CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Pangtujuh

Kenduri Arwah, tahlil & Amalan Kematian

[Copy link]
Post time 24-12-2007 02:05 PM | Show all posts
Originally posted by Flaming Boy at 24-12-2007 02:02 PM


fardhu atau sunat......dua-dua tak boleh memandai reka sendiri

apa yang mendatangkan menafaat itu sunnah... so apa masalahnya???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2007 03:40 PM | Show all posts
Hadith Jarir bin Abdullah r.a, Maksudnya : 揔ami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 04:21 PM | Show all posts
Apakah agaknya majlis yang sesuai selepas kematian seseorang dalam sebuah keluarga?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 02:07 AM | Show all posts

Reply #107 Oranggunung's post

anak si mati bsedekah, membaca quran, utk si mati.....

serikan umah bterusan dgn bacaan2 quran oleh waris tdekat...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 03:06 AM | Show all posts
Imam syafie pun kata pahala orang baca quran hadiah pada orang mati tak sampai pada orang mati tu...  AQ An-Najm 38-39  

Bukak kitab Al-Um cari tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 07:41 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 25-12-2007 03:06 AM
Imam syafie pun kata pahala orang baca quran hadiah pada orang mati tak sampai pada orang mati tu...  AQ An-Najm 38-39  

Bukak kitab Al-Um cari tengok...


Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain
(Surah An-Najm, Ayat 38)

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
(Surah An-Najm, Ayat 39)

Benar, dosa orang lain kita tidak tanggung

dan tiada balasan melainkan apa yang diusahakan


Cuba kita lihat dari sudut ni:

Kahwin dapat anak, didik anak dengan baik (usaha)

Bila anak yang soleh tu berdoa untuk kedua ibu bapanya, doa itu sampai (maksud hadith). Kenduri tahlil memang ada doa. Kita boleh lihat juga dari sudut doakan menerusi ayat Al-Quran

Kadang kadang susah nak sedarkan anak tentang penting untuk mendoakan ibu bapa mereka

Jadi kenduri ni secara tak langsung menjadikan mereka untuk mendoakan, mungkin anak2 perlu kesedaran dan orang sekeliling menjadi pemangkin untuk menyedarkan mereka...

Bab kenduri tahlil arwah ni ada yang baik dan ada yang boleh dipertikaikan

Yang dipertikaikan adalah yang menyusahkan keluarga si mati untuk menjamu orang lain...

Kebaikan pula... ramai orang lain boleh senaraikan...

Hukum..??? Ada yang kata Bida'ah, ada yang kata Boleh

Wallahu a'lam

[ Last edited by  mnm77 at 25-12-2007 07:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2007 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 25-12-2007 03:06 AM
Imam syafie pun kata pahala orang baca quran hadiah pada orang mati tak sampai pada orang mati tu...  AQ An-Najm 38-39  

Bukak kitab Al-Um cari tengok...

kalau hadis nabi kata jika waris meratapi si mati sambil merawung2 benda yang tak baik benda berdosa boleh menyebabkan si mati terseksa... tu cam mane pulak tu???
kalau anak atau waris buat dosa si arwah dapat seksa...
tak mungkin kalau anak atau waris buat pahala si arwah tak dapat apa2 ????
mana dia keadilan Tuhan yang menjadikan dosa dan pahala???
mana???
di mana letaknya keadilan Tuhan????

[ Last edited by  anak_pejuang at 25-12-2007 11:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 11:41 AM | Show all posts

Reply #112 anak_pejuang's post

Lebih baik beriman denga Al-Quran dan hadis-hadis (dosa/pahala sendiri bikin sendiri tanggung, orang lian tak boleh buat apa2 kecuali doa):-

(Dalam risalah2 itu ditegaskan): bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).  AQ An-Najm 38.

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.  AQ An-Njm 39.

[ Last edited by  kupia at 25-12-2007 11:44 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2007 12:28 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 25-12-2007 11:41 AM
Lebih baik beriman denga Al-Quran dan hadis-hadis (dosa/pahala sendiri bikin sendiri tanggung, orang lian tak boleh buat apa2 kecuali doa):-

(Dalam risalah2 itu ditegaskan): bahawa sesungguhny ...


waris meratapi si mati sambil merawung2 benda yang tak baik benda berdosa boleh menyebabkan si mati terseksa...

hadis tu tak boleh diamalkan ke???
tak baik ke untuk diamalkan???
kenapa nak ketepikan hadis ini???
bukankah kufur jadinya jika menolak hadis ini???
bukan Islam namanya kalau kita menolak hadis nabi???



[ Last edited by  anak_pejuang at 25-12-2007 12:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 02:09 PM | Show all posts
Ratapan dan tangisan berlebihan adalah haram kerana perbuatan itu menyamai amalan orang2 yahudi...

Sanad dan matan hadis2 yang mengatakan simati tersiksa itu harus dikaji semula kekuatannya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 03:09 PM | Show all posts
Abu Al-慖jji Al-Dimasqiyi menyebutkan dalam Syarh Al-Aqidah Al-Thahawiyah, menurut ahli Sunnah wa Al-Jama慳h, puasa, sembahyang atau sedekah untuk dijadikan pahalanya kepada orang lain sama ada yang telah mati dan yang hidup adalah harus. Pahala tersebut juga sampai kepada mereka. Begitu juga pendapat ulama Syafi慹yah bahawa doa yang dihadiahkan kepada orang mati dan orang hidup akan sampai kepada mereka sama ada kepada keluarga yang dekat atau jauh, dengan wasiat atau sebaliknya.
Perkara ini dijelaskan oleh hadis-hadis Rasulullah Shallallahu 慳laihi wasallam.(Syarh Al-Aqidah At-Thahawiyah: 664 / Hukm Al-Syari慳h Al-Islamiyah Fi Ma抰am Lailah Al-Arba慽n: 19 & 37)

Allah Subahanahu wa Ta慳la juga menjelaskan di dalam Al-Qur慳n bahawa doa orang yang hidup kepada orang yang telah mati itu memberi manfaat kepada si mati. Dalam hal ini Allah Subahanahu wa Ta慳la memerintahkan supaya beristiqfar (memohonkan keampunan) untuk para sahabat, tabi慹n, orang-orang alim, termasuk keluarga, sanak saudara, rakan dan taulan dan orang-orang Islam yang lain yang telah meninggalkan kita terlebih awal termasuk sebagaimana Allah berfirman:

Tafsirnya: 揇an orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: 揥ahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 03:49 PM | Show all posts
Syeikh Sulaiman  Al Bujairimy membahaskan: Beliau berkata: di muka surat yang sama:                                                                                                                           
Dan adapun ayat  [ Dan tiadalah bagi seseorang manusia ,melainkan perkara yang ia usahakan].  
S. An Najmy ayat 39 , adalah ayat yang 慳am
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 05:10 PM | Show all posts

Reply #116 indah1285's post

In, kita bincang pasal majlis tahlil dan pahala baca quran yang sedekah pada orang yang telah mat.

Tentang semua doa-doa tu kita tak pernah kata tak boleh berdoa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 05:11 PM | Show all posts

Reply #117 zerozone's post

Rujukan kitab tidak dinyatakan untuk tujuan semakan, terutama tentang kenyataan Ibnu Taimiyah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 05:44 PM | Show all posts
Originally posted by kitul at 3-8-2007 11:22 AM
ayah saya meninggal hampir 2 bulan yang lalu. saya amat merindukannya. beliau adalah bekas imam di sebuah masjid.
syukur, perkebumiannya berjalan lancar; sepertimana yang arwah ayah kehendaki.

disegerakan,
tiada talqin,
tiada tahlil,
tiada kenduri arwah
tiada duit2 dalam envelope
tiada meniga-kalikan fatihah semasa memulakan usungan jenazah
dan yang selainnya...

terima kasih kepada qariah yang akhirnya mahu melakukan perubahan ini.

terimakasih jua kepada hambaAllah yang mensponsorkan makanan padakeluarga kami pada hari kematian arwah ayah seperti yang disunnahkan


Alhamdulillah, dah ada banyak pun yang buat.  Jangan lupa sentiasa doakan arwah tu...

[ Last edited by  kupia at 25-12-2007 05:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 05:59 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 25-12-2007 03:09 PM
Abu Al-慖jji Al-Dimasqiyi menyebutkan dalam Syarh Al-Aqidah Al-Thahawiyah, menurut ahli Sunnah wa Al-Jama慳h, puasa, sembahyang atau sedekah untuk dijadikan pahalanya kepada orang lain sama ada y ...


Ulang sekali lagi apa yang Antique dah tulis, malas nak ulang-ulang, mohon pastikan kata-kata Imam As-Syafie yang jelas ertinya supaya tidak ditafsirkan dengan tujuan untuk mengubah maksudnya.  

Antique


Firstly kena tanya apasebenarnya tujuan bertahlil dan kenduri arwah tu diadakan? Adakah untuk yghidup, atau adakah untuk yg dah meninggal dunia?

Kalau untuk yg telahmeninggal dunia, saya rasa kita perlu merenung ayat Qur'an ini :

53:39 That man can havenothing but what he strives for;

Jadi jika dalam tahlil tukita menyebutkan ini :

"Allahumma ausiltsawmaba ma wara'nahu ila ruhi " (Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaantahlil kami tadi kepada roh), maka ianya bertentanganlah dengan apa yg Allahfirmankan dalam An-Najm ayat 39.

Saya pastekan beberapapendapat ulama' dan rujukan dari Qur'an dan Sunnah :

"Adalah, bacaanal-Qur'an (yang pahalanya dikirimkan kepada mayat), maka pendapat yang masyhurdalam mazhab Syafie ialah amalan tersebut tidak akan sampai kepada mayat.Sebagai dalilnya, imam Syafie dan para pengikutnya mengambil daripada firmanAllah SWT (yang bermaksud), "Dan seseorang itu tidak akan memperolehmelainkan pahala daripada daya usahanya sendiri."

Serta dalam sebuah sabdaNabi Sallallahu `alaihi wasallam yang bermaksud, "Apabila manusia telahmeninggal dunia, maka terputuslah segala amal usahanya kecuali tiga daripadaamalnya, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak (lelaki atauperempuan) soleh yang berdoa untuk simati" (an-Nawawi, Syarah Muslim : juz1 hal; 9)
- Imam Nawawi dalamCommentary on Sahih Muslim

"Adalah, membacaal-Qur'an dan mengirimkannya sebagai pahala untuk seseorang yang mati danmenggantikan sembahyang untuk seseorang yang mati atau sebagainya adalah tidaksampai kepada mayat yang dikirimkan menurut Jumhurul Ulama dan imam Syafie.Keterangan ini telah diulang beberapa kali oleh imam Nawawi di dalam kitabnya,Syarah Muslim"
(as-Subuki, TaklimatulMajmu', Syarah Muhazzab: juz 10, hal; 426)

"Bagi seseorang mayat, tidakboleh dibacakan kepadanya apa-apa pun berdasarkan keterangan yang mutlak dariulama Mutaqaddimin (terdahulu) iaitu baca-bacaan yang disedekahkan kepada simati adalah tidak akan sampai kepadanya kerana pahala bacaan tersebut pembacasahaja yang menerimanya. Pahala yang diperolehi hasil daripada sesuatu amalanyang telah dibuat oleh amil (orang yang beramal) tidak boleh dipindahkan kepadaorang lain berdasarkan sebuah firman Allah yang berbunyi, "Dan manusiatidak memperolehi kecuali pahala dari hasil usahanya sendiri."

(Al-Haitami, al-Fatawaal-Kubra al-Fiqhiyah : juz 2, hal; 9)

Rasulullah Sallallahu`alaihi wasallam telah memberitahu sebagaimana yang telah pun diberitakan dariAllah bahawa dosa seseorang akan menimpa dirinya sendiri seperti halnya sesuatuamal yang telah dikerjakan adalah hanya untuk dirinya sendiri bukan untukorang lain dan ia tidak dapat dikirimkan kepada orang lain."

(al-Umm as-Syafie : juz 7,hal ; 269)

"Iaitu, sebagaimanadosa seseorang tidak boleh menimpa ke atas orang lain begitu juga halnyaseseorang manusia juga tidak boleh memperolehi sebarang pahala melainkan darihasil usaha amalannya sendiri. Dan daripada surah an-najm ayat 39 ini, ImamSyafie r.a dan para ulama yang mengikutnya telah mengambil kesimpulan bahawa,sebarang pahala bacaan yang dikirimkan kepada mayat adalah tidak akan sampaikepadanya kerana amalan tersebut bukan daripada hasil usahanya sendiri. Olehsebab itu, Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam tidak pernah menganjurkanumatnya agar mengamalkan (pengiriman tahlil atau doa selamat). Baginda jugatidak pernah memberikan bimbingan sama ada dengan nas atau berupa isyarat didalam hal tersebut.

Terdapat juga di kalanganpara sahabat ada yang melakukan amalan tersebut tetapi sekiranya amalantersebut memang satu amalan yang digalakkan, tentunya mereka telahmengamalkannya lebih dari dulu lagi sedangkan amalan korban (mendekatkan dirikepada Allah) juga terdapat batasan-batasan nas yang terdapat di dalam di dalamal-Qur'an dan sunnah Rasul Sallallahu `alaihi wasallam dan tidak bolehdipalingkan dengan qias-qias atau pendapat-pendapat ulama." - Tafsir IbnKatsir

Wallahu'alam.



Saya nak paste beberapaperkara lagi, pendapat ulama' terdahulu berkaitan kenduri arwah ni :

"Ya, apa-apa yangdilakukan oleh orang iaitu berkumpul di rumah keluarga mayat dan dihidangkanmakanan untuk perkumpulan itu, ia adalah termasuk bid'ah mungkarat (bid'ah yangdiengkari agama). Bagi orang yang membanterasnya akan diberi pahala."

(I'anatut Talibin, syarahFathul Mu'in : juz 2, hal 145

"Aku tidak sukakanmat'am iaitu berkumpul (di rumah keluarga mayat) meskipun di situ tiadatangisan kerana hal tersebut malah akan menimbulkan kesedihan."
(As-Syafie al-Umm : juz 1;hal 248)

"Adalah, keluargakematian yang menyediakan makanan dan orang ramai berkumpul di rumahnya untukmenjamu, merupakan bid'ah yang tidak disunatkan, dan di dalam hal ini ImamAhmad telah meriwayatkan hadith yang sahih daripada Jarir bin Abdullah,berkata, "Kami menganggap bahawa berkumpul di rumah keluarga kematian dankeluarga tersebut menghidangkan makanan untuk menjamu para hadirin, adalah samahukumnya seperti niyahah (meratapi mayat) iaitu haram."

(Mughnil Muhtaj, juz1, hal268)

"Penyedian makanan yangdilakukan oleh keluarga kematian dan berkumpulnya orang yang ramai di rumahnya,adalah tidak ada nasnya sama sekali, yang jelasnya semua itu adalah bid'ah yangtidak disunatkan."

(an-Nawawi, al-Majmu' syarahMuhazab, juz 5, hal 286)

Wallahu'alam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2007 06:01 PM | Show all posts
Amoris dah bawak ayat ni siang-siang lagi:-

Faatir 35:18
Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain; dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kaum kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 06:30 PM | Show all posts
حدثنا ‏ ‏أبو بكر بن أبي شيبة ‏ ‏ومحمد بن عبد الله بن نمير ‏ ‏جميعا ‏ ‏عن ‏ ‏ابن بشر ‏ ‏قال ‏ ‏أبو بكر ‏ ‏حدثنا ‏ ‏محمد بن بشر العبدي ‏ ‏عن ‏ ‏عبيد الله بن عمر ‏ ‏قال حدثنا ‏ ‏نافع ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله ‏ ‏أن ‏ ‏حفصة ‏ ‏بكت على ‏ ‏عمر ‏ ‏فقال مهلا يا بنية ‏ ‏ألم تعلمي ‏
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إن الميت يعذب ببكاء أهله عليه

صحيح مسلم بشرح النووي
سبق شرحه بالباب

Hadis riwayat   Umar ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya mayit akan disiksa karena tangis ratapan (penyesalan) keluarganya
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 06:32 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by zerozone at 25-12-2007 06:30 PM
حدثنا ‏ ‏أبو بكر بن أبي شيبة ‏ ‏وم
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 06:38 PM | Show all posts
Tercatat dalam kitab , Kutub war Rasaail wal Fatawa Ibni Tayymiyyah fil Fiqh. ms 366 vol, 24. Maktabah alFiqh wa Usulih ;                                                           
                                                    FASAL.
Adapun masaalah bacaan, sedekah dan selain keduanya daripada segala amalan kebajikan ,Maka tidak  berbantah (berkhilaf) dikalangan  ulamak Ahli Sunnah Wal Jama抋h pada sampainya pahala segala ibadat maaliyah (yang jenis harta), seperti sedekah dan memerdekakan hamba, sebagaimana sampai juga kepada mayyit,sampai doa (disisinya) , istighfar (memohonkan keampunan untuk nya), sembahyang jenazah dan doa disisi kuburnya.Telah berbantahan (berkhilaf pendapat) pada masaalah ibadat amalan badaniyah  seperti Puasa ,Sembahyang dan Bacaan .  YANG BETUL, BAHAWA KESEMUA NYA SAMPAI KEPADA MAYYIT.

Maka sesungguhnya telah sabit dalam Sahihain (Bukhary dan Muslim) daripada Nabi saw, bersabda baginda ;  Sesiapa yang telah mati dan atasnya (mempunyai) puasa yang tinggal (qadho) maka berpuasalah menggantikannya oleh walinya.

Dan telah sabit juga ,bahawa Nabi saw telah memerintahkan seorang perempuan yang kematian ibunya , padahal menanggung puasa ,hendaklah dia berpuasa menggantikan puasa ibunya yang telah mati.

Dalam kitab Al Musnad , bahawa Baginda saw bersabda kepada Amru ibni Ash  r,anhu : Jikalau sesungguhnya bapamu  Islam maka jika engkau bersedekah menggantikannya (untuknya) atau engkau berpuasa atau engkau memerdekakan  (hamba untuknya)  nescaya bermanfaat perkara tersebut padanya. Ini (semua yang tersebut) adalah Mazhab Imam Ahmad,Abi Hanifah,  Satu Tho ifah  (sekumpulan) Ashhab Imam Malik dan Syafie.

Adapun sebahagian mereka yang berhujjah (mengatakan tak sampai) dengan firman Allah swt: S, AnNajmi ayat 39 [Dan bahawa tiadalah bagi seseorang manusia itu, melainkan apa yang ia telah usahakan] maka dijawab kepadanya , sesungguhnya telah sabit didalam Sunnah (Hadis) yang Mutawatir dan Ijmak Ummah bahawasaNya SAMPAI.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.058335 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list