View: 5860|Reply: 79
|
Tesco jual Ayam Tak Sembelih
[Copy link]
|
|
3 pembekal ayam tak sembelih disaman Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.
Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.
Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.
Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,375.77.
Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam.
Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran.
Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos perbelanjaan.
Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara |
|
|
|
|
|
|
|
menyesal tul beli ayam2 kat tesco nihhhhhhhhhh...... |
|
|
|
|
|
|
|
5 juta? .. hehe tesco bayar sambil tutup mata je..
satu cawangan pun sales beratus ribu sehari.. takat 5juta tu manager tesco tu renyih ja bayaq. |
|
|
|
|
|
|
|
cayalah..saman jangan tak saman.
saman demi kebaikan umat Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
tak mo dah beli ayam tesco |
|
|
|
|
|
|
|
Masa aku pegi Tesco pada 30/1/2008 aritu, Ayam di jual dengan begitu murah RM4++ sekilo.
Berduyun org beli. Aku pun dah belek2 nak beli jugak.
Sekali aku tengok EXPIRED DATE kat plastic yg bungkus ayam tu. Nak tahu expired date die biler ???
.................... 31/1/2008.
patut la jual murah. Sila ambil sbg panduan dan pengajaran. |
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg tak beli ayam kat hypermarket dan yg seangkatan dgnnyer ... sblom ni kan dah ada keraguan, :@ jadi baik aku elakkan. |
|
|
|
|
|
|
|
ayam ada expired date ke eh? |
|
|
|
|
|
|
|
aku beli ayam kat pasar besar jek.. tak payah diskaun apa pun. janji aku kenal pakcik yg jual tu. tau lah kat mana tempat dia sembelih ayam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya cam nak bela ayam kat kampung dan sembelih sendirik..
cuba korang pikir..ini citer sebenar pemandu lori ayam..
masa dia bawak ayam kat lori..
byk ayam yg mati..
takkan ayam yg mati tuh diorg main buang jerks..
mestilah recycle balik..
dan sbb tuh ada ayam yg urat leher dia tak putus  |
|
|
|
|
|
|
|
Giler ke ape Tesco ni?? Risau lak nak makan ayam pasnie  |
|
|
|
|
|
|
|
adus.....kesian yg beli tuh...
jahat tul la pembekal nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
ayam kat hypermarket tak same ke ngan ayam kat pasar?
ayam kat pasar pun ada expired date jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tutup tesco ajelah....takat saman 5 juta x luak pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun duk selalu beli ayam kat tesco. pasni takmau beli dah walaupun lepas ni manatau kot2 tesco akan keluarkan kenyataan bahawa ayam yg dijual adalah halal dan disembelih mengikut syarat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|