View: 1174|Reply: 1
|
Francine pecah rekod dunia 2,000m
[Copy link]
|
|
Zagreb: Atlet Burundi, Francine Niyonsaba mencipta rekod baharu dunia acara 2,000 meter (m) di kejohanan Continental Tour Gold di Zagreb.
Dia mencatat lima minit 21.56 saat yang juga dua saat lebih pantas daripada rekod yang dicatat Genzebe Dibaba di acara dalam dewan pada 2017.
Francine pemenang pingat perak Olimpik dan dunia dalam acara 800m, antara beberapa atlet yang digantung daripada menyertai pertandingan antara 400m dan 1500m kerana tahap testosteron yang tinggi secara semula jadi.
Atlet berusia 28 tahun itu berkata dia sentiasa bersaing untuk memberi inspirasi kepada yang lain.
Catatan rekod dunianya yang turut memecah rekod atlet Ireland, Sonia O'Sullivan pada 1994, hadir seminggu selepas mencipta kejayaan dalam 5,000m di Liga Berlian dekat Zurich. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Atlet Burundi, Francine Niyonsaba. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|