CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3485|Reply: 10

Kuku

[Copy link]
Post time 18-2-2008 02:00 AM | Show all posts |Read mode
Macamana (petua) nak hilangkan penyakit hujung kuku yg mencengkam atau masuk ke dlm kulit ibu jari? Tak ingat nama 'melayu' penyakit ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2008 02:11 AM | Show all posts
cagu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 02:44 AM | Show all posts
potong kuku kt bahagian hujung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2008 02:56 AM | Show all posts

Reply #3 a.ceCCo's post

dah..tpi lps tu kuku tumbuh blik..mencengkam blik..sakit blik..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 03:23 AM | Show all posts
Originally posted by ali_ptk_07 at 18-2-2008 02:00 AM
Macamana (petua) nak hilangkan penyakit hujung kuku yg mencengkam atau masuk ke dlm kulit ibu jari? Tak ingat nama 'melayu' penyakit ni.


Istilah Melayunya ialah cekam!! Kalau ikut petua orang dulu2, letak inai pada kuku dan ibu jari yang kena cekam tu. Aku tak pasti keberkesanannya sebab aku tak pernah cuba...

Aku ingat lagi kenangan ibu jari kaki kiri aku kena cekam masa aku kena PLKN kat UiTM Shah Alam dulu. Agaknya sebab aku salah potong kuku kot. Mula tu rasa sakit biasa je. Lepas tu sakitnya semakin perit dan kulit mula membengkak. Kemudian bernanah. Pergerakan aku jadi terbatas. Aku cuba potong bahagian kuku yang termasuk dalam kulit tu tapi masih sakit.

Akibat tak tahan sangat, aku minta ayah aku jemput aku kat UiTM dan bawa aku balik untuk 3-4 hari (aku duk kat Subang Jaya, dekat je). Keluar dari UiTM, ayah aku terus bawa aku jumpa doktor. Doktor tu cakap kuku aku yang kena cekam tu dah tak boleh nak buat apa. Terpaksa tarik kuku tu keluar. Aku dengar pun dah rasa seriau...!!

Doktor tu suntik ubat kebas 4 kali kat ibu jari kaki kiri aku. Bila dh kebas, doktor tu guna playar untuk tarik kuku aku yang kena cekam tu. Tak de la rasa sakit masa doktor tu tarik sebab dah kebas. Sempat jugak la aku 'intai' ibu jari kaki aku. Ya Allah.....!! buruknya rupa ibu jari kaki aku tanpa kuku!! Menakutkan..!! Dalam masa sebulan lepas tu, kuku baru tumbuh macam biasa. Kelakar je aku tengok rupa jari kaki aku tu...

Bila kuku kena cekam, jangan dedahkan ibu jari yang kena cekam tu pada persekitaran yang kotor. Contohnya habuk dan pasir. Kalau tak, makin bertambah teruk sakitnya. Lepas tu, jangan kasi kena air.. Nanti kalau air masuk dalam celah2 kuku yang kena cekam tu, ia akan jadi nanah....

[ Last edited by  ijad_adiputera at 18-2-2008 03:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 01:23 AM | Show all posts

Reply #5 ijad_adiputera's post

mak aku pun pernah cakap yang pakai inai boleh reduce sakit cekam tu..  kalu tak silap aku  dr scholl ada ubat utk  cekam ni..   talc  powder  -  ko just pakai talc tu kat kuku cekam ko..  tu boleh reduce sakit tu  sebab talc tu ada mengandungi bahan yang reduce mencengkam..   aku ada tengok dah talc tu  -  botol warna kuning (cam warna trademark dr scholl)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-2-2008 08:31 AM | Show all posts

Reply #6 amazed's post

Thanks wei..aku akan cari talc tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 02:07 PM | Show all posts
ingrown toenail (onychocryptosis)..gi day clinic surgery...diorang potong abis...heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2008 03:16 PM | Show all posts

Reply #5 ijad_adiputera's post

Bukan org Melayu pnggil Cagu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 07:31 PM | Show all posts
Originally posted by ali_ptk_07 at 19-2-2008 08:31 AM
Thanks wei..aku akan cari talc tu.


Aku harap dapat tolong reduce masalah ko...  btw  dah dapat avatar ye !!  Bagus la!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2008 01:43 AM | Show all posts

Reply #10 amazed's post

Thanks ajar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.100389 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list