahal dalam sejarah.*
            *Tetapi dia mendakwa mengalami kecederaan bahu ketika itu dan mendesak pertarungan semula diadakan dan juara lapan divisyen berusia 42 tahun itu belum putus harapan untuk membalas dendam.*

                   *Washington: Novak Djokovic yang mahu melengkapkan kalendar Grand Slam di Terbuka Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Masters ATP Cincinnati hari ini dengan alasan memerlukan lebih masa rehat selepas tamat Olimpik Tokyo.*
              *Pilihan utama dari Serbia itu yang menyamai rekod sepanjang zaman dengan 20 gelaran Grand Slam boleh menjadi pemain pertama sejak Rod Laver pada 1969 memenangi empat gelaran dalam tempoh setahun.*

                   *London: Bekas pelumba Formula Satu (F1), Damon Hill bimbang dengan kesan jangkitan Covid-19 ke atas kesihatan Lewis Hamilton.*
             *Hamilton, 36, jarang kelihatan selepas tamat Grand Prix Hungary minggu lalu yang menyaksikan pelumba Britain itu menduduki tempat kedua selepas Sebastian Vettel dibatalkan.*
             *Tetapi bintang Mercedes itu tampak tidak selesa ketika naik ke podium dengan keletihan jelas terbayang di wajah Hamilton dan Hill menyedari keadaan itu dan melahirkan kebimbangan terhadap tahap kesihatan pelumba itu.*

                  *Spielberg, Austria: Juara Grand Prix Styria, Jorge Martin mengakui kibaran bendera merah pada awal perlumbaan memberi tuah kepadanya selepas berdepan dengan masalah tayar.*
              *Perlumbaan semalam terpaksa dihentikan pada pusingan ketiga susulan kemalangan serius membabitkan pelumba wildcard KTM, Dani Pedrosa dan Lorenzo Savadori dari pasukan Aprilia. Savadori disahkan patah buku lali dan terpaksa melupakan GP Austria minggu depan.*

                  *Kuala Lumpur: Pemenang pingat emas Olimpik Tokyo berusia 14 tahun, Quan Hongchan yang mengalahkan penerjun lebih berpengalaman termasuk bintang negara Pandelela Rinong, menjadi buruan peminat yang membanjiri rumahnya di wilayah Guangdong, selatan China.
           *Peminat hadir membawa makanan ringan, mesin permainan selain menawarkan wang selepas cerita mengenai penerjun berbakat itu yang mahu menang di Tokyo untuk membantu keluarga dan mengumpul wang bagi merawat ibunya yang sakit menyentuh hati rakyat negara itu.*

                  *Paris: Ineos akan menyenaraikan dua juara baru Olimpik, Richard Carapaz dan Tom Pidcock dalam pasukan mereka di jelajah Vuelta a Espana yang dijadualkan bermula Sabtu ini di Burgos.*
             *Pidcock dari Britain, memenangi pingat emas mountain-bike di Jepun dan Carapaz dari Ecuador yang juga bekas juara Giro d'Italia pula pemenang bagi acara lebuh raya Olimpik.*
               *Ineos turut diperkuatkan dengan kehadiran Egan Bernal dari Colombia pemenang Giro dan Tour de France.*

                  *Kuala Lumpur: Jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley sebenarnya mempunyai nama cukup besar dalam arena lumba basikal antarabangsa selain boleh dikatakan cukup laris apabila sering menjadi rebutan pasukan negara luar sehingga ke hari ini.*
            *Namun, jurulatih yang berasal dari Australia itu tetap 'taat' bersama Malaysia dan bagaikan menganggap negaranya sendiri.*
             *Perkara terbabit didedahkan jaguh berbasikal negara Datuk Azizulhasni Awang yang melihat jurulatih berkenaan serta isterinya Vicky Beasley adalah watak penting di sebalik kejayaannya selama ini.*
            *Azizul berkata, walaupun Beasley dilahirkan sebagai seorang 'mat saleh' namun jiwanya sangat dekat dengan Malaysia.*

                  *Kuala Lumpur: Selepas Datuk Azizulhasni Awang berjaya membawa pulang pingat perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) mula membayangkan untuk Malaysia beraksi dalam acara pecut berpasukan di Olimpik Paris 2024.*
            *Bagaimanapun, perkara itu mungkin dapat direalisasikan seandainya Azizulhasni masih dapat beraksi di temasya berkenaan, ditambah dengan sokongan pelumba 'berani mati' Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan dilengkapi dengan tonggak muda sedang meningkat naik Fadhil Zonis.*

                *Kuala Lumpur: Persekutuan Renang Malaysia (MAS) mengakui agak kecewa dengan prestasi dipamerkan atlet terjun di Olimpik Tokyo hingga gagal membawa pulang sebarang pingat untuk negara.*
           *Setiausaha Kehormat MAS, Mae Chen berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dan bedah siasat bagi mengenalpasti punca hingga menyebabkan prestasi atlet terjun negara kurang menyerlah.*

                 *Kuala Lumpur: Selepas Sukan Olimpik Tokyo 2020 berakhir, Chef de Mission, Datuk Lee Chong Wei mengakui bahawa temasya kali ini paling sukar di sebabkan persiapan terganggu dan tiada penonton di stadium akibat pandemik Covid-19.*
             *Bagaimanapun, menurut beliau kontinjen Malaysia sudah berjaya menyerikan dan menyatukan rakyat dengan persembahan yang terbaik.*

                  *Kuala Lumpur: Komitmen luar biasa dalam mengumpul data penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan WXR-Vorteq berjaya menghadiahkan sebutir perak buat negara di temasya Olimpik, Tokyo.*
           *Pelumba basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang membuktikannya pentingnya sains dalam sukan dan teknologi untuk terus memacu kejayaan atlet.*

                   *Kuala Terengganu: Pengendali Terengganu FC II (TFC II), Badrul Afzan Razali mengharapkan anak buahnya dapat melupakan episod malang ketika tewas kepada PDRM FC Ahad lalu, sebaliknya mereka perlu bangkit memburu tiga mata menentang Perak FC II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam esok.*
            *Jurulatih meningkat naik berusia 45 tahun itu berkata, hanya kemenangan sahaja yang mampu mencerahkan peluang pasukannya untuk memburu kejuaraan Liga Perdana musim ini selepas pulang dengan tangan kosong selain rekod tanpa kalah tercalar akibat 'dibedil' skuad The Corp 2-1.*

                *Ipoh: Usaha Perak FC untuk mendapatkan kembali khidmat dua pemain import dari Brazil, Leandro Dos Santos dan Rainderson Da Costa bagi mengharungi baki saingan Liga Super pada musim ini, tidak kesampaian apabila kedua-dua pemain nekad meninggalkan pasukan itu.*
             *Pengurus Besarnya Azman Noh berkata rundingan telah diadakan dengan kedua-dua peman itu namun persetujuan gagal dicapai ekoran tunggakan gaji selama tiga bulan yang masih belum dilunaskan oleh pihak Perak FC.*

*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*#piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
*#since2011*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasi10*

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2021 07:54 AM | Show all posts
done baca ringkasan berita sukan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2021 07:57 AM | Show all posts
poremer lain boleh jugak letak berita sukan kat sini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2021 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
12/08/2021
                 
*PROSPEK SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=

                   *Paris: Lionel Messi berkata impiannya mahu memenangi Liga Juara-Juara buat kali kelima selepas menandatangani kontrak dua tahun bersama Paris Saint-Germain.*
            *”Saya telah katakan impian saya adalah untuk menang satu lagi Liga Juara-Juara dan berpendapat saya berada di tempat yang tepat untuk memanfaatkan peluang itu dan melakukannya," katanya ketika diperkenalkan sebagai pemain PSG, hari ini.*
            *Pemain berusia 34 tahun merangkul kejuaraan Eropah kali terakhir bersama bekas kelabnya Barcelona pada 2015, sementara kelab Paris dengan pemilik kelab dari Qatar itu belum lagi merangkul kejuaraan kejohanan membabitkan kelab elit itu.*

                   *Paris: Pengerusi Paris Saint-Germain, Nasser al-Khelaifi berkata bintang penyerang mereka Kylian Mbappe tidak ada sebab untuk meninggalkan pasukan selepas Lionel Messi menandatangani kontrak dua tahun bersama gergasi Perancis itu.*
            *Mbappe berada dalam tahun akhir kontraknya dan dikaitkan menerusi perpindahan dari PSG dengan Real Madrid berminat mendapatkan khidmat pemain yang memenangi Piala Dunia 2018 itu.*
           *”Kylian adalah sebahagian daripada pemain kelab Paris, dia begitu kompetitif. Dia memaklumkan dia mahu pasukan yang kompetitif," kata Al-Khelaifi.*

                   *Paris: Neymar meraikan perpindahan sensasi Lionel Messi ke Paris Saint-Germain dengan mengalu-alukan kehadiran bekas rakan sepasukannya di ibu kota Perancis.*
              *Bintang Brazil itu memuatnaik video dia bersama Messi meraikan jaringan ketika mereka beraksi di Catalonia dalam Instagramnya.*
              *Video pendek itu menunjukkan Neymar dan ikon bola sepak Argentina itu berpelukan dengan kapysen tertera 'kembali bersama' sekali gus mengesahkan kehadiran Messi dan melengkapkan trio serangan paling berbisa pernah disaksikan di Eropah.*
                 *Messi akan membentuk gandingan penyerang digeruni bersama Neymar dan Kylian Mbappe dalam skuad Mauricio Pochettino.*

                   *Manchester: Red Devils berdepan kekecewaan selepas gagal menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu namun mereka bakal memulakan musim baharu dengan penuh keyakinan selepas mendapatkan dua pemain berprofil tinggi.*
                *Ketibaan Jadon Sancho ke Old Trafford dari Borussia Dortmund menamatkan misi sukar dua tahun untuk mendapatkan bintang muda itu tetapi United tidak berdepan masalah mendapatkan Raphael Varane dari Real Madrid.*

                   *Paris: Monaco menewaskan Sparta Prague 3-1 awal pagi tadi untuk mara ke peringkat playof Liga Juara-Juara, seminggu selepas pemain kelab Ligue 1 itu, Aurelien Tchouameni berdepan cemuhan perkauman ketika aksi peringkat pertama di Republik Czech.*
             *Semalam, Sparta dalam kenyataannya sangat kecewa dengan insiden itu ketika mereka tewas 0-2 yang menyaksikan Tchouameni menjadi sasaran ejekan perkauman selepas meledak gol pertama di ibu kota Czech.*

                   *London: Penyokong yang mahu menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal berdepan ujian Covid-19 di beberapa stadium pada minggu pertama musim baharu.*
              *Pemegang tiket perlu bersedia dengan bukti vaksinasi penuh atau ujian negatif Covid-19 daripada NHS COVID Pass dalam tempoh 48 jam sebelum perlawanan bermula, menurut kenyataan EPL semalam.*

                   *London: Juara dunia enam kali Marc Marquez mengakui MotoGP bakal kehilangan seri selepas musuh ketatnya, Valentino Rossi bakal bersara selepas tamat musim 2021.*
               *Minggu lalu legenda MotoGP, Rossi mengumumkan musim ini yang terakhirnya di MotoGP sekali gus mengakhiri 26 kempen kariernya dalam perlumbaan grand prix.*
                *Semalam Marquez berkongsi pandangan mengenai keputusan Rossi itu ketika ditanya Autosport.*

                   *Kuala Lumpur: Tiga kejohanan badminton Asia dibatalkan kerana kebimbangan penularan Covid-19, menurut jurucakap penganjur sekali gus memberi satu lagi tamparan bagi kalendar sukan dunia.*
             *Ia termasuk Terbuka Korea, yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Ogos dan September dan Terbuka Macau pada November, menurut badan induk sukan itu Persekutuan Badminton Dunia (BWF).*
              *Korea Masters kini terpaksa diketepikan, selepas ditangguhkan dari tarikh asal pada Jun.*

                   *Kuala Lumpur: Hanya Lee Zii Jia dan pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang dilihat mempunyai potensi untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 tatkala yang lain mungkin akan bergelut disebabkan keadaan semasa terutama dalam berdepan situasi pandemik Covid-19.*
            *Perkara itu disuarakan oleh bekas perseorangan lelaki negara, Roslin Hashim yang membayangkan acara badminton bakal dikuasai oleh pemain dari benua Eropah pada temasya berkenaan.*

                   *Kuala Lumpur: Skuad bawah 20 (B-20) tahun negara mampu menarik nafas lega apabila kekal berada dalam Kumpulan J dalam kempen Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 yang dijadual bermula dari 27-31 Oktober ini.*
              *Malah, tiga pencabar dalam kumpulan itu juga kekal dengan dua daripadanya adalah pesaing serantau iaitu Thailand dan Laos serta Mongolia untuk bakal menjadi tuan rumah untuk aksi Kumpulan J.*

                    *Kuala Lumpur: Oktober ini pastinya menjadi bulan paling ditunggu kesemua pasukan Liga Malaysia (Liga M) apabila agihan pendapatan atau hak penyiaran tahun ini akan diagihkan sepenuhnya kepada rakan kongsi.*
              *Perkara itu disahkan Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media Mesyuarat Rakan Kongsi MFL ke-5 yang berlangsung secara maya hari ini, sekali gus melegakan pasukan selepas turut terkesan dengan pandemik Covid-19.*

                   *Kuala Lumpur: Benarkah destinasi tonggak naturalisasi negara, Lidiron Krasniqi selepas ini Liga India?*
                *Itu persoalan yang timbul selepas viral di laman sosial mengaitkan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu bakal membuat kemunculan di Liga Super India selepas ini.*
                *Liridon, 29, yang sebelum ini dipinjamkan ke kelab A-League, Newcastle Jets mengakhiri tempoh pinjaman itu pada 30 Jun lalu dan ketika ini pemain tengah Harimau Malaya itu hanya menjalani latihan sendiri.*

                   *Kota Bharu: Kelantan FC berjaya mengutip tiga mata berharga apabila gah menewaskan lawan senegeri, Kelantan United Football Club (KUFC), 3-1 di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, petang tadi.*
             *Tuan rumah terlebih dahulu diasak KUFC yang teruja menamatkan badi kekalahan ke atas Kelantan FC melalui percubaan import, Gassama Al Fusainey pada minit ke 15.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*#piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
*#since2011*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasi10*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2021 07:36 AM | Show all posts
13/08/2021

PROSPEK SUKAN ⏱
+=+=+=+=+=+=+=


                👑 Paris: Lionel Messi menerima layanan terbaik di ibu kota Perancis selepas melengkapkan perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG).
           Sensasi dunia berusia 34 tahun itu ketika ini tinggal di sebuah hotel lima bintang yang dilengkapi dengan kolam renang, panggung wayang peribadi serta enam restoran mewah.
           Menurut Mundo Deportivo, Messi dan isterinya, Antonela serta tiga anak mereka tinggal di Hotel Le Royal Monceau dekat Paris.

                🏆 Belfast: Kepa Arrizabalaga muncul wira untuk membantu Chelsea memulakan musim baru dengan menumpaskan Villarreal 6-5 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam saingan Piala Super UEFA di Belfast pagi tadi.
            Pemain kelahiran Sepanyol itu, yang kehilangan tempat dalam kesebelasan utama sejak menyertai kelab berkenaan dengan mencatatkan rekod penjaga gol termahal dunia pada 2018, dimasukkan pada hujung masa tambahan oleh Thomas Tuchel bagi membolehkannya beraksi di penentuan penalti.
             Arrizabalaga terkenal dengan insiden enggan dikeluarkan ketika Chelsea dibimbing Maurizio Sarri dalam perlawanan akhir Piala Liga ketika tumpas kepada Manchester City dua tahun lalu.

                👣 Paris: Lionel Messi bergabung kembali dengan bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Neymar untuk melengkapkan barisan serangan bintang di Paris Saint Germain (PSG).
             Bagaimanapun, persoalannya sekarang adakah kehadiran bintang Argentina itu akan menjadi faktor Kylian Mbappe meninggalkan gergasi Perancis.
            Perancangan PSG adalah meletakkan tiga penyerang beraksi bersama sekali gus mencapai impian mereka untuk memenangi Liga Juara-Juara, namun masa depan jangka panjang Mbappe menjadi keraguan.

                🐔 London: Jurgen Klopp berkata Liverpool 'tidak perlu menambah pemain lagi' menjelang musim baharu apabila menegaskan ia tidak masuk akal kerana beliau mempercayai barisan pemain sedia ada.
             Liverpool dilihat menyepi sepanjang jendela perpindahan pemain apabila hanya membawa Ibrahima Konate dari RB Leipzig.
               Pada masa sama, Klopp juga kehilangan tonggak utama, Georginio Wijnaldum yang berhijrah ke Paris Saint-Germain menerusi pepindahan secara percuma.

                   🤕 London: Pemain tengah Manchester City, Phil Foden bakal terlepas bulan pertama musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengalami kecederaan ligamen buku lali sejak di Euro 2020.
                Pemain berusia 21 tahun itu terlepas aksi final yang menyaksikan Itali menumpaskan England berikutan kecederaan berkenaan dan dia dijangka tidak dapat diturunkan sebelum rehat aksi antarabangsa pada September.

                   🦁 Kuala Lumpur: Kejayaan kelab bola sepak Chelsea menjuarai Piala Super UEFA pada awal pagi tadi menandakan bahawa skuad The Blues sudah bersedia untuk merampas trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Manchester City musim ini.
              Keyakinan itu diluahkan bekas ketua pasukannya, John Terry yang percaya skuad kendalian Thomas Tuchel memiliki cukup ramuan untuk mengulangi pencapaian musim 2017 di mana itulah musim terakhir Chelsea menjulang trofi berkenaan.

                   🎾 Washington: Rafael Nadal menarik diri dari menyertai Masters Cincinnati, sehari selepas dia mengumumkan menarik diri daripada menyertai kejohanan di Toronto sekali gus menimbulkan tahap kecergasannya menjelang Terbuka Amerika Syarikat (AS).
               Bintang Sepanyol berusia 35 tahun itu mengalami kecederaan kaki kiri ejak tersingkir di separuh akhir Terbuka Perancis ketika kalah kepada Novak Djokovic Jun lalu.
               Nadal, yang berkongsi rekod dengan Djokovic dan Roger Federer meraih 20 kejuaraan Grand Slam, berharap dapat kembali cergas untuk memburu kejuaraan Terbuka AS buat kali kelima tatkala Grand Slam terakhir itu akan berlangsung 30 Ogos ini.

                   ⚽️ Sydney: Australia merancang untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030 atau 2034 bagi meneruskan kesinambungan kejayaan dipilih menganjurkan Piala Dunia Wanita 2023.
               Perancangan itu bagi mengubati kegagalan tidak dipilih untuk menjadi tuan rumah pada 2022 yang akhir sekali menjadi milik Qatar.
               Bagaimanapun, Ketua Eksekutif Bola Sepak Australia, James Johnson percaya ini adalah masa yang tepat untuk mencubanya sekali lagi selepas berjaya dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita 2023 bersama New Zealand dan menganjurkan Olimpik 2032 di Brisbane.

                   🤷🏻 Guangdong: Keluarga Quan Hongchan, penerjun China yang memenangi pingat emas di Olimpik Tokyo, menolak pemberian dan wang ganjaran yang ditawarkan selepas mereka mula mengetahui kehidupan biasa atlet berbakat itu.
            Quan adalah bintang China paling menyerlah di Olimpik Tokyo kerana atlet berusia 14 tahun itu mendominasi acara terjun dan membawa pulang pingat emas.
              Quan Wenmao, bapa kepada atlet berkenaan pada Ahad lalu ditawarkan sebuah flat, hartanah komersial dan wang sebanyak AS$30,800 (RM130,000).
              Bagaimanapun dia menolak kesemua tawaran itu, lapor Southern Metropolis Daily.
              ”Saya berterima kasih kepada mereka kerana datang ke tempat saya. Tetapi saya tak mengambil apa-apa. Saya tak ambil wang," katanya tiga hari selepas anaknya memenangi pingat emas di Olimpik.
               Dia juga meminta orang ramai yang hadir ke rumahnya supaya pulang.

                   🚴🏼 Kuala Lumpur: Jurulatih berbasikal negara, John Beasley menyatakan kesanggupannya untuk terus kekal bersama skuad basikal negara dalam misi pemburuan emas di Olimpik Paris 2024.
              Malah tiada masalah buat Beasley untuk terus bersama skuad negara andai khidmatnya masih diperlukan.

                   🥺 Kuala Lumpur: Sekalipun gagal menyinar pada temasya Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini, beregu campuran bebas Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tetap bersyukur kerana mempunyai penaja yang sedia bersorak ketika menang selain berkongsi sedih apabila mereka kalah.
              Dalam satu hantaran di akaun Instagram, Liu Ying secara merendah diri, mengucapkan terima kasih tulus ikhlas kepada semua penajanya yang memberi sokongan padu kepada mereka selama ini.

                   🎮 Kuala Lumpur: Pasukan permainan Mobile Legend: Bang-Bang (MLBB) Todak, menyasarkan untuk menyambar gelaran juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia musim kelapan yang akan berlangsung mulai 13 Ogos hingga 3 Oktober ini.
           Pengurus pasukan, Mohd Syazlan Mohd Rosdi berkata, Todak menyasarkan untuk menjuarai setiap kejohanan besar MLBB, termasuk musim kelapan MPL itu.
           ”Kita akan membuat latihan dan persediaan rapi bagi barisan pemain memandangkan terdapat pemain baharu yang akan turut beraksi menjelang musim ini," katanya ketika dihubungi Bernama, baru-baru.

                🐯 Kuala Lumpur: Kekalahan tiga aksi antarabangsa termasuk dua dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Jun lalu menyaksikan ranking skuad Harimau Malaya jatuh satu anak tangga daripada kedudukan 153 kepada 154 dunia.
              Menerusi kemaskini terbaharu oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) hari ini, skuad kendalian Tan Cheng Hoe hanya mampu menghimpun 1041 mata sekali gus kempunan untuk memperbaiki kedudukan ranking itu.

                👏🏻 Kuala Lumpur: Yakin dengan kemampuan barisan atlet paralimpik negara, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan tiga pingat emas menyamai apa yang pernah dilakukan oleh kontinjen negara lima tahun lalu di Rio.
          Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pada satu sidang media secara maya hari ini.

                🥇 Kuala Lumpur: Atlet lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli kini mula menghitung hari untuk beraksi di Paralimpik Tokyo.
            Semangatnya begitu membara dan malah dia sudah tidak sabar untuk beraksi dan melepaskan semua 'geram' yang terbuku selama ini seterusnya menghadiahkan emas buat negara tercinta.

                💰 Kuala Lumpur: Sikap terlalu yakin dan tidak berbelanja mengikut sumber kewangan semasa antara punca mengapa saingan Liga Malaysia (Liga-M) sering terpalit dengan isu tunggakan gaji hingga mencemarkan imej liga tempatan di mata dunia.
             Menurut Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin, segelintir kelab dilihat sering terperangkap dengan sangkaan atau bayangan jumlah tajaan yang diyakini cukup tinggi.

                🦅 Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak harus melepaskan peluang untuk mendapatkan pungutan mata dalam memulakan kembali aksi saingan Liga Super apabila menerima kunjungan Selangor FC di Stadium Darul Aman esok malam.
             Ketua Jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak berkata, skuadnya yang sebelum ini menjalani lima aksi yang ditangguhkan, perlu memanfaatkan peluang yang ada untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata sebagai pembakar semangat dalam usaha mengekalkan momentum skuadnya selepas kali terakhir menewaskan Sabah FC 1-0 pada 8 Mei lalu.

                💪🏻 Kuala Lumpur: Selangor FC bakal tampil lebih ampuh khususnya di benteng pertahanan menjelang aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam esok.
              Ia selepas dua tonggak import yang beraksi di bahagian pertahanan tengah, Tim Heubach dari Jerman serta pemain kelahiran Singapura, Safuwan Baharudin sudah kembali menjalani latihan bersama skuad Red Giants.

                🐘 Kuantan: Sri Pahang FC perlu menggandakan prestasi dan tampil lebih yakin bagi mengelak berada pada dua kedudukan tercorot Liga Super.
              Ketua Pegawai Eksekutif kelab itu, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, kedudukan kesembilan ketika ini belum lagi selamat jika skuad itu gagal beraksi dengan baik pada lima baki perlawanan.

                  🐢 Kuala Terengganu: Ketumpulan penyudah dalam kalangan penyerang tempatan masih menghantui pengendali Terengganu FC II (TFC II), Badrul Afzan Razali selepas pasukannya gagal mengutip mata penuh dalam dua aksi terakhir Liga Perdana.
             Malah pengendali berusia 45 tahun itu resah jika penyerang importnya yang juga penjaring terbanyak setakat ini, Jordan Mintah tidak dapat diturunkan bertemu Kuching City FC Selasa ini di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak.


berita penuh sila ikuti harian metro online

#piloi_hani al_linggi
#repoterataspokok
#since2011
#hanisofeasupriseandgift
#legasi10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
14/8/2021

*PROSPEK SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=

                   *Paris: Gabungan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo adalah sesuatu yang menjadi impian setiap orang dan Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan bersedia menjadikan impian itu menjadi kenyataan.*
            *PSG sudah melengkapkan perpindahan Messi minggu ini selepas keputusan mengejut dia meninggalkan Barcelona.*
            *Ini bermakna, bintang Argentina itu akan menyertai trio berbahaya bersama-sama Neymar dan Kylian Mbappe di jentera serangan.*
             *Messi dan Ronaldo mendominasi bola sepak dunia sejak sedekad lalu sebagai dua pemain terbaik di dunia.*
            *Sementara itu, Mbappe dilihat tidak berminat untuk menandatangani kontrak baharu bersama PSG dan dijangka akan menyertai Real Madrid sebagai ejen bebas pada musim panas seterusnya.*

                   *London: Romelu Lukaku kembali ke Chelsea dengan rekod perpindahan kelab dilaporkan bernilai 97 juta (RM567 juta) dari Inter Milan, tujuh tahun selepas kali pertama dia tiba di Stamford Bridge.*
           *Penyerang Belgium itu adalah watak penting Inter meraih gelaran pertama Serie A selepas 11 tahun namun masalah kewangan yang melanda kelab gergasi Itali itu memaksa mereka menjual Lukaku ke kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan.*
           *”Saya gembira dan bersyukur dapat kembali ke kelab ini," kata Lukaku yang menandatangani kontrak selama lima tahun.*

                   *Paris: Ketibaan Lionel Messi di Paris Saint-Germain (PSG) menyaksikan kelab itu mempunyai barisan jentera serangan cukup digeruni dan kini jurulatih, Mauricio Pochettino berdepan tekanan untuk memastikan kejayaan di atas padang seperti yang diinginkan pemilik kelab berkenaan.*
                *Bermakna mereka mesti memenangi Liga Juara-Juara, kejohanan yang menyaksikan PSG melangkah ke pentas final dan separuh akhir pada dua edisi terakhir.*

                   *London: Pep Guardiola cukup terdesak mahu mendapatkan tandatangan Harry Kane pada minggu depan.*
            *Pengurus Manchester City itu bimbang bakal melalui awal kempen yang perlahan pada musim baharu.*
             *Berikutan itu, juara Liga Perdana itu mahu segera mendapatkan Kane dari Spurs dengan nilai bidaan 120 juta (RM702 juta).*

                   *Paris: Bekas Kapten Real Madrid, Sergio Ramos dijangka akan membuat penampilan sulung bersama kelab baharunya, Paris Saint-German pada September apabila dia pulih sepenuhnya dari kecederaan betis, umum gergasi Ligue 1 itu.*
              *Pertahanan Sepanyol itu hanya dapat diturunkan selepas rehat antarabangsa, kemungkinan bagi aksi di laman sendiri berdepan Clermont pada 11 September.*

                   *Paris: Lima pemain Chelsea berada dalam senarai terbaik untuk memenangi anugerah individu dan Pemain Terbaik Tahunan dari pencapaian menjulang Liga Juara-Juara, musim lalu.*
            *The Blues menjadi pasukan yang mencipta kejutan dalam kejohanan dan bangkit memenangi kejuaraan di bawah kendalian Thomas Tuchel ketika berdepan Manchester City dalam aksi final.*
             *Seperti kebiasaannya, pemenang kejuaraan berada dalam senarai pilihan bagi memenangi anugerah setiap posisi di atas padang.*

                   *London: Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk melanjutkan kontrak bersama kelab itu sehingga musim panas 2025.*
             *Pemain berusia 30 tahun itu, mempunyai kontrak sehingga 2023, mengikuti Trent Alexander-Arnold, Fabinho dan Alisson dalam menandatangani kontrak baharu kelab itu pada musim panas ini.*
              *Dia beraksi hanya lima perlawanan liga musim lalu, selepas mengalami kecederaan panjang pada Oktober.*

                    *London: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata adalah menjadi tanggungjawab kelab untuk memastikan penyokong mereka teruja menghadapi cabaran baharu Liga Perdana di sebalik tidak berbelanja besar dalam usaha memenangi gelaran utama.*
              *Gunners gagal layak ke Liga Juara-Juara sejak lima musim lalu apabila menamatkan saingan liga di kedudukan kelapan sepanjang dua musim Arteta membimbing kelab itu.*

                   *Miami: Gergasi minyak Malaysia, Petronas tidak akan lagi menjadi penaja utama Sepang Racing Team (SRT) di MotoGP bermula 2022 dengan SRT menggugurkan pasukan Moto2 dan Moto3.*
              *SRT melakukan penampilan pertama pada 2015 di kelas Moto3 sebelum melebarkannya ke kelas Moto2.*
              *Pada 2019, SRT mengorak langkah memperkenalkan pasukan MotoGP sebagai pasukan satelit Yamaha dengan menggunakan khidmat pelumba Fabio Quartararo serta juara dunia Moto2 2017, Franco Morbidelli.*

                   *Kuala Lumpur: Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri adalah antara calon yang boleh dipertimbangkan bagi mengisi kelompongan ditinggalkan Leong Mun Yee dalam acara 10 meter (m) platform seirama wanita pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.*
             *Bekas Olimpian, Bryan Nickson Lomas berpendapat pengalaman Dhabitah yang pernah bertanding dalam acara 10m platform wanita sebelum ini perlu diberi perhatian Persekutuan Renang Malaysia (MAS) untuk digandingkan bersama ratu terjun negara, Pandelela Rinong bagi mencerahkan peluang meraih pingat di Paris 2024.*

                   *Kuala Lumpur: Nama Kevin Cordon hanya terpahat di hati peminat badminton seluruh dunia selepas berakhirnya temasya Sukan Olimpik Tokyo. Sebelum itu, tiada siapa yang mengendahkannya apatah lagi dia berasal dari Guatemala, negara yang langsung tidak dikenali dalam sukan itu.*
               *Namun pemain berusia 34 tahun itu, yang dilatih bekas pemain Kelab Badminton Djarum, Muamar Khadafi dari Indonesia, mengejutkan ramai dengan pencapaian mengagumkan layak ke separuh akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik.*

                   *George Town: Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyumbangkan insentif sebanyak RM10,000 kepada atlet paralimpik negeri, yang akan mewakili negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.*
             *Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan negeri Soon Lip Chee berkata, insentif tersebut disumbangkan kepada Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais, 23 yang merupakan atlet bagi acara lumba basikal trek dan kini sedang menjalani latihan secara kuarantin di kem yang terletak dekat Nilai, Negeri Sembilan.*

                  ♂ *Kuala Lumpur: Laluan berliku menanti pemenang pingat emas Paralimpik Rio, Mohamad Ridzuan Puzi apabila turun beraksi di temasya Paralimpik Tokyo hujung bulan ini.*
               *Tidak mudah buat pemenang acara 100 meter (m) bagi kategori T36 mempertahankan pingat emas di Rio dengan usia dilihat menjadi halangan utama buat dirinya.*

                  ♂ *Kuala Lumpur: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, kini berada di landasan terbaik bagi menghadirkan khabar gembira buat kontinjen Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo, yang dijadual berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 September ini.*
           *Jurulatih kebangsaan Jamil Adam percaya, Bonnie yang bakal turun selaku pemegang rekod dunia bagi kategori 72 kilogram (kg) ke atas, mampu menyumbang pingat buat negara sekiranya berjaya menampilkan aksi terpuji, seperti dipamerkan pada sesi latihan akhir di Bukit Jalil ketika ini.*

                   *Kuala Lumpur: Bersedia menghadapi situasi lebih mencabar pada musim depan.*
             *Peringatan yang diberikan Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Hamidin Mohd Amin itu jelas memberi gambaran bahawa saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan mungkin lebih 'parah' ekoran situasi pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir.*

                   *Ipoh: Khidmat penolong jurulatih Perak FC, Mohd Shahril Nizam Khalil, yang memangku tugas selaku ketua jurulatih kelab akan diteruskan sehingga tamat aksi Liga Super musim ini, kata Pengurus Besarnya Azman Noh.*
             *Beliau berkata, keputusan itu berdasarkan pemerhatian dilakukan pihak pengurusan selain kebanyakan pemain menyenangi pendekatan serta taktikal yang diterapkan Mohd Shahril, pada masa ini.*

                  *Kuala Terengganu: Tempoh rehat dua minggu sebelum perlawanan berikutnya berlangsung begitu melegakan kem pasukan Terengganu FC(TFC) bagi memastikan pemain mendapat rehat yang mencukupi.*
              *Nada gembira itu diluahkan pengurusnya, Zulfadli Rozi yang mengakui masa berkenaan cukup berharga selain mengharapkan pemain memanfaatkannya dengan sebaik mungkin untuk kembali mendapatkan tahap kecergasan terbaik sebelum menamatkan Liga Super.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*#piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
*#since2011*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasi10*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-8-2021 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
16/08/2021

*PROSPEK SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=

                   *London: Manchester United menikmati permulaan musim di Liga Perdana yang hebat selepas Bruno Fernandes meledak hatrik ketika membelasah Leeds 5-1 di depan 73,000 penyokong di Old Trafford, semalam.*
             *Lebih 300,000 penyokong menghadiri perlawanan pembukaan musim ini selepas pasca pandemik Covid-19 di London.*
            *United nyata bersemangat dengan kehadiran semula penyokong mereka apabila gandingan Fernandes dan Paul Pogba meranapkan impian anak buah Marcelo Bielsa.*

                   *London: Peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) tentunya menyedari bahawa pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak lagi memakai cermin mata ketika anak buahnya melakar kemenangan 3-0 ke atas Norwich, hari ini.*
             *Malah penyokong Liverpool menyedari perkara itu sejak kem latihan pra musim lagi apabila lensa kamera sempat merakam gambar pengendali dari Jerman itu tanpa menggunakan cermin mata.*
            *Daily Mirror melaporkan pengurus Liverpool itu sudah menjalani rawatan di matanya sejak hujung musim lalu lagi.*

                   *Norwich: Jurgen Klopp berkata Virgil van Dijk menunjukkan reputasinya yang tersendiri sebaik kembali pulih daripada kecederaan ketika membantu Liverpool melakar kemenangan 3-0 di Norwich pada aksi pertama Liga Perdana, hari ini.*
           *Diogo Jota, Roberto Firmino dan Mohamed Salah masing-masing meledak gol sekali gus mempamer aksi meyakinkan dalam usaha mereka untuk merampas semula takhta Liga Perdana dari Manchester City.*
              *Kecederaan ligamen lutut dialami Van Dijk menjejaskan impian Reds untuk mempertahankan kejuaraan liga musim lalu dan bintang Belanda itu tampak kembali kepada prestasi sebenar selepas beraksi penuh selama 90 minit permainan.*

                   *London: Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel berkata pasukannya akan bersaing dengan Manchester City, Manchester United dan Liverpool untuk gelaran Liga Perdana selepas menewaskan Crystal Palace 3-0 pada perlawanan pertama, semalam.*
            *Juara Liga Juara-Juara itu menambah koleksi kejuaraan menerusi Piala Super Uefa pertengahan minggu lalu selepas menewaskan Villarreal di Belfast.*
              *Kejayaan di Liga Perdana adalah sasaran seterusnya untuk Tuchel dan Blues menunjukkan mengapa mereka dilabel pasukan pilihan di belakang juara bertahan, City ketika bertemu Palace.*

                   *Paris: Lionel Messi mula merasai suasana di tempat baharu selepas diperkenalkan di depan penyokong Paris Saint-Germain (PSG) yang memenuhi stadium sebelum menyaksikan rakan sepasukannya menewaskan Strasbourg 4-2 dengan Kylian Mbappe mempamerkan watak penting.*
              *Messi menerima sambutan hebat sebaik berlari memasuki padang bersama-sama barisan muka baharu PSG yang lain di depan kira-kira 48,000 penyokong.*
              *Messi menyertai Sergio Ramos, Gianluigi Donnarumma, Georginio Wijnaldum dan Achraf Hakimi menaiki pentas khas di Parc des Princes.*

                   *Madrid: Dua gol sumbangan penyerang veteran Perancis, Karim Benzema membantu Real Madrid melakar kemenangan 4-1 ke atas Alaves sekali gus menyaksikan Carlo Ancelotti meraih kemenangan pertama ketika kali kedua membimbing kelab gergasi Sepanyol itu.*
             *Seteru utama mereka, Barcelona kehilangan Lionel Messi tetapi Real sendiri dalam proses peralihan selepas menyaksikan Zinedine Zidane meletak jawatan selaku jurulatih selain Sergio Ramos dan Raphael Varane masing-masing berhijrah ke PSG dan Manchester United.*

                   *London: Raheem Sterling berharap kehadiran Jack Grealish di Manchester City akan membantu dirinya menambah jumlah jaringan peribadi.*
              *Pemain berusia 26 tahun itu tidak sabar untuk beraksi bersama rakan sepasukan England, Grealish di peringkat kelab susulan bekas kapten Aston Villa menyertai mereka di Stadium Etihad.*

                   *Sao Paulo: Bekas penyerang Atletico Madrid dan Chelsea, Diego Costa menandatangani kontrak dengan pendahulu liga Brazil, Atletico Mineiro, selepas kelab yang berpangkalan di Belo Horizonte itu membuat pengumuman hari ini.*
              *Pemain berusia 32 tahun itu tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas kontraknya bersama Atletico berakhir Jun lalu.*
             *Costa beraksi sebanyak tujuh kali musim lalu dengan meledak dua gol.*

                   *Berlin: Bayern Munich mengesahkan penyerang legenda Jerman, Gerd Mueller meninggal dunia pada usia 75 tahun.*
            *Sepanjang karier gemilang, Mueller menjaringkan 365 gol buat Bayern di Bundesliga ketika era 60-an dan 70-an, serta turut menyumbang 68 gol buat Jerman Barat di peringkat antarabangsa.*
            *”Hari ini sangat menyedihkan, hari yang meruntun jiwa buat FC Bayern dan para peminat," kata Presiden Bayern, Herbert Hainer.*

                    *Los Angeles: Naomi Osaka berkata dia akan memberikan segala yang diperolehi daripada kejohanan Jelajah WTA Cincinnati untuk membantu mangsa gempa bumi berukuran 7.2 magnitud di Haiti, semalam.*
           *Atlet tenis wanita menerima bayaran paling tinggi itu mempunyai kaitan dengan bencana di negara berkenaan kerana bapanya berasal dari sana.*
           *”Amat sedih melihat kemusnahan yang berlaku di Haiti dan saya rasa kita tidak boleh berdiam diri," tulis Naomi di Twitter.*

                    *Los Angeles: Logan Paul mengakui bahawa dia bernasib baik berdepan Floyd Mayweather berbanding Manny Pacquiao.*
            *Sensasi YouTube itu selamat mengharungi lapan pusingan perlawanan ketika bertemu Mayweather, Jun lalu.*
             *Bagaimanapun dia berasakan tidak akan meraih keputusan sama jika bertemu Pacquiao.*
               *Jurulatih tinju Paul yang juga seorang legenda, Freddie Roach memberitahu Betway Insider US blog: "Kami gembira dengan Logan apabila dia mengunjungi kami. Nampaknya dia seorang yang baik.*

                   *Spielberg bei Knittelfeld: Pelumba KTM, Brad Binder memenangi perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Austria selepas memperjudikan nasibnya dengan tidak menukar tayar apabila hujan lebat pada pusingan terakhir.*
            *Tidak seperti pencabarnya yang lain apabila masuk ke pit menukar tayar, Binder memilih untuk kekal dengan tayar slick dan mengawal jenteranya dengan cemerlang bagi meraih kejuaraan di pusingan ke-11 musim ini.*
             *Pelumba Itali, Francesco Bagnaia (Ducati) menduduki tempat kedua, manakala Jorge Martin dari Ducati Pramac di tempat ketiga.*
      
                    *Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang hari ini dianugerahkan dengan satu catatan rekod di dalam Malaysia Book of Records (MBR) selaku rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 8 Ogos lepas.*
                 *Penghargaan yang diterima hari ini adalah yang ketiga dalam kariernya selepas direkodkan sebagai rakyat Malaysia pertama memenangi gangsa berbasikal trek di Sukan Olimpik di Olimpik Rio 2016 dan warga Malaysia pertama memenangi emas di dalam acara berbasikal trek Kejohanan Dunia 2017.*
              *Pada penyampaian sijil MBR yang berlangsung secara maya dalam halaman Facebook MBR hari ini, Azizulhasni yang juga dikenali sebagai The Pocket Rocketman berkata dia berharap kejayaan cemerlang dikecapinya menjadi inspirasi buat atlet lain untuk mencapai kejayaan yang sama.*

                     *Kuala Lumpur: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi pemain negara akan disunting kelab luar berdasarkan prestasi dan kemampuan mereka yang cukup kental ketika berada di atas padang.*
              *Setiausaha Agung KRM Amrul Hazarin Hamidon berkata, ketika ini tiga pemain skuad Bunga Raya iaitu Mohamad Amin Jamaluddin, Noor Alif Ikhmal Noor Hisham dan Samuel Rentap Meran ditawarkan beraksi bersama kelab TV 1834 Pforzheim di Jerman bagi musim 2021/2022.*

                    *Kuala Lumpur: Tiada apa yang perlu dibimbangkan apabila Petronas selaku gergasi minyak Malaysia itu memutuskan untuk menamatkan kerjasama sebagai penajaSepang Racing Team (SRT) pada penghujung musim MotoGP ini.*
           *Malah, bagi bekas pelumba MotoGP negara Shahrol Yuzy Ahmad Zaini situasi berkenaan adalah perkara biasa sekali gus tidak menjejaskan pembangunan atau imej sukan permotoran negara apabila tiada lagi nama Petronas membabitkan SRT.*
           *Beliau berkata, jasa Petronas dalam sukan permotoran negara cukup besar dalam melahirkan pelumba berbakat untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.*

                    *Kuala Lumpur: Enggan berlengah lagi menyebabkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memanggil barisan pemain skuad remaja lelaki negara menyertai kem latihan bermula hujung bulan ini.*
                *Timbalan Presiden KHM, Datuk Dr S Shamala, berkata skuad bimbingan Wallace Tan itu akan menyertai kem latihan secara gelembung sukan di Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai persiapan mengharungi saingan Piala Dunia Remaja yang akan berlangsung di India bermula 24 November hingga 5 Disember ini.*

                   *Kuala Lumpur: Johor Darul Ta'zim (JDT) kini dalam laluan merintis sejarah agung apabila hanya selangkah untuk bergelar juara Liga Super buat kali kelapan berturut-turut sejak 2014 lalu.*
              *Mengikut perkiraan matematik, skuad Harimau Selatan itu hanya memerlukan enam mata daripada empat baki aksi bagi mempertahankan trofi itu musim ini.*
              *Untuk rekod, terdapat beberapa kelab di dunia pernah menjuarai liga domestik lebih daripada tujuh kali berturut-turut termasuk kelab Juventus sebanyak sembilan kali dari 2012-2020 dan dianggap rekod terbaik di Eropah ketika ini.*

                   *Kuala Lumpur: Majlis Keselamatan Negara (MKN) disaran supaya mencontohi pendekatan yang dilaksanakan oleh Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Kerajaannya apabila membenarkan kemasukan penyokong bola sepak ke stadium.*
            *Ia disuarakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj yang berharap agar MKN dapat melihat dan mengkaji semula kebenaran ke stadium khususnya buat peminat yang sudah menerima lengkap dua dos vaksin.*

                   *Kuantan: Kapten Sri Pahang FC, Muslim Ahmad percaya skuad itu mampu memperbaiki kedudukan lebih baik pada baki lima perlawanan Liga Super.*
             *Ini kerana pemain pertahanan itu bersama rakan sepasukan berazam untuk memastikan skuad Tok Gajah tidak keciciran mata pada lima perlawanan itu.*
             *”Kami tidak boleh kehilangan mata terutama pada tiga perlawanan berlangsung di Kuantan yang akan dimanfaatkan sebaik mungkin.*

                   *Ipoh: Ketua Jurulatih Perak FC Chong Yee Fatt akan menemui pihak pengurusan kelab esok bagi membincangkan secara terperinci berhubung masa depannya bersama skuad The Bos Gaurus.*
           *Beliau berkata buat masa ini kontrak yang ditandatangani bersama pasukan pada pertengahan Mac lalu masih berbaki sehingga penghujung November tahun depan.*

                   *Kuala Terengganu: Mendapat cahaya mata kedua membakar lagi semangat arkitek Terengganu FC (TFC), Lee Tuck untuk membantu pasukannya memburu slot ke pentas Piala AFC musim depan.*
              *Malah pemain berdarah kacukan England-Malaysia itu akui tidak sabar untuk membuat penampilan pertamanya musim ini bersama TFC menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 21 Ogos ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak selepas kembali pulih daripada kecederaan.*

                   *Kuala Lumpur: Saham penjaga gol muda Selangor FC, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman kini melambung tinggi selepas berjaya memperagakan aksi mantap terutama ketika membantu kelabnya membenam Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 4-2 dalam aksi Liga Super, Jumaat lalu.*
             *Sikh yang baru berusia 19 tahun adalah bekas anak didik Lim Teong Kim di Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) mula mencuri perhatian apabila disahkan kini menjadi buruan beberapa kelab Eropah yang berminat dengan tonggak kelahiran Pulau Pinang itu.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*#piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
*#since2011*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasi10*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2021 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
18/08/2021

*PROSPEK SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=

                       *Buenos Aires: Pengeluar barangan sukan utama dunia melancarkan kempen mencari 1,703 warga Argentina yang dinamakan sempena ikon bola sepak, Diego Armando Maradona, yang meninggal dunia tahun lalu kerana serangan jantung.*
              *Jenama Jerman, Adidas menawarkan replika jersi percuma tertera nama Maradona bekas pemain Boca Juniors kepada mereka yang lahir dan dinamakan "Diego Armando" pada 1981 iaitu tahun sama pemain legenda itu menang gelaran Argentina bersama kelab gergasi Buenos Aires itu.*
             *Minggu lalu, Boca dan Adidas memperkenalkan corak jersi baharu kelab yang diinspirasi jersi yang dipakai Maradona, yang berusia 21 tahun ketika itu dan rakan sepasukannya 40 tahun lalu.*

                       *London: Lionel Messi masih lagi menduduki tangga teratas senarai pemain bergaji paling mahal di dunia walaupun mendapat separuh daripada pendapatan sebelum ini apabila berpindah ke Paris Saint-Germain.*
             *Gaji seminggu legenda Barcelona itu berkurangan daripada 2.1 juta (RM12.28j) kepada 1 juta (RM5.58j) berbanding 900,000 (RM5.26j) yang diterima Cristiano Ronaldo di Juventus.*
             *Pemenang enam kali Ballon d'Or itu menyertai PSG dengan kontrak dua tahun bernilai 54j (RM315.86j) semusim, merosot daripada 108j (RM631.78j) yang diperolehi di Nou Camp.*

                       *London: Ejen Cristiano Ronaldo dilapor menawarkan khidmat bekas bintang Manchester United itu kepada pasukan jiran, Man City.*
            *Laporan turut mendakwa bintang Portugal itu boleh diperolehi dari Juventus dengan harga hanya 26 juta (RM151.98j).*
            *Ronaldo yang berusia 36 tahun dikaitkan dengan beberapa pasukan pada musim panas ini susulan kempen musim 2020-21 yang mengecewakan di Itali.*

                       *London: Mesut Ozil akhirnya menjaringkan gol pertama dalam tempoh 18 bulan dan meraikannya dengan penuh kegembiraan semalam.*
               *Bekas bintang Arsenal yang kini beraksi di Turki menggegar gawang lawan ketika menentang Adana Demirspor.*
               *Pemenang Piala Dunia 2014 itu menolak bola masuk dari jarak dekat sejurus babak kedua bermula sekali gus jaringan kemenangan Fenerbahce.*

                       *Milan: Ejen penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez memberitahu pemain itu langsung tidak memikirkan untuk meninggalkan kelab Itali berkenaan malah sudah bersedia mengadakan rundingan kontrak baru.*
              *Pemain berusia 23 tahun itu dikaitkan ke Tottenham berikutan spekulasi mengenai masa depan Harry Kane serta Arsenal yang berminat mendapatkan khidmatnya.*
              *Bagaimanapun, wakil pemain kebangsaan Argentina itu, Alejandro Camano, menolak khabar angin berkenaan dan menegaskan Martinez ingin mencapai persetujuan baru bersama kelabnya.*

                       *London: Pemain Chelsea, Romelu Lukaku percaya dia kini penyerang "lengkap" ketika bintang dengan rekod pembelian kelab itu kembali ke Stamford Bridge.*
            *Lukaku menyertai Chelsea dengan 98 juta (RM574,8 juta) perpindahan dari Inter Milan minggu lalu.*
            *Pemain berusia 28 tahun tidak beraksi buat Chelsea yang mencatat kemenangan 3-0 ke atas Crystal Palace dalam aksi pembukaan Liga Perdana mereka, Sabtu lalu.*

                       *Rom: Tammy Abraham melengkapkan perpindahannya ke Roma dari Chelsea, umum kelab Serie A itu hari ini.*
             *Penyerang muda England itu menyertai bekas pengurus Blues, Jose Mourinho di ibu kota Itali itu dengan kontrak lima tahun bernilai 40 juta euro (RM199 juta).*
             *Media Itali melaporkan pemain berusia 23 tahun itu yang akan memakai jersi nombor sembilan milik Edin Dzeko yang berpindah ke Inter Milan bakal meraih 4.5 juta euro (RM22.41j) setiap musim.*

                       *London: Pemain pertahanan tengah Liverpool, Ben Davies bersetuju dengan perjanjian pinjaman semusim bersama Sheffield United.*
              *Davies, 26, belum beraksi bersama skuad utama Reds susulan tarikh akhir perpindahannya dari Preston pada Februari.*
              *Dia menjadi pemain pertama yang ditandatangani pengurus Blades, Slavisa Jokanovic sejak mengambil alih tugas di Bramall Lane.*

                       *Giresun, Turki: Bintang kelab Galatasaray, Marcao dibuang padang selepas menghantuk kepala dan menumbuk rakan sepasukan Kerem Akturkoglu ketika perlawanan pertama musim baharu, awal pagi tadi.*
             *Marcao tampak kurang senang dengan reaksi Akturkoglu selepas Galatasaray meledak gol kedua ketika menentang Girensunspor dalam saingan Liga Turki.*
              *Dia kemudiannya meluru lalu menghantuk kepalanya ke kepala Akturkoglu dan melepaskan beberapa tumbukan sebelum pergaduhan itu dileraikan rakan sepasukan.*

                      ♀ *Los Angeles: Pemenang pingat emas Olimpik dua kali, Carli Lloyd memberitahu dia akan bersara dari pasukan bola sepak wanita kebangsaan Amerika Syarikat (AS) hujung tahun ini.*
             *Carli yang turut dinamakan pemain Wanita Terbaik tahunan FIFA dua kali, mengumumkan perancangannya untuk menggantung kasut bola selepas beberapa siri perlawanan pertunjukan bersama skuad kebangsaan yang akan ditempuhi.*
             *Pemain berusia 39 tahun itu juga merancang menamatkan karier bola sepak profesional bersama pasukan NJ/NY Gotham FC dalam Liga Bolasepak Wanita Kebangsaan.*

                       *Kuala Lumpur: Walaupun dilihat mampu meraih lebih banyak pingat di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) tidak mahu berganjak daripada sasaran awal iaitu memenangi tiga pingat emas pada kejohanan terbabit.*
            *Presiden MPM yang juga ketua kontinjen negara ke Paralimpik Tokyo, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, pihaknya tidak mahu terlalu yakin boleh membawa pulang lebih banyak pingat emas walaupun beberapa atlet dilihat berada pada prestasi terbaik.*

                      *Kuala Lumpur "Walaupun kami bukan atlet normal, kami mempunyai tekad serta misi yang tersendiri dan akan buat sebaik mungkin untuk mencapai sesuatu buat negara."*
           *Itu kata-kata semangat yang dipegang jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli untuk menghadiahkan satu lagi emas buat negara selepas melakukannya di Rio.*

                     *Kuala Lumpur: Skuad berbasikal para negara akan berlepas ke Tokyo Khamis ini dengan misi untuk membawa pulang sekurang-kurangnya sebutir pingat buat negara.*
              *Cabaran skuad berbasikal bakal digalas oleh Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, Muhammad Hafiz Jamali, Zuhairie Ahmad Tarmizi, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dan Nurul Suhada Zainal.*

                     * Kuala Lumpur: Tiada yang baru saja lahir sudah pandai berjalan. Perkara terbabit ditekankan bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terhadap prestasi pemain muda badminton negara pada temasya Olimpik Tokyo lalu.*
              *Beliau berkata, pemain seperti perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sudah pasti mendapat pengajaran bermakna apabila tewas pada lawan masing-masing sekali gus akan tampil lebih meyakinkan pada temasya Olimpik Paris.*
             *Katanya, ketika ini, persiapan rapi harus dilakukan berikutan tempoh tiga tahun untuk beraksi di temasya paling besar dunia itu boleh dikatakan semakin suntuk sekali gus memerlukan komitmen tinggi daripada pemain.*

                      *Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya dijangka berwajah baharu menjelang saingan Piala AFF Disember ini serta Kelayakan Piala Asia 2023 Februari depan apabila kriteria pemilihan pemain berdasarkan minit permainan dan prestasi semasa.*
               *Itu hasil mesyuarat kedua Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2021-2025 yang berlangsung secara maya hari ini apabila memutuskan untuk barisan kejurulatihan Harimau Malaya memperluaskan pencarian pemain.*

                     ♂ *Kuala Lumpur: Selepas gagal memperagakan aksi terbaik di Kelayakan Piala Dunia 2023/Piala Asia 2023 di UAE Jun lalu, Prsatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk menangguhkan sementara program naturalisasi membabitkan skuad Harimau Malaya.*
            *Menurut Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, keputusan 'membekukan' projek terbabit bagi memberi laluan buat tiga jawatankuasa teknikal meneliti keberkesanan program itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat FAM akan datang.*

                      *Kuala Lumpur: Harapan untuk melihat skuad muda negara layak secara merit ke pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 tahun (B-23) di Uzbekistan tahun depan kembali menyala selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk menghantar skuad terbaik di peringkat kelayakan di Mongolia, Oktober ini.*
              *Menerusi mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang berlangsung hari ini, badan induk itu membuat pusingan 'U' apabila sebelum ini mengesahkan akan menghantar skuad B-20 tahun untuk menghadapi kelayakan itu yang di mana skuad negara diletakkan dalam Kumpulan J bersama Thailand, Laos dan tuan rumah, Mongolia.*

                      *Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berjaya mengutip tiga mata penuh apabila menewaskan Penang FC 4-1 dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Darul Aman malam ini.*
              *Selepas tewas 2-4 kepada Selangor dalam perlawanan terdahulu, tuan rumah mempamerkan permainan lebih bertenaga dan menjadikan Penang FC mangsa kebangkitan.*

                     *Kuala Lumpur: Aksi mantap tonggak tengah Selangor FC dari Myanmar, Hein Htet Aung nyata menggembirakan pasukan dan kini dianggap antara aset utama skuad Red Giants untuk beberapa musim akan datang.*
             *Ia dapat dilihat dalam tiga aksi terakhir Liga Super sebelum ini apabila pemain import itu berjaya menyumbang hantaran bantuan gol serta mencipta gandingan bersama penyerang utama, Ifedayo Olesegun kian menjadi dan semakin mengganas.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*#piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
*#since2011*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasi10*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2021 12:51 PM | Show all posts
19/08/2021

PROSPEK SUKAN ⏱
+=+=+=+=+=+=+=


                    🔝 London: Empat kelab dalam kelompok lima teratas bagi pasukan paling bernilai di dunia milik wakil Liga Perdana Inggeris (EPL).
               Kelab Inggeris juga menguasai hampir separuh senarai 10 teratas.
              Paris Saint-Germain berada di tempat ketiga sekali gus menjadi kelab yang memecah penguasaan kelab Inggeris di kelompok teratas selepas menandatangani pemenang enam kali anugerah Ballon d'Or, Lionel Messi.
               Kesebelasan City dengan nilai gabungan £530 juta (RM3.09 bilion) - dengan pemain simpanan bernilai lebih £300 juta (RM1.75 bilion).
              Secara keseluruhan mengikut Transfermarkt, nilai skuad itu di pasaran mencecah £955.6 juta (RM5.57 bilion).

                   🎉 Berlin: Robert Lewandowski meledak dua gol ketika Bayern Munich mengekalkan kejuaraan Piala Super Jerman menerusi kemenangan 3-1 ke atas Borussia Dortmund, pagi ini.
            Lewandowski meletakkan Bayern di depan menerusi tandukan deras dekat Signal Iduna Park sebelum Thomas Mueller menambah jaringan untuk pelawat mendahului 2-0 hanya selepas rehat perlawanan.
            Kapten Dortmund, Marco Reus merapatkan kedudukan menerusi rembatan lencong menarik sebelum Lewandowski melengkapkan kemenangan dalam perlawanan itu.

                   😡 Rome: Cristiano Ronaldo menyelar laporan bahawa dia berusaha untuk kembali ke Real Madrid, sejam selepas jurulatih Carlo Ancelotti turut menyatakan dia tidak akan mengambil semula penyerang Juventus itu ke Sepanyol.
            Menerusi hantaran di Instagram, Ronaldo berkata "kisahnya di Real Madrid sengaja ditulis", sekalipun dia tidak menyatakan dengan jelas bahawa dia tidak melihat peluang untuk keluar dari Juve.
          Dia berkata laporan berkenaan "tidak menghormati" dirinya dan "semua kelab yang terbabit dalam khabar angin ini, begitu juga kepada pemain dan kakitangan mereka."

                   ✍🏻 London: Pemain Belgium, Michy Batshuayi menyertai kelab Turki, Besiktas secara pinjaman sehingga penghujung musim ini selepas melanjutkan kontrak bersama Chelsea sehingga 2023.
             Ia pinjaman kelima buat pemain berusia 27 tahun itu sejak berpindah ke Stamford Bridge pada 2016.
             Sebelum ini Batshuayi dipinjamkan ke Borussia Dortmund, Valencia dan dua kali dengan Crystal Palace di mana dia meledak dua gol dalam 18 aksi musim lalu.

                    😓 London: Arsenal hampir pasti tanpa Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette bagi pertembungan tetangga London berdepan Chelsea, Ahad ini.
             Namun Gunners bersedia mengekalkan gandingan itu selepas Tammy Abraham menyertai Roma.
             Aubameyang, 32, dan Lacazette, 30, kedua-duanya tidak diturunkan dalam perlawanan pembukaan Arsenal yang tewas 0-2 kepada pendatang baharu Liga Perdana Inggeris, Brentford di gelanggang lawan.

                   ⛓ London: Wolves dilaporkan mengadakan rundingan untuk mendapatkan pertahanan Portugal, Ruben Semedo yang dijatuhkan hukuman penjara tertangguh lima tahun dan dilarang memasuki Sepanyol selama lapan tahun pada Julai tahun lalu.
              Pertahanan tengah Olympiacos berusia 27 tahun itu ditahan lima bulan oleh pihak berkuasa Sepanyol dan kemudiannya didapati bersalah selepas terbabit jenayah antaranya rompakan, menculik, menyerang dan memiliki senjata api.

                   🏆 Kuala Lumpur: Skuad badminton negara diundi dalam Kumpulan D bersama naib juara 2018, Jepun pada saingan Piala Thomas yang dijadual berlangsung di Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Oktober ini.
             Selain Jepun yang pernah menjuarai piala berpestij itu pada 2014 dengan menewaskan Malaysia di pentas final, Kanada dan England turut diundi dalam Kumpulan D.

                   🏸 Melaka: Tiada istilah rehat panjang buat pemain badminton beregu negara Aaron Chia, sebaik saja meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, baru-baru ini.
             Bakal mengharungi dua kejohanan penting selepas ini iaitu Piala Thomas dan Piala Sudirman, Aaron menjelaskan cuti rehat 10 hari diberikan selepas pulang dari Tokyo, sudah memadai baginya untuk mengekalkan momentum bagi menghadapi kedua-dua saingan itu.

                   🐯 Kuala Lumpur: Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe akan memperluaskan skop pencarian pemain tempatan berkualiti tinggi sebaik saja Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membekukan program naturalisasi pasukan kebangsaan.
              Beliau yang menganggap keputusan terbabit tidak merencatkan persiapan skuad Harimau Malaya berkata, ketika ini barisan kejurulatihan sudah pun meneliti beberapa pemain tempatan untuk diserap ke dalam pasukan kebangsaan.

                   🤷🏻‍♂️ Johor Bahru: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menafikan pasukan itu membuat tawaran kepada bekas bintang Manchester United, Radamel Falcao.
           Pengarah Sukan JDT, Martin Priest menerusi kenyataan di laman rasmi Johor Southern Tigers mengesahkan kelab berkenaan tidak pernah membuat tawaran kepada pemain Galatasaray itu.
             Spekulasi itu tersebar sejak beberapa hari lalu selepas portal sukan Turki, Fotomac menerusi hantaran di laman Twitter mereka mendakwa JDT memohon dengan kelab Turki, Galatasaray untuk mendapatkan penyerang Colombia itu.
              Untuk rekod, JDT pernah mengikat beberapa pemain berstatus bintang apabila membawa masuk pemain antarabangsa Sepanyol, Daniel Guiza, pemain antarabangsa Itali, Simone Del Nero dan pemain antarabangsa Argentina, Pablo Aimar.

                   ⚽️ Kuala Lumpur: Siapa bakal menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hanya akan diumumkan selepas mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah pada Isnin depan.
            Presiden MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata, ketika ini terdapat sekurangnya dua nama bakal dimuktamadkan sekali gus berperanan melaksanakan tugas pengurusan badan pengelola liga Malaysia itu.

                   🦅 Alor Setar: Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Aidil Sharin Sahak menarik nafas lega selepas tahap kecergasan pemain skuad Hijau Kuning kembali meningkat dengan menewaskan Penang FC 4-1 pada saingan Liga Super di laman sendiri malam tadi.
             Aidil berkata, peningkatan kemampuan serta tahap kecergasan yang beliau harapkan selama ini kini beransur meningkat berbanding minggu lalu ketika aksi menentang Selangor FC sebaik kembali menyambung aksi liga dengan rehat yang panjang.

                   🏟 Kuala Lumpur: Ada sinar untuk penyokong kembali ke stadium apabila Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sudah menghantar permohonan ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mempertimbangkan perkara terbabit pada baki saingan Liga Malaysia (Liga M).
              Presiden MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata, permohonan itu termasuklah membabitkan pemain yang didapati positif saja perlu menjalani kuarantin manakala individu disahkan negatif boleh menjalani latihan seperti biasa.


berita penuh sila ikuti harian metro online

#piloi_hani al_linggi
#repoterataspokok
#since2011
#hanisofeasupriseandgift
#legasi10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
20/08/2021      

*PROSPEK SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=

                    *London: Manchester United akan menjadikan Paul Pogba sebagai pemain menerima gaji paling tinggi di kelab itu dengan kontrak baharu selama lima tahun bernilai 400,000 (RM2.3 juta) seminggu, menurut The Athletic.*
           *Pogba masih berbaki kontrak setahun dengan gaji 290,000 (RM1.6 juta) seminggu dan United terdesak untuk melanjutkan kontraknya di Old Trafford sebelum jendela perpindahan pemain ditutup.*
          *Bagaimanapun pemain tengah Perancis itu masih belum menerima tawaran United meskipun menyaksikannya menerima gaji lebih tinggi berbanding David de Gea yang meraih gaji 375,000 (RM2.1 juta) seminggu.*

                 *London: Liverpool dikatakan sudah memulakan perbincangan dengan Mohamed Salah untuk menjadikannya pemain menerima gaji paling tinggi dalam sejarah kelab itu.*
             *Bintang Mesir itu yang ketika ini meraih gaji 200,000 (RM1.15 juta) seminggu, sedang berunding mengenai lanjutan kontrak empat tahun.*
            *Kontrak Salah, 29, sehingga 2023 tetapi Reds mahu dia memberikan komitmen untuk tempoh dua tahun lagi.*

                 *London: Arsenal masih berusaha mendapatkan khidmat pemain tengah Real Madrid, Martin Odegaard secara tetap dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai 30 juta (RM174.5 juta).*
                *Bagi melengkapkan perjanjian membabitkan pemain berusia 22 tahun yang dipinjamkan ke Emirates musim lalu itu masih banyak perkara yang perlu dilakukan.*

                 * London: Harry Kane tidak akan beraksi buat Tottenham pada perlawanan pertama play-off Liga Conference Europa (ECL) berdepan Pacos de Ferreira, pagi esok.*
             *Penyerang England yang dilaporkan mahu meninggalkan kelab itu tiada dalam senarai pasukan yang terbang ke Portugal semalam, untuk perlawanan itu.*
            $Kane, 28, tidak diturunkan ketika Spurs menang 1-0 ke atas Manchester City iaitu pasukan yang cuba membelinya.*

                 *London: Penyerang Chelsea, Timo Werner berterima kasih atas sokongan yang diterimanya selepas disuruh "keluar dari kelab itu" oleh seorang peminat dalam sesi latihan terbuka hari ini.*
             *Penyerang kebangsaan Jerman itu menjalani latihan di Stamford Bridge ketika penyokong yang hadir turut dapat menyaksikan kelibat Romelu Lukaku secara dekat selepas bekas penyerang Inter Milan itu kembali ke kelab itu, minggu lalu.*

                 *Rom: Jose Mourinho berkata dia tetap 'tenang' menjelang perlawanan pertama kompetitif sebagai jurulatih Roma, sambil mengakui mengambil alih pasukan untuk perlawanan kali ke-996 dalam kariernya menimbulkan sedikit kerisauan.*
            *”Memang benar ini adalah perlawanan rasmi pertama saya bersama kelab ini tetapi ia adalah perlawanan ke-996 saya jika saya tidak silap jadi saya akan bertenang," katanya kepada Sky Sport menjelang aksi perlawanan pertama play-off Liga Conference Europa di Trabzonspor, awal pagi esok.*
              *Di sebalik perlawanan yang menjadi sebahagian daripada kejohanan baharu UEFA bagi kelab bahagian tiga, Mourinho, 58, berkata ia turut membabitkan saingan sengit.*

                 *London: Marcus Rashford dilaporkan mungkin dapat kembali menjalani latihan semula di Manchester United pada hujung bulan ini, seminggu lebih awal daripada tarikh yang dijangka selepas menjalani pembedahan.*
            *Penyerang England itu menjalani pembedahan bahu dua minggu lalu dan menunjukkan peningkatan dalam tempoh pemulihan seterusnya bakal menyertai kem latihan United tidak lama lagi.*
             *Pemain berusia 23 tahun itu akan menjalani latihan ringan dalam tempoh 10 hari berikutnya ketika Rashford bersedia membina kekuatannya kembali.*

                 *Rome: Juara Euro 2020 bersama Itali, Manuel Locatelli menyertai Juventus sebagai pemain pinjaman selama dua tahun dari Sassuolo, umum gergasi Serie A itu, hari ini.*
             *Locatelli pemain tengah yang menjaringkan dua gol dalam lima perlawanan ketika Azzurri menjulang trofi Kejuaraan Eropah pada Julai lalu.*
            *Juve akan menandatangani Locatelli secara tetap pada 2023 dengan 37.5 juta Euro (RM185.7 juta) termasuk bonus, selepas perjanjian pinjamannya berakhir.*

                 *Paris: Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi akan meluangkan banyak masa ketika perancangan untuk bersara selepas dia mengumumkan hari ini bakal menjadi bapa buat pertama kali.$
              *Pelumba yang popular dengan gelaran 'The Doctor' berusia 42 tahun itu, berkongsi khabar gembira berkenaan di akaun Instagram peribadinya serta gambar dia memakai pakaian perubatan putih dan memegang alat pendengar (stethoscope) yang diletakkan di bahagian perut teman wanitanya, Francesca Novello yang kini mengandung.*
             *”Selepas beberapa pemeriksaan kami boleh memberitahu anda bahawa Franci mengandung! Kami menjangkakan bayi perempuan," kata Rossi.*

                 *Tokyo: Grand Prix Jepun dibatalkan untuk tahun kedua berturut-turut susulan penularan pandemik koronavirus, menurut Formula 1 hari ini.*
                   *Am–Perlumbaan dijadualkan berlangsung di Suzuka pada 10 Oktober tetapi F1 berkata kerajaan Jepun terpaksa membatalkan berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara itu dengan Tokyo dan beberapa wilayah diletakkan di bawah kawalan kecemasan.*
              *"Keputusan diambil kerajaan Jepun untuk membatalkan perlumbaan musim ini susulan wabak pandemik yang kian serius di negara itu,'' kata F1 dalam satu kenyataan.*

                 *Paris: MotoGP Malaysia yang dijadual berlangsung pada Oktober dibatalkan berikutan pandemik Covid-19 dengan litar Itali di Misano menggantikannya, umum pihak penganjur.*
             *”Pandemik Covid-19 yang berterusan dan sekatan kemasukan ke Malaysia menyebabkan pembatalan kejohanan ini," kata kenyataan bersama daripada badan induk sukan itu, FIM dan promoter, Dorna.*
            *Ini adalah kali kedua saingan yang sepatutnya berlangsung 24 Oktober depan di Sepang dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.*

                     *Kuala Lumpur: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan pemilihannya sebagai pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo satu motivasi kepadanya untuk menggegar bumi Jepun nanti.*
             *Bonnie berkata tanggungjawab diberikan kepadanya itu adalah penghormatan besar walaupun bakal membuat kemunculan pertama pada temasya sukan itu.*
              *Saya harap tugas membawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo mampu membakar semangat saya untuk tampil sehabis baik ketika beraksi tidak lama lagi," katanya.*

                    *Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia enggan memandang remeh keupayaan pasukan lain dengan menganggap mereka juga mampu mencipta kejutan seterusnya berpeluang menjuarai Piala Thomas kelak.*
              *Zii Jia berkata, walaupun dilihat hanya Jepun saja mampu menggugat skuad badminton negara dalam saingan Kumpulan D, pasukan Kanada dan England harus diberikan perhatian bagi mengelak Malaysia terkena 'smash' mereka.*

                      *Kuala Lumpur: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail menganggap langkah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membekukan sementara projek naturalisasi adalah keputusan yang tepat pada masanya.*
            *Malah katanya, kesungguhan badan induk itu untuk memperluaskan pencarian pemain berdarah kacukan dianggap bijak dan lebih sesuai berbanding mengenengahkan tonggak naturalisasi.*

                      *Alor Setar: Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak menganggap cabaran sengit bakal dilalui skuadnya apabila bertandang ke pantai timur untuk menentang Terengganu FC (TFC) dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Sabtu ini.*
             *Skuad KDA FC yang dijangka bertolak ke Terengganu esok, perlu mengekalkan momentum kecergasan dan prestasi yang diharapkan selepas bangkit meraih tiga mata penuh ketika menentang Penang FC Selasa lalu.*

                     *Kuala Lumpur Pemangku ketua jurulatih Perak FC, Mohd Shahril Nizam Khalil berharap dua pemain utama yang mengalami demam berpanjangan akan segera sembuh untuk diturunkan menjelang aksi Liga Super menentang Selangor FC, Sabtu ini.*
                 *Muhammad Firdaus Saiyadi dan Rafiuddin Roddin antara pemain yang masih lagi belum sembuh sepenuhnya daripada demam yang dialami sejak beberapa hari lalu menyaksikan Shahril terpaksa bersedia dengan sedikit rombakan untuk berdepan Selangor nanti.*

                 *Kuala Lumpur: Selangor FC mengesahkan memberi lampu hijau buat penjaga golnya, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman mengikuti sesi percubaan bersama kelab di Eropah selepas berakhirnya tugasan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.*
            *Jelas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Johan Kamal Hamidon, Sikh Izhan akan mula menyertai ujian percubaan bersama kelab La Liga Sepanyol, CF Fuenlabrada pada November ini.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*#piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
*#since2011*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasi10*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2021 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
21/08/2021
                 
*PROSPEK SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=

                 *Paris: Penyokong Paris Saint-Germain (PSG) perlu menunggu lebih lama sebelum dapat menyaksikan penampilan pertama Lionel Messi.*
            *Ia selepas jurulatih, Mauricio Pochettino tidak menyenaraikan bekas bintang Barcelona itu dan Neymar pada perlawanan Ligue 1 bertemu Brest di tempat lawan awal pagi esok.*
             *Messi dan Neymar lewat memulakan sesi latihan pra musim selepas melanjutkan percutian mereka berikutan terbabit dengan saingan Copa America yang menyaksikan Argentina diketuai Messi menewaskan Brazil 1-0 pada aksi final di Rio de Janeiro, 11 Julai lalu.*

                 *Paris: Kylian Mbappe kekal tenang dan tidak terganggu dengan spekulasi berterusan berhubung masa depannya, kata jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino.*
            *”Kylian tenang. Dia pemain kami dan saya tidak melihatnya berada di tempat lain musim ini," kata Pochettino pada sidang media menjelang pertemuan dengan Brest di saingan Ligue 1.*
             *Mbappe, 22, hanya berbaki kontrak setahun lagi di PSG dan dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.*

                 *London: Permulaan buruk Arsenal mungkin akan menjadi lebih teruk apabila Chelsea mendedahkan mengikat Romelu Lukaku yang akan membuat penampilan penampilannya pada Ahad ini sementara Liverpool dan Manchester United dilihat bersedia mencabar gelaran juara liga.*
             *Lukaku kembali ke Stamford Bridge, tujuh tahun selepas musim pertamanya di Chelsea beraksi dengan nilai perpindahan 97 juta (RM560.2 juta) selepas memimpin Inter Milan merangkul gelaran Serie A musim lalu.*

                 *Paris: Tottenham yang tampil dengan wajah baru tewas 1-0 kepada Pacos de Ferreira dari Portugal dalam aksi pertama play-off Liga Conference Europa (ECL), semalam.*
             *Jurulatih Nuno Espirito Santo membuat 11 perubahan terhadap pasukan yang menewaskan juara liga Manchester City dalam aksi pembukaan Liga Perdana pada hujung minggu lalu.*
            *Ia bukan satu yang mengejutkan dan bukan satu persembahan yang diinginkan oleh Londoners yang sekali lagi turun tanpa bintang England, Harry Kane.*

                 *London: Arsenal mendedahkan empat pemainnya iaitu Pierre-Emerick Aubameyang, Alexandre Lacazette, Willian dan Alex Runarsson diuji positif Covid-19 minggu lalu.*
              *Ketiadaan dua penyerang untuk perlawanan pertama Liga Perdana musim ini menimbulkan spekulasi namun penjelasan paling logik adalah dikaitkan dengan pandemik yang dialami dunia ketika ini.*
             *Daripada empat pemain itu, Lacazette dan Runarsson akan diketepikan untuk perlawanan menentang Chelsea dengan Aubameyang dijangka akan kembali berlatih dan penilaian lanjut akan dilakukan sebelum Ahad ini.*

                 *London: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui terkejut apabila anak buahnya dipaksa beraksi juga pada aksi pertama Liga Perdana bertemu Brentford minggu lalu di sebalik terdapat kes positif Covid-19 membabitkan empat pemainnya.*
           *Pierre-Emerick Aubameyang, Alexandre Lacazette, Willian dan penjaga gol simpanan, Alex Runarsson terlepas beraksi pada perlawanan itu.*
            *Ujian tambahan dilakukan ketika hari perlawanan yang menyaksikan Gunners tewas 0-2 kepada pendatang baharu Liga Perdana itu.*

                 *London: Kapten Saints, James Ward-Prowse mengesahkan mengikat kontrak perjanjian lima tahun bersama Southampton dan menegaskan bahawa masih banyak yang perlu diberikan kepada kelab bola sepak itu.*
             *Spekulasi mengenai masa depan pemain tengah England itu hangat diperkatakan musim panas ini dengan dia turut dilaporkan ditawarkan 25 juta (RM144.44 juta) oleh Aston Villa namun ditolak bulan lalu.*

                 *Paris: Maverick Vinales akan meninggalkan pasukan Yamaha MotoGP dengan serta-merta selepas berlaku perselisihan antara kedua-dua pihak, kata pengeluar Jepun itu dalam satu kenyataan hari ini.*
           *Selepas Grand Prix (GP) Belanda hujung Jun lalu, pelumba Sepanyol itu yang sudah menandatangani kontrak dengan Aprilia musim depan, menamatkan kontraknya lebih pendek dan akan meninggalkan Yamaha hujung musim ini.*
             *Bagaimanapun ia disusuli dengan masalah di GP Styrian yang menyaksikan Vinales digantung dan tidak dibenarkan beraksi di GP Austria.*

                 *Kuala Lumpur: Beregu wanita Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu yang merangkul pingat emas tunggal negara republik itu pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini, menerima pelbagai hadiah kemenangan susulan kejayaan mereka.*
             *Antara hadiah yang paling berharga diterima kedua-dua pemain itu adalah kereta Honda City Hatchback RS yang disumbangkan oleh Honda Prospect Motor (HPM), ejen tunggal kereta jenama Honda di negara itu.*

                 *Kuala Lumpur: "Mau kerja tak?" terpampang iklan mencari kerja dengan gambar besar pemain badminton profesional negara Goh Liu Ying dalam laman Instagram miliknya.*
            *Dalam keadaan pandemik Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia ketika ini, ramai yang sudah kehilangan pekerjaan dan tawaran itu pasti menarik perhatian serta ditunggu-tunggu peminat mahupun warganet untuk mencari sesuap nasi.*
              *Liu Ying, yang menjadi duta tadaGO menulis: "Jom jadi rider (penunggang) tadaGO!!! Motosikal, kereta, basikal, skuter, van semua pun boleh! Jangan lepaskan peluang ini."*

                 *Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mempertaruhkan pemain muda dalam menghadapi Piala Uber yang akan berlangsung di Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Oktober ini.*
            *Enggan melihat pasukan badminton wanita negara menjadi mangsa belasahan, Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann berkata, pihaknya mempunyai ramuan dalam memastikan dapat melangkah ke pusingan suku akhir.*
  
                 *Kuala Lumpur: Pencarian pemain berstatus kacukan yang memiliki darah atau hubungan dengan negara ini bukan mudah dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu bijak memikirkan kaedah terbaik untuk memujuk calon itu.*
               *Selain soal kualiti yang perlu diutamakan, pemain kacukan juga mungkin sukar untuk meninggalkan negara asal meskipun turut mempunyai pertalian darah dengan negara ini.*

                 *Johor Bahru: Meskipun Johor Darul Ta'zim (JDT) tampak semakin hampir menjuarai Liga Super buat kali kelapan berturut-turut, pengendalinya, Benjamin Mora tetap mahu bersikap berwaspada apabila berdepan PJ City FC pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam esok.*
                 *Mora menegaskan skuad kendalian P Maniam agak liat untuk ditewaskan tatkala pemain pasukan itu begitu gemar bermain secara kompak di posisi tengah dan pertahanan dan ia menyukarkan barisan tengah dan serangan JDT melakukan percubaan yang mampu menghasilkan jaringan.*

                 *Alor Setar: Pemain tengah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Asnan Ahmad atau dipanggil Cikgu Asnan mahu aksi sulung bersama KDA FC menjadi langkah pertamanya dalam membantu skuad Hijau Kuning mencapai misi kejayaan pada musim ini.*
            *Beliau yang beraksi pada babak kedua perlawanan KDA FC menentang Penang FC minggu lalu dilihat tampil dengan penuh berkeyakinan di ruang tengah, walaupun penampilan itu adalah aksi kali pertama beliau sejak menyertai skuad kendalian Aidil Sharin.*

                 *Kuala Lumpur: Selangor FC tidak menganggap kunjungan ke Ipoh untuk aksi Liga Super menentang pasukan tuan rumah pada malam esok dianggap mudah meskipun skuad itu kini berada dikelompok bawahan liga.*
            *Sebaliknya, skuad Red Giants diingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan kebangkitan yang boleh dijelmakan pemain Perak FC sekaligus meranapkan impian pelawat untuk memungut tiga mata penuh di gelanggang lawan.*

                 *Kuala Lumpur: Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain tetap menganggap Kedah Darul Aman FC sebagai ancaman yang mampu mencabar kedudukan terkini Liga Super menjelang pertembungan mereka pada malam esokdi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.*
               *Meskipun Terengganu ketika ini konsisten di tangga kedua liga, Nafuzi merasakan pasukannya masih belum selamat dan bila-bila masa sahaja boleh diatasi sekiranya pemain mengambil mudah setiap perlawanan.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*#piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
*#since2011*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasi10*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2021 07:48 AM | Show all posts
23/08/2021

[07:32, 8/23/2021] 🐞: PROSPEK SUKAN ⏱



                  👑 Paris: David Beckham sudah mengadakan perbincangan bersama Lionel Messi mengenai rancangan superstar Argentina mengakhiri karier di Inter Miami.
                 Pemilik kelab Inter Miami yang berjanji untuk membawa pemain superstar ke selatan Florida dan juga turut membayangkan Cristiano Ronaldo digandingkan dengan Messi.
               Messi meninggalkan Barcelona dan menandatangani kontrak dua tahun bersama Paris Saint-Germain.

                   ⚽️ London: Keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung malam ini: Southampton 1 (Fred 30' - gs) Man Utd 1 (Mason Greenwood, 55')
          Wolves 0 Tottenham 1 (Dele Alli, 9')

                    👏🏻 London: Pep Guardiola gembira apabila Manchester City meraih mata pertama untuk musim ini apabila membelasah Norwich City 5-0 sambil memuji impak yang dipamerkan Gabriel Jesus dan Jack Grealish dalam perlawanan itu.
             Gol dari Grealish, Aymeric Laporte, Raheem Sterling, Riyad Mahrez dan gol sendiri membantu City bangkit daripada kekalahan perlawanan pembukaan kepada Tottenham Hotspur yang menyaksikan mereka mendominasi perlawanan daripada mula.

                    😰 Madrid: Barcelona menerima cabaran getir dari Athletic Bilbao namun terselamat daripada kekalahan ketika berkunjung ke San Manes apabila meraih satu mata menerusi jaringan lewat perlawanan Memphis Depay untuk melakarkan keputusan seri 1-1 buat skuad dari Catalans itu.
              Depay berjaya menerjah jaring 15 minit sebelum perlawanan tamat di Basque Country yang juga gol pertamanya di La Liga sejak berhijrah ke Barcelona dari Lyon.
              Skuad bimbingan Ronald Koeman mempamerkan mengagumkan pada aksi pertama dalam sejak ketiadaan Lionel Messi apabila menewaskan Real Sociedad 4-2 minggu lalu.

                     🥊 Las Vegas: Manny Pacquiao tewas pada penampilan kembali ke gelanggang selepas dua tahun ketika jaguh Cuba, Yordenis Ugas mengecewakan lawannya untuk memenangi pertarungan dengan keputusan sebulat suara dan mengekalkan kejuaraan welterweight (super) WBA.
            Pertarungan berdepan Ugas hanya dipersetujui pada 10 Ogos bagi menggantikan Errol Spence Jr yang cedera.
           Ia adalah pertarungan pertama Pacquiao sejak menewaskan Keith Thurman bagi kejuaraan welterweight WBA pada Julai 2019.

                     🎾 Cincinnati: Andrey Rublev memenangi perlawanan ke-10 ke atas pemain Russia, Daniil Medvedev 2-6, 6-3, 6-3 untuk menempah tiket ke final ATP dan WTA Cincinnati Masters.
            Rublev yang kini menghuni ranking ketujuh dunia tidak pernah menang banyak dalam satu set sepanjang empat kekalahan sebelum ini kepada rakan senegarannya yang kini menduduki ranking kedua dunia yang juga pemain pilihan di kejohanan berprestij sebelum Terbuka Amerika Syarikat bermula.

                     🏃🏾‍♀️ Eugene, Amerika Syarikat: Juara Olimpik, Elaine Thompson-Herah mencatat masa kedua terpantas sepanjang zaman dalam kategori wanita 100 meter (m) di Liga Berlian Eugene.
             Jaguh Jamaica itu yang mengekalkan kejuaraan berganda dalam 100m-200m di Tokyo, mencatat rekod baharu dunia dalam masa 10.54 saat (s).
             Hanya pelari Amerika Syarikat (AS), Florence Griffith-Joyner berlari dengan catatan terpantas apabila mencipta rekod dunia 10.49s pada 1988.

                    🙁 Kuala Lumpur: Pembatalan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) buat kali kedua nyata cukup mengecewakan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah.
            Jelas pelumba tunggal negara yang beraksi di MotoGP itu, dengan masa depannya yang masih belum pasti, dia juga tidak tahu sama ada berpeluang beraksi lagi pada tahun depan di Sepang.

                    🏹 Tokyo: Juara memanah para dunia 2019, S Suresh mengharapkan kelahiran cahaya mata pertamanya bulan lalu mampu membawa tuah kepadanya untuk merangkul pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo, yang bermula dari Selasa ini hingga 5 September.
           Pemanah dari Sungai Petani, Kedah itu, percaya anaknya, S Monish yang selamat dilahirkan isteri P Vikneswary, 31, pada 14 Julai lalu di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, membawa tuah dalam hidupnya.

                   🏸 Kuala Lumpur: Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann tidak menolak kemungkinan akan membariskan pemain muda pada saingan Piala Thomas di Aarhus, Denmark bermula 9 hingga 17 Oktober ini.
           Beliau berkata, ketika ini badan induk itu masih belum memutuskan senarai pemain yang akan ke Aarhus termasuk sama ada turut menyenaraikan pemain profesional atau sebaliknya.

                  🔝 Kuala Lumpur: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam, hampir pasti diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam tempoh terdekat.
              Stuart, 44, yang dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada Julai 2018, dijangka diperkenalkan secara rasmi sebagai CEO baharu MFL selepas Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL, yang dijadual berlangsung esok, menurut sumber FAM.

                   🏟 Kuala Lumpur: Selepas terpaksa 'menumpang' selama dua musim berturut-turut, akhirnya Selangor FC mampu menarik nafas lega apabila bakal kembali menggunakan Stadium Shah Alam selewat-lewatnya pertengahan musim depan.
              Menerusi laporan media tempatan, venue keramat skuad Red Giants itu bakal berwajah baru apabila kerja-kerja naik taraf kemudahan di Stadium Shah Alam akan dimulakan awal tahun depan.

                  🐅 Kuala Lumpur: Johor Darul Ta'zim (JDT) semakin hampir menjulang trofi Liga Super buat kali kelapan berturut-turut selepas membenam Petaling Jaya City (PJ City) 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam semalam.
             Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan mengumpul 48 mata ketika saingan liga hanya berbaki tiga aksi lagi.

                  🙏🏻 Kuala Lumpur: Tak sampai 24 jam selepas ditegur pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman sosial akhirnya penyerang negara, Syafiq Ahmad tampil memohon maaf.
            Menurut Syafiq, dia tidak sepatutnya membuat luahan secara terbuka mengenai keinginan untuk beraksi semula selepas lebih banyak memanaskan bangku simpanan JDT sejak awal musim ini.
             Sebelum ini, Tunku Ismail naik berang dan menegur bekas pemain Kedah itu dengan menegaskan JDT bukanlah penjara atau pusat kebajikan, di mana pintu buat mana-mana pemain untuk keluar sentiasa terbuka.

                  🗣 Kuala Lumpur: Pemain Terengganu FC (TFC), Faizal Halim menjelaskan insiden kekasaran dengan pemain sayap Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syazwan Zainon sebenarnya bukan berpunca daripada dirinya.
              Sebaliknya, dia mendakwa Syazwan atau lebih dikenali dengan panggilan Wan Karpet sebenarnya lebih kerap bertindak kasar namun tiada siapapun yang mempertikaikannya terutama netizen di media sosial.

                 🤕 Alor Setar: Pemain pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Rodney Celvin atau mesra dipanggil Bonai bakal terlepas baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini apabila mengalami kecederaan bahu ketika menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, semalam.
              Perkembangan yang mengejutkan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak serta seluruh penyokong hijau kuning itu turut dimaklumkan oleh media rasmi KDA FC hari ini.

                 🦏 Kota Kinabalu: Skuad Badak perlu memenangi perlawanan menentang Penang FC yang berlangsung di Stadium Likas, malam ini, kata jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto.
            Jelas sekali nada Kurniawan itu mahu anak buahnya bermain bersungguh-sungguh kali ini agar kegagalan memenangi semua perlawanan di gelanggang sendiri sejak bulan lalu tidak lagi berulang.

                 🐃 Seremban: Pintu Liga Super musim hadapan kian terbuka buat Negeri Sembilan FC (NSFC) selepas berjaya mencatat kemenangan ke atas Kelantan United FC (KUFC), 2-0, di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam.
              Bagaimanapun situasi itu belum boleh membuatkan skuad Hobin Jang Hobin menarik nafas lega kerana masih ada empat baki perlawanan yang bakal mereka hadapi sebelum mengakhiri cabaran saingan musim ini.


berita penuh sila ikuti harian metro online

#piloi_hani al_linggi
#repoterataspokok
#since2011
#hanisofeasupriseandgift
#legasi10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2021 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
24/08/2021
                 
*PROSPEK SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=

                    * ‘London: Arsenal berada dalam 'situasi sukar dan belum pernah dialami sebelum ini' selepas permulaan Liga Perdana yang buruk, kata pengurus Mikel Arteta.*
             *Selepas tewas 0-2 kepada Brentford dan kini Chelsea pula, Arsenal sudah mengalami dua kekalahan berturut-turut pada dua perlawanan awal tanpa dapat menjaringkan gol buat kali pertama dalam sejarah.*
             *Skuad bimbingan Arteta berdepan dengan isu Covid-19 dan kecederaan pada dua perlawanan pertama itu.*

                    *London: Liverpool dilaporkan cuba menghalang Mo Salah dari menyertai skuad kebangsaan Mesir bagi perlawanan antarabangsa akan datang kerana bimbang penularan Covid-19.*
              *The Reds agak berat hati melepaskan bintang penyerang mereka untuk melakukan perjalanan ke negara Afrika itu kerana syarat kuarantin dan kebimbangan penularan virus berkenaan.*
              *Mesir akan berdepan Angola di Kaherah pada 2 September dan berkunjung ke Gabon tiga hari kemudian bagi aksi kelayakan Piala Dunia.*

                  *London: Romelu Lukaku menganggap penampilan keduanya bersama Chelsea adalah 'dominan' selepas menjaringkan gol pertamanya di Liga Perdana untuk Blues ketika juara Eropah itu menewaskan Arsenal 2-0, semalam.*
           *Bintang Belgium itu kembali beraksi di Satmford Bridge untuk rekod perpindahan kelab 97 juta (RM560 juta) dalam usaha memastikan juara Liga Juara-Juara itu muncul juara Liga Perdana pula musim ini.*

                   *Milan: Jaringan lewat permainan Cristiano Ronaldo menerusi tandukan dibatalkan kerana ofsaid pada perlawanan dramatik ketika seri 2-2 dengan Udinese di tempat lawan.*
            *Ronaldo yang bermula di bangku simpanan, hampir memastikan Juventus membawa pulang tiga mata penuh selepas disahkan akan kekal bersama kelab itu pada musim ini.*
            *Jurulatih, Massimiliano Allegri berkata, beliau sentiasa mahu memastikan Ronaldo dapat beraksi meskipun diletakkan di bangku simpanan.*

                     * Southampton: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengingatkan bahawa bola sepak berisiko menjadi sukan fizikal seperti ragbi sekiranya garis panduan semasa diteruskan.*
              *Solskjaer kecewa dengan keputusan pengadil, Craig Pawson yang tidak mengambil tindakan selepas Bruno Fernandes dikasari sebelum Southampton meraih gol pertama menerusi jaringan sendiri Fred ketika kedua-dua pasukan seri 1-1.*
         *Jaringan penyamaan Mason Greenwood pada separuh masa kedua melebarkan rekod tanpa kalah United di saingan Liga Perdana kepada 27 perlawanan.*

                    *Madrid: Gareth Bale menjaringkan gol pertamanya di La Liga sejak 2019 tetapi memerlukan dua gol daripada penggantinya, Vinicius untuk memastikan Real Madrid seri 3-3 di Levante, hari ini.*
                *Keputusan itu membolehkan juara bertahan, Atletico Madrid yang menewaskan Elche 1-0 pada perlawanan terdahulu, menduduki tangga teratas La Liga.*
            *Bale meletakkan Real Madrid di depan selepas hanya lima minit permainan.*

                    *Paris: Paris Saint-Germain dijangka beraksi tanpa penyerangnya Mauro Icardi untuk tempoh tiga atau empat minggu selepas pemain Argentina itu mengalami kecederaan bahu kanan, umum kelab Ligue 1 itu, hari ini.*
              *Icardi mengalami kecederaan itu selepas membantu kemenangan 4-2 ke atas Brest, Jumaat lalu.*
              *PSG dalam satu kenyataan mengesahkan pemeriksaan yang dijalankan mendapati kecederaan yang dialami Icardi.*

                    *Nice: Perlawanan Ligue 1 membabitkan Nice dan Marseille hari ini dibatalkan selepas penyokong tuan rumah memasuki padang dan menyerang pemain lawan, Dimitri Payet.*
           *Ia selepas Payet bertindak membaling semula botol yang dilemparkan kepadanya ke arah penyokong sebelum berlaku kekecohan membabitkan pemain dan penyokong.^
            *Marseille kemudian enggan meneruskan perlawanan itu dengan pegawai kelab mendakwa keselamatan pemain mereka tidak terjamin.*

                    *Paris: Sensasi Belarus, Aryna Sabalenka mendapat semangat baharu menjelang Terbuka Amerika Syarikat (AS) minggu depan dengan melonjak ke kedudukan kedua dalam ranking WTA hari ini, sekali gus menyaksikan Naomi Osaka jatuh di tempat ketiga.*
               *Sekalipun kedua-duanya Aryna, 23, atau Naomi tidak berjaya mara ke peringkat akhir Terbuka Cincinnati dimenangi Ashleigh Barty yang meneruskan penguasaan di kedudukan nombor satu.*

                    *Tokyo: Atlet renang para, Ellie Simmonds dan pemanah, John Stubbs akan diberikan tanggungjawab membawa bendera Great Britain (GB) pada majlis pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo, esok.*
           *Kedua-dua mereka akan bertanding di temasya sukan itu buat kali keempat dekat Tokyo.*
           *Ellie, 26, akan menjadi atlet wanita pertama membawa bendera buat GB di sukan itu sejak atlet renang, Maggie McEleny pada 2000.*

                    *Kuala lumpur: Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Misbun Sidek tidak gusar tentang prestasi pemain pemain remaja negara kerana beliau memiliki perancangan yang rapi untuk memastikan keadaan mereka di tahap yang optimum.*
            *Sesi latihan yang dijalankan tidak memfokuskan misi untuk melakar kemenangan di antara satu sama lain, tetapi meningkatkan kemahiran asas serta mewujudkan suasana ceria dalam kem latihan.*

                    *Kuala Lumpur: Persoalan mengenai Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal meninggalkan juara tujuh kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus menjadi tanda tanya di kalangan peminat sukan bola sepak tanah air.*
            *Ia berikutan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) seakan memberi bayangan berbuat demikian menerusi satu komen yang ditinggalkan beliau di laman Instagram pasukan berkenaan.*
             *”Saya telah berjaya membangunkan JDT dengan macam-macam kejayaan dalam dan luar padang. JDT telah berjaya menjadi satu jenama yang besar.*
            *Top infrastucture dan 18 piala senior team dan 10 piala junior level. Total 28 piala dalam 8 tahun.*
            *”Ini saya punya last hadiah kepada kelab," kata Tunku Ismail.*

                 *Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempunyai alternatif lain dalam mempersiapkan barisan Harimau Malaya untuk kejohanan akan datang dengan merancang mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dan latihan intensif sebagai persiapan perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 awal tahun depan.*
             *Setiausaha Agungnya Stuart Ramalingam berkata, walaupun terpaksa membatalkan panggilan skuad kebangsaan yang dijadualkan bermula 30 Ogos hingga 7 September ini namun itu bukan bermakna FAM tidak mempunyai perancangan lain dalam memperkuatkan lagi pasukan.*

                  *Kuantan: Penjaga gol ketiga Sri Pahang FC, Daniel Wafiuddin Sa'dun berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan apabila kali pertama beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.*
             *Pemain berumur 24 tahun itu berkata, kepercayaan itu meningkatkan motivasi kepadanya selepas dua musim bersama skuad Tok Gajah.*
              *Jumaat lalu, Daniel Wafiuddin mengisi kekosongan dua penjaga iaitu Helmi Eliza Elias dan Zarif Irfan Hashimuddin yang tidak dapat beraksi akibat mengalami kecederaan.*

                  *Alor Setar: Pemain sayap berpengalaman Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Syazwan Zainon atau dikenali sebagai Wan Karpet kembali menyerlahkan kemampuannya melalui kelincahan larian dengan menyumbangkan satu gol bagi memastikan kejayaan skuad hijau kuning ketika menentang Terengganu FC (TFC), Sabtu lalu.*
              *Ini membuktikan pemain 'otai' sepertinya tetap berbisa dalam mengatur gerak bahaya melalui hantaran gol yang mampu mengucar kacirkan pertahanan lawan ditambah pula dengan kordinasi yang ditampilkan bersama dua penyerang utama iaitu Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.*

                  *Alor Setar: Nama pemain muda Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Loqman Hakim Marzuki kembali menjadi sebutan sbagai pemain pilihan bagi menggantikan Rodney Celvin yang mengalami kecederaan bahu ketika menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Sabtu lalu.*
               *Berita Rodney yang perlukan rawatan susulan dan akan terlepas baki aksi saingan Liga Malaysia musim ini membuka ruang buat Loqman yang kerap ditugaskan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak sebagai pemain gantian di posisi tengah sepertimana penampilannya pada aksi menentang Penang FC pada 17 Ogos, TFC (21 Ogos) dan juga Perak FC, April lalu.*

                  *Melaka: Perubahan taktikal pada penghujung babak memberi impak buat UiTM FC untuk mengutip satu mata ketika seri 1-1 berdepan Melaka United (MU) selepas skuad terbabit berada dalam ambang kekalahan pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat malam tadi.*
                 *Jurulatih UiTM FC, Mohd Reduan Abdullah berkata, tindakannya memasukkan pemain muda selepas pasukan ketinggalan 0-1 membolehkan sentuhan lebih `segar' buat skuad bimbingannya sehingga mampu menjaringkan gol penyamaan untuk pulang dengan satu mata dalam aksi sengit terbabit.*

                  *Kuala Lumpur: Situasi Perak semakin 'parah' apabila terus berada di zon penyingkiran selepas tewas 3-0 kepada Selangor FC, Sabtu lalu, sekali gus menyaksikan peluang untuk kekal di Liga Super pada musim depan agak sukar.*
               *Hanya menghimpun 13 mata daripada 19 perlawanan, mereka tidak berada pada kedudukan yang baik kerana bukan setakat wajib menang dalam baki tiga aksi namun perlu mengharapkan beberapa pasukan di atas turut tercicir mata.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*#piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
*#since2011*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasi10*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2021 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
28/08/2021

*PROSPEK SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=

                  *Istanbul: Dua pasukan pilihan, Paris Saint-Germain (PSG) dan Manchester City akan bertemu sesama sendiri dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.*
            *Skuad Pep Guardiola, City menewaskan PSG dalam aksi separuh akhir musim lalu sebelum dihampakan Chelsea pada final di Porto.*
             *Pemilik PSG dari Qatar mahu menebus kecewa dengan menandatangani Lionel Messi dan pertembungan kedua-dua kelab mungkin menyaksikan bintang Argentina itu kembali berdepan 'musuh' ketatnya, Cristiano Ronaldo yang kini dikaitkan dengan perpindahan ke City dari Juventus.*

                  *Paris: Real Madrid meningkatkan tawaran untuk mendapatkan penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe kepada 180 juta euro (RM888 juta), menurut L'Equipe, awal pagi tadi.*
            *Real sedia membayar 170 juta euro (RM839j) dan 10 juta euro (RM49j) pakej bonus sekali gus menyamai jumlah ditawarkan PSG untuk mendapatkan pemenang Piala Dunia itu dari Monaco pada 2017.*
            *Awal minggu ini, tawaran pertama Real untuk mendapatkan bintang Perancis berusia 22 tahun itu ditolak pengarah sukan PSG, Leonardo yang menganggapnya tidak mencukupi.*

                  *London: Cristiano Ronaldo mula mengosongkan almarinya di Juventus dan memberitahu kelab itu dia enggan lagi bermain untuk mereka, menurut laporan media.*
               *Media mendedahkan Manchester City sedang berunding dengan ejen bintang Portugal itu mengenai perpindahan lewat Ronaldo selepas skuad Pep Guardiola gagal mendapatkan Harry Kane.*
             *City sedia mendapatkan pemain berusia 37 tahun itu dengan perpindahan percuma jika Juventus mengurangkan harga ditetapkan 25 juta (RM143.59j) dan Ronaldo boleh menerima gaji kurang daripada 500,000 (RM2.87j) seminggu yang dimintanya.*

                  *Manchester: Manchester United menyertai seteru mereka, Manchester City berusaha mendapatkan tandatangan Cristiano Ronaldo selepas jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri mengesahkan pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali itu mahu meninggalkan kelab gergasi Itali berkenaan.*
           *”Semalam, bercakap dengan Cristiano, dia beritahu saya bahawa dia tidak berminat untuk kekal di Juventus. Atas sebab ini dia tidak akan beraksi esok. Pagi ini dia tidak berlatih," kata Allegri kepada wartawan menjelang aksi Serie A bertemu Empoli esok.*
              *Juara Liga Perdana, City dikaitkan dengan bintang berusia 36 tahun itu selepas gagal mendapatkan kapten England, Harry Kane.*

                  *Paris: Harry Kane menjaringkan dua gol dalam aksi pertamanya sejak mengumumkan terus kekal di Tottenham musim ini ketika Spurs menewaskan Pacos de Ferreira 3-0 dalam aksi playoff Liga Konferensi Europa awal pagi tadi.*
              *Kemenangan dengan agregat 3-1 itu membolehkan skuad Nuno Espirito Santo mara ke peringkat undian kumpulan kejohanan edisi sulung Uefa itu hari ini.*
             *Penyerang England, Kane yang mahu berpindah ke Manchester City tetapi tidak dibenarkan pengerusi kelab, Daniel Levy akhirnya mengesahkan terus kekal bersama kelab utara London itu.*

                  *Liverpool: Dua pasukan pencabar gelaran Liga Perdana musim ini, Liverpool dan Chelsea berentap di Anfield awal pagi Ahad manakala Arsenal berdepan misi getir apabila berkunjung ke Manchester City malam esok.*
           *Arsenal tewas kepada Chelsea minggu lalu dengan Romelu Lukaku meledak jaringan pada penampilan pertamanya ketika menang 2-0 di Emirates.*
            *Bintang Belgium itu yang kembali ke Stamford Bridge dengan harga rekod kelab 97 juta (RM557j) menjaringkan gol ke-114nya di Liga Perdana tetapi yang pertama bersama Chelsea selepas gagal menyerlah sebelum ini.*

                  *Istanbul: Pemain tengah Chelsea dan Itali, Jorginho dipilih Pemain Tahunan Uefa selepas mengatasi rakan sepasukan, N'Golo Kante dan bintang Manchester City, Kevin De Bruyne dalam majlis di Istanbul, awal pagi tadi.*
               *Jorginho beraksi bersama Kante dalam pasukan Chelsea yang memenangi Liga Juara-Juara selepas menewaskan kelab De Bruyne, City pada final di Porto dan kemudiannya membantu Itali menjuarai Euro 2020.*

                  *London: Mahkamah British hari ini menahan reman pertahanan Manchester City, Benjamin Mendy selepas dia didakwa dengan empat tuduhan merogol dan satu tuduhan melakukan serangan seksual.*
            *Pemain berusia 27 tahun itu hadir di Mahkamah Majistret Chester di barat laut England untuk menghadapi tuduhan yang dikemukakan oleh tiga pengadu.
Insiden itu didakwa berlaku antara Oktober 2020 sehingga Ogos 2021.*

                  *Kuala Lumpur: Skuad badminton perlu mencari strategi terbaik untuk menewaskan England jika ingin mara ke separuh akhir Piala Sudirman.*
          *Malaysia dijangka akan menghantar pemain muda pada kejohanan itu namun timbul beberapa persoalan terhadap kemampuan skuad negara terutama selepas pemain beregu wanita negara Chow Mei Kuan mengambil keputusan untuk bersara.*

                  *Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atas pelantikannya selaku Menteri Belia dan Sukan yang baharu.*
           *Menerusi laman Facebook FAM hari ini, badan induk itu berharap kehadiran bekas Menteri Besar Perak itu akan mampu meningkatkan mutu sukan termasuk bola sepak di negara ini.*

                  *Kuala Lumpur: Kualiti 'ubi muda' negara nampaknya bukan kaleng-kaleng apabila seorang lagi pemain, Roudell Enel Tan berjaya beraksi di Liga Australia.*
              *Sehingga kini, hampir 10 pemain muda beraksi di luar negara termasuk Luqman Hakim Shamsudin di Liga Belgium serta Wan Kuzain Wan Kamal di liga utama Amerika Syarikat (AS).*
               *Dia yang berusia 20 tahun dan berasal dari Kota Kinabalu, Sabah mula beraksi di Australia sejak berumur 16 tahun dengan menyertai beberapa kelab seperti Hume City, Heidelberg United dan Northcote City.*

                  *Kuantan: Rasa kecewa sememangnya tidak dapat disembunyikan dua bekas pemain skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail dan Ahmad Yusof apabila mereka tidak tersenarai dalam keanggotaan Kelab Abad Fifa.*
             *Selepas berjuang lebih 100 perlawanan sepanjang karier bersama pasukan Harimau Malaya namun pengiraan dilakukan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) yang mengiktiraf perlawanan berstatus A membuatkan dua bekas pemain Pahang itu terlepas.*
              *Jamal Nasir menambah, dia difahamkan hanya enam rakanya Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh, Shukor Salleh, Zainal Abidin Hassan, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan R Arumugam tersenarai sebagai anggota Kelab Abad Fifa.*

                  *Kuala Lumpur: Skuad Red Giants cukup serius dan tidak main-main menjelang aksi Liga Super menentang Melaka United di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya esok apabila menyasarkan tiga mata penuh buat mengukuhkan kedudukan di kelompok atasan liga.*
            *Nada serius itu diluahkan pengendali Selangor FC, Karsten Neitzel yang mahu pemainnya meneruskan rentak kemenangan sekali gus mengekalkan rekod bersih tanpa kekalahan dalam empat aksi terakhir sebelum ini.*

                 *Alor Setar: Kedah Darul Aman (KDA) FC tetap akan berwaspada dengan Perak FC dalam misi meneruskan momentum kemenangan apabila melayan kunjungan skuad Bos Gaurus di Stadium Darul Aman malam esok.*
            *Ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak berkata, pemainnya harus elak berasa alpa dan tetap perlu berhati-hati dengan Perak yang pastinya mahu mengelak terjatuh ke Liga Perdana musim depan.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasi10*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2021 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN 9 L_LIGI*

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!! turn64

*PROSPEK SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=

                  *London: Cristiano Ronaldo lulus ujian perubatan menjelang penyertaan semula penyerang itu ke Manchester United.*
             *The Red Devils mengesahkan pada Jumaat mereka mencapai persetujuan bersama Juventus untuk membawa pemain pujaan peminat itu kembali ke Old Trafford, 12 tahun selepas dia meninggalkan kelab itu untuk ke Real Madrid.*
               *Pemain kebangsaan Portugal itu menjaringkan 118 gol dalam 292 perlawanan ketika di Old Trafford, membantu kelab itu memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana, satu Liga Juara-Juara, dua Piala Liga, Piala FA, Piala Dunia Kelab Fifa dan Perisai Komuniti.*

                  *Paris: Lionel Messi tampil membuat penampilan sulung bersama Paris Saint-Germain selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada perlawanan hari ini namun Kylian Mbappe mencuri tumpuan apabila meledakkan dua gol untuk pasukan itu menang 2-0 ke atas Reims dalam aksi Ligue 1.*
             *Messi, yang memakai jersi bernombor 30, dimasukkan dari bangku simpanan pada minit ke-66 untuk menggantikan Neymar di Stade Auguste-Delaune dengan hampir 21,000 melaungkan namanya ketika dia dilihat muncul memanaskan badan.*
            *Pemain Argentina itu masih belum diturunkan sejak tiba ke Paris dari Barcelona tiga minggu lalu, penampilan terakhirnya adalah ketika final Copa America 11 Julai lalu yang mana dia mengetuai negaranya untuk muncul juara menewaskan Brazil.*

                  *London: Nuno Espirito Santo mengakui kebimbangannya terhadap potensi 'kerosakan' yang akan dialami jika bintang Tottenham Cristian Romero dan Giovani Lo Celso mengabaikan 'senarai merah' dalam saingan Liga Perdana untuk bersama Argentina.*
           *Romero dan Lo Celso dijangka akan pulang ke Argentina untuk aksi kelayakan Piala Dunia menentang Venezuela, Bolivia dan Brazil minggu depan.*
              *Empat negara itu berada dalam 'senarai merah' Kerajaan British, bermaksud pemain tidak akan dapat pengecualian dan perlu melakukan kuarantin wajib apabila mereka kembali.*

                  *Milan: Olivier Giroud dan Tammy Abraham kedua-duanya melakarkan impak dalam saingan Serie A semalam dengan bekas pemain Chelsea itu membantu pasukan masing-masing AC Milan dna Roma merangkul kemenangan selesa yang membolehkan mereka mencatatkan kemenangan dari dua perlawanan pembukaan musim ini.*
            *Penyerang Perancis, Giroud, yang tidak terpilih untuk beraksi dalam aksi kelayakan Piala Dunia bersama Les Bleus membantu pasukan itu mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Cagliari di San Siro manakala Abraham mencetak gol ketika Roma melakar kemenangan 4-0 ke atas pasukan yang baru Salernitana.*

                  *Madrid: Juara bertahan Atletico Madrid terlepas peluang untuk menguasai carta liga namun bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali untuk mengikat Villarreal 2-2 hasil dari gol sendiri lawan.*
             *Pada minit kelima waktu kecederaan, hantaran belakang dari pemain Villarreal, Aissa Mandi menyebabkan penjaga terkedu dan bola melepasi kawalan untuk membolehkan Atletico mencuri satu mata.*

                  *New York: Pilihan utama Novak Djokovic berusaha melengkapkan kalendar Grand Slam pertama dalam tempoh 52 tahun sekali gus muncul pemenang terbanyak Slam dengan menjulang trofi Terbuka Amerika Syarikat (AS).*
             *Belum ada mana-mana pemain melakukannya sejak kali terakhir oleh Rod Laver pada 1969 dan peluang mencipta sejarah membakar semangat Djokovic untuk mengungguli musim 2021.*
              *”Saya tahu betapa besar peluang terhidang depan saya,'' kata bintang Serbia itu. "Saya sangat bermotivasi untuk beraksi pada tahap terbaik. Saya mendapat inspirasi untuk itu.''*

                  *Spa-Francorchamps, Belgium: Juara dunia, Lewis Hamilton menyifatkan aksi perlumbaan Grand Prix Belgium yang tergendala dengan hujan lebat sebagai 'sandiwara' dan 'perbincangan wang' selepas persaingan gelaran Max Verstappen diumumkan sebagai pemenang dalam aksi yang berlangsung dua pusingan.*
            *Dalam perlumbaan terpendek dalam sejarah hanya 14 kilometer (km) dan semua pelumba berada di belakang kereta keselamatan, grand prix itu tergendala selama tiga setengah jam.*

                  *Paris: Elina Svitolina lonjak satu tangga di tempat kelima dalam ranking WTA dikeluarkan hari ini selepas merangkul kejuaraan pertamanya musim ini di Terbuka Wanita Chicago.*
            *Elina bertukar tempat dengan Sofia Kenin, yang menarik diri daripada Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang bermula hari ini selepas baru-baru diuji positif Covid-19, dengan hanya peluang kelompok 25 teratas diketuai juara Wimbledon, Ashleigh Barty.*
             *Pemain Estonia, Anett Kontaveit melonjak di tangga ke-28 susulan kejayaan di Cleveland hujung minggu lalu.*

                 ♂ *Tokyo: Mereka seharusnya menjadikan sukan para ini lebih adil tapi sistem kategori membabitkan beberapa sukan kurang upaya di Paralimpik yang mengikut klasifikasi kecacatan semakin tidak disenangi.*
          *Atlet renang Perancis, Theo Curin yang kehilangan kaki dan tangan bahagian bawah kerana meningitis ketika masih kecil, hadir di temasya Tokyo dengan perasaan yang tidak gembira dengan sistem bagaimana atlet dinilai.*
           *”Semalam, dua orang perenang berenang dengan kedua-duanya mempunyai tangan dalam kategori S5. Anda tidak perlu menjadi bijak untuk memahami kerana dengan memiliki dua tangan akan banyak membantu anda," kata perenang berusia 21 tahun itu.*

                  *Kuala Lumpur: Adam Norrodin mengakui kecewa gagal menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) British semalam dengan situasi yang bukan dimahukannya.*
            *Dia yang menggantikan Jake Dixon dalam pasukan Petronas Sprinta Racing, mengalami masalah arm pump (di bahagian tangan) yang menyebabkannya gagal mengawal jentera dengan baik sehingga memaksanya bertahan sehingga ke pusingan keenam sahaja.*

                  *Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang terharu berpeluang untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini semalam.*
          *Pemenang pingat perak keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu diberi kesempatan untuk melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang turut mencipta sejarah merekod suntikan ke 1 juta dos.*

                  *Kuala Lumpur: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengakui pengorbanannya untuk negara cukup mahal sehinggakan tidak dapat menemui keluarganya hampir dua tahun.*
           *Shah yang dilabel pengganti terbaik Datuk Azizulhasni Awang dan mempamer aksi terpuji di Olimpik Tokyo, sudah pulang ke kampungnya di Muar sekali gus dapat meluangkan masa bertemu ibu, bapa dan keluarganya.*

                  *Kuala Lumpur: Hari Kebangsaan ke-64 esok mungkin sesuatu yang bakal dikenang selama-lamanya oleh penyandang rekod dunia dan Sukan Paralimpik, Muhammad Ziyad Zolkefli sekiranya dapat mempertahankan pingat emas yang dimenanginya lima tahun lalu di Rio pada Paralimpik Tokyo kali ini.*
             *Ketika ini, atlet yang bakal beraksi dalam acara lontar peluru F20 itu berada pada prestasi terbaik dan diharap mampu menyinar seperti ketika lima tahun lalu di Rio.*

                  *Kuala Lumpur: Atlet powerlifting negara, Jong Yee Khie membawa khabar gembira apabila meraih pingat perak dalam kelas 107kg lelaki di Paralimpik Tokyo, hari ini.*
           *Ia adalah pingat kedua yang diraih kontinjen paralimpik negara selepas Bonnie Bunyau Gustin meraih emas dalam acara 72 kilogram (kg) powerlifting selepas melakukan angkatan seberat 228kg yang merupakan rekod baharu temasya itu, Sabtu lalu.*

                    *Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan penghargaan kepada atlet powerlifting negara, Jong Yee Khie di atas kejayaannya meraih pingat perak pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini.*
            *”Terima kasih Jong Yee Khie kerana menghadiahkan Keluarga Malaysia pingat perak. Anda telah berjaa menyahut cabaran untuk memastikan Jalur Gemilang berkibar di bumi Tokyo.*

                    *Kuala Lumpur: Yap Roy King dan Valeree Siow menjadi tunggak pemain beregu negara apabila membantu Malaysia menjuarai tiga perlawanan akhir beregu badminton pada Kejohanan Antarabangsa Latvia di Jelgava.*
          *Gandingan beregu campuran Yap Roy King-Valeree Siow merangkul gelaran juara, selepas menewaskan pasangan senegara Muhammad Nurfirdaus Azman-Low Yeen Yuan 22-20, 21-15, pada aksi final selama 36 minit yang berlangsung di Jelgava Sport Hall, lewat malam semalam.*

                   ♀ *Kuala Lumpur: Atlet olahraga paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin berpeluang menebus kekecewaan lima tahun lalu di Rio apabila berjaya mara ke final acara 400 meter (m) wanita T20 esok di Paralimpik Tokyo.*
             *Pada saringan kedua hari ini, Siti menamatkan saingan di kedudukan keempat dengan catatan 59.89 saat (s) yang juga catatan peribadi terbaiknya pada tahun ini.*

                  *Kuala Lumpur: Peluang untuk mana-mana pasukan terselamat daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan tidak kesampaian apabila Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan format 12 pasukan akan kekal seperti biasa.*
             *Jelas Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, dua pasukan tercorot di Liga Super akan diturunkan pangkat ke Liga Perdana tanpa mengekalkan mana-mana pasukan.*

                  *Kuantan: Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC (SPFC), Datuk Mohammed Suffian Awang mahu skuad itu bangkit daripada kekalahan 0-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT), Jumaat lalu.*
            *Beliau berkata, skuad kendalian Dollah Salleh itu tidak boleh terlepas mata pada baki tiga perlawanan selepas ini.*

                   *Kuala Terengganu: Terengganu Football Club (TFC), Sdn Bhd bakal melakukan 'bedah siasat' segera berhubung kekalahan kedua berturut-turut pasukan Terengganu FC (TFC) yang sekali gus menyukarkan lagi peluang buat skuad Penyu itu untuk mengintai kedudukan kedua Liga Super.*
           *Malah skuad kendalian Nafuzi Zain yang kini menghuni di kedudukan ketiga liga dilihat berada dalam kedudukan bahaya tergelincir di tangga lagi bawah liga selepas dihimpit dua lagi pasukan iaitu Penang FC dan Selangor FC.*

                   *Kuala Lumpur: Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras terus menjadi kubu kuat pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) musim ini apabila muncul satu-satunya pasukan yang tidak pernah tewas musim ini di halaman sendiri selepas menewaskan Terengganu FC dengan 1-0, sebentar tadi.*
              *Malah, kejayaan memungut tiga mata itu juga menyaksikan skuad The City Boys melebarkan rekod tanpa kalah dalam sembilan aksi sebelum ini, di mana kali terakhir tewas pada 23 April lalu di tangan Kedah Darul Aman FC yang berlangsung di Alor Setar.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasi10*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2021 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN 9 L_LIGI*

*KHMIS 2ETEBE 2021 ASHI ERSAAAN 24 UHARRM  1443 HIJRH*

               
*PROSPEK SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=

                 *London: Kepulangan Cristiano Ronaldo ke Manchester United dimaklumkan oleh kelab gergasi Inggeris pada Selasa lalu dengan kelab Liga Perdana itu mengesahkan penghijrahan itu sebelum jendela perpindahan ditutup.*
          *United pada Jumaat lalu mengumumkan perjanjian sudah dicapai bersama Juventus untuk membawa pemenang lima kali Ballon d'Or kembali ke Old Trafford untuk bayaran yang boleh meningkat menjadi 20 juta (RM114.36 juta) bagi khidmat pemain berusia 36 tahun itu.*
           *Kapten Portugal meledakkan 118 gol sepanjang 292 perlawanan semasa musim pertama di United, memenangi anugerah Ballon d'Or yang pertama dan Liga Juara-Juara selain tiga gelaran Liga Perdana, satu Piala FA dan dua Piala Liga.*

                 *London: Penyerang Tottenham Harry Kane menegaskan 'hatinya sudah jelas' selepas perpindahannya ke Manchester City gagal.*
            *Kane kembali pada sesi latihan pra-musim ketika dia berusaha meyakinkan ketua Tottenham Daniel Levy untuk membenarkan dia menyertai juara Liga Perdana itu.*
           *Kapten England itu percaya wujud perjanjian perjanjian peribadi antaranya dengan Levy yang membolehkannya dijual sekiranya Tottenham gagal memenangi trofi atau terlepas peluang menempatkan diri dalam saingan Liga Juara-Juara musim lalu.*

                 *London: Penjaga gol Manchester City, Ederson menandatangani kontrak baharu bersama kelab itu yang menyaksikan dia kekal di Stadium Etihad hingga 2026.*
             *Ederson yang menyertai kelab itu pada 2017, sudah memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana di City dan beraksi 194 perlawanan.*
             *Pemain Brazil itu adalah pemain senior kelima yang bersetuju dengan syarat baharu pada 2021, disusuli Kevin de Bruyne, Fernandinho, John Stones dan Ruben Dias.*

                 *London: Pengurus England, Gareth Southgate percaya berdepan Hungary di hadapan 60,000 penonton di Budapest pada Khamis akan menjadi ujian sama ada skuad Three Lion sudah pulih daripada kecewa kekalahan pada final Euro 2020.*
             *Skuad kendalian Southgate terlepas peluang mencatat kemenangan pertama England di kejohanan utama dalam tempoh 55 tahun dalam penentuan penalti ke atas Itali pada Julai lalu.*

                 *London: Chelsea berjaya mengikat pemain tengah Atletico Madrid, Saul Niguez dalam perjanjian jangka panjang sekali gus mengukuhkan lagi barisan pilihan Tuchel.*
            *Pemain antarabangsa Sepanyol itu menjadi pemain utama untuk skuad Diego Simeone di Atletico, namun prestasinya mula tidak menentu ketika Los Rojiblancos memenangi La Liga.*

                 *London: Arsenal mengikat pemain pertahanan Jepun, Takehiro Tomiyasu dari Bologna dengan nilai 19.8 juta (RM112.7 juta).*
           *Kelab Liga Perdana itu berkata, Tomiyasu bersetuju dengan kontrak 'jangka panjang', membabitkan perjanjian empat tahun dengan pilihan lanjutan kontrak.*
             *Pemain berusia 22 tahun itu boleh bermain di bek tengah dan kanan, memberi pilihan buat bos Arsenal Mikel Arteta selepas Hector Bellerin dipinjamkan ke Real Betis.*

                 *Tokyo: Seorang atlet sumo di Jepun akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan kariernya selepas mengalami 104 kekalahan berturut-turut.*
            *Media negara itu, Sankei News melaporkan, Shonanzakura membuat keputusan itu kerana mencatat rekod terburuk dalam sejarah sukan tradisi negara matahari terbit itu.*
             *Secara keseluruhan, atlet berusia 23 tahun itu mengakhiri karier sukannya dengan merekodkan tiga kemenangan, satu seri dan 238 kekalahan.*

                   *Kuala Lumpur: Bagi seorang atlet yang pernah dibatalkan kemenangan, Datuk Azizulhasni Awang amat memahami perasaan jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli.*
                *”Inilah realiti dunia sukan. Pelbagai perkara yang di luar jangkaan boleh berlaku. Kadang-kadang ia kerana kesilapan kita dan kadang-kadang boleh jadi kesilapan lawan.*
                *Jangan terkejut jika pihak pengadilan juga melakukan kesilapan kerana ia memang sentiasa berlaku dalam dunia sukan. Mereka adalah manusia dan kita juga adalah manusia. Manusia memang tidak lari daripada membuat kesilapan," tulisnya lagi.*

                   *Kuala Lumpur: Hasrat atlet boccia negara, Chew Wei Lun untuk terus melakar kejutan di Paralimpik Tokyo sekali gus menghadiahkan pingat emas nampaknya tidak kesampaian apabila dia tewas 2-4 pada aksi final perseorangan campuran lelaki BC1 kepada jaguh dari Britain yang menduduki ranking pertama dunia, David Smith, hari ini.*
            *Bagaimanapun prestasi Wei Lun secara keseluruhannya wajar diberikan pujian selepas tidak diletakkan sandaran terlalu tinggi sehingga berjaya mara ke penentuan pingat emas.*

                    *Kuala Lumpur: Atlet badminton para negara, Cheah Liek Hou nyata tidak berdepan masalah beraksi pada perlawanan pertamanya di Paralimpik Tokyo 2020.*
            *Dia yang diletakkan dalam Kumpulan B, berjaya menenewaskan wakil Mesir, Ahmed Magdy Amin Eldakrory 21-3, 21-2.*

                     *Kuala Lumpur: Barisan pemain skuad Bawah 20 tahun (B-20) akan diuji menerusi dua perlawanan persahabatan pada hujung minggu ini sekali gus memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk menambat hati barisan kejurulatihan kelak.*
             *Pengendali skuad B-20 Brad Maloney berkata, dua perlawanan persahabatan itu membabitkan pasukan Liga Perdana iaitu Negeri Sembilan dan skuad Projek Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)- Majlis Sukan Negara (MSN).*

                     *Kuala Terengganu: Pemain Terengganu FC (TFC), Mohamad Hakimi Abdullah melaungkan keazaman untuk membantu pasukannya mengulangi kejayaan mencalar ego juara Liga Super musim ini, Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila kedua-dua pasukan itu bertembung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Sabtu ini.*
              *Pemain sayap kiri meningkat naik berusia 22 tahun itu yang muncul penjaring tempatan terbanyak Liga Super dengan lima gol bersama pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Baddrol Bakhtiar juga turut mengintai peluang untuk menjaringkan gol bagi memastikan tiga mata menjadi milik pasukannya lebih-lebih lagi beraksi di laman sendiri pada aksi ke-21 itu.*

                    *Kuala Lumpur: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam dilema untuk membuat keputusan terbesar iaitu meninggalkan pasukan yang diterajuinya sejak enam tahun lalu.*
                 *Tunku Ismail menerusi laman Instagram berkata, keputusan meninggalkan kelab yang dinobatkan sebagai juara lapan kali berturut-turut Liga Super itu sudah pasti memberi banyak impak terutama membabitkan penajaan, barisan pemain dan kakitangan pasukan.

                     *Ipoh: Tidak timbul lagi isu tunggakan gaji pemain Perak FC termasuk berkaitan tuntutan beberapa bekas pemain import kelab bolasepak itu serta ejen mereka, demikian kata Pengurus Besar Perak FC, Azman Noh.*
              *Azman berkata, tuntutan pemain berasal dari Korea Selatan, Jeon Hyo-seok sudah diselesaikan secara ansuran dengan bayaran pendahuluan yang dilakukan baru-baru ini.*

                     *Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismai Sultan Ibrahim memberi bayangan Presiden dan Ketua Eksekutif, Johor Corporation (JCorp), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim bakal menerajui kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) seandainya beliau membuat keputusan mengundur diri.*
              *Perkara itu di muat naik di ciapan Instragram rasmi pada sesi Soal dan Jawab yang dibuka kepada netizen, semalam.*
               *Malah Tunku Ismail juga memuatnaik gambar Syed Mohamed selepas netizen bertanya soalan "Jika Tunku tinggalkan JDT siapa yang Tunku cari untuk mengganti tempat Tunku."*

                      *Kuantan: Sri Pahang FC sekadar mencatat keputusan seri 2-2 berdepan Kedah Datul Aman (KDA) FC pada aksi tertunda Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.*
          *Tuan rumah terlebih dahulu dikejutkan dengan gol awal pelawat menerusi jaringan pemain tengah, Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik pada minit ke-11.*

                     *Pasir Gudang: Negeri Sembilan FC (NSFC) terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Perdana, Sarawak United apabila menewaskan Kuching City FC 2-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), hari ini.*
             *Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan K Devan mengutip 35 mata menerusi 18 perlawanan, merapatkan jurang kepada dua mata di belakang Sarawak United yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan.*

                       *Kuala Lumpur: Pemain tengah UiTM FC, Sean Gan Giannelli tetap puas apabila dia akhirnya berjaya meledak gol peribadi bersama pasukan walaupun perlu menanti agak lama untuk kembali bangkit selepas mengharungi musim yang agak hambar.*
               *Pemain berusia 25 tahun ini meledak tiga gol setakat ini sejak dipinjamkan ke UiTM FC daripada Kuala Lumpur City FC pada pertengahan musim sekali gus berjaya untuk sekurang-kurangnya membuktikan kemampuan selepas diketepikan dalam kesebelasan utama sebelum ini.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasi10*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2021 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN 9 L_LIGI*

*ISNN 6ETEBE 2021

*PROSPEK SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=

                    *London: Cristiano Ronaldo jelas bercita-cita besar sebaik kembali ke Manchester United apabila bintang Potugal itu memberitahu rakan sepasukannya bahawa dia mahu memenangi kejuaraan liga musim ini.*
              *Ronaldo, 36, menandatangani kontrak dengan Red Devils pada jendela perpindahan pemain dari Juventus, 12 tahun selepas dia meninggalkan United untuk beraksi di Real Madrid.*
             *Bintang Portugal itu dilepaskan lebih awal daripada tugasan antarabangsa minggu ini dan sudah tiba di Manchester di mana dia dilihat bercakap dengan bekas rakan sepasukannya, Darren Fletcher sebaik tiba.*

                    *London: Penyerang Mesir, Mo Salah meminta gaji sebanyak 500,000 (RM2.874 juta) seminggu untuk terus kekal di Liverpool.*
           *Pemain berusia 29 tahun itu dikatakan menjadi sasaran gergasi besar Sepanyol Real Madrid dan Barcelona.*
            *Oleh sebab itu Liverpool baru-baru ini mengadakan rundingan dengan Salah dan ejen pemain itu untuk perjanjian baru.*
             *Salah yang menjaringkan 31 gol dalam setiap pertandingan musim lalu, kini memperoleh 200,000 (RM1.149 juta) seminggu. Perjanjiannya akan tamat pada Jun 2023.*

                     *London: Arsene Wenger mendakwa keputusan Manchester United untuk mengikat semula pemain legenda kelab itu, Cristiano Ronaldo adalah "emosional" dan "tidak 100 peratus rasional."*
              *Red Devils membayar Juventus yuran perpindahan sebanyak 12.9 juta (RM7413 juta) untuk mendapatkan bintang Portugal berusia 36 tahun itu dalam perpindahan yang mengejutkan ramai pihak.*
              *Ronaldo tiba di Manchester pada Khamis lalu selepas Portugal membenarkan dia untuk tidak menyertai tugas antarabangsa kerana penggantungannya untuk aksi kelayakan Piala Dunia menentang Azerbaijan.*

                     *London: Pemain Trent Alexander-Arnold memuji sahabatnya Raheem Sterling yang menjadi inspirasi kepada barisan pemain muda England dan menjadi idola kepada peminat bola sepak di seluruh dunia.*
           *Sterling boleh dikatakan pemain Three Lions yang paling bersinar tahun ini selepas tamatnya Euro dan meneruskan tugas bersama skuad kebangsaan ketika bertemu Hungary pada Jumaat lalu.*

                    *Paris: Penyandang juara Piala Dunia, Perancis sekali lagi berdepan masalah dalam usaha mereka untuk mara ke final Piala Dunia 2022 di Qatar selepas seri 1-1 menentang Ukraine ketika Memphis Depay mencetuskan inspirasi kepada Belanda untuk menewaskan Montenegro awal pagi tadi.*
             *Perancis melakarkan keputusan seri buat kali kelima dengan Anthony Martial meledakkan gol pertama di peringkat antarabangsa dalam tempoh lima tahun untuk memberi satu mata buat skuad kendalian Didier Deschamps di Kiev.*

                     *New York: Novak Djokovic hanya perlu empat lagi perlawanan untuk melengkapkan kesemua kejuaraan Grand Slam tahun ini.*
             *Pemain nombor satu dunia itu menewaskan Kei Nishikori 6-7 (4/7), 6-3, 6-3, 6-2, untuk kemenangan ke-17 berturut-turut ke atas pemain Jepun dan melebarkan rekod pertemuan kepada 18-2.*
            *”Saya gembira dengan fokus yang diberikan. Mungkin ada ketika saya tidak berada di prestasi terbaik tapi saya ada keazaman yang kuat yang menjadikannya berbeza."*

                     *New York: Pemain ranking pertama dunia, Ashleigh Barty tersingkir daripada Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas tewas di pusingan ketiga mengakui kecewa dengan kekalahan itu namun sudah dapat menerima hakikat dan merancang untuk kejohanan seterusnya.*
           *Juara Wimbledon itu menang 11 dari 14 selepas selepas tewas set pertama bagaimanapun terpaksa akur akan kekalahan kepada pemain muda Amerika, Shelby Rogers 6-2, 1-6, 7-6 (7/5).*

                     *Zandvoort: Pelumba Finland, Kimi Raikkonen positif Covid-19 sekali gus tidak dapat beraksi di Grand Prix Belanda esok, umum pasukannya Alfa Romeo dan penganjur perlumbaan.*
            *Sementara itu pelumba Red Bull Max Verstappen, dipanggil oleh steward berikutan tindakannya ketika bendera merah dalam sesi latihan kedua semalam.*
            *Juara dunia 2007, Raikkonen, 41, yang akan bersara daripada Formula Satu (F1) akhir musim ini, akan digantikan oleh pemandu simpanan Alfa Romeo Robert Kubica di Zandvoort.*

                   *Kota Samarahan: Selepas bersara dari arena antarabangsa, petinju kelahiran Sarawak yang pernah mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat emas pada Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, Mejar Sapok Biki, 47, kini memberi fokus kepada kerjaya sebagai anggota tentera.*
              *Dia yang kini bertugas di Kem Penrissen, Batu Lapan, Kuching, turut menubuhkan Pusat Pembangunan Tinju Sapok Biki dua tahun lalu di kediamannya di Uni Garden, Kota Samarahan, di bawah Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), selain kerap dijemput untuk memberi ceramah dan motivasi mengenai sukan tinju di seluruh tanah air sejak 2001.*

                    *Kuala Lumpur: Terlalu gembira dan bangga selepas berjaya merangkul pingat emas pertama sukan badminton di Paralimpik Tokyo, membuatkan jaguh negara Cheah Liek Hou tidak tidur lena malam tadi.*
            *Pemain berusia 33 tahun itu berkata, beliau menerima ucapan tahniah daripada pelbagai pihak dan berasa cukup istimewa dengan kejayaan manis meraih emas bagi kategori SU5 (kecacatan fizikal), semalam.
"Saya sangat bangga dan gembira sehingga tak dapat nak tidur lena semalam.*

                     *Kuala Lumpur: Jurulatih badminton para negara, Datuk Rashid Sidek mengakui bahawa beliau bukan memikirkan soal wang ringgit tapi ikhlas untuk membantu skuad berkenaan sehingga membolehkan anak buahnya, Cheah Liek Hou meraih emas di Sukan Paralimpik Tokyo semalam.*
             *”Duit bukanlah segala-galanya bagi saya, saya memang ikhlas untuk bantu," kata bekas pemain perseorangan lelaki negara itu.*

                    *Kuala Lumpur: Bukan imbuhan yang bermain di fikiran Abdul Latif Romly sebelum turun beraksi tapi fokus untuk mempertahankan emas yang dimenanginya pada 2016 di Paralimpik Rio bagi membuktikan kemenangan sebelum ini bukan sekadar nasib.*
            *Perkara itu diakui sendiri oleh atlet berusia 24 tahun itu yang menjelaskan tidak mempunyai apa-apa perancangan mengenai ganjaran RM1 juta yang kedua selepas memperoleh nilai sama lima tahun lalu.*

                    *Kuala Lumpur: Kejayaan dan pengajaran itulah yang dapat disimpulkan mengenai pencapaian kontinjen negara di Sukan Paralimpik Tokyo menjelang upacara penutup hari ini.*
             *Menurut Ketua Kontinjen, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin tiga emas, dua perak adalah pencapaian terbaik Malaysia sepanjang menyertai temasya itu walaupun nampak sukar untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dan dipalit dengan kontroversi yang melanda atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli.*
               *Bagaimanapun, beliau berjanji perkara seumpama itu tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.*

                    *Kuala Lumpur: Selepas gagal membawa pulang pingat emas apabila kemenangan atletnya dibatalkan penganjur, jurulatih para Mohd Faizol Harun mengaku bertanggungjawab penuh terhadap insiden menimpa Muhammad Ziyad Zolkefli pada temasya Paralimpik Tokyo 2020.*
            *Pengakuannya itu tidak sepenuhnya diterima peminat dan warganet yang mengecamnya kerana mengecewakan seluruh negara apatah lagi berjuta-juta pasang mata di seluruh dunia sudah menyaksikan bagaimana atlet lontar peluru kelas F20 (masalah pembelajaran) itu melakukan lontaran yang memecahkan rekod dunia sebanyak tiga kali.*

                    *Kuala Lumpur: Selain berkayuh setiap hari bagi menguat dan mengekalkan stamina, pelumba berbasikal profesional negara, Mohd Harrif Saleh turut turun ke litar hampir setiap minggu berlumba Cub Prix.*
            *Dalam hantaran terbaharu di media sosial, Harrif menunjukkan aksi dia menunggang kapcai Yamaha Y15 150cc di Litar Gong Badak, Kuala Terengganu yang mendapat 'like' termasuk daripada pelumbaMoto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah.*

                    *Pengalaman beraksi di pentas tertinggi Eropah seperti di saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan beraksi dengan kelab ternama seperti Club Brugge serta FC Midtjylland mahu dimanfaatkan sebaiknya bersama 'ubi muda' tempatan.*
              *Jelas pemain kacukan negara, Dion Cools, dia berhasrat untuk membuka akademi bola sepak di Malaysia suatu hari nanti bagi melahirkan lebih ramai bintang masa depan bagi eksport ke luar negara.*

                    *Ipoh: Perak FC memohon maaf kepada penyokong dan peminat selepas gagal mempertahankan rekod untuk terus bertahan dalam Liga Super bagi musim depan susulan kekalahan 1-2 terhadap Melaka United FC, Jumaat lalu.*
             *Permohonan maaf itu dibuat ketika penyokong dan peminat kelab bola sepak itu kecewa kerana tahun 2021 sepatutnya diraikan sempena ulang tahun ke-100 penubuhan pasukan bola sepak Perak yang dahulunya dikenali sebagai Perak FA.*

                  *Kuala Lumpur: Ketiadaan dua tonggak import iaitu Kpah Sherman dan Rabih Ataya amat diratapi kem pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) apabila hanya mampu meraih satu mata daripada dua aksi Liga Super dengan terbaharu tewas kepada Kuala Lumpur City (KL City) malam tadi.*
              *Kekalahan 2-1 di Cheras itu serta diikat 2-2 oleh Sri Pahang di Kuantan Rabu lalu banyak dipengaruhi dengan kehilangan dua pemain utama itu yang dipanggil skuad kebangsaan masing-masing bagi menghadapi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022 ketika ini.*

                 *Kuala Lumpur: Siapa kata bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali dah berkarat dan tamat tempoh apabila dia sebaliknya membuktikan bahawa dirinya masih memiliki sentuhan berbisa di depan gawang lawan.*
             *Ia terbukti dalam aksi menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang juga calon naib juara Liga Super musim ini di mana penyerang veteran berusia 37 tahun itu meledak satu daripada dua gol yang dijaringkan KL City malam kelmarin.*

                *Pasir Gudang: PDRM FC menyekat hasrat Kuching City FC untuk mencatat kemenangan selepas mengikat keputusan seri 0-0 pada aksi Liga Perdana di di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), hari ini.*
            *Keputusan seri itu juga membolehkan Negeri Sembilan FC (NSFC) layak ke saingan Liga Super musim depan selepas Kuching City yang berbaki lima perlawanan tatkala mengumpul 18 mata tidak mampu untuk memintas NSFC yang menghimpun 35 mata dan berbaki dua perlawanan.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasi10*
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
hebat senua yg korang share
tq wei dpt gak ilmu bacaan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN 9 L_LIGI*

*KHMIS 9ETEBE 2021

*PROSPEK SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=

                  *London: Cristiano Ronaldo mula menjalani latihan bersama Manchester United buat pertama kali sejak penyertaan semula bersama kelab Inggeris itu dari Juventus.*
            *Penyerang berusia 36 tahun itu mendapat pelepasan awal dari kem Portugal selepas menjalani penggantungan perlawanan selepas aksi menentang Republik Ireland menyebabkan dia tidak beraksi buat negaranya menentang Azerbaijan pada saingan kelayakan Piala Dunia, hari ini.*
              *Ronaldo terbang ke Manchester minggu lalu dalam usaha menjalani pengasingan kendiri dan laporan sebelum ini mendakwa dia tidak dapat menjalani latihan bersama rakan sepasukan barunya.*

                  *London: Cristiano Ronaldo kembali ke Manchester United dan mungkin akan membuat penampilan pertama menentang Newcastle Sabtu ini.*
             *Itu pun jika bekas pemain yang pernah membulinya dan sekarang ini pengurus, Ole Gunnar Solskjaer, melihat Ronaldo sudah bersedia untuk diturunkan.*
              *Bekas rakan sepasukannya, Mads Timm menulis dalam autobiografinya bahawa Ronaldo dibuli ketika tiba di kelab berkenaan.*
                *”Dia pernah kena jerit oleh Gary Neville dan Solskjaer yang mahunya melakukan hantaran dengan segera ketika pasukan simpanan menentang pemain senior.*
             *”Apa yang istimewa mengenai Cristiano Ronaldo dia tidak takut bersaing berdepan pemain senior dan dia memenanginya," kata Timm.*

                  *Johannesburg: Bintang Liverpool, Sadio Mane berjaya mencetak gol buat Senegal dalam kempen kelayakan Piala Dunia Qatar 2022, manakala Nigeria dan Tunisia turut meraih kemenangan untuk mendahului kumpulan masing-masing.*
              *Pemain Terbaik Afrika itu berjaya menebus kesalahan dilayangkan kad kuning di Congo Brazzaville untuk melengkapkan kemenangan 3-1 ke atas Congo dengan menyempurnakan penalti pada minit ke-87.*

                  *Paris: Penyandang juara, Perancis berjaya menumpaskan Finland 2-0 dalam kelayakan Piala Dunia awal pagi tadi hasil dua gol Antoine Griezmann untuk menamatkan kemarau kemenangan di peringkat antarabangsa dalam lima perlawanan berturut-turut.*
           *Dalam aksi lain, Portugal dan Belanda terus berada pada landasan terbaik untuk layak ke Piala Dunia di Qatar tahun depan, apabila Memphis Depay meledak hatrik bagi membantu negaranya membelasah Turki 6-1.*

                  *Doha: Australia menumpaskan Vietnam 1-0 untuk menjadi negara pertama dari Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mencatat kemenangan 10 kali berturut-turut di kelayakan Piala Dunia, manakala Jepun turut mengetepikan China dengan jumlah jaringan sama selepas kalah mengejut kepada Oman minggu lalu.*
              *Kejayaan Australia, hadir menerusi gol kemenangan Rhyan Grant pada separuh masa pertama, bagi membolehkan Socceroos mencatat dua kemenangan daripada dua perlawanan dalam Kumpulan B.*

                  *New York: Daniil Medvedev mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) tiga berturut-turut, manakala pemain Kanada berusia 19 tahun, Leylah Fernandez sekali lagi melakar kejutan untuk menempah slot empat terakhir Grand Slam buat kali pertama.*
             *Pilihan kedua dari Russia itu, yang memburu gelaran Grand Slam pertama, berjaya mengetepikan pemain ranking ke-117, Botic Van De Zandschulp dengan mencatat kemenangan 6-3, 6-0, 4-6, 7-5 di Stadium Arthur Ashe.*

                  *Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang memperoleh peluang berharga apabila dapat bertemu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini.*
            *Menerusi status terbaharu di Facebook HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail berkenan menerima mengadap pelumba basikal trek profesional itu yang mempamer aksi cemerlang di Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini.*
          *Lebih menarik, menerusi pertemuan itu, Tunku Ismail juga berkenan mengurniakan ganjaran kepada pelumba yang mendapat gelaran The Pocket Rocketman itu.*

                  *Kuala Lumpur: Selepas lapan hari kejadian balingan emasnya tidak diiktiraf, kini atlet lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli sudah boleh kembali tersenyum.*
             *Ziyad akui dia sudah boleh move on dengan takdir yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya biarpun mengakui begitu berat dia menerima keadaan itu terutama apabila turun beraksi di temasya Paralimpik Tokyo 2020 pada hari Kemerdekaan Negara yang ke-64.*

                  *Kuala Lumpur: "Tolonglah. Kami merayu, benarkan operator sukan dibuka semula. Tolong adil kepada kami juga".*
              *Itu rintihan pemilik Anytime Fitness Sunway Putra Mall di ibu kota, Khairus Syafiq Abd Jalil yang berharap kerajaan memberi lampu hijau segera mungkin buat pemain industri sukan beroperasi semula.*
              *Syafiq yang mengusahakan pusat gimnasium itu sejak beberapa tahun lalu mengakui kerugian hampir RM1 juta sejak pelaksanaan PKP 1.0 hingga 3.0 dilaksanakan bermula tahun lalu.*

                  *Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta pertimbangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pembukaan semula pusat sukan seperti gimnasium dan padang bola sepak selepas kelonggaran diberikan kepada industri kreatif berkuatkuasa esok.*
              *Menerusi laman sosialnya, Faizal berharap KKM melalui menterinya, Khairy Jamaluddin mempertimbangkan cadangan itu bagi menyelamatkan pengusaha pusat sukan yang semakin tenat ketika ini.*
              *”Panggung wayang dibuka? Gimnasium dan sukan padang? Tolonglah YB@Khairykj, perlu ada kewajaran dalam keputusan kita.*

                  *Kuala Lumpur: Penyerang sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin terus menimba ilmu berharga di Eropah apabila terbaru beraksi bersama skuad bawah 21 tahun KV Kortrijk (KVK) semalam.*
             *Pemain skuad Harimau Malaya itu yang memakai jersi bernombor sembilan, berjaya membantu pasukannya melakar kemenangan 1-0 ke atas Royal Antwerp pada pusingan pertama Piala Belgium.*
              *Meskipun tidak beraksi dalam skuad utama, ia masih lagi perkembangan yang positif untuk Luqman kerana dapat terus mengumpul minit permainan.*
             *Malah sebelum ini pun pemain kelahiran Kelantan itu sering memanfaatkan peluang yang diberikan termasuklah ketika aksi pramusim Julai lalu.*

                  *Kuala Lumpur: Johor Darul Ta'zim (JDT) menerima suntikan semangat menjelang aksi Piala Malaysia apabila menerima kata-kata semangat daripada pemain terkemuka Brazil, Dani Alves.*
             *Menerusi perkongsian di Instagram Story pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Alves mengucapkan selamat maju jaya kepada juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu untuk kempen Piala Malaysia bermula hujung bulan ini.*
               *”Hello kawan-kawan dari JDT. Saya mahu mengucapkan semoga berjaya untuk saingan Piala Malaysia.*
             *”Warna anda seperti Barcelona, jadi anda perlu memenangi piala ini, Ayuh lakukannya, saya sentiasa menyokong anda," katanya.*
               *Alves yang kini berusia 38 tahun, kembali ke negaranya untuk beraksi bersama kelab tempatan, Sao Paolo.*

                  *Kuala Lumpur: Tiada jalan pintas sebaliknya perlu bekerja keras bersaing dengan tonggak import bagi memperolehi minit permainan dan cuba menjaringkan gol untuk kelab.*
              *Demikian nasihat pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe kepada barisan penyerang tempatan yang dilihat agak tumpul pada musim ini apabila kebanyakan penggempur utama di dominasi oleh tonggak import.*

                  *Kuala Lumpur: Menuju minggu terakhir saingan Liga Malaysia (Liga M) yang akan melabuhkan tirainya Ahad ini, timbul persoalan mengenai prestasi hambar penyerang tempatan terutama penggempur Harimau Malaya.*
              *Berdasarkan senarai penjaring terbanyak Liga Super, sembilan kedudukan teratas didominasi tonggak import dengan ayam tambatan Selangor FC, Ifedayo Olusegun memimpin carta menerusi 25 gol musim ini.*

                  *Kuala Lumpur: Sentuhan jurulati berpengalaman, Bojan Hodak di Liga Malaysia (Liga M) masih menjadi selepas berjaya membawa Kuala Lumpur (KL) City FC melalui musim yang cemerlang di Liga Super.*
              *Selain pencapaian terbaik buat KL City sepanjang bersaing di Liga Super, pengendali dari Croatia itu turut membantu KL City menjadi satu-satunya pasukan yang tidak tewas di laman sendiri sepanjang musim ini.*

                     *Johor Bahru: Kekalahan yang dialami Sarawak United FC tidak mengundang panik buat pengendalinya, E Elavarasan dalam pemburuan kejuaraan Liga Perdana selepas tewas 0-1 kepada Kuching City FC pada aksi liga di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), semalam.*
               *Malah Elavarasan menyifatkan pertembungan menentang Negeri Sembilan FC pada Jumaat ini menjadi penentu pasukan mana bakal muncul juara tatkala ia ibarat misi hidup dan mati bagi pasukannya untuk muncul juara pada musim ini.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasi10*
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.072772 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list