View: 1418|Reply: 1
|
Murray bangkit benam Humbert
[Copy link]
|
|
Metz, Perancis: Bekas pemain nombor satu dunia, Andy Murray bangkit daripada ketinggalan satu set sebelum menewaskan pilihan keenam dari Perancis, Ugo Humbert pada pusingan pertama Terbuka Moselle di Metz awal pagi tadi.
Pemain Scotland berusia 34 tahun itu menang tujuh permainan berturut-turut sebelum menang 4-6, 6-3, 6-2 dalam masa dua jam 24 minit.
"Saya miliki beberapa peluang pada awal set pertama tetapi gagal, kemudiannya saya mendapat mata break pada penghujung set pertama dan memanfaatkannya,'' kata Murray.
"Dia kemudiannya mendahului 5-4 dan beraksi dengan agak baik tetapi pada set kedua dan ketiga prestasinya menurun. Dia gagal apabila mendapat peluang dan saya pula menggunakan peluang saya sebaiknya.
"Saya akui ia sukar sejak beberapa tahun lalu. Ada pemain yang saya kurang tahu permainan mereka dan sukar untuk menang tetapi pada hari ini saya mempunyai pelan perlawanan yang baik dan melaksanakannya dengan berkesan.''
Murray yang bertanding menerusi tiket wild card tampil kali pertama di Metz sejak tewas kepada Tommy Robredo pada final 2007 akan berdepan pemain Kanada, Vasek Pospisil di pusingan kedua. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MURRAY menang dalam masa dua jam 24 minit. |
|
|
|
|
|
|
| |
|