CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anak_pejuang

Falsafah Israk Mikraj: Memanusiakan Manusia...

[Copy link]
 Author| Post time 4-5-2008 10:42 AM | Show all posts
~PERISTIWA ISRAK MIKRAJ~


Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj merupakan peristiwa yang sangat besar di antara peristiwa-peristiwa dakwah Islamiyah yang sebelumnya didahului oleh peristiwa "bi'tsah"(pengangkatan sebagai Nabi / Rasul), dan sesudahnya terjadi peristiwa Hijrah.Terdapat tiga peristiwa yang sangat penting dalam kaitannya dengan dakwah Islamiyah iaitu :
  • Peristiwa diutusnya Nabi Muhammad s.a.w
  • Peristiwa Isral Mikraj
  • Peristiwa Hijrah

Dan diriwayatkan oleh Bukhari di dalam Kitab Sahihnya pada Bab Haditsul Israk katanya : Telah diceritakan kepadaku oleh Yahya bin Bukair (katanya): Telah diceritakan kepadaku oleh Al-Laits dari Aqil dari Ibnu Shyihab (katanya) :Telah diceritakan kepadaku oleh Abu Muslamah Ibnu Abdur Rahman (katanya): Aku mendengar Jabir bin Abdullah r.a bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud :
"Tatkala kaum Quraisy mendustakan aku, berdirilah aku di Hijr, maka Allah menampakkan kepadaku Baitul Maqdis.Lalu segeralah aku menceritakan tanda-tanda Baitul Maqdis itu sedang aku melihat kepadanya".
Firman Allah di dalam surah Al-Israk : 60
Maksudnya :"Dan tiadakah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah Kami perlihatkan kepadamu melain sebagai satu ujian bagi manusia".
Menurut Ibnu Abbas r.a "Ar-Ru'yaa" (pemandangan / penglihatan) di sini ialah penglihatan dengan mata kepala yang diperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w pada malam baginda diisrakkan ke Baitul Maqdis.
Di antara peristiwa yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w sepanjang Israk Mikraj ialah :
  • Adanya sekelompok kaum yang menanam benih pada suatu hari, kemudian tumbuh subuh dan diketamnya buahnya pada hari itu juga.Dan setiap habis diketam lansung berbuah kembali, lalu diketamnya lagi.Begitulah keadaannya secara berulang-ulang.
    ( Itulah mereka para mujahid yang berjuang membela dan menegakkan agama Allah, kebaikan mereka dilipatgandakan sampai 700 kali).
  • Ada pula kaum yang kepalanya dipukul dengan batu hingga pecah dan tiap-tiap selesai dipecah kemudian tercantum kembali, lalu dipecahkan lagi dan tercantum kembali secara berulang-ulang dengan tiada henti-hentinya.
    (Itulah mereka yang otaknya merasa keberatan untuk menunaikan solat fardu)
  • Ada juga kaum yang hanya ada secawat kain untuk menutup alat pengeluarannya yang depan dan secawat kain untuk menutup alat pengeluarannya yang belakang.Mereka saling berkeliaran seperti unta dan kambing yang sedang digembalakan.Yang mereka makan adalah tanaman berduri serta pahit rasanya serta bara api neraka jahannam dan batu-batunya yang panas.
    (Itulah mereka yang tidak mengeluarkan zakat hartanya)
  • Kemudian baginda saksikan juga kaum yang dimukanya tersedia daging yang masak dan nyaman yang terletak di dalam periuk dan ada pula daging yang mentah lagi busuk dalam periuk yang lain.Tetapi mereka justeru makan daging yang mentah lagi busuk dan meninggalkan daging yang baik lagi nyaman itu.
    ( Itulah lelaki dari umatmu yang mempunyai isteri yang halal lagi baik-baik, tetapi masih juga mendatangi wanita lain.Ia pun bermalam dengan wanita itu sampai pagi.Demikian pula wanita yang meninggalkan suaminya yang halal dan baik, lalu mendatangi lelaki lain.Ia pun bermalam dengan lelaki itu sampai pagi.)
  • Kemudian beliau meneruskan perjalanan hingga sampai pada sebatang kayu yang melintang di tengah jalan.Tidak sehelai kain untuk sesuatu benda apa pun yang melaluinya, melainkan pasti terkoyak kerananya.Maka bertanyalah beliau :"Apakah gerangan ini wahai Jibril?"Jawab Jibril : "Ini adalah perumpamaan sekelompok dari umatmu yang suka duduk-duduk di jalan lalu mengadakan gangguan di situ".
  • Kemudian dijumpai seorang lelaki yang mengumpulkan seberkas kayu dan ia sudah tidak kuat mengangkatnya, tetapi masih juga ditambahnya.
(Ini adalah seorang dari umatmu", kata Jibril:"Yang menanggung amanat dari manusia yang mana ia sudah tidak mampu menunaikannya, tetapi ia masih juga menanggung-nanggungnya).

     7.  Ada pula kaum yang digunting lidah dan bibirnya dengan gunting dari besi.Tiap-tiap selesai digunting, tumbuh lagi.Begitulah dilakukan secara terus menerus.
(Itulah tukang-tukang penyebar fitnah).



      8.  Kemudian beliau datang ke suatu lubang yang kecil dan dari dalamnya keluar seekor lembu yang sangat besar.Lembu itu ingin kembali masuk ke lubang tempat ia keluar tadi, tetapi tidak dapat.Nabi s.a.w bertanya
:"Apakah ini wahai Jibri?"Jibril menjawab :"Ini adalah perumpamaan dari umatmu yang mengucapkan perkataan yang bukan-bukan, kemudian ia menyesal atas pembicaraanya itu, tetapi ia tidak dapat lagi menariknya".


      9.  Dan dilihatnya pula suatu kaum yang perutnya buncit sebesar rumah, setiap hendak bangun mereka tersungkur jatuh.

(Itu adalah orang-orang yang suka makan riba, mereka tidak berdiri melainkan seperti berdirinya orang gila).

     10.  Ada juga beliau melihat beberapa kaum yang mulut seperti muncung unta.Mulutnya terngaga lebar lalu dimasuki bulatan-bulatan api, kemudian api tersebut keluar lagi dari duburnya.

(Mereka itu adalah orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara aniaya.Sebenarnya mereka itu memasukkan api ke dalam mulutnya dan kelak akan masuk ke dalam neraka).


[ Last edited by  anak_pejuang at 4-5-2008 12:15 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2008 11:32 AM | Show all posts
Perjalanan Isra
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2008 12:50 PM | Show all posts
'Israk' ertinya berjalan di waktu malam manakala 'Mikraj' pula bererti naik ke atas (ke langit). Yang dimaksudkan dengan 'Israk dan Mikraj' disini ialah perjalanan Rasulullah s.a.w. di waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah hinggalah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Baginda kemudiannya terus naik ke langit dari selapis ke selapis hinggalah sampai di 'Sidratul Muntaha'. Setelah menerima fardu solat baginda kemudiannya kembali semula ke Mekah dalam masa hanya satu malam sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2008 03:31 PM | Show all posts

Reply #63 anak_pejuang's post

Memang camtu yang kita percaya, tapi bagi mereka yang tidak mahu merujuk kepada Hadith kerana percaya bahawa dengan menggunakan akal sendiri sudah mampu untuk tafsir kesemua ayat2 Al Quran, maka peristiwa Israk dan Mi'raj ni tak wujud bagi mereka, tambahan ayat pertama Surah Al-Israk tu dikaitkan dengan kisah perjalanan Nabi Musa bukannya kisah Israk Nabi Muhammad.

Saya pun nak tahu juga dari saudara M5, Nabi Musa berjalan dari Masijidil Haram ke Masjidil Aqsa untuk tujuan apa? Sedangkan perjalanan Nabi Musa ke lembah Tuwa tu pada ayat ke 2.

Hebatnya kekuasaan Tuhan bukannya pasal Nabi Musa berjalan malam.  Logik akal anak_pejuang pun boleh nampak rasional nya.  

Tanda2 kebesaran yg ditunjukkan adalah setelah Nabi Musa sampai ke destinasi yang dituju.  i.e pertemuan pertama Nabi Musa dgn Tuhan di Lembah Tuwa, rujuk Q20:9-16

::


http://www.tafsir.com/default.asp?sid=17&tid=28545
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2008 03:38 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 4-5-2008 01:43 AM
u are clever u made me think.bless u.

ni yg  batu tu tukan batui tunakikut sama naik ...ceritanyalah


Thanks. We thank Allah for giving us some of the intelligence, but sometimes we tend to forget and do wrongs. May Allah forgive and bess all of us.

Originally posted by M5 at 4-5-2008 02:00 AM

Serba ringkas ada dijelaskan dipautan berikut:

http://en.wikipedia.org/wiki/Cloud

Nampak ada minat mengkaji hukum Tuhan.  Ini satu petanda yg bagus  ::


Bolehkah saudara M5 point kat mana yang ada jawapan kepada soklan asal saya, saya tak sempat nak baca semua tu. Yang saya nampak cuma penjelasan saitifik bagaimana awan tu terbentuk, bukannya penjelasan kenapa awan tu tak ditarik graviti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2008 03:43 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 4-5-2008 03:31 PM
Memang camtu yang kita percaya, tapi bagi mereka yang tidak mahu merujuk kepada Hadith kerana percaya bahawa dengan menggunakan akal sendiri sudah mampu untuk tafsir kesemua ayat2 Al Quran, maka  ...


kalau berdasarkan apa kata si M5 kekuasaan Tuhan menjadikan mukjizat nabi Muhammad  mesti sama dengan mukjizat nabi Musa... kanapa plak kene sama??? mana dalil Al Quran kata setiap keupayaan mukjizat nabi2 kena sama??? kalaulah dia jadik umat nabi Musa pada zaman nabi Musa... mesti dia nak kata mana bukti mukjizat nabi lain perjalanan berjumpa dengan Tuhan di Lembah Tuwa atau di tempat lain.... sebab kalo ikut logik mesti ada contoh atau misal boleh diikuti..

[ Last edited by  anak_pejuang at 4-5-2008 03:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-5-2008 03:58 PM | Show all posts
Originally posted by M5 at 4-5-2008 12:22 AM


Hebatnya kekuasaan Tuhan bukannya pasal Nabi Musa berjalan malam.  Logik akal anak_pejuang pun boleh nampak rasional nya.  

Tanda2 kebesaran yg ditunjukkan adalah setelah Nabi Musa sampai  ...


nabi musa ada tak mikraj sekali???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2008 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by M5 at 3-5-2008 11:55 PM


Apa le yg kita nak gaduh2 pasal zaman tok kadok, nak tanya depa sesat ke tak.  Kita tanya yg ada nyawa sekarang ni le..Tengok masalah yg melanda umat masa kini.  Ok dak?


masalah umat masa sekarang sama macam umat dahulu juga.. ada wahyu tapi tak mengamalkan wahyu Tuhan 100% tu sebab bermasalah... dengan kata lain dalam diri masalah tersebut tak bersyariat serta mentauhidkan Tuhan sebenar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2008 04:02 PM | Show all posts
Originally posted by M5 at 4-5-2008 01:50 AM

Q17:2.
Transliteration

Waatayna moosa alkitaba wajaAAalnahu hudan libanee isra-eela alla tattakhithoo min doonee wakeelan

Literal
AndWe gave/brought Moses The Book, and We made it guidance toIsrael'ssons and daughters; that you do not take from other than Meaguardian/protector .


Penggunaan "wa" di awal Q17:2 menekankan "subject" yg sama, i,emenunjukkan hubung-kait apa yg diceritakan pada ayat yg sebelumnya.

Ini adalah ciri2 unik di dalam al Qur'an bagi memastikan makna dan maksud sesuatu ayat itu terpelihara.


Betul ke penggunaan "wa" tu seperti yang saudara cakap? Saya bukannya pakar dalam bidang bahasa, tapi setahu saya penggunaan "wa" terlalu banyak disebutkan dalam Al Quran. Mungkin kita boleh tanya Puan Mod antiQue untuk beri penjelasan sikit

Saya tak berani nak tafsir sendiri ayat Al Quran kerana saya takut salah. Ayat tersebut berkaitan keIMANan, dan ayat berkaitan keIMANan tidak dapat digunakan logik akal. Allah beri akal kepada kita supaya kita fikir/kaji kejadian (makhluk) Allah supaya keIMANan kita bertambah, bukannya kaji bab2 keIMANan untuk keluarkan hukum/kepercayaan berkaitan ayat2 tentang keIMANan

Contoh berkaitan keIMANan:
-kisah Khidir A.S
-kisah Nabi Ibrahim A.S sembelih Nabi Ismail A.S, Allah tukar kepada kibash
-kisah Nabi Ibrahim A.S dalam api, Allah perintah Api jadi sejahtera kepada Nabi Ibrahim A.S

Yang macamana nak guna akal?
-Cuba kita kaji kejadian Allah macam langit, bagaimana Allah cipta langit tanpa tiang tergantung? Ini kita boleh guna akal kita untuk mengkaji kebesaran Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2008 04:02 PM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 3-5-2008 11:39 PM


nabi Isa bukan ke di angkat ke langit???
tak kira bagaimana dia ke langit... samada terbang atau diangkat...
matlamatnya sama sampai ke langit....
nabi Isa tu bukan manusia ke???


mu tak jawap lagik soalan haku yang ini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2008 04:18 PM | Show all posts
Originally posted by M5 at 4-5-2008 01:50 AM


Salam saudara mnm77.

Memang seperti yg saudara sebutkan tentang Q17:3, ianya menceritakan kisah Nabi Nuh.  Perhatikan awal pertama yg menyebut ttg Thurriyyata/zuriat didlm Q17:3.

Tidak  ...


nabi musa berjalan waktu malam jugak ke??? jaraknya sama tak jarak antara masjidil Haram ke Masjidil Aqsa??? adakah nabi Musa berjalan mengambil tempoh berjalan hanya satu malam???? nabi musa sampai tak ke Sidrat Al-Muntaha???

[ Last edited by  anak_pejuang at 4-5-2008 04:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 12:20 AM | Show all posts

Reply #60 ussopp's post

Ok, maaf di terima.

Anyway takde marah pun.  Alah bisa, tegal biasa.  

Nevertheless, feel free to drop your input/comments
::

[ Last edited by  M5 at 5-5-2008 01:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 01:15 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 4-5-2008 03:31 PM
<snip>Saya pun nak tahu juga dari saudara M5, Nabi Musa berjalan dariMasijidil Haram ke Masjidil Aqsa untuk tujuan apa? Sedangkan perjalananNabi Musa ke lembah Tuwa tu pada ayat ke 2.


Perjalanan Nabi Musa bukanlah dari satu masjid ke satu masjid (yg merujuk kepada banggunan).  Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa (banggunan yg dinamakan masjid) hanya dibina selepas era al Qur'an.  Definasi masjid boleh lah diperbincangkan kemudian, selari dgn perjalanan thread ini.  Kalau tak, nanti berceramuk sangat.  Secara ringkasnya, masjid itu adalah merujuk kepada institusi, TIDAK kepada banggunan yg menempatkan institusi tersebut.

Benarkan saya fokuskan dahulu kaitan Q17:1-2.

Tujuan perjalanan Nabi Musa adalah untuk diberikan ayat2 Tuhan.  Rujuk kembali Q17:1 dan perhatikan "linuriyahu min ayatina"/ to show him/make him understand from Our verses/signs/evidences.

min ayatina" adalah merujuk kepada ayat
yg Tuhan wahyukan kepada Nabi Musa.  Ayat
ini dikitabkan sebagai Taurat seperti mana yg dijelaskan didlm Q17:2. rujuk
Waatayna moosa alkitaba
.

::
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2008 01:20 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 5-5-2008 01:15 AM


Perjalanan Nabi Musa bukanlah dari satu masjid ke satu masjid (yg merujuk kepada banggunan).  Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa (banggunan yg dinamakan masjid) hanya dibina selepas era al Qur' ...


kenapa Tuhan tak cakap misli atau kal yang membawa maksud seperti??? wa itu bermaksud dan boleh dimaksudkan sebagai kata hubung... contoh ayat laili wanahar... bermaksud siang dan malam... adakah siang dan malam itu sama???
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 01:32 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 4-5-2008 03:38 PM
Bolehkah saudara M5 point kat mana yang ada jawapan kepada soklan asalsaya, saya tak sempat nak baca semua tu. Yang saya nampak cumapenjelasan saitifik bagaimana awan tu terbentuk, bukannya penjelasankenapa awan tu tak ditarik graviti.


Ni rasanya kes nak kaitkan alkisah awan/hujan dgn gambar batu terapung ke ape?  Macam2 ada..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 01:34 AM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 4-5-2008 03:43 PM


kalau berdasarkan apa kata si M5 kekuasaan Tuhan menjadikan mukjizat nabi Muhammad  mesti sama dengan mukjizat nabi Musa... kanapa plak kene sama??? mana dalil Al Quran kata setiap keupayaan  ...


Sdr ni banyak sangat membuat andaian le.  Sabar ye..kita cerita satu per satu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2008 01:36 AM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 4-5-2008 03:58 PM


nabi musa ada tak mikraj sekali???


Nabi Musa/Muhammad TIDAK naik buraq pergi kelangit/mikraj.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2008 01:45 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 5-5-2008 01:36 AM


Nabi Musa/Muhammad TIDAK naik buraq pergi kelangit/mikraj.


siapa kata buraq ikut nabi naik ke langit??? soalan yang ditanya adakah nabi Musa dimikrajkan...???

[ Last edited by  anak_pejuang at 5-5-2008 01:46 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 12:39 AM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 5-5-2008 01:45 AM


siapa kata buraq ikut nabi naik ke langit??? soalan yang ditanya adakah nabi Musa dimikrajkan...???


apa yg payah sangat ni?

Ok, saya permudahkan:

Baik Nabi Muhammad mahupun Nabi Musa, TIDAK naik buraq, TIDAK naik ke langit, TIDAK dimikrajkan.

Diharap ini menjawab persoalan saudara.

::
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2008 09:27 PM | Show all posts

&#8207;&#1581;&#1583;&#1579;&#1606;&#1575; &#8207; &#8207;&#1588;&#1610;&#1576;&#1575;&#1606; &#1576;&#1606; &#1601;&#1585;&#1608;&#1582; &#8207; &#8207;&#1581;&#1583;&#1579;&#1606;&#1575; &#8207; &#8207;&#1581;&#1605;&#1575;&#1583; &#1576;&#1606; &#1587;&#1604;&#1605;&#1577; &#8207; &#8207;&#1581;&#1583;&#1579;&#1606;&#1575; &#8207; &#8207;&#1579;&#1575;&#1576;&#1578; &#1575;&#1604;&#1576;&#1606;&#1575;&#1606;&#1610; &#8207; &#8207;&#1593;&#1606; &#8207; &#8207;&#1571;&#1606;&#1587; &#1576;&#1606; &#1605;&#1575;&#1604;&#1603; &#8207;
&#8207;&#1571;&#1606; &#1585;&#1587;&#1608;&#1604; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#8207; &#8207;&#1589;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1608;&#1587;&#1604;&#1605; &#8207; &#8207;&#1602;&#1575;&#1604; &#8207; &#8207;&#1571;&#1578;&#1610;&#1578; &#1576;&#1575;&#1604;&#1576;&#1585;&#1575;&#1602; &#1608;&#1607;&#1608; &#1583;&#1575;&#1576;&#1577; &#1571;&#1576;&#1610;&#1590; &#1591;&#1608;&#1610;&#1604; &#1601;&#1608;&#1602; &#1575;&#1604;&#1581;&#1605;&#1575;&#1585; &#1608;&#1583;&#1608;&#1606; &#1575;&#1604;&#1576;&#1594;&#1604; &#1610;&#1590;&#1593; &#1581;&#1575;&#1601;&#1585;&#1607; &#1593;&#1606;&#1583; &#1605;&#1606;&#1578;&#1607;&#1609; &#1591;&#1585;&#1601;&#1607; &#1602;&#1575;&#1604; &#1601;&#1585;&#1603;&#1576;&#1578;&#1607; &#1581;&#1578;&#1609; &#1571;&#1578;&#1610;&#1578; &#8207; &#8207;&#1576;&#1610;&#1578; &#1575;&#1604;&#1605;&#1602;&#1583;&#1587; &#8207; &#8207;&#1602;&#1575;&#1604; &#1601;&#1585;&#1576;&#1591;&#1578;&#1607; &#1576;&#1575;&#1604;&#1581;&#1604;&#1602;&#1577; &#1575;&#1604;&#1578;&#1610; &#1610;&#1585;&#1576;&#1591; &#1576;&#1607; &#1575;&#1604;&#1571;&#1606;&#1576;&#1610;&#1575;&#1569; &#1602;&#1575;&#1604; &#1579;&#1605; &#1583;&#1582;&#1604;&#1578; &#1575;&#1604;&#1605;&#1587;&#1580;&#1583; &#1601;&#1589;&#1604;&#1610;&#1578; &#1601;&#1610;&#1607; &#1585;&#1603;&#1593;&#1578;&#1610;&#1606; &#1579;&#1605; &#1582;&#1585;&#1580;&#1578; &#1601;&#1580;&#1575;&#1569;&#1606;&#1610; &#8207; &#8207;&#1580;&#1576;&#1585;&#1610;&#1604; &#8207; &#8207;&#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1575;&#1604;&#1587;&#1604;&#1575;&#1605; &#8207; &#8207;&#1576;&#1573;&#1606;&#1575;&#1569; &#1605;&#1606; &#1582;&#1605;&#1585; &#1608;&#1573;&#1606;&#1575;&#1569; &#1605;&#1606; &#1604;&#1576;&#1606; &#1601;&#1575;&#1582;&#1578;&#1585;&#1578; &#1575;&#1604;&#1604;&#1576;&#1606; &#1601;&#1602;&#1575;&#1604; &#8207; &#8207;&#1580;&#1576;&#1585;&#1610;&#1604; &#8207; &#8207;&#1589;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1608;&#1587;&#1604;&#1605; &#8207; &#8207;&#1575;&#1582;&#1578;&#1585;&#1578; &#1575;&#1604;&#1601;&#1591;&#1585;&#1577; &#1579;&#1605; &#8207; &#8207;&#1593;&#1585;&#1580; &#8207; &#8207;&#1576;&#1606;&#1575; &#1573;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1587;&#1605;&#1575;&#1569; &#1601;&#1575;&#1587;&#1578;&#1601;&#1578;&#1581; &#8207; &#8207;&#1580;&#1576;&#1585;&#1610;&#1604; &#8207; &#8207;&#1601;&#1602;&#1610;&#1604; &#1605;&#1606; &#1571;&#1606;&#1578; &#1602;&#1575;&#1604; &#8207; &#8207;&#1580;&#1576;&#1585;&#1610;&#1604; &#8207; &#8207;&#1602;&#1610;&#1604; &#1608;&#1605;&#1606; &#1605;&#1593;&#1603; &#1602;&#1575;&#1604; &#8207; &#8207;&#1605;&#1581;&#1605;&#1583; &#8207; &#8207;&#1602;&#1610;&#1604; &#1608;&#1602;&#1583; &#1576;&#1593;&#1579; &#1573;&#1604;&#1610;&#1607; &#1602;&#1575;&#1604; &#1602;&#1583; &#1576;&#1593;&#1579; &#1573;&#1604;&#1610;&#1607; &#1601;&#1601;&#1578;&#1581; &#1604;&#1606;&#1575; &#1601;&#1573;&#1584;&#1575; &#1571;&#1606;&#1575; &#8207; &#8207;&#1576;&#1570;&#1583;&#1605; &#8207; &#8207;&#1601;&#1585;&#1581;&#1576; &#1576;&#1610; &#1608;&#1583;&#1593;&#1575; &#1604;&#1610; &#1576;&#1582;&#1610;&#1585; &#1579;&#1605; &#1593;&#1585;&#1580; &#1576;&#1606;&#1575; &#1573;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1587;&#1605;&#1575;&#1569; &#1575;&#1604;&#1579;&#1575;&#1606;&#1610;&#1577; &#1601;&#1575;&#1587;&#1578;&#1601;&#1578;&#1581; &#8207; &#8207;&#1580;&#1576;&#1585;&#1610;&#1604; &#8207; &#8207;&#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1575;&#1604;&#1587;&#1604;&#1575;&#1605; &#8207; &#8207;&#1601;&#1602;&#1610;&#1604; &#1605;&#1606; &#1571;&#1606;&#1578; &#1602;&#1575;&#1604; &#8207; &#8207;&#1580;&#1576;&#1585;&#1610;&#1604; &#8207; &#8207;&#1602;&#1610;&#1604; &#1608;&#1605;&#1606; &#1605;&#1593;&#1603; &#1602;&#1575;&#1604; &#8207; &#8207;&#1605;&#1581;&#1605;&#1583; &#8207; &#8207;&#1602;&#1610;&#1604; &#1608;&#1602;&#1583; &#1576;&#1593;&#1579; &#1573;&#1604;&#1610;&#1607; &#1602;&#1575;&#1604; &#1602;&#1583; &#1576;&#1593;&#1579; &#1573;&#1604;&#1610;&#1607; &#1601;&#1601;&#1578;&#1581; &#1604;&#1606;&#1575; &#1601;&#1573;&#1584;&#1575; &#1571;&#1606;&#1575; &#1576;&#1575;&#1576;&#1606;&#1610; &#1575;&#1604;&#1582;&#1575;&#1604;&#1577; &#8207; &#8207;&#1593;&#1610;&#1587;&#1609; &#1575;&#1576;&#1606; &#1605;&#1585;&#1610;&#1605; &#8207; &#8207;&#1608;&#1610;&#1581;&#1610;&#1609; &#1576;&#1606; &#1586;&#1603;&#1585;&#1610;&#1575;&#1569; &#8207; &#8207;&#1589;&#1604;&#1608;&#1575;&#1578; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1604;&#1610;&#1607;&#1605;&#1575; &#1601;&#1585;&#1581;&#1576;&#1575; &#1608;&#1583;&#1593;&#1608;&#1575; &#1604;&#1610; &#1576;&#1582;&#1610;&#1585; &#1579;&#1605; &#1593;&#1585;&#1580; &#1576;&#1610; &#1573;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1587;&#1605;&#1575;&#1569; &#1575;&#1604;&#1579;&#1575;&#1604;&#1579;&#1577; &#1601;&#1575;&#1587;&#1578;&#1601;&#1578;&#1581; &#8207; &#8207;&#1580;&#1576;&#1585;&#1610;&#1604; &#8207; &#8207;&#1601;&#1602;&#1610;&#1604; &#1605;&#1606; &#1571;&#1606;&#1578; &#1602;&#1575;&#1604; &#8207; &#8207;&#1580;&#1576;&#1585;&#1610;&#1604; &#8207; &#8207;&#1602;&#1610;&#1604; &#1608;&#1605;&#1606; &#1605;&#1593;&#1603; &#1602;&#1575;&#1604; &#8207; &#8207;&#1605;&#1581;&#1605;&#1583; &#8207; &#8207;&#1589;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1608;&#1587;&#1604;&#1605; &#8207; &#8207;&#1602;&#1610;&#1604; &#1608;&#1602;&#1583; &#1576;&#1593;&#1579; &#1573;&#1604;&#1610;&#1607; &#1602;&#1575;&#1604; &#1602;&#1583; &#1576;&#1593;&#1579; &#1573;&#1604;&#1610;&#1607; &#1601;&#1601;&#1578;&#1581; &#1604;&#1606;&#1575; &#1601;&#1573;&#1584;&#1575; &#1571;&#1606;&#1575; &#8207; &#8207;&#1576;&#1610;&#1608;&#1587;&#1601; &#8207; &#8207;&#1589;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1608;&#1587;&#1604;&#1605; &#8207; &#8207;&#1573;&#1584;&#1575; &#1607;&#1608; &#1602;&#1583; &#1571;&#1593;&#1591;&#1610; &#8207; &#8207;&#1588;&#1591;&#1585; &#8207; &#8207;&#1575;&#1604;&#1581;&#1587;&#1606; &#1601;&#1585;&#1581;&#1576; &#1608;&#1583;&#1593;&#1575; &#1604;&#1610; &#1576;&#1582;&#1610;&#1585; &#1579;&#1605; &#1593;&#1585;&#1580; &#1576;&#1606;&#1575; &#1573;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1587;&#1605;&#1575;&#1569; &#1575;&#1604;&#1585;&#1575;&#1576;&#1593;&#1577; &#1601;&#1575;&#1587;&#1578;&#1601;&#1578;&#1581; &#8207; &#8207;&#1580;&#1576;&#1585;&#1610;&#1604; &#8207; &#8207;&#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1575;&#1604;&#1587;&#1604;&#1575;&#1605; &#8207; &#8207;&#1602;&#1610;&#1604; &#1605;&#1606; &#1607;&#1584;&#1575; &#1602;&#1575;&#1604; &#8207; &#8207;&#1580;&#1576;&#1585;&#1610;&#1604; &#8207; &#8207;&#1602;&#1610;&#1604; &#1608;&#1605;&#1606; &#1605;&#1593;&#1603; &#1602;&#1575;&#1604; &#8207; &#8207;&#1605;&#1581;&#1605;&#1583; &#8207; &#8207;&#1602;&#1575;&#1604; &#1608;&#1602;&#1583; &#1576;&#1593;&#1579; &#1573;&#1604;&#1610;&#1607; &#1602;&#1575;&#1604; &#1602;&#1583; &#1576;&#1593;&#1579; &#1573;&#1604;&#1610;&#1607; &#1601;&#1601;&#1578;&#1581; &#1604;&#1606;&#1575; &#1601;&#1573;&#1584;&#1575; &#1571;&#1606;&#1575; &#8207; &#8207;&#1576;&#1573;&#1583;&#1585;&#1610;&#1587; &#8207; &#8207;&#1601;&#1585;&#1581;&#1576; &#1608;&#1583;&#1593;&#1575; &#1604;&#1610; &#1576;&#1582;&#1610;&#1585; &#1602;&#1575;&#1604; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1586; &#1608;&#1580;&#1604;


[ Last edited by  anak_pejuang at 13-5-2008 09:54 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.148475 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list