CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 37069|Reply: 260

[merge threads] anti wahabi

[Copy link]
Post time 28-4-2008 10:05 PM | Show all posts |Read mode


Assalamualaikum,



Saya kerap dihujani dengan komen yang menyuruh kita bertasamuh dengan wahabi.Komen-komen seperti "kenapa sibuk sibuk dengan wahabi,sedangkan banyak lagi perkara penting yang perlu dilihat" sudah lali bagi saya.Mengapa ? Agak panjang hendak ditulis jika mahu penjelasan yang panjang lebar.Saya sendiri agak sibuk dan saya hanya menulis didalam blog ini untuk mengisi masa lapang saya .

Masalah yang dibawa oleh agama wahabi ini bukanlah masalah yang kecil.Sejak dari awal kemunculannya ,terbukti ianya telah banyak mengkucar kacirkan malah membantutkan pembangunan umat Islam sendiri.Beribu ribu umat Islam yang tidak berdosa telah dibunuh, nenek moyang kita yang beragama Islam juga telah dikafirkan.Malah kejatuhan khilafah Uthmaniyah juga disebabkan oleh rompakan puak wahabi yang merampas tanah Hijaz dari tangan khalifah.Kini kita juga dihidangkan dengan pembidaahan dan pengkafiran mereka terhadap umat Islam yang tiada penghujungnya.Benarlah bahawa hadis nabi tentang kemunculan mereka ini dari bumi fitnah Najd.

Ingin sekali saya menyentuh tentang isu tasamuh ini.Kebelakangan ini ,semakin banyak blog yang muncul bagi menentang akidah wahabi.Tahniah diucapkan.Tidak lupa juga kepada blog blog yang telah mula sedar akan kepentingan melawan akidah mujassimah yang dipromosikan oleh wahabi.Bilangan mereka ini semakin bertambah hari demi hari,atas berkat dan hasil usaha ulama ulama yang telah menjelaskan kepada masyarakat awam tentang bahayanya akidah kufur wahabi mujasimah.

Perkara lain yang ingin disentuh ialah kewujudan web site dan blog yang bertasamuh dengan akidah wahabi.Apa itu tasamuh? Tasamuh secara ringkasnya dapat di tafsirkan sebagai bertoleransi.Adakah dalam semua keadaan kita dibenarkan bertasamuh termasuk dalam bab yang berkaitan dengan iman dan Islam?Mana mungkin pendapat ini diterima oleh orang yang berfikiran waras.Mana mungkin dapat bertasamuh dengan orang yang mengatakan Islam adalah sama seperti Yahudi,Kristian,Buddha ,Hindu dan agama lain?Bukankah Allah telah berfirman dalam surah Ali Imran;
ﺇﻦﺍﻠﺪﻴﻦﻋﻧﺪﺍﷲﺃﻹﺴﻼﻢ
" Sesungguhnya agama yang disisi (diredhai) Allah adalah Islam"

Maka kita juga tidak dapat menerima kemunculan agama baru yang bertopengkan salaf yang muncul lebih kurang dua ratus tahun lalu yang dibawa oleh Muhammad ibn Abdul Wahab.Terlalu banyak penyelewengan agama baru ini ,saya listkan sebahagian kecil sahaja.
  • Mereka berakidah mujassimah seperti mengatakan' Allah duduk atas arasy',Mendakwa lagi Allah itu beranggota badan dan juga menetapi tempat dan juga mengatakan Allah itu jisim .
  • Mereka juga mengkafirkan umat ISlam yang bertawasul dan bertabaruk sedangkan perkara tersebut mempunyai dalil dari Quran dan Sunnah dan bukannya ia benda yang direka-reka untuk merosakkan Islam.Bahkan pandangan yang mengatakan bertawasul dan bertabaruk itu adalah syirik adalah yang sebenarnya merosakkan Islam itu sendiri .
  • Mereka mengkafirkan ramai ulama muktabar Islam kerana tidak berakidah tajsim seperti mereka .Kita dapat melihat contoh dimana seorang pelajar UIA telah mempromosikan kesesatan akidah ulama tersebut kerana tidak berakidah sperti mereka.
  • Mufti sumpah-sumpah yang berada di Malaysia ini juga turut mempromosikan akidah wahabi,dan secara tidak langsung membodek pemerintah untuk duduk di bawah ketiak mereka.
Bagaimanakah kita dapat bertasamuh dengan orang yang mengkafirkan umat Islam secara keseluruhan?Persoalan mudah,jika seseorang itu bukan antiwahabi,apakah pegangan dia yang sebenarnya?Saya menjawab "dia sebenarnya adalah penyokong kepada wahabi.Sekalipun dia tidak mengaku akan kebenarannya.Ini kerana dengan tidak menolak wahabi" ,secara tidak langsung seolah olah menyokong kepada berkembangnya agama wahabi (dengan akidah kufur mereka itu) telah menyesatkan akidah umat Islam di seluruh dunia.Tasamuh dalam perkara yang melibatkan Iman dan ISlam adalh satu perbuatan yang tidak boleh diterima.Ini adalah satu kezaliman kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Mereka telah bersimpati terhadap pemuka-pemuka mujassim wahabi apabila sesetengah blogger menentang akidah wahabi.Dalam masa yang sama pula membenci bahkan ,menyeru kepada orang ramai untuk memulaukan blog blog yang menentang wahabi.

Saya ingin mengulas satu komen dari mereka yang bertasamuh dengan wahabi :


":Jangan terlalu fanatik dalam menentang kebatilan Wahabi sehingga melupakan kepentingan hidup bertoleransi antara satu sama lain."

Si penulis tersebut sendiri telah mengakui bahawa wahabi ada kebatilannya.Tapi dalam masa yang sama seolah olah menafikan kebatilan wahabi dengan mengatakan"
JANGAN TERLALU FANATIK".

Adakah dengan mempertahankan Islam dengan hujah dan dalil bersumberkan Alquran ,Sunnah,Ijmak dan Qias dalam menentang kebatilan wahabi dianggap sebagai fanatik yang salah?Apakah si penulis faham makna fanatik yang sebenar?

Adakah dengan memboikot barangan belanda kerana mereka menghina Islam dikira fanatik yang salah?Bukankah wajib bagi umat Islam mempertahanan akidah umat Islam apabila dicerca dan 'dibelasah' .Menyebut tentang wahabi pula , perkara ini datang dari mereka yang mengaku membawa ajaran Islam,tetapi pada hakikatnya bertentangan dengan ajaran yang dibawa nabi Muhammad SAW.


Wahai umat Islam marilah kita bersatu menentang kebatilan wahabi yang membawa akidah tajsim yang dinyatakan kufurnya oleh imam Syafii dan imam imam yang lain .Jadi tidak perlulah kita bersandar kepada pendapat-pendapat orang kafir seperti Martin Luther,paderi paderi kristian seperti pope benedict dan juga dari Bush.Adakah tidak cukup pandangan dari ulama Islam dalam mempertahankan agama ini dari penyelewengan mujassimah .Allahuakbar!Ya Allah ,jauhkan umat Islam dari kelemahan dalam mempertahankan agamaMu.

Kepada umat Islam terutamanya bloggers ,marilah kita berganding bahu dalam menentang kebatilan-kebatilan yang wujud yang datang dari luar mahupun dari dalam sendiri terutamanya golongan wahabi,mujassimah moden,syiah,qadiani,ayah pin,bahai, anti hadis dan lain-lain yang menggugat akidah umat Islam.

YA ALLAH ,DENGAN BERKAT NABIMU DAN WALI WALIMU DAN JUGA ORANG ORANG YANG SOLEH DARI HAMBAMU ,SELAMATKANLAH AKIDAH UMAT ISLAM DARI BENCANA KEBATILAN AJARAN WAHABI.
WALLAHUA`LAM

bersambung........


JIHADWAHABI
jihadwahabi.blogspot.com







[ Last edited by  ibnur at 9-5-2008 12:29 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2008 09:52 AM | Show all posts
salam

tak abih lagi dgn wahabi niiii
kamu kata mufti perlis pun wahabi gak?

tak pa nanti aku pi buat wawancara dgn dia
dan aku post kat sini
kalau mu ada apa-apa soalan lagi nak suruh dia jawap.. silakan

*** selalu jugak dengark dia ceramah
sesekali je aku bangkang, saja nak tengok angin dia tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 10:38 AM | Show all posts

Reply #2 orangbesi's post

ooo.. aku ada satu nak tanya Mufti.  Bila dia dapat Dato'?  Raja bagi ka atau Agong bagi?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 06:46 PM | Show all posts
ok nanti saya tanya dia
(jangan dia tengalong aku dah leeeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2008 07:31 PM | Show all posts

1

Originally posted by wineps at 8-5-2008 04:26 PM
KUALA LUMPUR: Fahaman Wahabi tidak pernah diputuskan sebagai ajaransesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, kata Menteri di Jabatan PerdanaMenteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

揊ahaman Wahabi tida ...


WAHABI memperkenalkan ajaran Mujassim.. Mujassim tu tak SESAT ke????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2008 08:33 PM | Show all posts

WAHHABI KAFIRKAN TAHLIL & ZIKIR

WAHHABI KAFIRKAN TAHLIL&ZIKIR, Ibnu Taimiah Mengharuskan&Menggalakkannya Pula
BUKTI WAHHABI MENGKAFIRKAN AMALAN TAHLIL DAN ZIKIR MANAKALA IBNU TAIMIAH MENGALAKKAN PULA.


DI ATAS ADALAH KITAB IBNU TAIMIAH BERJUDUL MAJMUK FATAWA JILID 24 PADA MUKASURAT 324. IBNU TAIMIAH DITANYA MENGENAI SESEORANG YANG BERTAHLIL, BERTASBIH,BERTAHMID,BERTAKBIR DAN MENYAMPAIKAN PAHALA TERSEBUT KEPADA SIMAYAT MUSLIM LANTAS IBNU TAIMIAH MENJAWAB AMALAN TERSEBUT SAMPAI KEPADA SI MAYAT DAN JUGA TASBIH,TAKBIR DAN LAIN-LAIN ZIKIR SEKIRANYA DISAMPAIKAN PAHALANYA KEPADA SI MAYAT MAKA IANYA SAMPAI DAN BAGUS SERTA BAIK.

Manakala Wahhabi menolak dan menkafirkan amalan ini.


DI ATAS PULA ADALAH KITAB IBNU TAMIAH BERJUDUL MAJMUK FATAWA JUZUK 24 PADA MUKASURAT 324.IBNU TAIMIAH DI TANYA MENGENAI SEORANG YANG BERTAHLIL 70000 KALI DAN MENGHADIAHKAN KEPADA SI MAYAT MUSLIM LANTAS IBNU TAIMIAH MENGATAKAN AMALAN ITU ADALAH AMAT MEMBERI MANAFAAT DAN AMAT BAIK SERTA MULIA.

Tetapi amalan ini adalah amalan kufur disisi Wahhabi.


Saya ( Abu SYafiq ) mengatakan: Wahhabi adalah agama pelampau. Mereka akan mengkafirkan sesiapa sahaja termasuk ibu bapa mereka sendiri. Ini telah berlaku dalam kes-kes di Malaysia yang akan dibongkarkan tidak lama lagi bukti kesemua Wahhabi di Malaysia juga mengkafirkan ibu bapa mereka yang beragama Islam hanya kerana ibu bapa mereka berakidah Asya'irah Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan mengamalkan tahlil, talkin dan lain dari amalan yang ada sumber nas dari Al-Quran dan Hadith. Tetapi sekiranya kita mendatangkan jutaan hujjah sekali pun kepada Wahhabi pasti mereka menolakknya dan mengatakan kita yang DOK BETUL.

"Tuhan" Wahhabi: Jisim Duduk Atas Kerusi Roda.
"Nabi" Wahhabi: Ibnu Taimiah Al-Harrani.
"Wali" Wahhabi: Muhammad Bin Abdul Wahhab Tanduk Syaitan.

Inilah hakikat gerakan dan agama Wahhabi berdasarkan fakta dan bukti dari kitab-kitab mereka sendiri.

Doa yg selalu saya doakan utk Wahhabi.Semoga Allah memberi hidayah iman kepada Wahhabi.

www.abu-syafiq.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-5-2008 08:42 PM | Show all posts
Originally posted by mama_dinie at 8-5-2008 04:41 PM
so wahabi bukanlah mazhab atau fahaman, sekadar membetulkan kembali akidah ummat supaya mengikut ajaran quran dan sunnah yg sebenar

yang dok berbahas tak habis2 kat dalam porem ni sbb tak paha ...


akidah Tuhan dok atas kerusi di arays... itu ajaran sebenar ka???
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 08:48 PM | Show all posts

Reply #1 anak_pejuang's post

Merujuk kepada petikan Ibnu Taimiyah, nampaknya pahala memang sampai kepada si mati jika dibuat oleh "ahli"nya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2008 09:16 PM | Show all posts
rujuk dulu jgn menuduh sembarangan...mereka tu kan mempunyai dalil sebelum membuat fatwa...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 8-5-2008 07:31 PM


WAHABI memperkenalkan ajaran Mujassim.. Mujassim tu tak SESAT ke????


mana bukti hang kata wahabi bawak ajaran tue....?dok kata dengar lawannya pekak.ada lawannya tiada,Nabi pernah sebut lagu tue ka....?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 8-5-2008 08:42 PM


akidah Tuhan dok atas kerusi di arays... itu ajaran sebenar ka???


hang x baca quran ka.....?????ada nabi buat takwil ayat tue ka?Sahabat Nabi ada takwil ka????Imam mazhab ada takwil ka.....?????

hang ikut ajaran mana....????
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 12:53 PM | Show all posts
Originally posted by wineps at 9-5-2008 09:16 AM


hang x baca quran ka.....?????ada nabi buat takwil ayat tue ka?Sahabat Nabi ada takwil ka????Imam mazhab ada takwil ka.....?????

hang ikut ajaran mana....????


maaf potong que a.pejuang nak respon, nak tanya je jangan marah pulak ye:
hmmm...maksud sedara Nabi tak pernah takwil ke ayat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 11:59 PM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 8-5-2008 07:31 PM


WAHABI memperkenalkan ajaran Mujassim.. Mujassim tu tak SESAT ke????


Yang majlis fatwa kebangsaan kata sesat ialah SYIAH dengan GOLONGAN TAREQAT SUFI

Takbirrrrrrrrrrrrrrrr



[ Last edited by  kupia at 10-5-2008 12:02 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 12:04 AM | Show all posts
Originally posted by wineps at 9-5-2008 09:16 AM


hang x baca quran ka.....?????ada nabi buat takwil ayat tue ka?Sahabat Nabi ada takwil ka????Imam mazhab ada takwil ka.....?????

hang ikut ajaran mana....????


berkata syaikh imran as syafi`e "Kalaulah kerana mengikut muhammad makaaku dikatakan wahaby maka ketahuilah aku adlah wahaby".

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 12:21 AM | Show all posts

1

AKU ADALAH WAHABI !
Oleh : Abu Basir

Sekalipun aku mengelak daripada jenama yang dicipta, yangtelah memecah belahkan kaum muslimin dan tidak menyatu padukan mereka, akantetapi, secara jelas aku mengumumkan tanpa rasa ta抯ub atau kecenderunganberpuak bahawa aku adalah WAHABI. Iaitu mereka yang dimuliakan dengan kecintaankepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah dan kecintaan kepadaseruan dakwah beliau.

Jika Wahabiah itu maknanya seruan kepada tauhid.. dan aqidahyang sahih.. serta menghapuskan syirik dan juga bebas daripada perbuatan dangolongannya.. seperti yang diseru oleh Syeikh,

Ya, aku adalah WAHABI...!

Jika Wahabiah itu maknanya seruan kepada al-Kitab danal-Sunnah..serta berpegang teguh dengan cara, petunjuk dan pemahaman SalafusSoleh.. dan menghapuskan kefanatikan mazhab.. seperti yang diseru oleh Syeikh,

Ya, aku adalah WAHABI...!

Jika Wahabiah itu maknanya berpegang kepada sunnah yangtsabit lagi sahih.. serta menghapuskan bid抋h dan khurafat.. seperti yangdiseru oleh Syeikh,

Ya, aku adalah WAHABI...!

Jika Wahabiah itu maknanya berjihad memerangi taghut yangzalim.. juga jihad memerangi syirik dan orang musyrikin.. seperti yang diseruoleh Syeikh,

Ya, aku adalah WAHABI...!

Jika Wahabiah itu maknanya jalan pertengahan.. tanpa condongkepada sikap melampau dan berserah.. seperti yang diseru oleh Syeikh,

Ya, aku adalah WAHABI...!

Telah ku teliti keadaan mereka yang mengkritik secara penuhkedengkian terhadap Syeikh dan seruan dakwahnya, lalu ku dapati mereka itu ;

Samada kafir.. ataupun syiah rafidhah.. ataupun ahli sufiyang melampau.. ataupun ahli bid抋h yang sesat.. ataupun mereka yang jahil..yang mengulang-ulang apa yang mereka dengari tanpa mereka mengenali siapakahSyeikh dan seruan dakwahnya itu.

Inilah barisan yang buruk.. amat malangdan rugi bagi mereka yang merelakan diri mereka berdiri bersama barisan ini..ataupun menjadi pesertanya.. ataupun menambahramai bilangannya.

Apakah yang mereka dendamkan terhadap Syeikh.. Alangkahramainya sekali golongan pendendam pada zaman ini.. Kita telah pun mendengarnyasejak dari dulu lagi akan dendam golongan ini.. kata nista dan cacian sertatohmahan.. terhadap Syeikh dan seruan dakwahnya - sehingga kalimah Wahabi itumenjadi kata nista dan jelik pada kebanyakan masyarakat! - tanpa ditunjangikepada hujah (sekalipun yang kecil) yang membenarkan golongan ini mengenaikezaliman, tohmahan dan hinaan serta dendam mereka...?!

Nah, inilah dia peninggalan Syeikh dan karya-karyanya beradadi tangan kita..! mudah untuk didapati bagi yang berkehendakkannya.. semuanyaberbicara dengan Haq.. menyeru kepada yang Haq.. menyuruh dengan Haq..Datangkanlah kepada kami satu kekurangan ( yang benar-benar salah ) - jikakalian adalah golongan yang benar - untuk diadili Syeikh.. dan diadili juga seruandakwahnya.. yang sudah tentu akan membenarkan segala dendam, nista dan tohmahankalian...?!

Jika kalian tidak menjumpainya.. dan sememangnya kaliantidak akan menemukannya.. kami telah mengetahui, bahawa, apakah sebenarnya yangmenjadikan kalian mendendami Syeikh dan seruan dakwahnya.. iaitu keranaberdirinya Syeikh di atas kebenaran amat tidak menyenangkan kalian dan jugasyaitan-syaitan kalian.

Jika dikatakan : Lihatlah kepada kezaliman dan kesalahanmereka yang menisbahkan diri mereka terhadap Syeikh dan seruan dakwahnya padazaman ini...?

Aku katakan : Tidak terjejas sama sekali Syeikh dan seruandakwahnya dengan wujudnya golongan ini pada zaman ini - yang mendakwa merekaadalah pengikut Syeikh dan seruan dakwahnya - kerana mereka melakukan kesalahanyang dihasilkan oleh diri mereka sendiri dan bukannya kesalahan orang lain..Sesungguhnya seseorang itu tidak boleh disoal dan dihisab dengan sebabkesalahan orang lain.. jika ianya dibolehkan, maka, tiada siapa pun yang akanselamat di muka bumi ini daripada dakwaan orang lain...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2008 01:18 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 9-5-2008 11:59 PM


Yang majlis fatwa kebangsaan kata sesat ialah SYIAH dengan GOLONGAN TAREQAT SUFI

Takbirrrrrrrrrrrrrrrr


klo benar WAHABI tak sesat mananya dalil Al Quran kata Tuhan dok atas kerusi di arays???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2008 01:25 AM | Show all posts
Originally posted by wineps at 9-5-2008 09:14 AM


mana bukti hang kata wahabi bawak ajaran tue....?


ASRI MENGHIDUPKAN AKIDAH YAHUDI:'ALLAH DUDUK'




[size=180%]AWAS!

[size=180%]AKIDAH YAHUDI IAITU
[size=180%]'ALLAH [size=180%]BERSIFAT DUDUK'
[size=180%]TELAH DIHIDUPKAN DI MALAYSIA INI OLEH MUFTIN WAHHABI MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN.



[size=130%]Penerangan ringkas BERFAKTA oleh :
Abu_syafiq (012-2850578)

Ketahuilah bhw aqidah yg dibawa oleh Wahhabiyah di malaysia dan di luar negara adalah akidah yang bersumberkan Yahudi dan Kristian kafir yang cuba diserapkan dalam masyarakat umat islam demi memecahbelahkan umat islam dan bertujuan agar umat islam menjadi Yahudi dan Nasoro, kemudian bersenang-lenanglah Iblis bersama mereka di neraka kelak!

Inilah Yahudi Kuffar dengan kerjasama penuh dari Wahhabiyah dalam menyesatkan umat islam di tanah air kita ini. Ikti penjelasan berfakta,ringkas dan padat serta telus ini:


- Akidah ' Allah Duduk' Adalah Akidah Yahudi Kafir .
Dalam kitab Yahudi Safar Al-Muluk Al-Ishah 22 Nombor 19-20Yahudi menyatakan akidah kufur di dalamnya :
قال فاسمع إذاً كلام الرب قد رأيت الرب جالسًا على كرسيه و كل جند السماء وقوف لديه عنيمينه و عن يساره
Kata-kata kufur Yahudi tersebut bermaksud :
揃erkata : Dengarlah akan engkau kata-kata tuhan,telahku lihat tuhan duduk di atas kursi dan kesemua tentera langit berdiri di sekitarnya kanan dan kiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2008 01:31 AM | Show all posts
Originally posted by wineps at 9-5-2008 09:14 AM


mana bukti hang kata wahabi bawak ajaran tue....?


Inilah Contoh Ajaran Tok Guru Imam WAHABI Al Mujassim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2008 01:41 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 10-5-2008 12:04 AM


berkata syaikh imran as syafi`e "Kalaulah kerana mengikut muhammad makaaku dikatakan wahaby maka ketahuilah aku adlah wahaby".

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrr


nabi tak berakidah SESAT seperti WAHABI almujassim...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2008 01:46 AM | Show all posts
Originally posted by wineps at 9-5-2008 09:14 AM
dok kata dengar lawannya pekak.ada lawannya tiada,Nabi pernah sebut lagu tue ka....?


dengar lawannya apa??
wujud lawanya apa??
bukankah Tuhan itu Maha mendengar???
bukankah Tuhan itu wujud???

segala sifat berlawanan bagi Tuhan di dalam Al Quran kesemuanya adalah sifat mustahil bagiNya yang tak tercatat dalam al quran... persoalannya adakah wajib bagi Tuhan mempunyai selain apa yang di terangkan dalam Al Quran... mustahil ke tidak sifat berwanan yang mu sebut itu berada dalam Al Quran???

[ Last edited by  anak_pejuang at 10-5-2008 02:14 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2026 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.076046 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list