View: 1175|Reply: 1
|
Meng Yean yakin percaturan BAM
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pemain beregu wanita negara, Lee Meng Yean yakin dia mampu untuk mencapai kedudukan 10 terbaik sekali lagi biarpun tanpa rakan gandingan Chow Mei Kuan yang memutuskan untuk bersara awal.
Malah Meng Yean yakin ia sebenarnya memberi peluang dan ruang kepadanya menjadi lebih baik lagi berbanding sebelum ini.
Biarpun ketika ini Meng Yean yang mengalas tugas kepada ketua pasukan pasukan Piala Uber negara masih belum lagi menemui rakan gandingan, namun dia percaya dengan percaturan yang ditetapkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Meng Yean berkata, pada saingan Piala Uber di Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Oktober depan, dia akan bergandingan dengan pemain muda, Go Pei Kee manakala bagi saingan Terbuka Denmark dan Perancis selepas itu dia akan berpasangan dengan Yap Cheng Wen.
Namun itu bukan satu masalah baginya yang masih lagi kerana dia yakin prestasinya akan lebih meningkat kerana perlu lebih bekerja keras selepas hampir 10 tahun bersama Mei Kuan.
"Saya percaya saya mampu untuk kembali ke kedudukan 10 terbaik dunia. Tapi saya perlu mencari rakan gandingan yang baru terlebih dahulu.
"Saya mahu menggunakan peluang yang ada ini untuk membimbing pemain muda dan itu juga yang diminta oleh jurulatih. Saya akan berusaha untuk berikan yang terbaik buat mereka semua," katanya. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AKSI Meng Yean (kanan) dan Mei Kuan di Olimpik Tokyo. FOTO Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|