View: 1144|Reply: 1
|
Operator sukan rugi hampir 1 juta
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: "Tolonglah. Kami merayu, benarkan operator sukan dibuka semula. Tolong adil kepada kami juga".
Itu rintihan pemilik Anytime Fitness Sunway Putra Mall di ibu kota, Khairus Syafiq Abd Jalil yang berharap kerajaan memberi lampu hijau segera mungkin buat pemain industri sukan beroperasi semula.
Syafiq yang mengusahakan pusat gimnasium itu sejak beberapa tahun lalu mengakui kerugian hampir RM1 juta sejak pelaksanaan PKP 1.0 hingga 3.0 dilaksanakan bermula tahun lalu.
Katanya, perniagaannya bertambah merosot apabila ada ahli kelab menarik diri kerana tidak dapat menggunakan fasiliti sukan susulan halangan pergerakan dengan kehilangan antara RM40,000 hingga RM50,000 sebulan.
Malah, pakej latihan secara persendirian bersama personal trainer turut memberi kesan biarpun pihaknya menawarkan sesi berkenaan secara maya.
"Kami cuba buat perubahan dengan mengadakan sesi personal trainer secara virtual, tapi tak semua boleh ikut kerana mungkin kekangan internet, masa yang tidak sesuai dan lain-lain.
"Di situ kami kehilangan RM40,000 hingga RM50,000 sebulan. Itu belum lagi membership yang tarik diri dan kerugian hampir RM40,000.
Bila ditambah tolak dan gaji pekerja yang harus dibayar termasuk sewa kedai, saya rugi dekat RM1 juta.
"Cuba bayangkan bagaimana kami nak kekal jika situasi begini terus menerus tutup. Kami juga mahu mendapatkan keadilan seperti perniagaan lain yang dibenarkan beroperasi," katanya.
Situasi gelap turut ditempuh pengusaha padang bola sepak iaitu Pengurus Besar Maxim Profile Sdn Bhd, Shazwan Wong yang kehilangan RM5 juta sepanjang 18 bulan lalu.
Beliau yang memiliki lapan padang di sekitar Lembah Klang, turut menubuhkan akademi yang dikenali dengan Little League Soccer yang melatih hampir 5,000 kanak-kanak dari peringkat sekolah rendah hingga menengah.
"Macam kita ada enam padang bersaiz besar dan dua padang saiz kecil. Hujung minggu ada 700 budak berlatih, tetapi sekarang tinggal kosong. Bahagian elit kita ada 300 lebih dan itu pun terjejas.
"Dengan sewaan padang siang dan malam serta akademi, pukul rata dalam RM5 juta setahun, dan kalau sebulan lebih kurang RM400,000 kami hilang sebulan. Program kami memang besar dan bila tak dibenarkan beroperasi terlalu lama, memang sangat terkesan.
"Rasanya berganda kerugian kerana kami miliki padang untuk di selengara serta sewaan dan lesen yang perlu dijelaskan. Kami tak minta apa-apa pun dari kerajaan, cuma berilah kami buka semula. Dengan pembukaan operasi saya percaya kami kembali pulih," katanya yang sudah 20 tahun terbabit perniagaan itu. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Shazwan memberi tunjuk ajar kepada pelatih bola sepaknya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|