View: 2740|Reply: 15
|
apakah tandanya jika kita sihat dan tak sihat...
[Copy link]
|
|
any clue?
utk general health.. |
|
|
|
|
|
|
|
klu ko rs bdn ko ok 2..kre sht r.. |
|
|
|
|
|
|
|
bila gembira tentulah sihat, kalau rasa semacam aje atau serba tak kena tu tak sihatlah... selalunya kalau tak sihat kita boleh tahu sebab badan akan menghantar maklumat ke otak. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun sependapat la dengan jawapan2 diatas..
tak ada jawapan tetap..
tanya pada tuan badan.. |
|
|
|
|
|
|
|
i sakit belakang la..
check ngan doktor.. pun tak kena juga :|
benci la
dah 3 tahun
tak leh pakai baju berkolar, atau pakai rantai.. nanti rasa berat sangat.. pastu bunyi2 krak krak bila gerak....
oklah i admit... masa budak dulu mmg ler ada eating disorder.. huh.. pastu senam satu hari 5 kali.. 2-3 jam.
sebab tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by XoXo at 20-1-2008 12:14 PM
i sakit belakang la..
check ngan doktor.. pun tak kena juga :|
benci la
dah 3 tahun
tak leh pakai baju berkolar, atau pakai rantai.. nanti rasa berat sangat.. pastu bunyi2 krak krak bila gera ...
.... pastu senam satu hari 5 kali.. 2-3 jam.
erkk.. byknyer senam... ape saje kat dunia nih, kalu berlebihan bleh memudaratkan..
ape kate kurangkn sket bersenam, bg bdn sket mase utk berehat |
|
|
|
|
|
|
|
skg tak berapa nak sihat.. bangun pagi tadi sakit belakang..(salah tido agknye)
sakit jiwa kot coz periot tak datang2 lagi... :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 XoXo's post
untuk nk tau bdn sihat ke tak,,,kiter kena g buat medical full check up sekurang2nya 6bulan skali,,,bg pompuan yg dah kawen plak,,kena buat pap smear untuk melihat kehadiran bakteria pd vagina...lg 1 berat bdn mestilah seimbang,,tak terlalu kurus n terlalu gemuk,,,kira la bmL korang baper.... |
|
|
|
|
|
|
|
haha dulu mmg gym freak.. tak duli apa dah
skrg ni dah healthy kemain. .tapi tu ler.. sakit belakang tu jer lah.. sejak obses .. skrg ni dah boleh pakai otak sket.. kekekeke bukan sikit la. banyak gak.................
tq tq |
|
|
|
|
|
|
|
klu korg tgh mkn, berpeluh2 maknanya badan korg sihat...pembakaran metabolisma tu cepat berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
sihat dengan tak sihat?
kalau dalam wad hospital...kitorang measure tahap kesihatan seseorang pesakit dengan 'PEWS'....(physiological early warning scoring)
PEWS guna parameters:
Respiratory Rate (kadar Pernafasan), Oxygen Saturation (level oksigen dalam darah), Heart Rate (kadar degupan jantung), Blood Pressure, Temperature. +/- CNS monitor. Pews<3 OK. PEWS 4-6 Kena bagitau doctor. PEWS 7-10 kalau doctor tak amik tindakan, mmg nak kena pelangkung...
kalau nak tau orang sihat tak sihat kat luar hospital pulak...kita leh tgk 'quality of Life':
Boleh berjalan/exercise/berkerja, Boleh melihat, boleh bernafas dengan selesa, Boleh makan/rasa, boleh tidur dengan nyenyak, tidak hilang interest kita terhadap sesuatu (no anhedonia), mood/emosi ok.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 XoXo's post
Sekadar untuk berkongsi ....
Subject: Tanda2 dan penyakit
1. MATA. Bertindak balas dengan keadaan hati.
i) Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata
menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan
toksin.
ii) Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu
pagi.Menandakan
proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang
berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau
bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak . Tekanan perasaan kerana tidak puas
hati
atau bebanan yang berat.
--------------------------------------------------------------------------
2. HIDUNG. Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan
kerongkong.
i) Selsema
a. Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
b. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sebu
a. Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iv) Batuk
a. Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang
berlebihan.Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan
RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di
bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang
banyak
merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
--------------------------------------------------------------------------
3. KERONGKONG
i) Kerongkong kering . Proses membuang toksin sedang berlaku di
seluruh
badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk
membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong . Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
-------------------------------------------------------------------------
4. BIBIR . Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang
sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan
fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah Perut mengandungi banyak bahan toksin.
--------------------------------------------------------------------------
5. MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem
pengedaran
darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai
masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran
koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser):
Menandakan
darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk. Proses penyeimbangan fungsi perut untuk
pembuangan toksin.
--------------------------------------------------------------------------
6. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin
berlebihan.
ii) Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang
lemah.Biasanya
tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah
berjalan-jalan.
--------------------------------------------------------------------------
B. KULIT
1. PELUH
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
--------------------------------------------------------------------------
2. RUAM DAN BISUL: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin
yang tidak larut dalam air.
--------------------------------------------------------------------------
3. KULIT GATAL DENGAN RUAM: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit
akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
--------------------------------------------------------------------------
4. KULIT PECAH DAN BERAIR: Proses pembuangan toksin yang larut dalam
air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
--------------------------------------------------------------------------
5. RAMBUT GUGUR: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas
proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
--------------------------------------------------------------------------
C. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
1. SENDI SAKIT
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan
dan
tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi
keras
dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
--------------------------------------------------------------------------
2. KEBAS TANGAN. Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
--------------------------------------------------------------------------
3. KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN. Tanda-tanda lemah atau sakit
jantung.Jika
rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini
menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
--------------------------------------------------------------------------
4. KEBAS KAKI. Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
--------------------------------------------------------------------------
5. SAKIT TAPAK KAKI. Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya
disebabkan
oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
--------------------------------------------------------------------------
6. SAKIT TUMIT KAKI. Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
--------------------------------------------------------------------------
7. RASA PANAS DI TAPAK KAKI. Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat
lemah tenaga batin.
-------------------------------------------------------------------------
8. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI. Menunjukkan tanda awal penyakit
kaki
busuk (Hong Kong Foot).
2. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA . Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian
kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan
saraf
otak.
--------------------------------------------------------------------------
1. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan
banyak
berfikir.
--------------------------------------------------------------------------
2. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk) . Menunjukkan penyakit tekanan darah
tinggi
atau tekanan darah
--------------------------------------------------------------------------
3. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit migrain.
--------------------------------------------------------------------------
4. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan
penyakit migrain.
--------------------------------------------------------------------------
5. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
--------------------------------------------------------------------------
B. MULUT/KERONGKONG
1. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari
bahagian perut.
--------------------------------------------------------------------------
2. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian
kerongkong
dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian
perut;misalnya penyakit ulser.
--------------------------------------------------------------------------
3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK . Tanda sakit jantung.
--------------------------------------------------------------------------
4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari
kerongkong
akibatjangkitan kuman
C. KENCING
1. KENCING KERAP : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
yang
2. AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah
pinggang.
3. AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi
kotoran
berlemak.
4. AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan
toksin
sedang berlaku.
5. AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang
luka.
D. BUANG AIR BESAR
1. CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/ keracunan
dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG,
menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
--------------------------------------------------------------------------
2. SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
--------------------------------------------------------------------------
3. NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
--------------------------------------------------------------------------
4. NAJIS BERWARNA HITAM: Menunjukkan proses pembuangan toksin di
bahagian
usus sedang
--------------------------------------------------------------------------
E. TINDAK BALAS BADAN
1. BADAN RASA SAKIT: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah
disebabkan saluran
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan
dengan organ- organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
--------------------------------------------------------------------------
http://anakkuwiraku.blogspot.com |
|
|
|
|
|
|
|
erm... pagi tadi hidung aku kuar darah.. banyak gak.. tetiba tekak rase kering.. kenape ekk? ade sape2 leh xplain tak?
tapi kejap aje laa .. skrg kat opis.. ape tane2nye ekk? nih wat tak sedap hati nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
panas dalam kot..banyakkan minum air masak... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by XoXo at 18-1-2008 09:55 PM
any clue?
utk general health..
go for fizikal check up...jgn. jumpa GP...go for specialist. |
|
|
|
|
|
|
| |
|