CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Pangtujuh

Kenduri Arwah, tahlil & Amalan Kematian

[Copy link]
Post time 16-3-2004 03:20 AM | Show all posts
Allah kan maha pengasih dan penyayang, mana tahu dengan niat yang ikhlas Allah mengabulkan permohonan kita nak sedekahkan pahala tersebut pada simati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2004 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by Remy_3D at 2004-3-16 03:20 AM:
Allah kan maha pengasih dan penyayang, mana tahu dengan niat yang ikhlas Allah mengabulkan permohonan kita nak sedekahkan pahala tersebut pada simati.

Memanglah Allah maha pengasih dan maha penyayang. Dan Allah dah terangkan bahawa cara untuk membantu simati bukan dengan cuba menghadiahkan pahala (An Najm 39) tetapi dengan mendoakan simati (Surah Muhammad ayat 19, Surah Al Hasyr ayat 10).

Allah dah terangkan caranya, mengapa kita ingkar?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2004 06:48 PM | Show all posts
memang pada zaman nabi..tak pernah dilakukan

setengah2 pihak mengatakan ianya bidaah..

tapi..ada pendapat2 orang yang kaya ilmu agama....benda nie tak salah..sbb kita berbuat baik kepada arwah seperti memberi makan dan berdoa..

selagi tak melanggar hukum hakam dan ikut aturan..dibolehkan..
mcm tulah  yang aku dgr

bagi orang2 yang adakah majlis tahlil ckp 40 harilah..100 hari lah..aku penah dgr ustaz ckp..tak sepatutnyer diadakan..

dan jugak orang yang bergolok bergadai demi tuk membuat kenduri tahlil nie..dan juga orang yang membazir
Reply

Use magic Report

mail25 This user has been deleted
Post time 17-10-2005 03:46 PM | Show all posts
setiapperbuatan yg nabi x penah buat adalah bidah...cuma ulamak ketagorikan pad a2 bahagian:
1)Bidah hasanah(yg baik)
2)Bidah talalah(yg haram)
tahlil tetap bidah  walaupun org kata bidah hasanah... tapi kalau bole elakkan walaupun tak la sampai hukum haram..nak2 tahlil cara masyarakat melayu  dimana keluarga simati menyediakan makanan pada orang yg menziarah....ni dah tebalik..patut org yg dtg ziarah bagi makanan..ni dia lak dapat makan...yg lagi haru,orang keliling baca yasin,kemeyan dibakar ditengah2....
the point is...elakkan la benda2 camni...nabi x penah buat...amalan anak2 yg akan memberi kesan pada simati....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2005 07:26 PM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Walau bagaimana pun, masih ada manfaat kepada simati bila dikumpulkan orang kerumah dan diberi makan dengan membelanjakan duit/harta simati, kerana dengan cara ini harta simati telah digunakan sebagai sedekah, sesuai dengan perkara pertama dalam hadith sahih Muslim diatas


Sila perhatikan perkara yg teman highlight di dlm warna merah di atas.
Setahu teman, apabila seseorg itu telah meninggal duniya.......bagi nya apa yg TELAH di usahakan nya.
Yang di tinggalkan nya adalah HAK waris. (refer kpd FARAID)

So, apa apa yg di gunakan or di belanjakan selepas seseorg itu MENINGGAL DUNIYA sudah TIDAK menjadi bahagian nya lagi.

Sebab itu, Islam menganjurkan umat nya agar berAMAL serta berSEDEQAH JARIAH semasa dia masih lagi hidup. (refer kpd hadis mengenai anak yg soleh, ILMU dan juga harta benda yg telah di sedeqahkan)

Anak yg soleh yakni seorg anak yg membuat amal kebajikan di atas ASUHAN ibu bapa nya ataupun di atas didikan ataupun di atas perbelanjaan ibu bapa nya.....TURUT mendapat pahala.

Setahu teman, apa2 kebaikkan ataupun kemungkaran yg di ajari olih seseorg terhadap org lain........si pengajar turut mendapat SAHAM nya!

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2006 06:45 PM | Show all posts

Istimewa Buat Ibu Bapa Yang Telah Pergi...

Buat parents yang telah kembali ke rahmatullah...

Antara usaha yang telah, sedang dan akan dibuat... insyaAllah... (semoga jadi pengajaran buat semua dan mohon tambahan kepada senarai yang ada)

1) Mendoakan ketenangan abadi dan lain2 doa yang baik buat mereka..
2) Membacakan al-Fatihah, yaasin dan bacaan Quran buat mereka (dengan niat) setiap kali masa terluang (everyday)..
3) membayar hutang mereka termasuk hutang puasa...
4) Menujukan pahala amal jariah (sedekah, wakaf barangan) di atas nama mereka..
5) Menyambung silaturrahim dengan orang2 lain yang mereka kasihi...
6) Menyedekahkan / mendermakan barangan mereka supaya dapat digunakan oleh orang lain dan pahalanya berterusan...
7) Tidak lekang ingatan dan perasaan sayang terhadap mereka...
8) Sentiasa memohon diampunkan dosa mereka..
9) Memaafkan mereka, dan memohon agar dosa kita terhadap mereka diampunkan...
10) Selalu menziarah dan membersihkan kubur mereka..
11) Menjaga harta tinggalan (seperti rumah) atau harta waqaf mereka dgn baik...
12) Menjadi anak yang baik...
13) Mendoakan adik-beradik semoga tidak ada yang akan memudaratkan kehidupan aruah parents dengan lalai menjalankan sebarang tanggungjawab yang berkenaan...
14) Menunaikan haji buat mereka (mengikut kemampuan)... insyaAllah..

untuk aruah mak ayah... we love you! Al-Fatihah....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2006 07:52 PM | Show all posts
Assalamu Alaikum,




Al FAtihah untuk ayahandaku yang  kucintai semoga dikau sentiasa dirahmati Allah SWT, Pemeliharamu dimasa dikau hidup mahupun saat engkau telah kembali kepadaNya....  Betapa aku terhutang budi padamu kerana telah menanamkan benih cinta kasih terhadap baginda RAsulullah saaw dan Ahlul Baitnya...

dan tidak lupa juga kuhadiahkan Al Fatihah ini kepada insan yang kusayangi yang telah berjanji untuk bersama2ku didunia hingga keakhir hayatmu... Ternyata dikau telah dipanggil Allah SWT terlebih dahulu lantas meninggalkan aku kini dalam menempuh liku2 hidup dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah SWT diatas muka bumi ini..


Perginya kalian berdua membawa cinta yang teramat sangat terhadap Kekasih kita bersama, Rasulullah saaw, cinta tehadap Ahlul Bait baginda dan cinta terhadap mereka yang telah mencintai Kekasih2 Allah SWT.... Semoga kalian disaat ini sedang menerima balasan cinta berahi dari mereka ini dan berada dalam rangkuman cinta illahi yang kekal abadi.....



Salam dan selawat keatas RAsulullah saaw dan Ahlul BAit serta sahabat2 yang terpilih.......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 10:21 AM | Show all posts
Salam dan waa'laikumussalam
dan tidak lupa juga kuhadiahkan Al Fatihah ini kepada insan yang kusayangi yang telah berjanji untuk bersama2ku didunia hingga keakhir hayatmu... Ternyata dikau telah dipanggil Allah SWT terlebih dahulu lantas meninggalkan aku kini dalam menempuh liku2 hidup dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah SWT diatas muka bumi ini..

Terharu sungguh..... :cry: Isteri ke? Semuga tabah dan dpt pengganti... Dan Al-Fatihah utk semua yg dah pergi. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka Amin! :pray:

ps: Teringat pulak pd 2 sahabat karib yg tlh pergi serta meninggalkan anak2 yg masih kecil... Hy Allah yg Maha Mengetahui akan hikmahnya.... When is my turn???? Only Allah knows...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2006 10:42 AM | Show all posts
Nak tanya beberapa soalan skit...

Membacakan al-Fatihah, yaasin dan bacaan Quran buat mereka (dengan niat) setiap kali masa terluang (everyday)..


Ada org kata, bg wanita yg tlh berkahwin, perlu meminta izin kpd suaminya terlebih dahulu. Betulke? Walaupun pd parents sendiri?

10) Selalu menziarah dan membersihkan kubur mereka..

Ada org siram air  or taburkan bunga rampai atas kubur. Ada mana2 hadith tak yg membenarkan ini atau perbuatan seumpamanya. Adakah ini sekadar amalan/adat/bidaah?
Me, kalau bawa anak2 ke kubur, penat nak jawab soalan2 mereka. In fact, me don't have a specific answer to satisfy them. Antaranya:
Kenapa siram air byk2? Nenek hauske?
Siramla byk2, nanti nenek jaga.
Anybody cares to help?

Menyedekahkan / mendermakan barangan mereka supaya dapat digunakan oleh orang lain dan pahalanya berterusan...

Benarkah 1/3 dr harta kita perlu diinfakkan ke jln Allah? Like sedekahkan or whatever.
Arwah mak ada meninggalkan sedikit wang simpanan. Jika diambil 1/3, nilainya agak besarlah bg org yg kurang berkemampuan. Ada tak hadith/ayat Quran berkaitan dgn ini. Just to convince some of my family members.

Jazakallah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2006 08:10 AM | Show all posts

hmm..

pasal minta izin suami tu, i rasa kalu kita bagitahu apa yang kita buat, n insyaAllah tiada halangan daripada suami (saya rasa insyaAllah tidak)... so dah kira diizinkan la tu. better  apa yg kita buat diketahui oleh suami coz rasanya there is nothing to hide... mcm i, i mmg bagitahu suami, Alhamdulillah..

harta tu, yang i tahu, 1/3 daripada harta tu BOLEH diinfakkan ke jalan Allah but tidak semestinya.. maksudnya kalau nak infakkan, jangan belanjakan semuanya (100%).. kena bagi waris (yang berhak, peratus mengikut yang ditetapkan oleh agama kita).. dan bayarkan juga hutang si mati (aruah).. tetapi kalau teringin nak belanjakan juga (utk sedekah dan sbgnya)... mesti hanya 1/3 dan tidak lebih daripada itu daripada harta yg ada... ini bagi mengelakkan berlakunya penganiayaan terhadap waris yg tinggal, juga bagi mereka yang dutangi simati dan sbgnya....

Wallahua'lam... (maaf saya tak sempat nak check hadith n Quran yang bersesuaian... ni baru masuk keje after cuti 4 hari... keje belambak pla... sori yer)
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2006 08:14 AM | Show all posts

eh lupa pla..

bab siram2 kat kubur tu, i'm not really sure tapi macam lebih kepada adat... tapi yang penting menziarahi kubur selalu mengingatkan kita kepada mati, kepada orang disayangi yang telah pergi... dan dapat pula membaca yasin di situ (biarpun sama afdal dengan membaca di rumah ataupun di tempat lain)... membersihkan kubur, menanam bunga di kubur seolah menunjukkan layanan baik kita terhadap orang yg disayangi..

Wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 12:53 AM | Show all posts
Originally posted by TerataiSenja at 10-7-2006 08:14 AM
bab siram2 kat kubur tu, i'm not really sure tapi macam lebih kepada adat... tapi yang penting menziarahi kubur selalu mengingatkan kita kepada mati, kepada orang disayangi yang telah pergi... da ...

Erm ada hadis tentang tu

Imam kita asy-Syafi`i meriwayatkan daripada Ibraahiim bin Muhammad daripada Ja'far bin Muhammad daripada ayahandanya bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. telah menyiram (air) atas kubur anakanda baginda Ibrahim dan meletakkan atasnya batu-batu kerikil. Riwayat ini terkandung dalam "Musnad al-Imam al-Mu`adzhdzham wal Mujtahid al-Muqaddam Abi 'Abdillah Muhammad bin Idris asy-Syafi`i r.a
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:38 PM | Show all posts

Kenduri Tahlil

Assalamualaikum...

Saya ada sedikit kemusykilan..saya baru melahirkan bayi lelaki (5 bln 2 minggu) dan baby telah mati dlm perut semasa dilahirkan..Dia dikebumikan mcm mayat biasa sbb dah cukup sifat sbg manusia.. Persoalannya, ade yg bertanya pd saya bila sy nak buat kenduri tahlil utk baby saya tu.. Pada saya tahlil tu adalah sedekah kita pd org yg telah mati, tapi baby tu adalah putih & bersih dr segala dosa...Please advise.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 10:15 PM | Show all posts

Reply #1 ni_mariana's post

according to my ustaz, lepas sesorang tu meninggal, dah teputus dia dgn dunia kecuali 3 perkara : doa anak soleh, harta bermanfaat & sedekah jariah. he himself xpenah buat kenduri tahlil utk arwah mak dia. he suggested if nak buat kenduri, niatkan utk jamu orang makan bcos xde benda yg sampai ke orang mati kecuali 3 perkara di atas.

itu cakap ustaz saya la...
Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
Post time 27-2-2007 12:14 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 12-3-2004 10:24 PM


sama-sama.

saya rasa, daripada kita dok harap anak-anak kita, baik lah kita buat ibadat bebanyak masa tengah mampu ni.  Harapkan anak, lepas tu?  Cucu?

antara beberapa benda yang kita b ...


seperti sabda rasul, ballighu anni walau aayah...
juga ilmu2 lain yg memberi mfaat dan berlarutan sehingga kita meninggal,, ilmu tersebut masih diguna pakai oleh org lain...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 12:25 AM | Show all posts
Originally posted by ummi_nuur at 27-2-2007 12:14 AM


seperti sabda rasul, ballighu anni walau aayah...
juga ilmu2 lain yg memberi mfaat dan berlarutan sehingga kita meninggal,, ilmu tersebu ...



itu reply quote 3 tahun  dulu punya post....   

berkenaan sedekah tahlil kepada bayi yang dianggap tidak ada dosa, tak ada salahnya saya rasa.  sebab kengkadang kita pun sedeqah bacaan quran (yassin umpanya) kepada Rasulullah s.a.w. yang maksum dan ahli keluarganya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2007 04:56 AM | Show all posts
dan aku rasa perkataan 'menghadiahkan'  lebih cantik dari 'sedekah' bila ia bersangkut pada Rasul Allah dan ahli keluargaNya.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 07:42 PM | Show all posts
aku sejak dulu tak suka bab2 tahlil ni,aku dah pesan kat keluarga..kalu aku mati dulu,jgn wat tahlil sampai 40 hari macam org2 melayu islam buat..cukup le setakat 2-3malam je..supaya kesedihan tu,,,kalu sedih la.. kurang sikit bila sedara2 ada..betul kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2007 08:35 PM | Show all posts
Originally posted by HOTlips at 7-7-2006 10:42 AM
Nak tanya beberapa soalan skit...



Ada org kata, bg wanita yg tlh berkahwin, perlu meminta izin kpd suaminya terlebih dahulu. Betulke? Walaupun pd parents sendiri?


Ada org siram air  o ...



tgh browse pasal tahlil, kenduri arwah dan kawasan yg sewaktu dengannya.....tapi rasanya yg ni takde concrete answer lagi...anybody care to explain more...tq
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 01:01 AM | Show all posts
Assalamualaikum...
Sebenarnya saya pun ada banyak kemusykilan tentang majlis tahlil ni. Since my beloved father has passed away recently, rupa2nya banyak kemusykilan pasal benda ni. Sebabnya masa arwah tengah sakit dia dah pesan kat mak supaya tak payah buat tahlil kat dia sebab apa yang dibuat tu tak sampai pun kat dia. Arwah dah siapkan 'bekalan' untuk dirinya. Memang arwah tak pernah menyusahkan orang hatta anak dia sekalipun. I'm proud of him. Tapi mak cakap kalau tak buat tak boleh pulak sebab nanti orang kampung akan bercakap. Kadang2 saya fikir betul jugak apa yang dikatakan oleh arwah. Sebabnya untuk penyediaan jamuan tahlil tu bermula dari pagi dan berakhir ke lewat malam (mengemas). Sedangkan tahlil @ 'meratib'(ikut bahasa kelantan) hanya memakan masa tak sampai setengah jam. Rasanya lebih baik masa yang telah dihabiskan di sepanjang hari tu baikla anak2 arwah gunakan untuk 'sedekahkan' bacaan al-quran pada arwah. Saya cuba bayangkan kalau ada keluarga yang tak mampu, macammana pulak. Bukan ke ia membebankan kaum keluarga arwah yang meninggal. Tapi kadang2 ada orang sekeliling yang tak memahami bila kita dilingkungi oleh budaya yang telah diamalkan sekian lama.

Kadang2 saya terfikir kenapa sya tak dilahirkan sbg anak lelaki kerana sya terhalang untuk 'menunggu' di kubur arwah dan sedekahkan bacaan al-quran pada beliau for the first week pemergiannya. Kenapa perlu mengupah orang untuk 'menjaga' kubur.

I miss him a lot coz he was my best friend. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al Fatihah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.074054 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list