CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17393|Reply: 23

Talkin dlm bahasa melayu

[Copy link]
Post time 24-4-2008 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Maksud(dalam BM) talkin yang selalu dibaca utk orang yg
meninggal dunia.

Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang,
sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah
mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik
yg
kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat,
InsyaAllah..

WALLAHU A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang
berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang
menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang
kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran
kepada
orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan
jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang
Mahabesar kuasa
menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah
Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin
IBU SAYA , hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada
bawa
bersama-sama dari dunia ini. Sekara ng kamu telah menuju masuk ke negeri
Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu
Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA , apabila datang
kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu
Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah
kamu berdukacita dan risau serta jan ganlah kamu susah-hati dan
terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawasanya Mungkar dan Nakir itu
hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila
mereka
menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat
dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,
janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan
berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari
masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad
dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala
amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada
syurga dan
neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu
juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang
di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu
disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.
Tuhan jua
yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah
Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan
kepada
kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan
akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima
segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"
Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal
soleh,
yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang
ingat-mengingati
dengan kesabaran." Surah Al-A'sr Dari Abdullah bin 'Amr R.A , Rasulullah
S.A.W bersabda: "Sampaikanlah
pesanku walaupunpun satu ayat..."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2008 10:45 AM | Show all posts
apekesss ler duk ajo org yg dh mati...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2008 11:19 AM | Show all posts

Reply #2 316's post

peringatan utk org yg masih idop
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 12:53 PM | Show all posts

Reply #3 reenz's post

tp apesal dgn care ni lak... takde ke care len?

mcm lah org mati tu leh dgr..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2008 12:57 PM | Show all posts

Reply #4 316's post

ko idop ke mati?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 01:09 PM | Show all posts
idop......

setiap yg idop psti menemui mati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2008 01:29 PM | Show all posts
Originally posted by reenz at 24-4-2008 11:19 AM
peringatan utk org yg masih idop


banyak cara lain ingatkan orang yg idup, kenapa baca talqin?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 02:34 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 24-4-2008 01:29 PM


banyak cara lain ingatkan orang yg idup, kenapa baca talqin?



sbb ramai manusia yg tgh hidup ni lupa yg diorg akan mati gak suatu ari nanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2008 02:50 PM | Show all posts

Reply #8 penglipur's post

bace talqin tu utk org idop ke utk org mati?

kalo utk yg idop tu takyah talqin kt kubor pong takper...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 10:25 AM | Show all posts

Reply #9 316's post

tapi bagi yang pergi ke kubur tuh nampak

satu hari nnt ko akan jadi macam yang dikebumikan tuh..

memanglah ader banyak cara lain nak ingatkan.. korang sume bole bagi satu example lain? yang better daripada talkin that is..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 06:55 PM | Show all posts
SETAHU AKU...TALKIN NI DIBACA DI DEPAN KUBUR SELEPAS PENGKEBUMIAN SEBAGAI PERINGATAN KEPADA ORANG YANG MASIH HIDUP SUPAYA ORANG YANG MASIH HIDUP INSAF DAN BERTAUBAT......

TAPI KALU RASA TALKIN NI BUANG MASA ATAU TAK BERFAEDAH, BOLEH LA DIWASIATKAN SUPAYA DI HARI KEMATIAN KELAK TAK PAYAH BACA TALKIN....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 09:55 PM | Show all posts

Reply #1 reenz's post

sebijak2 manusia adalah mereka yg mengingati mati.....

thanks....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by gunblade712 at 25-4-2008 10:25 AM
tapi bagi yang pergi ke kubur tuh nampak

satu hari nnt ko akan jadi macam yang dikebumikan tuh..

memanglah ader banyak cara lain nak ingatkan.. korang sume bole bagi satu example lain? yang ...


wat la ceramah ke.. cite ttg hr kiamat...

org2 ni x patut lupe akn kematian... spttnye setiap mase diorang ingtkn mati... takyah diingatkan pong takper... kecuali org yg x berilmu beragama jer...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 05:48 PM | Show all posts
atuk & nenek aku ninggal takde baca talkin pun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 10:30 AM | Show all posts
salam

gamaknya yg terbaik
adalah membaca TALKIN utk org yg NAK MATI
atau dekat dekat nak mati
moga moga dia dapat pelajaran
atau kalau dia dapat terus hidup
dia insaf dan kembali baik

***testing baring dlm liang lahad!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 11:10 AM | Show all posts

Reply #13 316's post

betul2..

tapi kalau ceramah, mngkin feel dier lain... yelah.. ceramah ape kite nampak??

dan kalau ikut pengalaman aku, tengok pengkebumian memang ader sikit feel lah.. rase macam tak best lah bile tengok...

so bile ditambah dengan talkin, lagi2lah perasaan tuh datang..

tapi mende nih bukan wajib, setau aku, kalau ikutkan, lepas kebumi blah cepat2.. time is precious u know..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2008 10:56 PM | Show all posts

Reply #16 gunblade712's post

namun la ni
banyak yang tak setuju adakan talkin
kalau nak buat
buat jer
tak yah komen banyak2
kalau tak nak buat tak yah buat
bukan wajibpun
tak de dalam sunnahpun
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 11:08 PM | Show all posts
mcmana plak dgn org pompuan..?

mcm saya ni, ayah mmg tak bagi isteri dgn anak2 perempuannya gi ke kubur..jadinya saya tak pernah dgr org baca talkin ni..

tapi ada jugak yg saya tgk org perempuan tak kisah jer pegi ke kubur..

apa hukumnya perempuan pegi kubur..? mengikut kefahaman saya perempuan tidak di galakkan pergi..

jadinya bg saya sekurang2nya baca talkin yg di paste oleh tuan rumah ni dapat la jugak menginsafkan saya..walaupun tak sebut nama saya.. boleh gitu..?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 01:46 AM | Show all posts
disunakan memberi salam semasa lalu dikubur kerana ahli kubur itu hidup mendengar dan menjawab salam kita...

Alssalamulaika Ya Ahlil Kubur...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 01:55 AM | Show all posts
Alam Barzakh
Alam Barzakh adalah stasiun perjalanan Akhirat ketiga yang menakutkan. Tentang alam Barzakh banyak disebutkan di dalam Al-Qur'an dan hadis, tersurat dan tersirat. Di dalam Al-Qur'an Allah swt berfirman:

[size=130%]وَمِنْ وَرائِهِمْ بَرْزَخٌ إلى يَوْمِ يُبْعَثُون

揇an di belakang mereka ada Barzakh sampai hari kiamat.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.072218 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list