View: 14024|Reply: 56
|
Al Kitab (Injil) Dari Sudut Al Quran
[Copy link]
|
|
Salaam,
Topik ini adalah lanjutan dari topik 損erbincangan tentang al kitab |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salaam,
Sebagai umat islam adalah wajib menyakini bahwa kitab-kitab terdahulu telah mengalami pengubasuian kerana telah Allah telah menyatakan sedemikian dalam firmanNya.
AQ 2:75. Adakah kamu sangat menginginkan bahawa mereka akan mempercayai kamu, memandangkan ada segolongan daripada mereka yang mendengarkan perkataan (kalam) Allah, kemudian mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahuinya.
AQ 4:46. Sebahagian daripada orang-orang Yahudi mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami menentang", dan "Dengarlah, dan jadilah kamu tidak mendengar", dan "Peliharalah kami", memutarbalikkan lidah mereka dan memfitnah agama. Sekiranya mereka mengatakan, "Kami dengar dan kami taat", dan "Dengarlah", dan "Awasilah kami", tentulah itu yang lebih baik bagi mereka, dan lebih tegak; tetapi Allah melaknatkan mereka kerana ketidakpercayaan (kekafiran) mereka, maka mereka tidak mempercayai kecuali sedikit.
AQ 5:13. Maka kerana pelanggaran perjanjian mereka, Kami melaknatkan mereka, dan menjadikan hati mereka keras. Mereka mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diperingatkan; dan kamu tidak akan berhenti melihat pengkhianatan daripada mereka, kecuali sedikit antara mereka. Namun begitu, maafkanlah mereka dan ampunkanlah; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
AQ 5:14. Dan dengan orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Nasrani (Kristian)," Kami mengambil perjanjian mereka, tetapi mereka melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diperingatkan. Maka Kami menimbulkan di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat; dan Allah pasti akan memberitahu mereka apa yang mereka mengerjakan.
AQ 5:15. Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu rasul Kami, dengan memperjelaskan kepada kamu banyak perkara yang kamu menyembunyikan daripada Kitab, dan banyak yang dimaafkan. Telah datang kepada kamu daripada Allah satu cahaya, dan sebuah Kitab yang jelas.
Bilakah ianya diubahsuai tidak dinyatakan, oleh itu melalui Al Quran ianya tidak dapat dibuktikan dalam pengetahuan sayalah. Kalau ada forumer islam lain dapat mengeluarkan ayat-ayatnya dipersilakan.
Tetapi menurut pengetahuan saya, ini dapat dibuktikan melalui Bible itu sendiri, sebagai contoh;
Bible - 2 Korintus terjemahan lama
12:16 Tetapi biarlah begitu, aku ini tiada membebankan kamu, melainkan sebab cerdik, aku tangkap kamu dengan muslihat.
Dalam ayat yang sama telah diedit di terjemahan baru menyebabkan maksudnya juga telah berubah.
12:16 Baiklah, aku sendiri tidak merupakan suatu beban bagi kamu, tetapi--kamu katakan--dalam kelicikanku aku telah menjerat kamu dengan tipu daya.
Dalam perjanjian lama juga dapat diksesan berdasarkan pengakuan Yeremia sendiri;
Bible - Yeremia
8:8 Bagaimanakah kamu berani berkata: Kami bijaksana, dan kami mempunyai Taurat TUHAN? Sesungguhnya, pena palsu penyurat sudah membuatnya menjadi bohong.
Terima kasih.
P/s |
|
|
|
|
|
|
|
In nak baca dulu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3 indah1285\ catat
Salam sr.
Terdapat dua pertanyaan sr. disini.
1. Isu edit dalam Bible yang dikatakan sebagai petunjuk bahawa Bible telah diubah suai. Apa yg sr. tunjukkan hanyalah isu terjemahan. Bagi saya, kita tidak boleh menggunakan mana-mana terjemahan sebagai bukti bahawa sesebuah kitab itu telah diubah suai..lagipun, kalau berlaku apa yang dikatakan ubah suai itu, adakah ia merubah makna sebenar ayat kitab suci itu? Sama juga seperti orang bukan Islam yang akan mengadili Kitab Quran berdasarkan terjemahan yang berbeza-berbeza oleh penterjemah yang berlainan. Bagi saya, ia merupakan isu terjemahan.
Apabila membincangkan isu ubah suai, terutama dalam konteks perbincangan Kristian-Islam, apa yang perlu dibuktikan oleh org Islam untuk membuktikan Alkitab telah diedit/diubah suai berdasarkan apa yang dikatakan oleh org Islam adalah..Nabi Isa ditukar kepada TUHAN Yesus, Isa tidak disalib kemudian telah dikorupkan kepada Yesus disalib etc ect di dalam injil itu sendiri. Dalam hal ini, NT dalam bahasa asal Greek.. Kalau setakat masalah terjemahan, bagi saya, ia masih naif (betulke apa yang saya guna?) dan belum dapat dijadikan alasan utk berkata Alkitab telah korup etc. Lagipun apa yang berlaku kepada Alkitab juga berlaku kepada semua kitab agama lain. Malahan Quran pada peringkat awalpun berlaku masalah sehingga menimbulkan isu dikalangan umat Islam yang awal.
Sr. memberitahu bahawa sr. tidak pasti bilakah ubahsuai itu berlaku..Sebagai seorang Kristian saya perlu tahu bilakah perkara itu berlaku. Memang, berdasarkan pembacaan saya, belum ada keputusan muktamat dikalangan orang Islam, tentang bilakah koruspsi itu berlaku. Malahan, dikalangan sarjana Islam yang awal (berdasarkan bahan pembacaan saya) , ada yang berpendapat, apa yang berlaku kepada Kitab Taurat dan Injil hanyalah ubah suai dalam bentuk tafsiran, seperti salah faham terhadap makna Alkitab, dan bukan ubah suai dalam erti merubah ayat-ayat dalam Alkitab (tahrif-i-lafzi).
Ada yangf berkata, St. Paulah bertanggungjawab bahawa Injil telah diubah suai..tetapi pembacaan saya terhadap penulis Islam yang awal, juga memberi imej positif terhadap St. Paul. Sebagai contoh, Ibn Kathir dalam tafsirnya,
<so We reinforced them with a third> means, 慦e supported and strengthened them with a third Messenger.?Ibn Jurayj narrated from Wahb bin Sulayman, from Shuyb Al-Jaba, "The names of the first two Messengers were Sham抲n and Yuhanna, and the name of the third was Bulus, and the city was Antioch ...
<Verily, we have been sent to you as Messengers.> meaning, 慺rom your Lord Who created you and Who commands you to worship Him Alone with no partners or associates.?This was the view of Abu Al-慉liyah. Qatadah bin Di慳mah claimed THAT THEY WERE MESSENGERS OF THE MESSIAH, peace be upon him, sent to the people of Antioch. (Tafsir Ibn Kathir (Abridged), Volume 8, Surat Al-Ahzab, Verse 51 to the end of Surat Ad-Dukhan, [Darussalam Publishers & Distributors Riyadh, Houston, New York, London, Lahore; First Edition, September 2000]
Bulus merupakan nama Paul dalam bahas Arab.
Begitu juga, melalu penulisan Ibn Hisham. Rujuk terjemahan yang dibuat oleh Guillaume,
"Those whom Jesus son of Mary sent, both disciples and those who came after them, in the land were: Peter the disciple and Paul with him, (Paul belonged to the followers and was not a disciple) to Rome. Andrew and Matthew to the land of the cannibals; Thomas to the land of Babel, which is in the land of the east; Philip to Carthage and Africa; John to Ephesus the city of the young men of the cave; James to Jerusalem which is Aelia the city of the sanctuary; Bartholomew to Arabia which is the land of Hijaz; Simon to the land of Berbers; Judah who was not one of the disciples was put in place of Judas." (Guillaume, The Life of Muhammad [Oxford University Press Karachi], p. 653
Teks asal Ibn Hisham boleh rujuk di
http://sirah.al-islam.com/Display.asp?f=hes2712
Ada juga yang berkata, Maharaja Constantine bertanggungjawab memusnahkan Injil yang asli dan memperkenalkan doktrin Trinity. Tetapi melalui pembacaan tulisan umat Kristian dan bukan Kristian pre-Constantine, kita mendapati umat Kristian sejak awal lagi (sejak dari zaman Yesus lagi) telah beriman bahawa Yesus adalah Firman Allah yang menjadi manusia.
2. Isu berkenaan Yeremia 8.8. Sy menggalakkn agar sr. membaca keseluruh bab 8 untuk memahami makna ayat 8 berdasarkan konteks.Tetapi kalau kita nak zoom kepada ayat 8 juga tiada masalah.(Adalah elok kalau membaca keseluruhan bab 8 untuk memahami ayat 8 dengan lebih jelas).
Hebrew:
אֵיכָה תֹֽאמְרוּ חֲכָמִים אֲנַחְנוּ וְתֹורַת יְהוָה אִתָּנוּ אָכֵן הִנֵּה לַשֶּׁקֶר עָשָׂה עֵט שֶׁקֶר סֹפְרִֽי׃
Interlinear:
"'蔣KH翲 {bagaimana} TO'MRU {kamu berkata} KHAKH翸螹 {bijak} 'ANAKHNU {kami} VETORAT {dan Taurat} YEHOVAH {(baca ADONAY) TUHAN} 'IT翹U {dengan kami} '翶H蔔 {sesungguhnya} HIN蔋 {lihatlah} LASYEQER {untuk kesia-siaan} '耂翲 {ia sudah membuat} '蔜 {pena} SYEQER {kesia-siaan} SOFER螹 {ahli-ahli Taurat}"
Ayat ini tidak boleh kita katakan sebagai bukti bahawa Taurat telah diubah. Ungkapan "pena palsu penyurat sudah membuatnya menjadi bohong" adalah kiasan Ibrani.
"Pena" ( עט - 'ET) sering menjadi lambang atau simbol dari lidah (Mazmur 45:1). Yeremia mengungkapkan pikiran jahat, yang keras kepala dan degil, membuat hukum Tuhan menjadi sia-sia. Kata שקר - SYEQER, syin - qof - resy, di samping bermakna "bohong", "kebohongan" juga bermakna "kesia-siaan".
"Penyurat" ( ספר - SAFAR), inilah untuk pertama kali disebutkan tentang ahli-ahli taurat sekali golongan profesional para penafsir taurat. Kata Ibrani ספר - SAFAR ini pun berarti "menghitung", "menafsirkan", "menceritakan".
Jadi jelas dalam ayat 8 ini menunjuk pada pemimpin-pemimpin yang menganggap diri mereka bijaksana, yang kelihatannya menerapkan Firman Allah dalam kehidupan sehari-hari. Tetapi sebenarnya mereka menolak Firman TUHAN.
Terima kasih...
[ Last edited by shalom at 27-1-2009 11:48 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 shalom's post
Yang ayat 12:16 tu bukan kesilapan atau masalah terjemahan tetapi masalah MENAMBAH-NAMBAH maksud ayat untuk menjadikan ayat tu sedap didengar, atau nak menutup kesilapan..nyata berbeza dengan terjemahan cara Al-Quran.
Ditakdirkan Tuan ada tengok pada terjemahan Quran, Tuan akan tengok, sebarang ayat yang tidak ada dalam teks asal akan diletakkan dalam () sebagai satu penekanan kepada ayat yang ada dalam teks.Ia bukan satu penambahan, sebaliknya satu penjelasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #5 eastrun\ catat
Tidak juga.
Lagipun mana2 terjemahan termasuk dalam pelbagai bahasa menggunakan teks Alkitab standart dalam bahasa Greek. Kalau berlaku tambahan pun..ia merupakan Alkitab terjemahankan? Satu lagi, jangan lupa aktiviti terjemahan bukan senang seperti disangka.. . Dalam kes ini, ada sesetengah terjemahan tidak mementing terjemahan dari satu ayat kepada satu ayat lain, teteapi lebih kepada gaya bebas selagi tidak menjejaskan makna ayat tersebut. Sebab itu, kadang2 dalam terjemahan lama ada ayat yang digugurkan..ada yang ditambah..Ada juga terjemahan baru menggantikan terjemahan lama kerana terjemahan kurang jelas maksudnya, kurang tepat etc, sementar terjemahan baru lebih tepat maksud sesuai dengan konteks ayat.Itulah yang berlaku dalam terjemahan dunia Alkitab. Kerana itu, setiap tahun banyak terjemahan dikeluarkan. Memang semasa proses terjemahan, agak susah untuk kita menyampaikan maksud sebenar ayat tersebut dalam bahasa asli. Kerana itu terjemahan dan pembetulan perlu dibuat setiap masa, dengan harapan supaya terjemahan baru tersebut lebih dekat dengan maksud ayat dalam bahasa asal Alkitab. Selain itu, dalam sesetengah terjemahan lama,mungkin pada masa terjemahan lama itu dibuat, pengetahuan kita tentang maksud sesuatu perkatan dalam bahasa Greek, sebagai contoh adalah kurang lengkap..tetapi dengan kajian lebih mendalam, terhadap bahasa Greek, penemuan karya lain yang sezaman dengan Alkitab, membantu kita memahami dengan lebih jelas makna ayat atau perkatan itu. Contohnya adalah logos.
Dalam kes Alkitab tanda (...) tidak digunakan untuk membawa maksud terjemahan..tetapi digunakan untuk menjelaskan variasi.
[ Last edited by shalom at 27-1-2009 10:42 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 shalom's post
Memang betul perkataan itu perlu diterangkan, tetapi ia perlu diasingkan, dengan meletakkannya dalam kurungan supaya tidak bercampur dengan terjemahan teks yang asal. Kerana jika Tuan mencampurkannya dalam satu ayat, Tuan dikira menambah-nambah ayat. Dengan kata lain Tuan merubah perkataan sebenar yang ada dalam ayat tersebut. Saya tidak jumpa pun dalam Al-Kitab yang menggunakan (...). Tapi kalau dalam Quran itu ada.
Selain itu saya ingin membuat pertanyaan tambahan. Mengapa dalam dua mazhab besar Kristian, bilangan buku dalam Bible ada berbeza-beza?. Kalaupun ia adalah masalah terjemahan juga, jadi bagaimana ada buku yang terlebih pula dalam satu mazhab berbanding mazhab yang lain..Boleh saya kata ini adalah satu penambahan/pengurangan ayat Tuhan juga?. Katolik mempunyai buku lebih banyak daripada Protestant dimana Katolik mempunyai 46 buah buku di dalamnya dan Protestant ada 39 buku sahaja.Dimana, buku yang ditambah ialah Tobit, Judith, Wisdom, Ecclesiasticus, Baruch, First and Second Maccabees, as well as additions to Esther and Daniel.
Jadi di antara dua buku dalam mazhab2 ini, mazhab mana yang membawa kitab yang betul?. Kitab yang banyak atau kitab yang sedikit?
[ Last edited by eastrun at 28-1-2009 12:35 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #7 eastrun\ catat
Salam sr.
Seperti yang telah saya jelaskan, kritikan saudara lebih lebih menjurus kepada isu Alkitab terjemahan dan bukannya Alkitab dalam bahasa asli. Dalam proses terjemahan, terdapat dua kaedah yang digunakan.
Pertama : Terjemahan mengikut prinsip Formal/Verbal Equivalence
Kaedah ini menggunakan pendekatan literal dengan menerjemahkan setiap kata dalam bahasa aslinya ke dalam kata-kata terjemahan yang sesuai dengan kata dalam bahasa aslinya. Kaedah terjemahan ini disebut juga terjemahan literal atau kata per kata.
Kedua : Terjemahan mengikut prinsip Dynamic Equivalence
Kaedah penerjemahan Alkitab dinamik equivalence relatif baru. Kaedah baru ini juga disebut common language translation, idiomatic translation, impact translation, indirect transfer translation, functional equivalency, and thought translation. Walaupun ada beberapa perbezaan kecil, namun secara praktis semua itu sama. Kaedah ini boleh dikatakan sebagai metode penerjemahan secara bebas atau penyaduran.
Kedua-dua prinsip ini secara umumnya diterima pakai dalam dunia terjemahan, tidak hanya kepada Alkitab.
Dikalangan orang Kristian, terdapat pertikaian,kaedah mana yang lebih faithfull ketika menterjemahkan ayat-ayat TUHAN , dari bahasa asal ke bahasa terjemahan.
Kaedah terjemahan mengikut prinsip formal/verbal equivalence dikatakan lebih mencapai maksud asal teks asal, sementara prinsip dynamic equivalence adalah lebih longgar dan santai. Contohnya, kalau kita nak terjemahan bapa borek anak rintik ke dalam bahasa English, kita mempunyai pilihan sama ada nak terjemah secara literal (formal/verbal) atau dynamic.Kalau diterjemahkan secara literal, sudah pasti ia akan diterjemahkan sebiji mengikut ayat dalam bahasa asal. Kalau kita menterjemahkan mengikut dynamic, sudah pasti kita akan selaraskan dengan budaya pembacaan orang english (untuk memudahkan fahaman) seperti membuat terjemahan menggantikan dengan peribahasa english yang memang ada, yang membawa pengertian yang sama, seperti like father like son. Kebetulan peribahasa bapa borek anak rintik ada peribahasa yang sama dalam english, bagaimana kalau tiada peribahasa english yang membawa sama maksud? Sudah tentu penterjemah akan menggunakan gaya bebas. Penterjemah A mungkin menggunakan ayat lain, penterjemah B menggunakan ayat lain, penterjemah C menggunakan ayat lain, begitulah seterusnya.
Situasi yang berlaku pada penterjemah A, B, C ini adalah sama dengan apa yang berlaku kepada penterjemahan Alkitab yang menggunakan prinsip dynamic. Kalau ada pertikaian, terjemahan mana yang lebih tepat mengikut teks asal, seseorang itu boleh membuat perbandingan antara terjemahan atau terus merujuk terjemahan yang menggunakan prinsip formal/verbal atau terus merujuk kepada bahasa asal.
Berbalik kepada isu terjemahan Alkitab, kebiasaannya, terjemahan dibuat berdasarkan motif. Kalau motif adalah untuk pembelajaran yang lebih berat, maka terjemahan prinsip formal/verbal digunakan. Kalau motif terjemahan adalah untuk golongan biasa, orang awam, prinsip terjemahan dynamic digunakan.
Kebiasannya, terjemahan menggunakan prinsip formal/verbal tidak akan berubah, walaupun terbitan mencapai edisi ke-20. Yang selalu berubah adalah terjemahan menggunakan prinsip dynamic (namapun dah dynamic  ). Sebab itu, dalam kebanyakan edisi yang menggunakan terjemahan prinsip dynamic, ada perkataan yang ditambah, digugurkan pada edisi seterusnya. Malahan kadang-kadang, ayat diubah sepenuhnya, sesuai dengan peredaran semasa. Ini disebabkan prinsip terjemahan dynamic tidak mementing terjemahan ayat kepada ayat. Ayat/perkataan/istilah yang digunakan dalam prinsip ini tidak bersifat Holy, asalkan mesejnya adalah tetap sama dan selari dengan maksud asal teks yang asal.
Kebetulan kebanyakan Alkitab banyak menggunakan prinsip terjemahan dynamic, kerana ia lebih menjadi kegemaran pembaca dan lebih senang memahami kerana ia diterjemahkan berdasarkan pengalaman kita.
Seperti yang telah saya jelaskan, dalam terjemahan Alkitab, terdapat kontroversi, terjemahan mana yang lebih faithfull?
Bagi saya senang sahaja, kalau tujuan membaca Alkitab adalah untuk pembelajaran yang berat, guna sahaja Alkitab terjemahan formal/verbal seperti Jurusalem Bible. Kalau setakat untuk bacaan harian, perenungan, guna sahaja mana-mana Alkitab Bahasa English terjemahan menggunakan prinsip dynamic. Kebetulan Alkitab terjemahan dalam Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia, Bahasa Iban menggunakan prinsip terjemahan dynamic.
Walaupun terdapat kontroversi, prinsip mana yang lebih faithfull, tetapi tujuan kedua-dua prinsip tersebut adalah sama. Ia merupakan kaedah terjemahan yang diterimapakai. Isu yang melibatkan proses terjemahan, terutamanya menggunakan prinsip dynamic, juga menyelubungi terjemahan teks lain, tidak hanya Alkitab. Jadi pertikaian tuan/puan, berkenaan terjemahan Alkitab, yang dikatakan selalu berubaha ayat/edit ayat ketika mengunakan prinsip dynamic bukanlah unik kepada terjemahan Alkitab sahaja. Dalam hal ini, yang menjadi isu, bukan keaslian Alkitab, tetapi prinsip terjemahan yang menimbulkan pertikaian.
Isu kedua, perbezaan jumlah Alkitab antara RC/Ortodox dengan Protestan. Memang diakui terdapat perbezaan pendapat dikalangan mazhab-mazhab Kristian berkenaan status 7 buah kitab extra tersebut. Tetapi untuk makluman tuan/puan, 7 buah kitab extra tersebut tidak termasuk dalam mana-mana Kitab Taurat, Mazmur dan Injil. Jadi saya tidak nampak kenapa isu ini sinonim dengan keaslian Kitab Taurat, Mazmur atau Injil. Lainlah kalau 7 buah kitab tersebut adalah surah-surah dan chapter dalam mana-mana Kitab Taurat, Mazmur atau Injil. Terdapat dua kemungkinan disini :
1) sama ada RC/Orthodox menokok tambah bilangan kitab di dalam Alkitab, atau
2) sama ada Protestan mengurangkan bilangan kitab di dalam Alkitab
Kalau RC/Orthodox menokok tambahkan bilangan kitab dalam Alkitab, tetapi kita masih memiliki Kitab Taurat, Mazmur dan Injil yang sama. Kalau Protestan mengurangkannya, kita masih lagi memiliki Kitab Taurat, Mazmur dan Injil yang sama.
Dalam kes ini, saya percaya, apabila kita hendak membincangkan korusp di dalam Injil, sepatutnya yang diberi penekanan adalah intipati berikut :
1.Yesus adalah Firman Allah, Putera Allah yang Mahatinggi yang menjadi manusia
2.Kedatangan Yesus adalah untuk menebus dosa dunia
3.Yesus disalib
Saya percaya, faktor utama yang menyebabkan orang Islam membuat penilaian bahawa Injil yang ada sekarang tidak asli, korup, sudah diedit adalah kerana tiga intipati di atas yang dicatatkan dalam Injil. Jadi dalam hal ini, penekanan tuan/puan adalah untuk membuktikan bahawa terdapatnya unsur-unsur korupsi ke atas tiga intipati di atas.
Saya tidak nafikan, yang kita tidak boleh berbincang tentang isu terjemahan, 7 bilangan kitab extra, etc..tetapi, dalam konteks perbincangan Kristian-Islam, tiga intipati di atas yang diwartakan dalam injil patut menjadi keutamaan. Sekiranya orang Islam mempunyai bukti, bahawa Injil yang asli tidak mengandungi ketiga- tiga unsur di atas, maka penilaian tuan, puan terhadap injil mempunyai asas. Tetapi sekiranya tidak, maka saya mempunyai asas kukuh untuk percaya kepada kebenaran Injil.
Salam.
[ Last edited by shalom at 28-1-2009 01:46 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ok, saya dah baca mengenai penterjemahan tersebut. Pelik juga ya dalam penterjemahan Kitab Tuhan pun ada perbezaan dari segi kasta untuk mendapatkan penterjemahan yang betul. Adakah Tuhan meletakkan ayatnya pada dua kasta yang berbeza?. Seperti yang Tuan kata dalam Quote di bawah
Berbalik kepada isu terjemahan Alkitab, kebiasaannya, terjemahan dibuatberdasarkan motif. Kalau motif adalah untuk pembelajaran yang lebihberat, maka terjemahan prinsip formal/verbal digunakan. Kalau motifterjemahan adalah untuk golongan biasa, orang awam, prinsip terjemahandynamic digunakan.
Kenapa perlu berbeza-beza pula?. Dan lagi satu, statements Tuan yang mungkin akan mengundang kontroversi ialah
Kebiasannya, terjemahan menggunakan prinsip formal/verbal tidak akanberubah, walaupun terbitan mencapai edisi ke-20. Yang selalu berubahadalah terjemahan menggunakan prinsip dynamic (namapun dah dynamic  ).Sebab itu, dalam kebanyakan edisi yang menggunakan terjemahan prinsipdynamic, ada perkataan yang ditambah, digugurkan pada edisi seterusnya.Malahan kadang-kadang, ayat diubah sepenuhnya, sesuai dengan peredaransemasa..
Tuan yang kata ayat itu ada penambah, pengguguran dan perubahan sepenuhnya dalam dynamic translation. Jadi, bukankah itu satu pengubahan ayat Tuhan?. Jika formal translation dilihat lebih hampir / lebih jitu translationnya, maka kenapa nak kena guna dynamic translation yang lebih banyak mengubah sana dan sini. Apakah orang kebanyakan mendapatkan terjemahan yang dah bertukar-tukar, tapi orang atasan pula dapat terjemahan yang lebih jitu?. Jadi Tuan nak katakan perubahan ayat Tuhan banyak berlaku pada dynamic translated Bible?
Memang benar penterjemah yang berbeza akan menggunakan maksud ayat yang berbeza untuk mengungkapkan maksud teks yang sebenarnya.Tapi kalau pun berbeza, seperti yang saya katakan tadi, sepatutnya, ayat yang menggunakan FORMAL translation perlu dikekalkan, dan ayat yang dynamic translation perlu diletakkan dalam kurungan supaya ia tidak bercampur. Maksud saya ia perlu diquote supaya tidak mengelirukan pembaca.Bila perkataan yang dynamic translation dimasukkan ke dalam formal translation, ia akan mengelirukan kerana pembaca akan berasakan bahawa itu memanglah ayat Tuhan..
Kerana itu kalau Tuan tengok, Al-Quran juga menggunakan Penafsiran supaya ia tidak mengelirukan pembaca. Kenapa agaknya penterjemah Bible tidak menggunakan pendekatan yang sama?
-------------------------------------
Isu berbeza Kitab
Isu kedua, perbezaan jumlah Alkitab antara RC/Ortodox dengan Protestan.Memang diakui terdapat perbezaan pendapat dikalangan mazhab-mazhabKristian berkenaan status 7 buah kitab extra tersebut. Tetapi untukmakluman tuan/puan, 7 buah kitab extra tersebut tidak termasuk dalammana-mana Kitab Taurat, Mazmur dan Injil. Jadi saya tidak nampak kenapaisu ini sinonim dengan keaslian Kitab Taurat, Mazmur atau Injil.Lainlah kalau 7 buah kitab tersebut adalah surah-surah dan chapterdalam mana-mana Kitab Taurat, Mazmur atau Injil. Terdapat duakemungkinan disini :
1) sama ada RC/Orthodox menokok tambah bilangan kitab di dalam Alkitab, atau
2) sama ada Protestan mengurangkan bilangan kitab di dalam Alkitab
Dengan kata lain, Tuan tidak menerima bahawa 7 kitab itu adalah kitab Tuhan juga?. Apabila ia dimasukkan ke dalam kitab Tuhan yang telah digabungkan menjadi Bible, bukankah ia juga merupakan perkataan Tuhan?. Kalau Tuan hanya menekankan tiga kitab dalam Bible sahaja iaitu Taurat, Mazmur dan Injil mengapa kitab-kitab yang lain juga ada dimasukkan ke dalam Bible dan diterima pakai dalam Bible?.Dari manakah datang semua kitab2 ni kalau pada asasnya Tuan berpegang hanya kepada tiga kitab tersebut??.
Sebagai contoh, dalam kitab Wahyu, ada disebutkan ayat dalam kitab tersebut ialah dari Yesus, jadi, mengapa perlu ambil kitab itu sebagai pedoman, sedangkan ia bukan termasuk di bawah Kitab Injil, Mazmur mahupun Taurat?.
[ Last edited by eastrun at 28-1-2009 03:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 eastrun\ catat
Berkenaan prinsip terjemahan, saya tidak dapat memberi penjelasan sebab munasabah kenapa wujudnya prinsip tersebut. Lagipun kedua-dua prinsip ini merupakan kaedah yang diterima pakai untuk aktiviti terjemahan yang melibatkan SEMUA aktiviti terjemahan..bukan khusus untuk Alkitab sahaja.
Sarjana Kristian menggunakan dua kaedah tersebut, sebab ia memang dah digunakan dalam dalam dunia terjemahan. Jadi terjemahan mana yang lebih baik atau apa, diluar kemampuan saya. Sama juga dengan mana-mana prinsip lain. Ini bukan berkaitkan dengan kasta atau apa sahaja.
Ada cakap AMD, ada cakap Intel...
Lagipun seperti yang telah saya jelaskan, kenapa nak dikaitkan Alkitab terjemahan dengan keaslian Alkitab.Bukannya tidak ada Alkitab asli dalam bahasa hebrew dan Greek.
Kalau nak kritik prinsip terjemahan tersebut, yang patut dijadikan kritikan bukanlah terjemahan, tetapi prinsip yang telah diterima pakai dimana-mana sahaja. Buku sejarah Melayu kalau diterjemahkan ke dalam english pun akan menggunakan sama ada salah satu atau both prinsip tersebut.
Apa yang satu tahu terjemahan prinsip formal/verbal lebih menekankan terjemahan perkataan denbgan perkataan
Sementara prinsip dynamic lebih lebih bebas. Walaupun dikatakan lebih bebas, tetapi tidaklah sampai mengkorupkan makna asal teks kitab suci. Kalau Injil dalam Greek beritahu, Yesus disalib untuk menebus dosa manusia, teks terjemahan juga tetap memberi cerita yang sama, kecuali penggunaan ayat dan ungkapan yang bebas. Kalau ada siapa-siapa yang ragu-ragu, bukannya tidak ada Injil asli dalam bahasa Greek.
Tapi kedua-dua prinsip tersebut, sekali lagi diterima pakai diseluruh dunia sebagai prinsip untuk proses terjemahan. Orang cina, orang india,orang putih, orang melayu etc ect juga akan menggunakan salah satu atau kedua-dua prinsip tersebut apabila membuat terjemahan buku teks, buku cerita, terjemahan buku akademik atau apa sahaja aktiviti yang melibatkan terjemahan.
Jadi kalau saudara nak mengkritik prinsip terjemahan yang mana lebih baik, yang mana berkasta, adalah lebih baik saudara menbangkit persoalan dan kritikan tersebut khas kepada prinsip tersebut dan bukannya kepada produk hasil daripada penggunaan prinsip tersebut iaitu Alkitab terjemahan, apatah lagi mengaitkan persoalan tentang prinsip terjemahan dengan keaslian Alkitab.
Seperti yang telah saya jelas, dikalangan orang Kristian pun, terdapat perbezaan pendapat, prinsip yang mana lebih sesuai untuk menterjemahkan kitab suci. Apa yang jelas, kedua keadeh tersebut digunakan dalam membuat terjemahan Alkitab. Kalau saudara ragu-ragu dengan terjemahan Alkitab yang menggunakan prinsip dynamic, saudara boleh baca Alkitab yang menggunakan prinsip verbal/formal.Begitu juga sebaliknya.
Berkenaan 7 extra buku tersebut..sudah pasti RC berpendapat ia adalah Kitab yang diilhamkan oleh Roh Kudus dand dianggap firman TUHAN. Dari segi sejarah, Martin Luther lah yang bertanggungjawap menggugurkan 7 buah kitab tersebut dari Bible.
Saya menyebut Taurat, Mazmur dan Injil, kerana ia merupakan fokus orang Islam apabila membincangkan asli dan tidaknya Kitab-Kitab sebelum Quran. Malahan Quran sendiri lebih mengfokus kepada ketiga-tiga kitab tersebut.
Kalau mengikut persepktif Kristian , sebagai mana yang termaktud dalam Alkitab, Kitab-Kitab ini terbahagi kepada OT dan NT.
Dalam OT ada Kitab Taurat, Mazmur, Kitab Para Nabi etc..Dalam NT ada empat buah injil, surat-surat kepada jemaayh Kristian dan Kitab Wahyu.
RC/Orthodox mempunyai 7 buah Kitab Tambahan yang diletakkan ditengah2 OT dan NT.
Sebagai seorang Kristian, RC, sudah pasti saya menerima pakai kesemua Kitab tersebut, termasuk 7 kitab extra.
Protestan juga sama, kecuali 7 buah Kitab extra.
Walaupun terdapat kontroversi antara RC dan Protestan terhadap 7 buah kitab extra itu, tetapi kami bersepakat beriman kepada kitab-kitab lain sebagai diilhamkan oleh ALLAH.
[ Last edited by shalom at 28-1-2009 04:46 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 28-1-2009 01:56 PM
Kenapa perlu berbeza-beza pula?. Dan lagi satu, statements Tuan yang mungkin akan mengundang kontroversi ialah
Saya nak tambah sedikit tentang komen sr. di atas.
Seperti yang telah saya jelaskan, walaupun prinsip dynamic membuat terjemahan secara bebas, tetapi ia tidak bermakna penterjemah dibenarkan untuk memutar atau mengubah mesej sesuatu teks atau ayat.
Mungkin penjelasan dari wikepedia ini boleh membantu :
Penerjemahan merupakan satu pekerjaan yang memerlukan kesungguhan. Ini adalah kerana penerjemahan yang tidak bersungguh-sungguh akan menimbulkan kekeliruan pembaca dan lebih-lebih lagi menimbulkan salah faham pembaca terhadap maksud pengarang teks sumber. Oleh itu, penerjemahan seharusnya dilakukan dengan berpandu kepada prinsip-prinsip yang tertentu.
Tidak mengubah maksud pengarang teks asal.
rinsip ini adalah jelas untuk para penterjamah. Tetapi, pada praktikalnya para penterjemah sebenarnya sukar untuk mengelakkan diri untuk mengubah maksud pengarang secara 100% kerana faktor perbezaan budaya dan bahasa. Tetapi, ini tidak bermaksud penterjemah diizinkan mengubah maksud pengarang teks asal dengan segaja.
Menghasilkan terjemahan yang mudah difahami pembaca.
Pentejemahan merupakan sebahagian daripada komunikasi. Oleh itu, sesuatu terjemahan sebaik-baiknya mudah difahami supaya tujuan komunikasi antara pembaca dengan pengarang asal dapat dicapai.
Menghormati tatabahasa penerima.
Dalam proses menterjemahkan, tatabahasa bahasa penerima harus dihormati. Ini bermaksud tatabahasa asing tidak seharusnya dipaksakan ke dalam teks terjemahan.
Menterjemah Makna Bahasa bukan menterjemah bentuk bahasa.
Dalam proses penterjemahan, makna harus diberi fokus. Penterjemah tidak seharusnya berusaha mengekalkan bentuk bahasa teks asal sehingga menghasilkan terjemahan yang berbelit-belit dan sukar difahami.
Maka kesimpulannya, berpandukan kepada prinsip-prinsip ini, seorang penterjemah diharapkan dapat menghasilkan satu karya yang boleh dipercayai sebagai satu karya terjemahan, dan karya ini adalah sebuah karya yang boleh difahami serta selesa untuk dibaca.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Terjemahan
Saya percaya, ayat yang saya bold dengan colour merah dapat membantu menjelaskan apa yang cuba saya maksudkan. Walaupun artikel tersebut tidakmenjelaskan sama ada yang dimaksudkan adalah menggunakan prinsip formal/verbal atau menggunakan prinsip dynamic, tetapi penjelasan ayat tersebut adalah berkaitan dengan apa yang cuba say jelaskan.
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shalom at 28-1-2009 03:14 PM
Berkenaan prinsip terjemahan, saya tidak dapat memberi penjelasan sebabmunasabah kenapa wujudnya prinsip tersebut. Lagipun kedua-dua prinsipini merupakan kaedah yang diterima pakai untuk aktiviti terjemahan yangmelibatkan SEMUA aktiviti terjemahan..bukan khusus untuk Alkitab sahaja.
Sarjana Kristian menggunakan dua kaedah tersebut, sebab ia memang dahdigunakan dalam dalam dunia terjemahan. Jadi terjemahan mana yang lebihbaik atau apa, diluar kemampuan saya. Sama juga dengan mana-manaprinsip lain. Ini bukan berkaitkan dengan kasta atau apa sahaja.
Seperti yang saya katakan tadi, tidak apa-apa kalau penggunaan terjemahan itu diaplikasikan,tapi dalam hal menterjemah ayat-ayat Tuhan, tidak boleh suka2 hati menambah atau menggugurkannya.Kalau nak berikan penerangan, sebagusnya diletakkan dalam quotation () atau penekanan. Jangan dicampur-adukkan sebab ia semacam menyatukan ayat-ayat Tuhan dengan ayat-ayat pemikiran manusia sendiri. Tuan sendiri yang katakan tadi bahawa untuk golongan kebanyakan kita gunakan dynamic translation tetapi untuk golongan terpelajar, formal translation digunakan. Maka bukankah itu sudah nampak jelas dalam penterjemahan ayat-ayat Tuhan dalam Bible pun memerlukan perbezaan darjat.
Lagipun seperti yang telah saya jelaskan, kenapa nak dikaitkan Alkitabterjemahan dengan keaslian Alkitab.Bukannya tidak ada Alkitab aslidalam bahasa hebrew dan Greek.
Jadi Tuan cuba nyatakan di sini bahawa apa yang telah diterjemahkan tersebut bukanlah asli lagi sebab kalau nak asli lebih baik rujuk kitab dalam bahasa Hebrew dan Greek sahaja?
Kalau nak kritik prinsip terjemahan tersebut, yang patut dijadikankritikan bukanlah terjemahan, tetapi prinsip yang telah diterima pakaidimana-mana sahaja. Buku sejarah Melayu kalau diterjemahkan ke dalamenglish pun akan menggunakan sama ada salah satu atau both prinsiptersebut.
Apa yang satu tahu terjemahan prinsip formal/verbal lebih menekankan terjemahan perkataan denbgan perkataan
Itu buku sejarah...tapi yang ni saya maksudkan dengan kitab Tuhan...lainlah kalau Tuan nak mengatakan kitab Tuhan yang berada dalam tangan Tuan sekarang adalah buku sejarah. Kalau dalam buku sejarah, perkataan yang lahir dalam teks sebenar, dan perkataan yang lahir dari pemikiran manusia (penterjemah) adalah dicampur masuk ke dalam satu buku. Kalau dalam kitab Tuhan, sepatutnya ia diasingkan atau dikurungkan..supaya ia tidaklah dikatakan menambah-nambah perkataan dalam ayat Tuhan.
Jadi kalau saudara nak mengkritik prinsip terjemahan yang mana lebihbaik, yang mana berkasta, adalah lebih baik saudara menbangkitpersoalan dan kritikan tersebut khas kepada prinsip tersebut danbukannya kepada produk hasil daripada penggunaan prinsip tersebut iaituAlkitab terjemahan, apatah lagi mengaitkan persoalan tentang prinsipterjemahan dengan keaslian Alkitab.
Seperti yang telah saya jelas, dikalangan orang Kristian pun, terdapatperbezaan pendapat, prinsip yang mana lebih sesuai untuk menterjemahkankitab suci. Apa yang jelas, kedua keadeh tersebut digunakan dalammembuat terjemahan Alkitab. Kalau saudara ragu-ragu dengan terjemahanAlkitab yang menggunakan prinsip dynamic, saudara boleh baca Alkitabyang menggunakan prinsip verbal/formal.Begitu juga sebaliknya.
Sebab itulah yang saya katakan tadi, jadi maksud Tuan, apa sahaja yang telah diterjemahkan adalah yang bukan asli???. Dan kalau nak yang asli ambil sahaja kitab Bible Greek dan Hebrew??.
----------------------------------------------------------------
[/quote]
Berkenaan 7 extra buku tersebut..sudah pasti RC berpendapat ia adalahKitab yang diilhamkan oleh Roh Kudus dand dianggap firman TUHAN. Darisegi sejarah, Martin Luther lah yang bertanggungjawap menggugurkan 7buah kitab tersebut dari Bible.
Saya menyebut Taurat, Mazmur dan Injil, kerana ia merupakan fokus orangIslam apabila membincangkan asli dan tidaknya Kitab-Kitab sebelumQuran. Malahan Quran sendiri lebih mengfokus kepada ketiga-tiga kitabtersebut.
Kalau mengikut persepktif Kristian , sebagai mana yang termaktud dalam Alkitab, Kitab-Kitab ini terbahagi kepada OT dan NT.
Dalam OT ada Kitab Taurat, Mazmur, Kitab Para Nabi etc..Dalam NT adaempat buah injil, surat-surat kepada jemaayh Kristian dan Kitab Wahyu.
RC/Orthodox mempunyai 7 buah Kitab Tambahan yang diletakkan ditengah2 OT dan NT.
Sebagai seorang Kristian, RC, sudah pasti saya menerima pakai kesemua Kitab tersebut, termasuk 7 kitab extra.
Protestan juga sama, kecuali 7 buah Kitab extra.
Walaupun terdapat kontroversi antara RC dan Protestan terhadap 7 buahkitab extra itu, tetapi kami bersepakat beriman kepada kitab-kitab lainsebagai diilhamkan oleh ALLAH.
[quote]
Ok, jadi Tuan bersetujulah, bahawa kitab2 selain Injil, Mazmur dan Taurat adalah kitab yang datangnya dari Allah?. Jadi, mengapa tak standardized kan sahaja kedua-dua mazhab tu dengan mengurangkan / menambahkan 7 kitab tersebut kalau memang benar kesemua ahli Kristian mempercayai bahawa kitab-kitab selain Injil, Mazmur dan Taurat adalah datang dari Allah?.
Saudara, nyata saudara tidak buka Al-Quran. Al-Quran bukan sahaja menekankan tiga kitab tersebut..tetapi kitab yang lain juga Al-Quran ada tekankan. Cuba saudara bandingkan..walaupun tidak banyak tapi ada juga.
Wallahu'alam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shalom at 28-1-2009 04:42 PM
Menterjemah Makna Bahasa bukan menterjemah bentuk bahasa.
Dalam proses penterjemahan, maknaharus diberi fokus. Penterjemah tidak seharusnya berusaha mengekalkanbentuk bahasa teks asal sehingga menghasilkan terjemahan yangberbelit-belit dan sukar difahami. ...
Ya, memang betul, tapi dalam keadaan ayat-ayat Tuhan seharusnya, kalau nak mengubah sesuatu ayat bagi nampak cantik, ia perlu diasingkan atau perlu diletakkan dalam kurungan bagi sebarang ayat yang digunakan untuk mencantikkan lagi struktur ayat tersebut. Perlu diingat, tak boleh kita layan ayat-ayat Tuhan macam kita layan buku2 teks. Yang mana kita boleh campur adukkan ayat dalam pemikiran kita dengan ayat asal teks tersebut, semata-mata nak buat ia berbunyi sedap.. Tidak salah kalau nak bagi sedap, tapi perlulah diasingkan yang mana ayat Tuhan, dan yang mana adalah ayat dari pemikiran manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 eastrun\ catat
1. Seperti yang saya katakan tadi, tidak apa-apa kalau penggunaan terjemahan itu diaplikasikan,tapi dalam hal menterjemah ayat-ayat Tuhan, tidak boleh suka2 hati menambah atau menggugurkannya.Kalau nak berikan penerangan,
Seperti yang telah saya jelaskan, dikalangan sarjana Kristian, isu ini masih menjadi perbincangan, prinsip mana yang lebih faithfull untuk menterjemah Kitab Suci. Kerana itu, untuk menterjemah Alkitab, kedua-dua prinsip digunakan. Sebagai seorang Kristian, sebagai permulaan, membaca Alkitab terjemahan menggunakan prinsip dynamic adalah memadai. Sudah pasti, apabila saya ingin mendalami dengan lebih serius tentang isi kandungan Alkitab,saya akan membaca terjemahan verbal.formal yang diterjemahkan ayat kepada ayat.
Kebiasaanya terjemahan dynamic lebih digemari kerana susunan ayat lebih mudah untuk difahami, sementara terjemahan formal lebih sukar untuk difahami. Sebab itu saya katakana, bergantung kepada keadaan. Kalau setakat untuk pemahaman asas, bacan harian memadai membaca terjemahan dynamic , begitu juga seterusnya. Apa yang penting, mesej asal teks suci tidak terjejas. Sama ada saudara membaca Injil dalam bahasa asli Greek, atau membaca Alkitab terjemahan mengikut prinsip formal/verbal atau menggunakan prinsip dynamic, mesej adalah tetap sama..Yesus Firman Allah menjadi manusia,disalibkan untuk menebus dosa manusia etc..
Jadi dalam hal ini, sekali lagi tiada timbul isu terjemahan untuk mengaitkan dengan keaslian Alkitab.
2. Jadi Tuan cuba nyatakan di sini bahawa apa yang telah diterjemahkan tersebut bukanlah asli lagi sebab kalau nak asli lebih baik rujuk kitab dalam bahasa Hebrew dan Greek sahaja?
Bergantung kepada tuan untuk mentafsir apa maksud asli..Kalau tuan bertanya, adakah mesej Alkitab terjemahan adalah sama dengan mesej Alkitab asli, jawapan saya sama dan asli. Orang Kristian sendiri, pope, bishop, paderi, pastor akan membaca Alkitab dalam bahasa asli, menggunakan Alkitab dalam bahasa Hebrew dan Greek untuk membuat tafsiran etc. Aktiviti terjemahan adalah untuk menampung keperluan pembaca yang tidak dapat memahami bahasa asli sesuatu teks Kitab Suci. Tiada penterjemah yang berani mengaku mereka dapat menterjemahkan 100% secara lengkap. Tuan boleh membaca dan menghafal Quran dalam bahasa asli, tetapi saya percaya ramai orang termasuk tuan juga akan merujuk kepada Quran terjemahan.
3. Ok, jadi Tuan bersetujulah, bahawa kitab2 selain Injil, Mazmur dan Taurat adalah kitab yang datangnya dari Allah?. Jadi, mengapa tak standardized kan sahaja kedua-dua mazhab tu dengan mengurangkan / menambahkan 7 kitab tersebut kalau memang benar kesemua ahli Kristian mempercayai bahawa kitab-kitab selain Injil, Mazmur dan Taurat adalah datang dari Allah?.
Dalam isu ini, perbincangan dan perdebatan masih lagi berjalan dikalangan umat Kristian. Diharap akan mencapai kata sepakat suatu hari nanti...
4.Saudara, nyata saudara tidak buka Al-Quran. Al-Quran bukan sahaja menekankan tiga kitab tersebut..tetapi kitab yang lain juga Al-Quran ada ..
Seperti yang telah saya jelaskan, saya menyebut Kitab Taurat, Mazmur dan Injil kerana orang Islam lebih mengfokus kepada ketiga-tiga kitab tersebut apabila berbincang tentang keaslian Alkitab.
5. Ya, memang betul, tapi dalam keadaan ayat-ayat Tuhan seharusnya, kalau nak mengubah sesuatu ayat bagi nampak cantik, ia perlu diasingkan atau perlu diletakkan dalam kurungan bagi sebarang ayat yang digunakan untuk mencantikkan lagi struktur ayat tersebut. Perlu diingat, tak boleh kita layan ayat-ayat Tuhan macam kita layan buku2 teks. Yang mana kita boleh campur adukkan ayat dalam pemikiran kita dengan ayat asal teks tersebut, semata-mata nak buat ia berbunyi sedap.. Tidak salah kalau nak bagi sedap, tapi perlulah diasingkan yang mana ayat Tuhan, dan yang mana adalah ayat dari pemikiran manusia.
Seperti yang telah saya jelaskan, prinsip tersebut telah diterima secara universal, termasuklah dalam terjemahan Alkitab. Kalau nak dimasukkan tanda kurungan (..),saya percaya 70% ayat Alkitab yang menggunakan prinsip dynamic akan ditutup..Tujuan terjemahan secara dynamic adalah agar ia mudah difahami dalam bahasa tempatan. Bagi saya, apa yang penting, mesej asal teks asli tidak terjejas dengan terjemahan. Setakat untuk pembacaan kefahaman asas, terjemahan dynamic adalah sudah memadai. Tetapi kalau saya ingin merujuk lebih lanjut, sudah pasti akan merujuk kepada interlinear seperti contoh dalam posting saya no.4.
Terima kasih..
[ Last edited by shalom at 28-1-2009 05:29 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shalom at 28-1-2009 05:26 PM
Seperti yang telah saya jelaskan, dikalangan sarjana Kristian, isu inimasih menjadi perbincangan, prinsip mana yang lebih faithfull untukmenterjemah Kitab Suci. Kerana itu, untuk menterjemah Alkitab,kedua-dua prinsip digunakan. Sebagai seorang Kristian, sebagaipermulaan, membaca Alkitab terjemahan menggunakan prinsip dynamicadalah memadai. Sudah pasti, apabila saya ingin mendalami dengan lebihserius tentang isi kandungan Alkitab,saya akan membaca terjemahanverbal.formal yang diterjemahkan ayat kepada ayat.
Kebiasaanya terjemahan dynamic lebih digemari kerana susunan ayat lebihmudah untuk difahami, sementara terjemahan formal lebih sukar untukdifahami. Sebab itu saya katakana, bergantung kepada keadaan. Kalausetakat untuk pemahaman asas, bacan harian memadai membaca terjemahandynamic , begitu juga seterusnya. Apa yang penting, mesej asal tekssuci tidak terjejas. Sama ada saudara membaca Injil dalam bahasa asliGreek, atau membaca Alkitab terjemahan mengikut prinsip formal/verbalatau menggunakan prinsip dynamic, mesej adalah tetap sama..Yesus FirmanAllah menjadi manusia,disalibkan untuk menebus dosa manusia etc..
Lihat ayat ini dalam Quran. Dan Tuan akan faham apa yang saya maksudkan:
AQ 5:13. Maka kerana pelanggaran perjanjian mereka, Kami melaknatkan mereka, dan menjadikan hati mereka keras. Mereka mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya,dan mereka melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telahdiperingatkan; dan kamu tidak akan berhenti melihat pengkhianatandaripada mereka, kecuali sedikit antara mereka. Namun begitu,maafkanlah mereka dan ampunkanlah; sesungguhnya Allah menyukaiorang-orang yang berbuat baik.
Maksud saya di sini, bila Tuan menggunakan kaedah penterjemahan secara dynamic, Tuan sebenarnya mengubah ayat tersebut. Makna sebenar ayat tersebut, apa lagi Tuan memasukkan perkataan dalam sesuatu ayat Tuhan itu seperti yang ditunjukkan oleh kawan kita dalam posting pertama untuk ayat 12:16. Kenapa perlu dimasukkan ke dalamnya perkataan --kamu katakan-- sedangkan dalam teks asalnya tidak ada perkataan kamu katakan,kan?. Bila dimasukkan perkataan yang tak sepatutnya ada dalam sesuatu ayat, maka ia akan merubah mesej dan situasi yang cuba disampaikan oleh ayat tersebut. Bukankah itu sudah terjejas?. Jalan terbaik ialah membuat penafsiran....Itu pada pandangan saya..sebab itu Tafsir Al-Quran diterbitkan bagi mengelakkan kekeliruan pembaca.
Tapi, kalau Tuan tengok dalam Al-Quran.Tidak ada pun penambahan perkataan dalam ayat. Jadi ia tidak merubah maksud ayat dan situasi yang cuba disampaikan ayat tersebut.
Bergantung kepada tuan untuk mentafsir apa maksud asli..Kalau tuanbertanya, adakah mesej Alkitab terjemahan adalah sama dengan mesejAlkitab asli, jawapan saya sama dan asli. Orang Kristian sendiri, pope,bishop, paderi, pastor akan membaca Alkitab dalam bahasa asli,menggunakan Alkitab dalam bahasa Hebrew dan Greek untuk membuattafsiran etc. Aktiviti terjemahan adalah untuk menampung keperluanpembaca yang tidak dapat memahami bahasa asli sesuatu teks Kitab Suci.Tiada penterjemah yang berani mengaku mereka dapat menterjemahkan 100%secara lengkap. Tuan boleh membaca dan menghafal Quran dalam bahasa asli, tetapi saya percaya ramai orang termasuk tuan juga akan merujuk kepada Quran terjemahan.
Tidak..untuk lebih accurate, kami akan merujuk kepada tafsir Al-Quran, walau bagaimanapun untuk mendapatkan terjemahan yang cetek, cukuplah dengan merujuk Al-Quran yang diterjemahkan, tapi perkataan untuk menerangkan adalah dimasukkan dalam kurungan, sebagai menyokong / menjelaskan perkataan asal...ia tidak merubah perkataan..atau tidak menambah-nambah perkataan dalam teks asal.
Setiap manusia itu diberikan pengetahuan yang berbeza-beza sesuai dengan kehebatannya dalam bidang tersebut. Kalau Allah takdirkan dia untuk menjadi seorang pegawai penyelidik, maka Dia akan berikan kepandaian kepada orang tersebut untuk menyelidik, namun di antara penyelidik2 tersebut, masih lagi Allah pecah-pecahkan pengetahuan pemberianNya, supaya yang satu tidak dapat mengatasi pengetahuan yang lain kerana dalam penyelidikan sendiri ada perbezaan bidang. Begitu juga dengan penterjemah...mana ada yang nak mengaku mereka bagus?. Kalau ye pun mereka bagus..tetap tidak boleh dikatakan bagus..
Walau bagaimanapun, menambahkan perkataan dalam ayat Tuhan, bukankah ia sesuatu yang menambah-nambah ayat Tuhan..apa lagi bila penambahan itu bisa merubahkan maksud ayat, walau pun pada sekali pandangan ia menyampaikan situasi yang sama.
Dalam isu ini, perbincangan dan perdebatan masih lagi berjalandikalangan umat Kristian. Diharap akan mencapai kata sepakat suatu harinanti...
Ye ke...adakah saudara berpendapat kesatuan itu ialah dengan membuang 7 kitab tersebut atau menambahkannya untuk kedua-dua mazhab.???. Heehehehe
Seperti yang telah saya jelaskan, saya menyebut Kitab Taurat, Mazmurdan Injil kerana orang Islam lebih mengfokus kepada ketiga-tiga kitabtersebut apabila berbincang tentang keaslian Alkitab.
Tidak juga...ada juga kitab yang lain yang juga ada dalam Bible dijadikan rujukan sebagai perbincangan...Cuma Tuan pun kenalah juga buka Quran..
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #15 eastrun\ catat
1. AQ 5:13. Maka kerana pelanggaran perjanjian mereka, Kami melaknatkan mereka, dan menjadikan hati mereka keras. Mereka mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya,dan mereka melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telahdiperingatkan; dan kamu tidak akan berhenti melihat pengkhianatandaripada mereka, kecuali sedikit antara mereka. Namun begitu,maafkanlah mereka dan ampunkanlah; sesungguhnya Allah menyukaiorang-orang yang berbuat baik.
Seperti yang saya katakan, prinsip terjemahan dynamic..walaupun menekankan kebebasan tanpa terikat kepada struktur ayat..tetapi sama sekali tidak mengabaikan makna ayat.
Contohnya macam mana sr. nak terjemahkan bapa borek anak rintik?
Kalau sr. ikut prinsip formal sudah pasti sr. akan terjemahkan..
Bapa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 indah1285's post
John 5:7:
"Jawab orang sakit itu kepada-Nya: "Tuhan, tidak ada orang yang menurunkan aku ke dalam kolam itu apabila airnya mulai goncang, dan sementara aku menuju ke kolam itu, orang lain sudah turun mendahului aku."
Kitab Bible versi Indonesia
--------------------------------------------------------------- |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by shalom at 28-1-2009 06:10 PM
Seperti yang saya katakan, prinsip terjemahan dynamic..walaupunmenekankan kebebasan tanpa terikat kepada struktur ayat..tetapi samasekali tidak mengabaikan makna ayat.
Contohnya macam mana sr. nak terjemahkan bapa borek anak rintik?
Kalau sr. ikut prinsip formal sudah pasti sr. akan terjemahkan..
Bapa |
|
|
|
|
|
|
|
II SAMUEL 10:18 18. And the Syrians fled before Israel; and David slew the men of seven hundred chariots of the Syrians, and forty thousand horsemen, and smote Shobach the captain of their host, who died there. tetapi orang Aram itu lari dari hadapan orang Israel, dan Daud membunuh dari orang Aram itu tujuh ratus ekor kuda kereta dan empat puluh ribu orang pasukan berkuda. Sobakh, panglima tentara mereka, dilukainya sedemikian, hingga ia mati di sana. | I CHRONICLES 19:18 18. But the Syrians fled before Israel: and David slew of the Syrians seven thousand men which fought in chariots, and forty thousand footmen, and killed Shophach the captain of the host. tetapi orang Aram itu lari dari hadapan orang Israel, dan Daud membunuh dari orang Aram itu tujuh ribu ekor kuda kereta dan empat puluh ribu orang pasukan berjalan kaki; juga Sofakh, panglima tentara itu, dibunuhnya. |
Jika bible sekarang ni dari Allah? Apakah Allah akan membuat kesalahan seperti ini? |
|
|
|
|
|
|
| |
|