View: 5236|Reply: 5
|
eropah barat dilanda ribut Xynthia
[Copy link]
|
|
Eropah barat dilanda ribut Xynthia
PARIS 1 Mac - Angin kencang, laut bergelora dan hujan lebat melanda barat Eropah semalam, mengakibatkan sekurang-kurangnya 53 maut dan lebih sejuta penduduk terpaksa bergelap selepas bekalan elektrik terputus.
Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy hari ini dijangka mengunjungi kawasan pantai Atlantik yang dipukul ribut, di mana kira-kira 45 orang disahkan terkorban dalam kejadian banjir serta angin kencang.
Dikenali sebagai Xynthia, ribut Atlantik itu memukul bahagian barat pantai Perancis dan Sepanyol, membawa bersamanya cuaca buruk bermula dari Portugal ke Belanda dan kawasan pedalaman sehingga menjangkaui Jerman.
Kematian tertinggi dicatat di Perancis, di mana angin kencang kira-kira 150 kilometer sejam dan ombak setinggi lapan meter memukul pantai barat, mengakibatkan banjir di kawasan pedalaman sehingga memaksa penduduk memanjat bumbung rumah masing-masing bagi menyelamatkan diri.
Perdana Menteri Francois Fillon berkata, Perancis secara rasmi akan mengisytiharkan ribut tersebut sebagai bencana alam semula jadi, sekali gus membolehkan dana disalurkan bagi membantu pembangunan semula masyarakat, ketika Menteri Dalam Negeri Brice Hortefeux meletakkan angka kematian kebangsaan antara 45 hingga 50 orang.
Perancis juga dilapor bakal meminta Kesatuan Eropah (EU) mengeluarkan dana daripada bajet serantaunya bagi membantu membayar operasi pemulihan.
Menteri Eropah, Pierre Lellouche dalam pada itu akan ke Brussels hari ini bagi bertemu pesuruhjaya polisi serantau, Johannes Hahn.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, sebanyak 45 kematian disahkan di Perancis sejak Sabtu lalu, di mana kebanyakan daripada mangsa lemas dalam kejadian banjir di bandar tepi pantai di daerah Vendee dan Charente-Maritime.
Sementara itu, tiga maut di Jerman akibat dihempap pokok melibatkan seorang pemandu kereta di Black Forest, seorang wanita yang sedang berjoging di barat bandar Bergheim dan seorang lelaki yang sedang berjalan di hutan dekat barat Frankfurt.
Di Sepanyol, pihak berkuasa semalam melaporkan, dua lelaki berumur 51 dan 41 tahun maut apabila kereta yang mereka naiki dihempap pokok, sementara seorang warga emas lelaki terbunuh kelmarin apabila sebuah dinding tiba-tiba runtuh menghempapnya di daerah Galicia. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
bencana alam menjadi2 skarang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
bencana di sana sini...dunia dah di akhir zaman |
|
|
|
|
|
|
|
oh tidak.... allah murka. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|