View: 1147|Reply: 1
|
Fury akan sebabkan Wilder bersara
[Copy link]
|
|
Las Vegas: Bapa Tyson Fury, John menjangkakan anaknya akan memaksa Deontay Wilder untuk bersara apabila kedua-dua bintang tinju heavyweight itu bertembung di Las Vegas bulan depan.
Fury akan berusaha mempertahankan tali pinggang WBC pada 9 Oktober untuk pertemuan kali ketiga itu selepas melakar kemenangan menerusi keputusan teknikal knockout pada Februari 2020.
"Tyson akan menyebabkan Wilder bersara pada kali ini," kata John kepada BT Sports.
"Dia akan ditumbuk dan hancur seperti keping-kepingan. Tidak mungkin dua orang menjadi juara.
"Dia dimalukan pada perlawanan terakhir dan biar seluruh warga Amerika tahu mengenainya. Tyson menumbuknya tanpa belas kasihan. Dia bertuah dapat bertemu Tyson semula buat kali ketiga.
"Wilder sebenarnya tidak berhak memperoleh peluang lagi selepas prestasi pada pertemuan terakhir."
John juga mendedahkan Fury akan mempamerkan kombinasi gaya pertarungan berbeza yang akan memusnahkan impian Wilder.
"Saya tidak boleh mendedahkannya lebih lanjut di depan kamera kerana ia hanya aka dilakukan pada malam pertarungan itu dan menamatkan era Deontay Wilder," katanya. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PERTEMUAN antara Fury (kanan) dan Wilder sebelum ini. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|