View: 1606|Reply: 3
|
Azizul akhirnya temui isteri, anak
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Selepas 16 minggu berjauhan demi perjuangan memburu pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang akhirnya pulang ke pangkuan keluarganya di Melbourne, Australia.
Kepulangan pemenang pingat perak acara keirin Olimpik Tokyo itu disambut penuh gembira dan kesyukuran terutama anak bungsunya Amna Khadeeja yang menyambut hari jadi keenam pada 15 September lalu dalam tangisan tanpa Azizul yang dipanggil Abi di sisinya.
"Alhamdulillah, selamat mendarat dan kembali ke rumah bersama keluarga. Reaksi mereka membuatkan saya tidak boleh berkata apa-apa," tulis Azizul dalam status terbaharu di media sosial.
"Terima kasih kepada semua sahabat handai saya di Melbourne yang mengambil berat terhadap keluarga saya apabila saya tiada. Terima kasih kepada setiap orang kerana doa dan sokongan terhadap saya.
"Moga Allah membalas jasa kalian melimpah ruah, insya-Allah," tulisnya.
Dalam Insta Story, Khadeeja atau KD yang membuka pintu terus memeluk bapanya untuk melepaskan kerinduan lalu membawa Azizul ke ruang tamu yang dihiasi dengan perkataan 'Congratulations' (Tahniah) berwarna merah jambu.
Kemudian pelumba bergelar 'The Pocket Rocketman' itu dilihat mengalungkan pingat perak yang dibawanya di leher isterinya Datin Athiah Ilyana Abd Samat yang sedang hamil anak ketiga.
Anak sulung pasangan itu Amna Maryam turut kelihatan terlalu gembira dengan kepulangan bapanya.
Azizul, 33, yang bertanding kali pertama pada temasya Sukan Olimpik Beijing 2008, meraih pingat gangsa pada temasya Rio 2016 sebelum muncul juara dunia keirin di Hong Kong pada tahun berikutnya.
Kegagalan meraih emas di Tokyo menyebabkan pelumba berasal dari Dungun, Terengganu itu berazam untuk menebus kekecewaannya pada temasya Olimpik Paris 2024 tiga tahun lagi. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AZIZUL bersama keluarganya di Melbourne. FOTO Azizulhasni Awang |
|
|
|
|
|
|
|
jutawan weiii... |
|
|
|
|
|
|
| |
|