|
|
Detektif, teman wanita ambil kesempatan budak lari dari rumah
NEW YORK: Seorang detektif polis dan seorang wanita memaksa seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang melarikan diri dari rumah supaya melacur di parti dan mengugut jika cuba melarikan diri anggota polis berkenaan akan membuatkan dia menjadi pelacur jalanan.
Wayne Taylor, 35, dan Zelika Brown, 29, ditangkap atas dakwaan menculik, menggalakkan pelacuran, menyerang dan membahayakan kebajikan kanak-kanak, kata pejabat Peguam Daerah Queens kelmarin.
Taylor, yang sudah bekerja selama 14 tahun di Jabatan Polis New York digantung tanpa gaji, kata jabatan itu. Dia dan Brown mengaku tidak bersalah kelmarin.
Peguam Taylor, Peter Brill, memberitahu wartawan anak guamnya 'mempunyai hak untuk membuktikan dia tidak bersalah mengatasi keraguan munasabah.'
Taylor dan Brown berdepan hukuman penjara 25 tahun setiap seorang jika sabit kesalahan. Mereka ditahan dengan ikat jamin AS$250,000 (RM800,000) setiap seorang, kata pendakwa.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi
sama cam jaga rompak bank yang dijaga |
|