CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25110|Reply: 19

Akar kayu dan fungsinya

[Copy link]
Post time 28-10-2008 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Akar kayu dan fungsinya:


- Akar Mengkunyit - Untuk wanita selepas bersalin, membuang darahkotor di dalam badan, menghilangkan jerawat dan mengelakkan penyakitkencing manis.

- Gajah Beranak - Memanaskan badan dan membantu memecahkan lemak.

- Akar Pulih Dara - Untuk wanita selepas bersalin dan merapatkan kembali ruang rahim wanita.

- Teja Lawang - Membuang angin kotor, mengeluarkan peluh dan mewangikan badan, penawar cirit-birit.

- Lancang Besi - Untuk tenaga batin lelaki.

- Pecah Bling - Batu karang.

- Tengkok Biawak - Mengelak sakit pinggang.

- Akar Kucing Galak - Untuk tenaga batin dan membantu mencuci buah pinggang.

- Tongkat Haji Samad - Tenaga batin lelaki.

- Mata Pelanduk - Membantu mengelak penyakit gout, menguatkan pinggang dan menguatkan tujuh anggota lelaki.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2008 11:48 AM | Show all posts


Nama Tempatan:          Mengkunyit
Nama Saintifik:         Coscinium blumeanum
Nama Lain:         Akar mengkunyit
Famili:          
Lokasi dijumpai:         Tumbuhan liar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 11:50 AM | Show all posts
Gajah Beranak




Daun Gajah Beranak Boleh Ubat Demam Sejuk
Dari Keratan Akhbar Mingguan Malaysia
POKOK herba kali ini merupakan antara herba yang paling popular dalam ramuan perubatan tradisional masyarakat Melayu.

Daunnya memanjang dan membulat di hujungnya.

Namun begitu, bentuk daun itu tidak pula menggambarkan bahawa nama panggilannya seakan-akan menyerupai ciri-ciri itu.

Daun itu dipanggil GAJAH BERANAK atau nama saintifiknya Goniothalamus macrophyllus. Ia tergolong dalam keluarga Annonaceae.

Tetapi kalau anda hanya mendengar namanya tanpa melihat rupa bentuk daunnya terlebih dahulu, pasti anda akan menyangka saiz daunnya sebesar nama panggilan itu.

Daunnya bukanlah sebesar tapak kaki gajah. Bagaimana nama itu diperoleh, saya sendiri tidak tahu. Mungkln kerana gajah suka kepadanya.

Ataupun kerana khasiatnya yang dianggap sebagai salah satu tumbuhan ubatan yang penting dalam perubatan - tradisional Melayu," kata Renjer Baharuddin Alias sambil ketawa kecil ketika ditemui di Taman Etnobotani Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRTM).

Renjer Bahagian Tumbuhan Ubatan Herba FRTM itu menyatakan pokok gajah beranak sering digunakan oleh masyarakat Melayu bagi merawat demam sejuk.

Cara merawat penyakit tersebut ialah dengan meminum air rebusan akar pokok gajah beranak.

"Ia berupaya memanaskan badan bagi mereka yang menghidap demam sejuk secara beransur-ansur," tambahnya.

Malah, keratan akar pokok itu juga digunakan sebagai ramuan ubat tanak terutama oleh kaum wanita selepas bersalin.

"Keratan akarnya pula sering kali dijadikan sebagai tonik untuk menjaga kesihatan diri.

Namun begitu, bagi wanita hamil pengambilan akar gajah beranak adalah dilarang kerana boleh menyebabkan keguguran," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 11:53 AM | Show all posts
Akar Pulih Dara sama ke ngan Akar Serapat?


ni gambo akar serapat





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 11:56 AM | Show all posts
Teja Lawang





pokok nih banyak merata-rata kan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 12:04 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 28-10-2008 11:53 AM
Akar Pulih Dara sama ke ngan Akar Serapat?


ni gambo akar serapat


http://www.rimbundahan.org/environment/plant_lists/taman_sari/Hoyacarnosa.jpg


Akar%20Pulih%20Dara



Alamk ..betul ke ni akar serapat ni..kalau ye memang tak sedar sungguh saya ..memang banyak ada ni..saya tanam sebagai tanaman hiasan..nama ID nye ialah HOYA spp  ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-10-2008 12:04 PM | Show all posts
Pecah Bling




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 12:05 PM | Show all posts

Reply #6 khairimhd's post

rasanya pokok2 ni semua

mcm bersepah je kat belakang umah

kat kebun tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2008 12:12 PM | Show all posts
Akar Tengkuk Biawak




yang nih plak gambo BIAWAK PANJAT POKOK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 12:21 PM | Show all posts
lagi KOLEKSI2 AKAR KAUM LELAKI





Rancang Tembaga




Akar Banar




Galak Tua





Lemba Batu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 12:23 PM | Show all posts
Segala jenis tongkat




Tongkat Rasul





Tongkat Ali Hitam





Tongkat Ali

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 12:35 PM | Show all posts
Kucing Galak





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 12:37 PM | Show all posts
Mata Pelanduk




Tumbuhan ini sering ditemui di kawasan belukar dan pinggir hutan. Bahagian akar dan daunnya sering digunakan untuk perubatan. Akarnya dianggap mujarab untuk campuran ubat sakit meroyan. Air rebusan akarnya diyakini baik untuk mengubat sakit tekak atau dada. Tetapi awas, jika minum terlalu banyak menyebabkan seseorang muntah. Daunnya elok untuk mengubat penyalit sengal-sengal tulang. Lumatkan daun beserta akarnya lalu pupukkan pada tempat yang sakit. Buahnya yang berwarna merah dan manis, boleh dimakan sebagai ulam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 12:48 PM | Show all posts


Pokok Akar Som juga dikenali sebagai gingseng Cina sering kali digunakan dalam perubatan tradisional. Akar pokok ini dikatakan dapat membaiki pengaliran, meningkatkan sumber darah, mencergaskan dan membantu pemulihan daripada penyakit.

Di Indonesia terdapat juga tanaman yang secara morfologi dan kandungan kimianya sama dengan Ginseng Cina dan Korea iaitu Pokok Som Jawa (Talinum paniculatum Gaertn) dan Pokok Kolesom (Taalinum triangulare wild). Som Jawa dan Kolesom dikenali juga sebagai Ginseng Jawa. Di dalam perubatan tradisional ia dicampur menjadi menjadi pelbagai jenis ubat dan yang paling terkenal dalam bentuk campuran anggur. Kajian mengenai khasiat dan keberkesanannya telah dilakukan untuk menjadikan Som Jawa dan Kolesom sebagai Ginseng Indonesia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 03:29 PM | Show all posts
Dunia Botani: Akar Kepayang sumber minyak urut, ubat
Oleh Ismail Saidin



Pokok Kepayang

SUDAH lama penulis mencari pokok ini, tetapi masih tidak menjumpainya. Namun, penulis bernasib baik apabila seorang teman menunjukkan gambar pokok berkenaan untuk dikenal pasti.

Menurut teman penulis, pokok itu diambil di dalam hutan di Pahang. Apabila melihat gambar pokok berkenaan, penulis sudah tahu apakah nama pokok berkenaan.

Pokok dengan akar berselirat itu adalah Akar Kepayang atau nama saintifiknya Hodgsonia capniocarpa yang tergolong dalam keluarga Cucurbitaceae.

Pokok ini berbeza dengan pokok Kepayang ( Pangium edule ), namun kedua-dua spesies ini dikenali sebagai pokok beracun dan masyarakat memanggilnya Kepayang.

Pokok Akar Kepayang adalah pokok memanjat yang besar dan biasanya didapati tumbuh liar menumpang pokok besar di tepi sungai.

Buahnya besar berbentuk globos pipis, berukuran antara 15 hingga 17 sentimeter (sm) dan biasanya mengandungi lapan biji yang besar dibaluti oleh pulpa berwarna putih dan berminyak.

Biji buah ini mengandungi racun dan tidak boleh dimakan mentah. Bagaimanapun, setelah direbus atau dibakar ia selamat dimakan. Masyarakat pribumi sering memakan buah Akar Kepayang ini.

Biji buah Akar Kepayang adalah bahan untuk sumber minyak. Bijinya yang cukup masak dikeringkan dan kemudian ditumbuk serta diperah untuk mendapatkan minyak.

Kira-kira 20 biji buah Akar Kepayang boleh menghasil satu botol minyak. Minyak ini digunakan masyarakat desa zaman dulu sebagai minyak masak dan pelita.

Minyak Akar Kepayang ini juga yang dicampur dengan beberapa ramuan herba, dijadikan minyak urut untuk ibu yang baru bersalin.

Pokok Akar Kepayang jarang-jarang ditemui lagi dan kemungkinan menghadapi kepupusan jika tidak dipulihara. Sebaiknya kita mempunyai Taman Botani untuk menempatkan tanaman warisan ini untuk diwarisi generasi akan datang.

Fakta

Akar Kepayang

Nama Saintifik: Hodgsonia capniocarpa

Famili: Cucurbitaceae

Nama Lain: Teruah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2009 07:54 AM | Show all posts

BUNGA pokok celaka ada yang berwarna putih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2009 10:57 AM | Show all posts
wah..banyak info..thanks..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 10:59 AM | Show all posts
kat umah dora ada pokok misai kucing...ubat utk org lelaki..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 11:12 AM | Show all posts
aiyoooo syd...dasyat nama pokok tu hhehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2009 02:41 PM | Show all posts
Restoran Hidang Minuman Akar Kayu Sebagai Menu Istimewa

Oleh Shahrullizan Rusli

SEREMBAN, 18 Sept (Bernama) -- Jika kebanyakan restoran mempunyai menu utama seperti Tom Yam dan Ikan Bakar, sebuah restoran milik seorang anak muda di sini menyajikan menu sampingan istimewa, minuman daripada ramuan akar kayu penambah tenaga.

Restoran D'Pantai menyediakan minuman daripada akar kayu popular seperti Tongkat Ali dan Tengkuk Biawak. Tetapi minuman daripada resipi rahsia ini, sebagai penambah tenaga, tidak pahit seperti yang biasa dirasai jika meminum air campuran akar kayu asli.

Restoran itu terletak di Batu 6, Jalan Pantai berhampiran Jabatan Veterinar Negeri Sembilan dan mula dibuka Jun tahun lepas.

Pemiliknya, Mohd Rizal Abdul Karim, 31, berkata beliau cuma meneruskan usaha bapa saudaranya yang pernah membuka gerai minuman akar kayu berhampiran kawasan itu tidak lama dahulu.

"Gerai Pak Lang dahulu agak popular tetapi selepas ditutup, saya rasa rugi jika tidak diteruskan menu unik ini. Saya akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai juruteknik di sebuah kilang pada tahun 2007 untuk membuka restoran ini," katanya kepada Bernama.

Rizal belajar daripada Pak Lang cara untuk memilih akar kayu sebelum mencampurkannya dengan herba atau akar kayu lain supaya mudah dinikmati pelanggan.

RASA PAYAU

"Bukan semua orang boleh minum air Tongkat Ali. Ada orang yang minum sekali sahaja tetapi lepas itu sudah serik untuk mencuba semula kerana rasa payau. Di sini, campuran Tongkat Ali kami mengandungi akar kayu lain dan sedikit madu supaya pelanggan kali pertama akan datang untuk kali kedua," katanya.

Penulis sendiri pernah mencuba minuman Tongkat Ali asli di Langkawi enam tahun lepas tetapi tidak sanggup mencubanya sekali lagi sehinggalah dibawa ke D'Pantai baru-baru ini.

Kini sudah tiga kali penulis mengunjungi restoran itu dan tidak pernah lupa untuk memesan satu teko air minuman campuran akar kayu atau Tongkat Ali yang berharga RM5.

Kesan air akar kayu D'Pantai memang ajaib, badan penulis yang sering sakit-sakit kini terasa luar biasa dan badan sentiasa berpeluh.

Jika tidak suka kepada Tongkat Ali, pengunjung boleh memesan air Sarsi tetapi bukanlah minuman ringan Sarsi biasa, sebaliknya air yang direbus bersama akar kayu Sarsaparilla dan rasanya sangat enak serta manis.

LANGKAH KESELAMATAN

Menurut Rizal, restoran itu menghidangkan akar kayu seperti Tongkat Ali, Sarsi, Tengkuk Biawak, Teja, Tongkat Ali Hitam, Kacip Fatimah dan Medang.

Bekalan akar kayu ini didapatkannya daripada Orang Asli yang mengutip tumbuhan semula jadi itu di kawasan hutan berhampiran.

"Kita masak akar-akar kayu ini dalam periuk tanah liat selama lebih kurang dua jam. Kalau dalam periuk aluminium, khasiatnya akan hilang," katanya.

Beliau berkata langkah keselamatan sentiasa diambil misalnya, air akar kayu yang mahu dihidangkan biasanya ditapis untuk membuang serbuk-serbuk kayu yang mungkin terampai.

Bagi pengunjung yang jauh, D'Pantai turut menyediakan campuran akar kayu untuk dibawa balik dengan harga yang berpatutan.

LAMAN DAGANG

Rizal menjual akar kayunya menerusi laman web seperti ebay dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pembeli di Afrika dan Korea Selatan.

D'Pantai turut menawarkan pelbagai kemudahan seperti internet jalur lebar secara percuma malah pengunjung yang tidak membawa komputer bimbit boleh menyewa daripada restoran dengan bayaran RM2.50 sahaja.

Restoran dibuka setiap hari dan kedudukannya juga sangat strategik berhampiran taman permainan kanak-kanak, mini zoo dan pusat menunggang kuda.

Pengunjung yang ingin mengenali Restoran D'Pantai boleh membuka laman webnya di alamat gisb2006.blogspot.com.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.057277 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list