View: 47245|Reply: 129
|
Sejarah penubuhan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia..............
[Copy link]
|
|
History of Seni Gayung Fatani Malaysia
Seni Silat Gayung Fatani Malaysia originally came from the State of Patanni, a Malay State in the Southern of Thailand. It was first brought to Kedah in Malaysia in 1840 by Syeikh Abd. Rahman, a Malay man from Patanni. Later his son Tok Yah Ramli expanded this style. Another student from Syeikh Abd. Rahman was Pak Teh Mat Ali who taught this style to Pak Andak Embong.
Pak Andak Embong taught this style to Tuan Haji Anuar in 1965. Tuan Haji Anuar now is the Guru Utama PSGFM (Grand Master). In 1974, Cikgu Abd. Rahman learnt this style from Tuan Haji Anuar. This style is considered a classic Silat in Malaysia, that still maintain its traditional lessons, besides adding modern system. This club was registered under the Goverment`s club act in 1976. This style is the combination of the art that consist of soft and meaningful movement together with traditional music besides the beladiri techniques against weapon (close range fight).
-----------------------
Sejarah penubuhan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia
Seni Silat Gayung Fatani berasal dari sebuah kerajaan Melayu lama diselatan Thai yang dikenali Pattani. Ia pertama kali dibawa dan diperkenalkan di Kedah pada 1840 oleh Syeikh Abdul Rahman yang berasal dari wilayah Pattani. Ilmu ini kemudian diturunkan kepada anaknya Tok Yah Ramli. Syeikh Abdul Rahman juga mengajar kepada beberapa anak muridnya yang dikenali Pak Teh Ali. Pak Teh Ali kemudian menurunkan ilmu ini seterusnya kepada Pak Andak Embong.
Pak Andak Embong pula kemudian menurunkan ilmu kepada Tuan Haji Anuar pd 1965. Tuan Haji Anuar sekarang ini juga dikenali pewaris terkini, Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia PSSGFM. Pada 1974 Cikgu Abd Rahman kemudian mempelajari silat ini dan didaftarkan sebagai pertubuhan rasmi dibawah akta pertubuhan. Seni Silat Gayung Fatani merupakan kombinasi antara silat yang turut diiringi muzik tradisional. Gabungan kesenian dengan teknik beladiri menjadikan Seni Silat Gayung sebagai satu bentuk persilatan melayu lama yang menggabungkan teknik tempur jarak dekat & bersenjata
translations by enCoRE |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MENGAPAKAH SENI SILAT DIANGGAP SEMPURNA ?
(Hari tu ader buat gambar rajah yg sebenar tapi ,dah terdelete la.....)
RAJAH : KESATRIAAN FATANI
HURAIAN AMALAN
Amalan Kesatrian ini diambil dari Perguruan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia dan amalan ini merupakan pengisian dan amalan penting bagi membina diri seorang PESILAT . Rajah berbentuk bulat merupakan lambang kesatuan dan kekuatan ilmu persilatan Melayu . bentuk 3 segi dihubungkan dengan kemantapan dan sesempurnaan didalam ilmu persilatan . Didalam rajah terdapat 3 lilit bulatan dan 3 tiga segi .
Di dalam bulatan kaedah /teknik terdapat 3 perkara iaitu langkah , serang , bela . 3 perkara ini merupakan asas pembentukan isi silat . Tanpa salah satu daripadanya Silat tersebut tidak sempurna atau mudah goyah . Keadaan ini dapat diumpamakan seperti sebilah keris iaitu mempunyai hulu , sarung , dan mata . Sarung keris untuk menyimpan , mudah dibawa , keselamatan menyembunyikan ketajaman dan tuah keris dari mata musuh . didalam silat terdapat langkah yang menjadi penggerak , pelindung dan teknik untuk melaksanakan sesuatu serangan . Serangan merupakan senjata silat , sama ada tanpa senjata atau bersenjata dapat diumpamakan sebagai hulu keris yang menjadi tempat berpegang ketika menikam .
Setiap serangan yang baik memerlukan pembelaan seperti elakan tangkisan dan sambutan yang mantap untuk memusnah kan serangan lawan .
Bulatan kedua iaitu Bulatan Seni . Bulatan Seni meliputi perkara Wiraga (sikap/ gerak) , Wirama (irama) , dan Wirasa(citarasa) . 3 perkara ini membentuk erti seni dalam seni silat .
Wiraga ialah gaya penampilan silatnya dan wiraga kerap dihubungkan dengan motif . Perguruan Seni Silat Gayung Fatani mengasaskan Sikap/Gerak bermotifkan Gerak Solat /Sembahyang dan lambang kalimah seperti berdiri , qiam , doa , takbir , rukok , duduk antara dua sujud , mengambil air sembahyang dan lain-lainnya . Menurut aliran Seni Gayung Fatani pendidikan sikap / gerak Silat amat mempengaruhi pembentukan sikap zahir batin seseorang . Oleh itu bagi menyemai akidah dan nilai Islam merupakan aspek yang penting dalam perguruannya
Wirama(irama) ialah rentak permaianan dan kesinambungan lagu dari bunyi-bunyian yang mengiringi pergerakan silat . terdapat aliran silat yang mengunakan gerakan rentak permainan lembut , lunak dan perlahan . Manakala yang lain pula pantas dan keras serangannya . kedua |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ceritakan serba sedikit mengenai aliran nie...misalnya cara,adab,tertib or yg related... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anonymous at 13-6-2006 12:25 PM
ceritakan serba sedikit mengenai aliran nie...misalnya cara,adab,tertib or yg related...
soalan yang kurang jelas...dengan siapa???:hmm:
tapi....
>untuk memulakan latihan pesilat perlu membaca ummul kitab - al fatihah (wajib) bagi tujuan
melindungi badan dari kecederaan
>selepas itu buka gelanggang dengan bunga silat dan seterusnya Warm up...
>pesilat perlu bersih dari sebarang hadas semasa ingin membuat aktiviti kecuali pade bebudak pompuan :nerd:
>semasa besilat atau sedang berlatih semua pesilat digalakkan menutup aurat (Islam)
>pesilat tidak boleh mempersendakan lain² jenis aliran silat @ martial art...
>pesilat perlu menghormati gurunya seperti ibu/bapa sendiri....
>bagi pesilat putera dengan petera perlu bersalaman....
>tetapi dengan pesilat puteri hanya perlu hormat... bukan menyembah....
>pesilat perlu merahsiakan ilmu yang telah diajar(bukannya kedekut ilmu) tapi....
seseorang itu perlulah berusaha sendiri untuk mencari ilmu..lagi pon kalau orang tak tanye
tak kan nak kecoh²
>pesilat tidak boleh membuat sebarang bunga asas seperti Bunga Mohon Sembah
secara main² kerana setiap pergerakan ade maksub yang pelu dikaji...
(apabila kita telah lame mempelajari ilmu itu secara sendirinya ilmu tu kita akan paham rahsia yang tersimpan)
>untuk menutup gelanggang semua pesilat akan membaca al-Fatihah .....
>kemudian akan membuat bunga silat mengikut peringkat masing².....
>last sekali kita orang akan buat bulantan sambil berdiri dan akan bermesyuarat dalam 1 minit ..pastu semua salam dan
bersurai apabila Jurulatih bagi koman....
Kata Bersahut Gayung Bersambut |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KHAS UNTUK PENGUNJUNG SETIA FORUM CARI
Kita akan mengetahui sesuatu perkara itu melalui sejarah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Peringkat Kedua(Kuning)
>juga dikenali sebagai PESILAT MUDA
>Bunga Sembah Peringkat 2
>Jurus Mohon Sembah Peringkat 2
>Buah Pukulan*
>Tapak Empat
>Tempur*
TEKNIK
>Elakan
>Tangkisan
*dengan menampakan unsur² teknik
Peringkat Ketiga (Hijau)
>Dipanggil dengan nama PESILAT
>Bunga Sembah Peringkat 3
>Jurus Mohon Sembah Peringkat 3
>Buah Pukulan*
>Tapak Empat
>Tempur*
>Jatuhan
>Tangkapan
TEKNIK
>Elakan
>Tangkisan
>Kuncian/Tangkapan
*dengan menampakan unsur² teknik
Peringkat Keempat(Merah)
>Gelaran diberikan sebagai PENDEKAR MUDA
>Bunga Sembah Peringkat 4
>Jurus Mohon Sembah Peringkat 4
>?????*
>?????
>?????
Peringkat Kelima(Hitam)
>Dipanggil sebagai PENDEKAR®
>unknow
>unknow
*tidak diketahui lagi
p/s:> banyak lagi benda yang kita semua tidak tahu ...ini menunjukan kita masih lemah ..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
peluruperak This user has been deleted
|
Saya tertarik dengan initiatif sazeryus membentangkan mengenai Gayung Fatani. Teruskan lagi. Ada website reference ke untuk perguruan ni? Nak tahu juga silibus silibus dalam persilatan ini. Ada belajar pukul gendang tak? |
|
|
|
|
|
|
|
haha ! macam kenal jek mamat dlm pic tuh.. huhu !! |
|
|
|
|
|
|
|
teringat zaman persekolahan dulu........dulu den menuntut silat nih kat jeram, kuala selangor. selalu gak gi pertandingan silat melayu ngan olahraga. Alahamdulillah resultnye memberangsangkan. tp paling jauh den bleh pegi takat SUKSES, pas tuh smbg U kat KL so terputus hubungan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sazeryus at 28-7-2006 12:28 AM
untuk rujukan.. saya belajar dari buku lama seperti buku PENDEKAR...(abang saye dulu minat gile)
berikut merupakan laman web yang pernah saya pergi....
http://my-muslim.com/e-silat/modules. ...
dulu den biase nampak che'gu nih especially mase pertandingan kat Kajang dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by peluruperak at 18-7-2006 10:43 AM
Saya tertarik dengan initiatif sazeryus membentangkan mengenai Gayung Fatani. Teruskan lagi. Ada website reference ke untuk perguruan ni? Nak tahu juga silibus silibus dalam persilatan ini. Ada bel ...
takde pulak buat xtvt pukul gengang???er..pukul gendang tu cam mane? untuk silat tari ke?..saya aktif kalu silat olahraga je.. |
|
|
|
|
|
|
peluruperak This user has been deleted
|
Terima kasih kepada sazeryus untuk informasi tersebut. Kalau tak silap, rasanya seperti pernah melihat guru silat di atas dalam rancangan 'Gelanggang'. Dengar khabar Tuan Haji Anuar hendak terbitkan buku Gayung Fatani. Bila hendak dipasarkan? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by peluruperak at 1-8-2006 08:55 AM
Terima kasih kepada sazeryus untuk informasi tersebut. Kalau tak silap, rasanya seperti pernah melihat guru silat di atas dalam rancangan 'Gelanggang'. Dengar khabar Tuan Haji Anuar hendak terbitka ...
:hmm::hmm::hmm: buku gayung fatani ?...taktau... buku pasal macam mane tu :jeling: ....kalau buku silat olahraga ade la |
|
|
|
|
|
|
|
Buku Gayung Fatani
ssssssssssss
Sekarang ini Cikgu Anuar sedang menyiapkan buku untuk diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan bagi ko-kurikulum Seni Silat Malaysia yang mengambil sukatan pelajaran berasakan Seni Gayung Fatani.Sukatan Pelajaran mengandungi 5-6 buku yang akan dicetak secara berperingkat.Tak pasti bila kesemua buku ini akan siap dicetak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adwim79 at 28-8-2006 04:11 PM
ssssssssssss
Sekarang ini Cikgu Anuar sedang menyiapkan buku untuk diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan bagi ko-kurikulum Seni Silat Malaysia yang mengambil sukatan pelajaran berasakan Seni G ...
pasal buku ni malas nak citer la..dah banyak buku dikeluarkan..dan diluluskan oleh kementerian tapi..
Pesaka pulak tak luluskan... :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adwim79 at 20-9-2006 05:31 PM
cenonet nye gambar..kat mane ni ... macam dekat gelanggang utama je (kajang).....
adwim awak yang mane satu...?:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Saya yang pakai baju warna merah..Yang lain tuh member satu gelanggang..Kecik je group kitaorang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana nak buat gambar tuh besar?Tak tau.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|