CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: MUZRI

CERMIN ( Cinta Seram )

[Copy link]
Post time 25-3-2010 11:46 AM | Show all posts
lg2...netx2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2010 05:40 PM | Show all posts
wah ada citer barulah kat sini.....tp nak tgu byk n3 baru nak buat marathon......klu tak nanti tertangguh2 baca plk....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 05:41 PM | Show all posts
nampak cam menarik jer citer ni.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2010 09:13 AM | Show all posts
7

PAGI ini, awal-awal lagi Dewi sudah bangun daripada tidur. Panggilan daripada ayahnya malam tadi sangat menggembirakan. Pagi ini ayahnya akan menemuinya selepas hampir dua minggu tidak datang menjenguk. Semenjak dia berpindah ke banglo ini, inilah kali pertama ayahnya datang menjenguk.

      Selepas selesai bersiap, lekas-lekas Dewi menuruni anak tangga untuk ke ruang makan. Kelihatan ibunya sedang duduk sendirian sambil menikmati hidangan sarapan pagi. Pagi ini mereka bersarapan bihun goreng. Baunya mencucuk-cucuk hidung. Dewi terpaksa kembang kempiskan hidung untuk menghidu masakan itu.

      "Assalamualaikum, bu," ucap Dewi gembira lalu disalam tangan ibunya, dikucup mesra.

      "Waalaikumussalam, sayang. Amboi, cantik-cantik ni nak ke mana? Ada dating dengan boyfriend ke?" tanya Azizah sekadar mengusik.

      "Apa ibu ni. Dewi mana ada boyfriend," rengek Dewi tersipu-sipu malu.

      "Dah tu? Cantik-cantik ni, Dewi nak ke mana?" tanya Azizah kehairanan.

      "Ayah nak jumpa Dewi hari ni," jawab Dewi gembira.

      "Ya ke? Pelan nak ke mana hari ni?" Azizah sekadar bertanya sambil menuang teh O panas ke dalam cawan Dewi.

      "Emm… Dewi ingat nak bawak ayah ronda-ronda kat pekan ni. Lepas tu pergi bandar pulak," jawab Dewi lancar sambil menyenduk bihun goreng ke atas pinggan.

      "Jangan balik lambat tau. Esok sekolah." Azizah sekadar mengingatkan. Dia bukannya tidak tahu perangai Dewi. Jika sudah keluar bersama bekas suaminya, hampir larut malam baru sampai ke rumah semula.

      Dewi hanya mengangguk sambil menjamah bihun gorengnya. "Ibu tak ke office ke hari ni?" tanyanya setelah mendapati ibunya hanya berbaju biasa.

      "Ibu off hari ni. Penatlah asyik kerja aje. Sebab tu ibu ambik cuti hari ni. Ingat nak ajak Dewi shopping tengah hari nanti. Tapi… Dewi dah berjanji dengan ayah, kan? Jadi… tak apalah," jelas Azizah seolah kecewa. Itulah rancangan awalnya. Dia ingin meluangkan masa bersama anak gadis tunggalnya itu. Rasanya sudah lama dia tidak meluangkan masa untuk Dewi. Tapi, rancangannya terpaksa ditangguhkan.

      "Alah… ya ke? Kenapa ibu tak cakap awal-awal? Kalau tak, boleh cancel dating dengan ayah hari ni," keluh Dewi hampa.

      "It’s okay, sayang. Lagipun Dewi dah lama tak jumpa ayah, kan? Tak apa, lain kali kita boleh hang out sama-sama," kata Azizah seolah memujuk.

      "Apa kata ibu join kita orang dating?" Dewi mencadangkan.

      Dewi teringin sangat melihat ibu keluar bersama-sama ayah. Semenjak ibu dan ayah bercerai, hanya beberapa kali sahaja mereka keluar bertiga bersama. Itu pun disebabkan terserempak. Jika tidak, ibunya sedaya upaya mencari alasan untuk mengelak daripada berjumpa ayah. Tapi, kali ini tiada alasan untuk ibunya menolak pelawaannya.

      "Hisy, ibu tak nak ganggu you all datinglah."

      "Apa pulak ganggu? Ibu kan ibu Dewi. Dan ayah pula ayah Dewi. Ibu dengan ayah kan pernah bersama dulu. Apa nak diganggukan, betul tak?" Dewi cuba memujuk.

      "Tak apalah, Dewi keluar dengan ayah ajelah. Lagipun ibu ada banyak kerjalah nak buat. Proposal syarikat ibu tak siap lagi." Azizah sedaya upaya beralasan. Dia benar-benar tidak mahu bersemuka dengan bekas suaminya. Dia kekok. Dia tidak tahu apa yang hendak dibicarakan bila berdepan nanti.

      "Alah, ibu ni, saja aje tau," keluh Dewi merajuk.

      "Lain kali ya, sayang?" pujuk Azizah seolah memberi harapan.

      "Lain kali kalau Dewi dating dengan ayah, ibu kena join ek?" pinta Dewi seolah menginginkan ibunya berjanji.

      Azizah hanya tersenyum. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.

      "Janjilah, ibu," desak Dewi manja.

      "Okey, ibu janji." Terlepas kata-kata itu dari mulut Azizah. Dia tidak sedar dia telah mengungkapkan kata janji itu. Apa yang pasti Dewi tidak akan melupakan janji ibunya itu dan ia bakal dituntut bila sudah tiba masanya nanti.

      Kedengaran bunyi hon kereta dari arah depan rumah. Lekas Dewi memandang keluar rumah. Tahu sangat dia dengan bunyi hon itu. Hon kereta ayahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2010 09:13 AM | Show all posts
"Ayah dah sampai tu." Azizah sekadar memberitahu.

      Kelam-kabut Dewi menghabiskan bihun goreng dan menghirup teh O panasnya sehingga habis.

      "Dewi pergi dulu, ibu," pinta Dewi lalu menyalam ibunya, pipi bertemu pipi.

      Azizah hanya menggeleng perlahan melihat gelagat anak gadisnya itu. Selepas Dewi melangkah keluar, dia mencuri pandang ke arah bekas suaminya dari tingkap. Ingin sangat dia melihat wajah terbaru bekas suaminya itu. Dipendamkan niatnya itu bila dia terlihat bekas suaminya perasan akan tingkah lakunya yang sedang mengintai, lalu dia kembali melangkah ke ruang makan.

SEJURUS selepas Dewi masuk ke dalam kereta ayahnya, dia terus menyalami tangan ayahnya lalu dikucup mesra, tanda hormat dan bagi melepaskan rindu yang sudah lama terpendam. Gembira benar perasaannya ketika ini.

      "Amboi, susahnya nak cari banglo baru Dewi ni. Hampir dua kali ayah sesat tau nak ke banglo ni. Nasib baik orang kampung ni tahu pasal banglo ni," jelas Aziz seolah merungut sambil melihat banglo itu yang kian menjauh dari cermin padang belakang.

      "Tulah pasal. Ibu pun satu, boleh pulak dia beli banglo buruk tu," rungut Dewi pula.

      "Nak buat macam mana, ibu Dewi tu suka kawasan macam ni. Terpencil dan jauh daripada hiruk-pikuk bandar. Nak dapat ketenangan," jelas Aziz seolah memujuk.

      "Ketenanganlah sangat. Nasib baik ada Pak Mat tau, ayah. Kalau tak, susahlah Dewi nak ke mana-mana. Kawasan ni susah nak dapat bas atau teksi." Dewi sambung merungut.

      Aziz hanya tertawa kecil melihat gelagat anaknya itu.

      "Ayah pun satu, kenapa ayah tak jenguk Dewi minggu lepas? Call pun tak…" Dewi merajuk.

      "Bukan ayah tak mahu menjenguk Dewi. Ayah ada kerja sikit minggu lepas."

      "Sebelum ni, walaupun ayah ada kerja pada hari Ahad, boleh aje jenguk Dewi." Dewi mula memuncungkan bibir.

      "Dewi, sebelum ni rumah Dewi dekat dengan office ayah. Sebab tu ayah boleh jenguk Dewi walaupun ayah terpaksa kerja hari Ahad. Sekarang… rumah baru Dewi dah jauh, tak sempat nak jumpa. Ni pun awal-awal pagi tadi ayah dah keluar rumah. Sekarang baru sampai," jelas Aziz panjang lebar sambil menjeling jam di pergelangan tangannya. Dia mengambil masa hampir satu jam setengah untuk sampai ke banglo baru bekas isterinya itu pagi ini.

      Dewi hanya membentuk-bentuk bibir tanda protes.

      "Jadi, macam mana dengan keadaan kat rumah baru tu? Best tak?" Sengaja Aziz menukar topik perbualan selepas menyedari anaknya itu mula bermuram durja.

      "Bolehlah, tapi… banglo tu macam pelik sikit," keluh Dewi hambar. Seolah ada sesuatu yang berselirat di ruang benaknya, sukar untuk dilepaskan.

      "Pelik? Apa yang peliknya?" tanya Aziz seolah dapat menilai perasaan anak gadisnya itu.

      "Entahlah… Dewi pun susah nak ceritakan hal sebenar. Kalau cerita, takut ayah tak percayakan Dewi," jelas Dewi seolah berharap agar ayahnya dapat menerima cerita yang bakal diceritakan jika perlu.

      "Kenapa ni, Dewi? Lain macam aje ayah tengok? Apa yang ayah tak percaya?" Aziz kehairanan melihat reaksi Dewi yang tiba-tiba kelihatan gelisah "Cuba cerita pada ayah."

      Dewi mengeluh halus. Berat rasa hati untuk menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya semenjak menjejakkan kaki di banglo baru itu. Sesuatu yang misteri. Dia takut ayahnya juga seperti Siti. Tidak percaya akan apa yang telah berlaku kepadanya. Dia mengambil nafas panjang untuk memulakan cerita. "Sejak Dewi pindah di banglo tu… Dewi seolah mengalami satu perubahan misteri…"

      "Perubahan misteri? Perubahan misteri yang macam mana tu?" tanya Aziz kehairanan. Pelik benar mendengar kata-kata Dewi.

      "Ayah ada baca berita pasal tiga budak lelaki mati lemas akibat accident semalam tak kat surat khabar?" tanya Dewi sekadar ingin memastikan. Hanya dengan cara itu sahajalah dia boleh membuktikan ceritanya.

      Aziz mengelamun seketika. Cuba mengingat berita yang diberitahu oleh Dewi itu. "Ha’ah. Accident tu berlaku di kawasan bandar ni, kan?"

      Dewi mengangguk lesu. "Sebenarnya, sebelum kemalangan tu, budak-budak tu kacau Dewi kat bus stop depan sekolah Dewi kelmarin."

      "Dia orang kacau Dewi? Apa yang dia orang buat pada Dewi?" Lekas Aziz bertanya. Risau benar jika ada yang cuba mengapa-apakan Dewi.

      "Tak buat apa-apa. Cuma kacau aje. Masa dia orang kacau Dewi, Dewi ada cakap pada dia orang, Dewi kata, dia orang semua akan ditimpa kemalangan dan mati lemas. Tapi masa tu Dewi hanya cakap aje, tak terniat apa-apa pun," jelas Dewi panjang lebar mengenai perkara misteri yang mengganggu dirinya sejak kebelakangan ini.

      Aziz seolah kebingungan. Dia cuba memahami jalan cerita Dewi. "Jadi… apa yang Dewi cakap tu… jadi kenyataan?"

      Dewi mengangguk perlahan.

      Aziz tertawa kecil. "Dewi… mungkin semua tu kebetulan aje," jelasnya tidak percaya dengan cerita Dewi.

      "Tak mungkin, ayah. This is not the first time, but this is the second time. Sebelum ni classmate Dewi. Dia buli Dewi. Jadi, Dewi kata pada dia, muka dia akan terseret pada tar jalan. Esoknya, dia accident, muka dia terseret kat jalan raya, ayah. Sekarang masih di hospital. Koma," jelas Dewi dengan harapan agar ayahnya mempercayai kata-katanya.

      Aziz hilang kata-kata. Senyumannya mula pudar. Buat-buat hairan mendengar cerita anaknya itu. Dalam hati, sedikit pun tidak mempercayai kata-kata anaknya. Apa yang berlaku hanya secara kebetulan sahaja.

      "Really? Jadi, kalau macam tu… anak ayah ni ada kuasa misterilah ek?" Aziz berseloroh.

      "Ayah ni… orang cakap betul-betul dia main-main pula," rungut Dewi merajuk. Mendengar kata-kata ayahnya itu, tahu benar dia yang ayahnya sedikit pun tidak mempercayai kata-katanya.

      "Mungkin itu semua secara kebetulan aje… Dah, jangan fikirkan sangat okey?" pujuk Aziz.

      "Kita nak ke mana ni?" tanya Aziz lagi cuba mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu anaknya itu terbawa-bawa dengan fikiran yang bukan-bukan.

      Dewi diam. Monyok sahaja mukanya. Menyampah rasanya bila ceritanya tidak dipercayai oleh ayahnya. Dia sendiri tidak tahu pada siapa dia mahu meluahkan rasa musykil di hati. Cerita kepada Siti, gadis itu pun tidak percaya. Cerita kepada ibu, kena marah pula. Cerita kepada ayah, sama sahaja seperti cerita kepada Siti. Hanya Sem sahaja seolah mempercayai ceritanya.

      "Ayah tanya ni, kita nak ke mana dulu ni?" Aziz mengulangi pertanyaannya bila anaknya tidak menjawab pertanyaan pertamanya tadi.

      "Kita pergi bandar ajelah," jawab Dewi acuh tidak acuh.

      "Kenapa ni? Senyumlah sikit," pujuk Aziz sambil mencuit dagu Dewi.

      Dewi tersenyum paksa. Pandangannya dicampak ke luar kereta.

      "Macam tulah anak ayah. Senyum," pujuk Aziz lagi lalu membelokkan kereta ke arah jalan menuju ke pusat bandar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 01:06 PM | Show all posts
suker baca citer cam ni tapi kag mlm mula la tido buka lampu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2010 04:58 PM | Show all posts
wah..best..sambung please
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2010 04:22 PM | Show all posts
8

AWAL-awal pagi lagi Dewi sudah sampai ke sekolah. Dia tidak tahu mengapa perasaannya begitu berkobar-kobar untuk ke sekolah hari ini. Seolah ada sesuatu yang dia nantikan. Ya, memang ada sesuatu yang dinantikan. Dia ingin bertemu dengan Andy. Tidak sabar rasa hatinya untuk bertemu dengan Andy hari ini.

      Sampai sahaja di dalam kelas, dilihat meja Siti masih kosong. Siti belum sampai lagi. Dewi duduk sendirian di mejanya. Ada beberapa orang pelajar sudah berada di dalam kelas. Masing-masing sibuk dengan buku tulis. Tidak tahu apa yang mereka sedang tulis.

      Oh ya, mungkin dia orang masih belum siap kerja sekolah Matematik yang Cikgu Mat Noh beri minggu lepas agaknya, desis Dewi dalam hati. Dia awal-awal lagi sudah menyiapkan kerja-kerja itu. Malam sebelum dia menemui ayahnya semalam, dia telah menyiapkan kesemua kerja sekolahnya. Dia tidak suka melewat-lewatkan sesuatu kerja. Padanya, selagi kerja itu tidak disiapkan, hatinya pasti tidak tenang.

      Hatinya berlagu riang. Tidak tahu ingin ditahan bagaimana. Senyuman pada bibirnya tidak lekang sedari tadi. Beberapa minit kemudian, dia mula terlihat Siti dan beberapa orang pelajar lain melangkah menuju ke kelas. Senyuman Dewi semakin melebar.

      “Good morning, Siti,” ucap Dewi selepas Siti melabuhkan punggungnya di kerusinya.

      Siti kehairanan. “Awal kau sampai hari ni?”

      Dewi hanya tersengih sumbing. Siti semakin hairan.

      “Oh ya…” Tiba-tiba Siti seolah teringat sesuatu. Dia mendapatkan begnya lalu dikeluarkan dompetnya dan diletak di atas meja.

      Dewi terpinga-pinga. Beberapa saat kemudian dia tertawa sambil menutup mulut dengan kedua-dua tangan. “Dompet kau dah dapat balik dah?”

      Siti tidak senyum pun. Malah, wajahnya serius.

      “Kau kenapa?” tanya Dewi kehairanan melihat raut wajah Siti yang serius itu.

      “Aku confuse sekarang ni.” Siti musykil.

      “Apa yang kau confuse?”

      “Kau pasti ke, kau dengan dua orang perompak tu tak ada kaitan?” Siti sangsi dengan kejujuran Dewi.

      Dewi kehairanan mendengar pertanyaan Siti. Seolah-olah Siti menyalahkannya atas apa yang telah berlaku kelmarin. Seolah-olah dialah dalang atas apa yang berlaku. Mata Siti melirik ke arahnya, seolah dia berkomplot bersama dua peragut itu untuk menakutkannya.

      “Apa kau cakap ni? Aku… aku tak faham.” Dewi terpinga-pinga.

      “Semalam, dua orang peragut tu datang rumah aku, minta maaf. Dia orang kata jangan hantar sesiapa ganggu dia orang lagi. Lepas tu dia pulangkan balik dompet aku ni dalam ketakutan,” jelas Siti tentang apa yang telah berlaku.

      “Kau ada jumpa dia orang ke untuk pulangkan dompet aku ni balik?” tanya Siti ingin kepastian. Kejujuran kawan baiknya itu diharapkan ketika ini. Dia tidak mahu jadi mangsa mainan Dewi jika benar tanggapannya sebelum ini bahawa Dewi dan dua peragut itu berkomplot untuk menakutkannya.

      “Apa kau merepek ni? Aku kenal dia orang pun tak tau. Macam mana aku nak jumpa dia orang?” jawab Dewi serius dan kehairanan.

      “Baguslah. Jadi, kenapa mereka perlu pulangkan tas tangan aku semula? Sesen pun tak hilang tau,” jelas Siti kehairanan.

      “Okeylah tu dia orang pulangkan. Kalau dia orang tak pulangkan macam mana? Jadi pendatanglah kau sebab tak ada IC.” Dewi cuba berseloroh.

      Siti hanya tertawa kelat. Dia masih ragu-ragu dengan kejujuran Dewi. Dia masih tidak yakin, bahawa Dewi tidak tahu apa-apa fasal hal ini. Segala kata-kata Dewi kelmarin benar-benar berlaku. Konspirasi apa yang cuba Dewi lakukan ini?

      “Jadi sekarang kau percaya pada cerita aku?” tanya Dewi tiba-tiba.

      Siti tidak terus menjawab. Walaupun dia gembira dompetnya sudah dikembalikan semula, tetapi dia masih musykil. Dia tidak tahu apa yang telah berlaku. Apa yang Dewi niatkan kepada orang yang dibenci, pasti benar-benar berlaku. Kejadian ini seolah satu bukti yang dia tidak boleh lagi sangkal mengenai kuasa misteri yang dimiliki oleh gadis itu. Ia adalah benar.

      “Entahlah… aku tak pasti sama ada aku boleh percaya cerita kau ataupun tidak. Manalah tahu semua ni hanya sekadar konspirasi nak menakutkan aku,” jelas Siti tanpa perasaan serba salah. Dia tidak terfikir sama sekali bahawa kata-katanya itu bakal buat Dewi terasa hati.

      “Konspirasi? Apa maksud kau?” Dewi  tidak puas hati.

      “Manalah tahu, kau rancang semua ni nak takutkan aku ke,” agak Siti sekadar meneka-neka.

      “Pleaselah, Siti! Kau tak percaya dengan aku? Buat apa aku nak takutkan kau? Apa faedahnya?” tanya Dewi penuh dengan perasaan kecewa apabila kejujurannya tidak diendahkan.

      “Manalah tahu,” jawab Siti selamba sambil buat-buat tidak tahu.

      “Owh, jadi selama ni kau tak percayakan akulah ek? Okay, fine! Terserah kaulah,” bentak Dewi hampa lalu mengeluarkan buku teks Geografinya.

      Pagi ini subjek pertama adalah Geografi, jadi dia akan membuat persiapan awal sebelum Cikgu Ahmad masuk untuk mengajar subjek itu. Dia terasa hati dengan Siti. Walaupun begitu, tiada dendam untuk kawan baiknya itu.

“TERIMA kasih, cikgu,” ucap Sem lalu diajuk oleh semua pelajar.

      Cikgu Mat Noh mula melangkah keluar, disusuli oleh pelajar-pelajar lain. Tanpa berkata apa-apa tadi, Dewi terus melangkah keluar dari kelas, meninggalkan Siti sendirian.

      Siti mula rasa serba salah kerana berprasangka buruk terhadap Dewi pagi tadi. Di dalam kelas, tinggal dia dan Sem sahaja. Pelajar lain sudah berlalu ke kantin sekolah. Mengisi perut yang kelaparan.

      “Hai, Siti. Sorang aje ke? Mana Dewi? Selalu kau dengan dia,” tanya Sem selepas melihat Siti duduk sendirian di tempat duduknya. Kemusykilan membelenggu perasaan.

      “Entah, dia pergi kantin kut,” jawab Siti acuh tidak acuh. Jelas tiada senyuman pada raut wajahnya.

      “Kau orang ada problem ke?” Sem sekadar meneka.

      Siti mengeluh berat. Dia mengeluarkan dompetnya dari dalam meja.

      “Dompet kau dah dapat balik?” tanya Sem terkejut. Sama reaksi dengan reaksi Dewi pagi tadi.

      “Peragut tu datang rumah aku. Dia minta maaf lepas bagi dompet ni pada aku. Lepas tu dia orang blah gitu aje…” jelas Siti.

      “Interestinglah kalau macam tu.” Sem gembira sambil membelek-belek dompet Siti. “Ada apa-apa yang hilang?” tanyanya lagi, sekadar ingin memastikan.

      “Tak ada,” jawab Siti ringkas.

      Senyap seketika.

      “Eh…” Sem seolah teringat sesuatu. “Jadi, apa yang Dewi cakap kelmarin tu jadi betullah erk? Kau akan terima balik dompet kau ni tanpa ada hilang sesen pun?”

      “Itulah yang memusykilkan aku sekarang ni. Aku tak tahu sama ada nak percaya ataupun tidak cerita Dewi tu.” Siti kebingungan.

      “Apa yang sedang bermain di fikiran kau sekarang ni?” tanya Sem seolah ingin menyelami apa yang tersirat dalam minda Siti ketika ini.

      “Kau rasa Dewi tu jujur ke dalam cerita dia?”

      “Maksud kau?” Sem tidak memahami pertanyaan Siti.

      “Mungkin dia dengan peragut tu berkomplot untuk menakutkan aku. Mana tahu?” Siti hanya membuat kesimpulan. Tiada keyakinan sebenar dalam agakannya itu.

      “Sampai ke situ kau fikir fasal Dewi? Dia kan kawan kita.” Sem kehairanan. Dia sedikit kesal terhadap Siti ketika ini kerana telah berfikiran negatif terhadap Dewi.

      “Apa motif dia nak takutkan kau?” tanya Sem lagi menginginkan sokongan untuk kenyataan Siti tadi. Kata-kata itu perlukan bukti jika itu dianggap benar. Dia tidak mahu main serkap jarang sahaja.

      “Yalah, aku kan tak percaya pada cerita dia sebelum ni mengenai kejadian misteri yang dia alami tu.”

      “So?”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2010 04:22 PM | Show all posts
“Mungkin dia nak takut-takutkan aku supaya aku percayakan cerita dia.”

      “Helo!” bentak Sem lalu berdiri sambil bercekak pinggang. “Kalau nak ikutkan fakta kau tu, aku juga tak percaya cerita dia. Kenapa dia tak takutkan aku?” sambungnya lagi.

      Siti terdiam sejenak. Tiba-tiba dia rasa bersalah kepada Dewi kerana menyerkap jarang kawannya pagi tadi. Dia mula tidak keruan. Kata-kata Sem itu ada betulnya.

      “Kita sebagai kawan dia, sepatutnya cuba fahami masalah dia. Bantu apa yang kita mampu. Bukannya cuba mencari kesalahan dia.” Sem sekadar menasihatkan selepas kembali duduk.

      “Apa aku nak buat sekarang ni ek?”

      “Kau jumpa dia dan mintak maaf pada dia baik-baik. Aku rasa minta maaf pada dia esoklah. Mungkin hari ni dia masih marah pada kau. Tunggu marahnya reda dulu, okey?” Sem menasihatkan lagi melalui penilaiannya.

      Siti hanya mengangguk lemah. Dia rasa tersangat bersalah kepada Dewi. Dia sepatutnya tidak menyalahkan Dewi atau cuba mencari kesalahan Dewi. Dia sebagai kawan pertamanya di sini seharusnya mempercayai Dewi, bukan terus menyalahkannya. Dia bertekad, dia harus memohon maaf kepada Dewi.

DEWI duduk sendirian di salah satu meja yang sedikit terceruk di dalam perpustakaan itu. Novel remaja di tangannya sedikit pun tidak dibaca. Sekadar diselak-selak tanpa melihat isi kandungnya. Hatinya terkilan. Terkilan kerana dipersalahkan atas kesalahan yang tidak dilakukan. Hatinya turut tergores.

      Masakan dia boleh mencemarkan hubungan setia kawannya dengan Siti? Masakan dia sanggup menyakiti kawan baiknya sendiri? Apa motifnya untuk menyuruh orang meragut tas tangan Siti? Sedangkan dia tidak pernah kekurangan duit daripada ibunya. Apa motif dia ingin takutkan Siti?

      Tiada sebab…

      Dewi mengeluh panjang. Sedih bila diri terus dipersalahkan. Sedih hatinya bagai tidak tertahan. Jika Siti tidak mahu berkawan dengannya, tiada sesiapa lagi di sekolah ini untuk dijadikan tempat dia meluahkan perasaan dan berbual mesra.

      “Assalamualaikum…” Kedengaran satu suara yang tiba-tiba menerjah dari belakang. Sepantas kilat Dewi menoleh.

      “Waalaikumussalam…” jawab Dewi lembut. Tiba-tiba sahaja jantungnya berdegup laju bila bertentang mata dengan tuan punya suara. Insan yang ditunggu-tunggu sudah muncul.

      “Boleh Andy duduk kat sini?” tanya Andy lembut sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah kerusi kosong di hadapan Dewi.

      Dewi tersipu malu. Dia mengangguk perlahan tanda membenarkan Andy duduk. Jantungnya tidak keruan. Tiba-tiba badan terasa panas, sedangkan kipas ligat berpusing di atas kepala.

      “Sorang aje ke?” tanya Andy selepas duduk di hadapan Dewi. Diletak majalah Dewan Pelajar di atas meja. Sengaja dia membawa majalah itu. Sedangkan dia sedikit pun tidak berminat untuk membacanya.

      “Ha’ah,” jawab Dewi sepatah. Pandangan ditundukkan, tidak sanggup untuk bertentangan mata dengan Andy ketika ini. Jantungnya bagai ingin tercabut menahan degupan yang teramat laju.

      “Biasa awak dengan sorang kawan awak yang tembam-tembam tu. Mana dia?” tanya Andy sekadar berbasa-basi.

      “Dia ada hal kat kelas.” Dewi menipu. Dia sendiri tidak tahu di mana apa Siti sedang buat ketika ini. Dia tidak mahu ambil tahu. Apa yang dia mahu, ingin berbual dengan Andy ketika ini.

      Andy hanya mengangguk, akur.

      “Selalu ke awak melepak di perpustakaan ni?” tanya Dewi, sekadar ingin meneruskan perbualan mereka.

      Andy mengelamun seketika. Mencari jawapan yang sesuai untuk pertanyaan Dewi itu. Jika bukan kerana taruhan, susah benar untuknya menjejakkan kaki ke gedung ilmu ini. Dia hanya masuk ke perpustakaan pun sekali dalam sebulan, itu pun di sebabkan ada ujian Hafazan, PAFA dan ujian lisan Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris. Ikutkan hati, dia lebih suka melepak di belakang sekolah dengan kawan-kawan sambil menghisap rokok.

      “Tak adalah selalu, kadang-kadang aje. Kalau saya bosan saya akan ke sini,” jawab Andy menipu.

      “Oh, ya ke?” Dewi tergelak kecil. Namun, gelaknya masih ditahan-tahan agar nampak sopan di hadapan Andy. “Saya selalu lepak at sini waktu rehat.”

      “Ya?” tanya Andy manja.

      Sungguh romantik nada suaranya. Menggetarkan lagi jiwa Dewi.

      “Kalau macam tu, lepas ni bolehlah kita berjumpa di sini bila waktu rehat ek?” Andy sekadar mencadangkan. Dalam hatinya, dia rasa terpaksa meluahkan kata-kata itu. Baru seminit di perpustakaan ini, bagai sejam dia rasakan.

      “Awak form five kan tahun ni?” tanya Dewi sekadar ingin memastikan, walaupun dia sendiri sudah tahu jawapan yang sebenar daripada Sem sebelum ini.

      “Ha’ah. 5B,” jawab Andy seolah bangga.

      “Wau, boleh tahan terror awak ni ek? Kelas 5B, kelas kedua terbaik kan antara kelas-kelas tingkatan lima yang ada?” tanya Dewi sekadar berbasa-basi.

      “Tak adalah terror sangat macam budak tu. Kelas 4 Mutiara. Kelas best student dalam semua kelas tingkatan empat yang ada di sekolah ni.” Andy sengaja mengusik Dewi.

      “Awak ni ada-ada aje tau,” kata Dewi manja sambil mencubit perlahan lengan Andy.

      “Adui….” keluh Andy kesakitan. “Kalau couple dengan awak ni, mahu saya lebam-lebam lepas ni.” Dia selamba sambil menggosok-gosok bekas cubitan Dewi yang kelihatan merah di lengannya.

      Dewi terdiam. Tiba-tiba pipi jadi merah menahan malu. Kata-kata Andy membuatkan dia tersipu-sipu. Dia tidak menyangka Andy akan melepaskan kata-kata itu di saat perjumpaan mereka yang baru kali kedua ini.

      Andy hanya tersenyum melihat gelagat Dewi. Dia tidak menyangka begitu mudah memiliki hati wanita yang sebelum ini disangka berhati keras, ganas dan liar memandangkan Dewi sebelum ini bersekolah di bandar. Pada persepsinya, orang dari bandar semuanya kurang sopan. Tapi persepsi itu harus ditukar mulai sekarang. Tidak semua orang yang lahir dari bandar bersikap korang sopan. Salah seorang daripadanya adalah Dewi.

      “Kenapa senyap?” tanya Andy bila Dewi tiba-tiba hilang kata-kata.

      “Tak ada apa-apa,” jawab Dewi malu-malu. Rasa serba salah pula mencubit lengan Andy tadi. “Maaf sebab saya cubit awak tadi.”

      “Awak memang suka cubit orang ke? Mesti boyfriend awak dulu selalu kena cubit, kan?” Andy sekadar meneka-neka.

      “Saya mana ada boyfriend.” Cepat Dewi menjawab. Sememangnya dia tidak pernah ada kekasih. Dan, ini kali pertama dia merasakan perasaan ini.

      “Maaf, lepas ni saya tak akan cubit awak lagi ek,” pohon Dewi lagi, serba salah.

      “Hisy, tak apa… saya lagi suka. Sekurang-kurangnya kalau awak cubit saya, ada juga bekas daripada awak untuk saya lepaskan rindu kalau saya rindu pada awak.” Andy mula melancarkan serangan manis mulut dan lembut gigi daripada lidah.

      Dewi tersipu-sipu lagi. Terasa panas seluruh badan. Sudah berpeluh-peluh menahan kehangatan suhu badan. Dia pun tidak tahu kenapa. Jiwa bagai melayang bila bertentang mata dengan Andy. Hati bagai terbang tatkala mendengar suara Andy.

      Beberapa minit kemudian, loceng berbunyi, menandakan tamatnya waktu rehat.

      Dek menahan malu, Dewi cepat-cepat meminta diri. Kelihatan sedikit menggelabah. Andy hanya tersengih puas memandang keadaan Dewi yang tidak tentu arah itu. Andy memandang di suatu sudut lain di perpustakaan itu. Kelihatan Fairus dan  Ridzwan sedang tersengih kepadanya. Andy puas hati apabila rancangannya berjalan lancar.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 09:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 03:34 PM | Show all posts
bila nak sambung ni..xsabo nak baca...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 09:52 AM | Show all posts
mungkin dh xder smbgnya...
sbb dh dibukukan....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 05:38 PM | Show all posts
ermmmm.....sedikit keciwa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 02:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by MUZRI at 21-5-2010 14:31

9

Sebulan berlalu. Azizah sibuk dengan kerja di pejabatnya. Perisian Microsoft Excels ditatap di skrin komputer. Tersenarai nama-nama pengedar barangan kosmetiknya. Selepas menyemak data yang ada, dia kembali memberi tumpuan pada satu fail yang sudah terbuka di atas mejanya.

      Azizah menyemak invois-invois yang ada di dalam fail itu sebelum memasukkan data invois itu ke dalam perisian komputernya sebagai rekod simpanan utama syarikat. Proses itu dianggap penting agar data-data itu tidak hilang bila ia diperlukan suatu hari nanti.

      Dalam kesibukan dan kekhusyukkan, tiba-tiba ia terganggu apabila pintu pejabatnya tiba-tiba diketuk. Dia memberi arahan masuk tanpa menoleh ke arah pintu. Ketukan itu datangnya daripada setiausahanya sendiri.

      "Puan Azizah, Encik Ikmal datang untuk bertemu dengan puan," kata setiausaha Azizah penuh sopan dan berhemah.

      "Suruh dia masuk." Pandangan mata sedikit pun tidak dialih.

      Setiausahanya melangkah keluar. Beberapa saat kemudian pintu diketuk lagi. Ikmal menguak daun pintu.

      "Assalamualaikum, sayang…" ucap Ikmal romantik lalu menutup semula daun pintu.

      Mendengarkan ucapan salam Ikmal, lekas Azizah melarikan pandangan ke arah Ikmal. Sinis benar wajahnya memandang Ikmal. Ikmal terkedu.

      "Kan I dah cakap dengan you banyak kali. Jangan panggil I sayang dalam office ni. Kalau staf-staf I dengar, macam mana?" tanya Azizah serius sambil menjengah ke luar pejabat, memastikan ucapan Ikmal tadi tidak didengari.

      Azizah tidak suka Ikmal memanggilnya dengan gelaran sayang di khalayak ramai atau di tempat awam. Dia belum bersedia untuk mendedahkan hubungan cintanya bersama lelaki itu yang telah terjalin sejak lima tahun lalu. Pertemuan ketika sama-sama menghadiri kursus usahawan di utara semenanjung enam tahun lalu memutikkan bibit perkenalan. Pada awalnya, mereka hanya berkawan biasa. Namun, hubungan yang berlanjutan menarik mereka berdua ke dalam satu hubungan yang lebih serius.

      Walaupun hubungan mereka sudah berlanjutan lebih lima tahun, anak tunggal Azizah masih tidak mengetahuinya. Azizah belum bersedia untuk berterus terang kepada Dewi. Padanya, masanya belum sesuai.

      Lain pula Ikmal. Ikmal sehingga kini tidak sabar-sabar menunggu Azizah untuk menjadi permaisuri hatinya. Dia sudah cukup bersedia. Usianya kini sudah mencecah 30 tahun. Ekonomi dirinya juga sudah dianggap stabil dan baik. Tiada halangan untuk dia menikahi Azizah. Dia memang sudah bersedia 100% dari segi fizikal dan mental, juga zahir dan batin.

      "Sampai bila kita nak hidup macam ni, sayang? Dah lima tahun I tunggu you untuk bersedia menjadi permaisuri hidup I," keluh Ikmal seolah sudah bosan menunggu.

      Azizah mengelamun. Hampir setiap hari Ikaml menanyakan soalan yang sama. Dia tahu, Ikmal memang sudah bersedia untuk menjadi seorang suami. Tapi… dia belum bersedia. Dia takut jika Dewi tidak boleh menerima kehadiran Ikmal dalam kehidupan mereka. Dewi terlalu sayang kepada bekas suaminya. Dia takut Dewi bakal meninggalkannya kerana tidak dapat menerima kehadiran Ikmal. Dia tidak boleh kehilangan Dewi. Dia terlalu sayangkan Dewi.

      "I bukan sengaja nak tangguhkan, Ikmal. You tahu kan, anak I belum cukup matang untuk fikirkan semua ni. I takut dia tidak boleh terima you dalam hidup dia." Jawapan ini jugalah yang diberi setiap kali Ikmal menanyakan soalan itu.

      "Dewi dah 16 tahun, Azi. Dah cukup matang untuk fikirkan hal kita ni. Dulu masa dia kecil, you juga tak bagi I manjakan dia. I nak jumpa dia pun you tak kasi. Kalau you bagi I jumpa dia masa lima tahun dulu, mungkin dia boleh terima I dalam hidup dia," keluh Ikmal seolah kesal.

      Dia tahu semuanya sudah terlambat. Kalau lima tahun dulu dia mendesak Azizah agar membawanya berjumpa Dewi, Mungkin ketika ini Dewi sudah boleh menerima dia dalam kehidupannya. Malangnya, semua itu sudah terlambat. Akibat terlalu mengikut kehendak Azizah, akhirnya dia sendiri yang merana.

      "Ikmal, pleaselah. Kita kan dah bincang pasal hal ni sebelum ni. Takkanlah setiap kali kita jumpa, kita nak bertengkar pasal hal ini?" Azizah seolah mula bosan. Semangatnya untuk menyambung kerja tiba-tiba hilang.

      "Azi, I love you so much. I tak boleh kehilangan you. Youlah segalanya bagi I," pujuk Ikmal beria.

      "You kan tahu, usia kita sepuluh tahun bezanya. You tak takut ke? Nanti orang kata pada you, punyalah banyak anak dara dalam dunia ni, janda tua ni juga yang you tergila-gilakan. You tak takut orang mengata you?" tanya Azizah serius sambil menujah-nujah jari telunjuk ke dadanya, memaksudkan janda tua itu adalah dirinya.

      Persoalan itulah yang bermain di fikiran Azizah sepanjang menjalinkan hubungan cinta bersama Ikmal. Dia tidak mahu menjadi mangsa umpat keji orang. Dia tidak sanggup untuk melalui situasi itu.

      "I tak kisah, Azi. Kalau I kisahkan hal tu, dah lama I tinggalkan you. Cinta tak kenal usia, Azi. I tak kisah orang nak kata apa pun. Yang penting kita nikah," kata Ikmal bersungguh sambil menggenggam jemari Azizah, meramas perlahan.

      Azizah hanya mengeluh berat. Dia sendiri tidak tahu apa jawapan yang tepat untuk permintaan Ikmal itu.

      "I dah 40 tahun sekarang ni, Ikmal. I takut I tak boleh lahirkan zuriat untuk you," jelas Azizah hampa.

      Dia tahu, bagi wanita yang sudah berusia lebih 40 tahun, risiko untuk mengandung adalah tipis. Risiko untuk mendapat anak downsindrom juga tinggi. Dia tidak mahu menghampakan harapan Ikmal.

      "I tak kisah, Azi. Kita kan dah ada Dewi. Anak kita juga kan tu?" Ikmal cuba memujuk hati Azizah.

      "Macam mana dengan keluarga you nanti? Apa kata dia orang pulak, bila dapat menantu tua dan tidak boleh melahirkan anak untuk you?" Azizah seolah cuba mempertikaikan persoalan itu.

      Ikmal tertunduk. Tiba-tiba berubah emosi sedih.

      Azizah cemas dengan reaksi itu. Adakah dia telah tersalah kata?

      "Sebenarnya…" Berat untuk Ikmal meneruskan kata-kata. Ada sesuatu yang dirahsiakan daripada pengetahuan Azizah selama ini. Sekarang, sudah tiba masanya untuk dia berterus terang.

KRING! Loceng sekolah berdering kuat dari arah bilik guru. Menandakan sesi persekolahan untuk hari ini sudah tamat. Selepas masing-masing mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengajar subjek terakhir hari itu, berpusu-pusu pelajar kelas 4 Mutiara melangkah keluar dari kelas.

      Hanya Dewi dan Siti sahaja yang masih selamba. Mereka berdua memang tidak suka bersesak-sesak. Sanggup menunggu semua pelajar keluar dari kelas terlebih dahulu, barulah mereka akan keluar.

      "Amboi, Dewi, sejak akhir-akhir ni… wajah kau berseri-seri. Kuat senyum sendiri. Cikgu ajar kat depan pun kau sempat berangan sambil tersengih sendiri ek?" usik Siti sambil memasukkan buku rampaian Bahasa Melayu ke dalam beg.

      "Mana ada, Siti. Aku macam biasa ajelah," jawab Dewi tersipu-sipu sambil menutup beg. Dia tidak menyangka kelakuannya selama ini diperhatikan oleh Siti. Bahagia rasa hatinya ketika ini. Tidak tahu kenapa.

      "Alah, Dewi… kau dengan aku pun nak berahsia ke?" Siti cuba menyungkil apa yang dipendam oleh Dewi ketika ini.

      "Tak ada apa-apalah, Siti. Aku macam biasa aje. Betul," jawab Dewi biasa. Senyuman tidak lekang dari bibirnya sedari tadi.

      "Hai, tak balik lagi ke?" Tiba-tiba Sem mencelah.

      "Nak baliklah ni," jawab Siti acuh tidak acuh. "Kawan kita ni, sejak akhir-akhir ni selalu sangat berangan dan tersengih sendiri," sambungnya lagi sambil melirik ke arah Dewi.

      "Ha’ahlah. Kau kenapa ni? Bahagia aje aku tengok muka kau. Kau dah jatuh cinta ek? Eh, cakaplah, Dewi, siapa boyfriend kau?" tanya Sem beria, seolah tidak sabar ingin mendengar jawapan Dewi.

      "Hisy, apa kau ni? Aku bercinta? Tak adalah." Dewi menepis fakta Sem.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 02:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by MUZRI at 21-5-2010 14:31

"Eleh, kalau kau tak bercinta, apasal kau asyik tersengih-sengih aje ni? Tersipu-sipu macam pengantin perempuan tunggu pengantin lelaki untuk majlis batalkan air sembahyang. Takkan dengan mak pun kau nak berahsia, nyah?" usik Sem.

      "Hisy, mengarutlah kau ni. Aku nak bercinta dengan siapa?’ Dewi semakin galak berhelah.

      "Eleh, yalah tu." Sem sambil membentuk-bentuk bibirnya.

      Mereka bertiga mula melangkah menuju ke pintu pagar utama sekolah.

      "Eh, Dewi, selepas sebulan ni, kau tak ada alami apa-apa perkara pelik lagi, kan?" tanya Siti menukar topik perbualan.

      "Syukur alhamdulillah… perkara tu dah tak mengganggu aku lagi," jawab Dewi.

      Dia betul-betul bersyukur bila tidak lagi diganggu oleh perkara-perkara misteri seperti bayangnya pada cermin tersengih sendiri, pintu tingkap biliknya terbuka sendiri atau kewujudan suara wanita memanggil namanya. Dia lega bila semua itu sudah tidak mengganggu lagi.

      "Itu maknanya apa yang berlaku pada kau sebelum ni hanya secara kebetulan aje kut." Siti meneka-neka. Dalam masa yang sama dia masih menegakkan persepsinya sebelum ini.

      "Entahlah… susah aku nak tafsirkan hal tu. Mungkin anggapan kau betul agaknya." Dewi tidak yakin dengan jawapannya.

      "Kau ada sakit hati tak dengan sesiapa tak selepas kes ragut tu bulan lepas?" Sem mencelah, sekadar ingin tahu.

      Dewi mengelamun seketika, memikirkan jawapan untuk pertanyaan Sem itu. "Tak ada…" jawab Dewi sudahnya, yakin.

      "Memanglah perkara tu tak berlaku lagi, sebab kau tak sakit hati dengan sesiapa. Cuba…" Sem membuat spekulasi andaian sendiri.

      "Hisy, kau ni, Sem. Cuba berfikiran positif sikit. Apa yang Dewi alami bulan lepas tu, cuma secara kebetulan aje." Siti cepat memintas. Masih dengan persepsinya.

      "Mungkin ya dan mungkin tidak, Siti… In case…"

      "Tak adanya… Kau jangan nak mengarutlah, Sem," pintas Siti lagi sebelum sempat Sem menghabiskan kata-katanya.

      "Kau orang ni, asyik nak bergaduh aje. Kalau sehari tak bergaduh tak boleh ke?" celah Dewi cuba meleraikan pertengkaran mulut itu.

      "Dia ni, fikir yang bukan-bukan," bentak Siti sambil menunjal kepala Sem.

      "Enough, okay. Sekarang semua dah okey, kan? Perkara tu pun dah tak berlaku lagi. Jadi, kau orang tak perlulah nak bergaduh pasal hal ni lagi, okey?" Dewi yakin dengan kata-katanya.

      Sem dan Siti akur dengan jawapan Dewi itu. Mereka bertiga terus melangkah menuju ke pintu pagar utama sekolah. Sesampai di pintu pagar itu, Dewi meminta diri selepas melihat kereta ibunya sudah tersedia terparkir di hadapan rumah pengawal keselamatan.  

SELESAI sahaja waktu sekolah, Andy dan rakan-rakan pasti akan berjumpa. Duduk melepak di tepi koridor pusat membeli-belah sambil merokok dan berborak kosong. Boleh dikatakan tepi koridor itu sarang tetap mereka untuk melepak-lepak. Perkara yang sering mereka borakkan tidak lari daripada hal yang berkaitan dengan perempuan, lumba haram, lagu dan artis rock kegemaran mereka. Sedikit pun hal pelajaran tidak dibualkan. Walaupun begitu, mereka tetap berada di dalam kelas yang boleh dikatakan terbaik.

      Gaya hidup mereka lebih senang belajar pada saat-saat akhir. Contohnya, jika esok ada peperiksaan, malam sebelum peperiksaan itu barulah mereka bertungkus lumus belajar. Akhirnya, mereka tetap mendapat keputusan yang cemerlang. Tapi tidak semua antara mereka berempat mempunyai kelebihan itu. Hanya Helmi dan Andy sahaja yang berada di kelas terbaik.

      Kehidupan mereka terlalu sosial. Terlalu bebas. Seolah tiada bimbingan ibu bapa. Mereka sanggup menipu ibu dan bapa mereka dengan alasan ada kelas tambahan untuk SPM. Tapi hakikatnya, mereka hanya duduk melepak.

      "Aku tengok hari-hari kau berdating dengan budak Dewi tu kat perpustakaan. Betul-betul power ayat kau ek?" Ridzwan menyedut dalam-dalam rokok yang disepit di antara jari telunjuk dan jari hantu.

      Andy menyedut rokoknya lalu dihembuskan asapnya sebelum menjawab pertanyaan Ridzwan itu. Bangga benar rasa hatinya bila mendengar pertanyaan Ridzwan itu. Dia sendiri tidak menyangka dia berjaya memiliki hati Dewi dengan mudah. "Tengok kakilah, beb. Kalau aku gagal, jangan panggil aku peria terhebat atau jantan termaco sekolah tau."

      "Kenapa kali ni lambat kau tackle hati minah tu. Aku ingat dia tu jenis ligat, susah untuk didekati. Maklumlah, budak bandar." Celah Fairus musykil sambil mengaru-garu dagunya yang mula ditumbuhi rerambut tipis.

      "Perempuan ligat? Kau tak tahu ke Dewi tu dulu sekolah perempuan? Semua pelajarnya perempuan, termasuk cikgunya sekali," jawab Ridzwan yakin.

      Andy berkerut dahi mendengar jawapan Ridzwan. Tidak tahu pula dia selama ini. Dia tidak menyangka Dewi dulu bersekolah di sekolah menengah perempuan. Patutlah, lain macam sahaja bila berkawan dengan lelaki.

      "Mana kau tahu, beb?" tanya Fairus sambil memukul bahu Helmi perlahan. Musykil benar dengan kesahihan jawapan Ridzwan tadi.

      "Adik aku yang bagi tahu. Adik aku kan sekelas dengan Dewi tu." Ridzwan melirik ke arah Andy yang kelihatan hairan.

      "Patutlah susah Andy nak tackle budak tu. Tak pernah berdepan dengan lelaki. Segan. Tu yang Andy susah sikit nak tackle," agak Fairus sambil tersengih sumbing dan melirik kepada Andy.

      Andy mengelamun, kehairanan. Dia tidak menyangka Dewi rupanya bekas pelajar sekolah menengah perempuan. Tiba-tiba dia merasakan cabaran kawan-kawannya itu satu cabaran berat. Patutlah bukan main susah dia menyentuh Dewi sebelum ini. Semasa dengan Salina dulu, baru seminggu berkenalan Salina sudah berani memegang tangannya. Tetapi dengan Dewi tidak. Terlalu menjaga batas pergaulan. Dia perlu buat Dewi jatuh hati kepadanya. Dia tidak boleh kalah dalam taruhan ini.

      Bila nama Salina melintasi ruang mindanya, tiba-tiba di terkenang kembali kenangannya bersama Salina yang telah meninggal dunia sebulan lalu akibat kemalangan yang menimpanya. Awalnya Andy merasa kehilangan, tetapi apabila Dewi muncul dalam hatinya, dia mula rasa kehilangan itu terisi. Dia sendiri tidak tahu akan perasaannya terhadap Dewi ketika ini.

      "Kau kenapa diam, Andy?" Tiba-tiba Helmi menyergah lamunan Andy.

      "Tak ada apa-apa," jawab Andy teragak-agak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 02:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by MUZRI at 21-5-2010 14:32

10

SEM menekan butang loceng rumah Hasrul. Selesai sahaja makan tengah hari sebentar tadi di rumahnya, dia terus ke rumah Hasrul. Ada sesuatu yang ingin ditanyakan kepada Hasrul mengenai perkara misteri yang Dewi alami. Sem sudah mengenali Hasrul sejak tiga tahun lalu. Semasa itu dia di tingkatan satu dan Hasrul pula tingkatan lima. Mereka menjadi rapat selepas enam bulan perkenalan.

      Sejak di bangku sekolah lagi Hasrul sudah meminati perkara-perkara mistik. Dia banyak membuat rujukan mengenai pelbagai perkara mistik, termasuklah penggunaan ilmu hitam, sihir, dunia makhluk halus dan apa sahaja yang dianggap mistik lagi misteri. Dia juga sudah banyak menyimpan koleksi buku-buku ilmiah mengenai perkara-perkara sedemikian.

      Hasrul menjadikan dunia mistik dan hal-hal yang berkaitan dengannya sebagai salah satu hobinya, selain mengumpul benda-benda pelik dan barangan antik. Biliknya juga penuh dengan benda-benda pelik yang kadangkala membuatkan Sem takut untuk masuk.

      Selepas loceng ditekan sebanyak dua kali, pintu pagar banglo dua tingkat itu terbuka sendiri. Hasrul duduk bersama kedua ibu bapanya. Tapi, ketika ini ibu bapanya ke Singapura untuk menguruskan hal perniagaan keluarga mereka. Sem melangkah masuk ke pekarangan rumah. Kelihatan, Hasrul sedang menantinya di muka pintu. Sem mengukir senyum bila terlihat kelibat abang angkatnya sudah menanti di muka pintu.

      "On time kau sampai?" tanya Hasrul sekadar mengusik. Dia tahu adik angkatnya itu tidak suka melengahkan janji.

      "Dah berjanji dengan orang, mestilah tepatinya. Betul tak?" jawab Sem sambil membuka kasut.

      "Masuklah." Hasrul mempelawa.

      Selepas Sem melangkah masuk, daun pintu ditutup semula.

      "Kau nak minum apa?" tanya Hasrul sambil menyusun langkah untuk ke dapur.

      Sem mengelamun seketika sambil menggaru-garu dagu. Matanya melilau ke arah siling rumah. "Jus oren," jawabnya sambil tersengih.

      "Amboi, dah macam mat salih… Ops! Dah macam mak salih pula taste minum kau ek?" Hasrul mengusik.

      "Amboi… perli Sem nampak?" bidas Sem sambil menggeleng-gelengkan kepala.

      Hasrul melangkah masuk ke dalam dapur. Sem menanti Hasrul di ruang tamu.

      Beberapa minit kemudian.

      "Sem, jomlah borak dalam bilik aku. Bosanlah kat bawah ni," ajak Hasrul sambil memegang dua gelas jus oren.

      Sem hanya mengangguk lalu mengekori Hasrul ke biliknya. Walaupun dalam hati ada sedikit rasa ragu-ragu untuk masuk ke bilik abang angkatnya itu, namun cuba dipadamkan perasaan itu. Dia memang seram melihat koleksi Hasrul yang kebanyakannya pelik dan menakutkan.

      Bila Sem melangkah sahaja masuk ke dalam bilik Hasrul, dia terpandangkan sebiji tengkorak plastik yang digantung pada siling. Tengkorak itu berpusing-pusing mengikut rentak alun udara yang memenuhi ruang bilik itu. Seolah-olah tengkorak manusia yang sebenar. Mata Sem tidak henti-henti melilau ke seluruh sudut bilik Hasrul. Penuh dengan koleksi barang-barang peliknya. Semuanya kelihatan sungguh menyeramkan. Ada satu patung yang dilihat berbentuk seperti ikan tapi berkepala manusia. Sungguh menyeramkan.

      "Kau kenapa, Sem? Takut? Semua barang-barang dalam bilik aku ni replika aje. Bukan barang original. Kalau kau tengok yang original, aku yakin kau tak akan masuk bilik aku ni," jelas Hasrul tanpa ditanya, seolah dapat membaca apa yang bermain dalam fikiran Sem ketika ini.

      Sem tersenyum kelat lalu melabuhkan punggung di atas katil.

      "Ada apa kau datang ni? Dah dekat sebulan kau tak jenguk aku, kan? Mesti ada hal penting ni. Kalau tak, susah kau nak dating," tanya Hasrul sambil menghirup jus orennya. "Minumlah," pelawanya sebelum sempat Sem menjawab pertanyaannya tadi.

      Sem hanya mengangguk. "Sem datang ni cuma nak tanya sesuatu pada abang. Hal kawan Sem. Sejak dia pindah di banglo dekat hujung pekan tu, dia sering alami gangguan," jelasnya teragak-agak.

      Hasrul mengelamun seketika. Cuba mengenal pasti mengenai banglo yang dimaksudkan oleh Sem itu. "Maksud kau, banglo yang di pinggir bukit tu?"

      Sem mengangguk yakin.

      "Apa gangguan yang sering dia alami?"

      "Kata kawan Sem tu, dia selalu dengar ada suara perempuan memanggil nama dia, sayup-sayup aje. Lagi…" Sem mengelamun sambil berfikir. "Cermin tingkap bilik dia kadang-kadang terbuka sendiri."

      "Itu aje?" tanya Hasrul serius.

      "Ada lag. Emm… sebulan yang lepas, ada tiga perkara yang berlaku disebabkan niat dia…" Sem menceritakan apa yang telah Dewi alami. Daripada kemalangan yang menimpa Salina sehinggalah kes tas tangan Siti diragut.

      "Maksud kau, sakit hati kawan kau tu seolah berbalas?" tanya Hasrul ingin memastikan selepas Sem selesai bercerita.

      Sem mengangguk.

      "Kami ingat semua tu secara kebetulan aje." Sem meluahkan tanggapannya.

      Hasrul mengelamun. Berfikir sesuatu. Dicapai sebuah buku dari rak lalu diselak helaian buku itu laju, seolah mencari sesuatu. Tidak tahu apa yang cuba dicarinya.

      "Kalau kejadian tu hanya berlaku sekali, mungkin ia boleh dianggap secara kebetulan. Tapi kalau dah sampai tiga kali berlaku, itu bukan secara kebetulan lagi. Mungkin ada benda lain yang menolong kawan kau tu untuk membalas rasa sakit hatinya." Hasrul menerangkan andaiannya dengan panjang lebar.

      "Benda lain? Maksud abang?" tanya Sem ragu-ragu. Tiba-tiba sahaja dia menjadi seram sejuk.

      "Mungkin ada benda lain di dalam banglo lama tu, yang telah diseru atau diganggu," jelas Hasrul lagi.

      "Dia seru atau ganggu? Contoh bendanya?" tanya Sem benar-benar ingin tahu.

      "Tengok ni." Hasrul sambil menunjukkan buku yang dipegang tadi kepada Sem. Muka surat itu menunjukkan beberapa barangan.

      "Menurut buku ni, makhluk halus memerlukan barang perantaraan untuk keluar dari dunia dia. Contohnya barangan antik, patung, tingkap dan sebagainya, jika kita menyeru untuk dia muncul di dunia kita." Hasrul mengulas kembali isi kandungan buku yang ditulis oleh seorang pakar mistik dari Indonesia.

      "Jadi, kawan Sem tu… dah seru hantu tu?" tanya Sem semakin seram.

      "Mungkin juga… tapi ia tidak dapat disahihkan lagi. Mungkin juga dia telah mengganggu tempat asal makhluk halus tu." Hasrul berandaian lagi.

      "Banglo kawan kau tu ada barang-barang antik ke…? Atau penah ada sejarah mistik?" tanya Hasrul serius.

      "Entahlah, bang, Sem pun tak pernah ke banglo dia lagi."

      "Boleh kau bawa aku jumpa dia?" pinta Hasrul beria.

      Sem terpinga-pinga. Tidak tahu bagaimana mahu menjawab permintaan Hasrul. Dia sendiri tidak pernah mengajak Dewi untuk bertemu Hasrul.

      "Saya cuba ajak dia jumpa abang nanti, okey?" Hanya itu sahaja yang mampu Sem katakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2010 09:22 AM | Show all posts
thanks sbb sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2010 01:06 PM | Show all posts
11

AIR yang dibawa oleh Dewi tertumpah-tumpah di atas dulang. Andy yang sudah pun duduk di tempat duduknya di restoran makanan segera itu hanya tertunduk menahan gelak. Nampak sangat air di dalam dua buah cawan kertas yang dibawa oleh Dewi berkocak-kocak perlahan. Suku air itu sudah tumpah.

      "Maaf, awak, air ni tertumpah," pohon Dewi sambil menahan malu yang teramat sangat. Dia sendiri tidak tahu, mengapa dia terlalu gementar berhadapan dengan Andy hari ini.

      Ini kali pertama mereka berdua bertemu di luar. Kebiasaannya mereka hanya akan bertemu senyap-senyap di perpustakaan sekolah tanpa diketahui sesiapa, termasuklah Sem dan Siti. Pandai mereka berdua menyembunyikan keakraban mereka.

      "Macam manalah boleh tumpah air ni, awak?" tanya Andy sekadar ingin mengusik.

      "Abang kat kaunter tulah, isi ais banyak sangat. Sampai penuh air dalam cawan ni. Macam mana tak tumpah?" Dewi mereka alasan. Malu benar dia untuk berterus terang. Pipi terasa sudah kemerahan menanggung malu.

      "Thanks sebab belanja saya makan ayam goreng pedas hari ni," ucap Andy sambil mencarik ayam gorengnya lalu disuap ke dalam mulut. Jarang benar dia dapat menjamah ayam goreng di KFC. Dia menganggap makanan di sini semuanya mahal-mahal. Dia tidak mampu untuk makan di restoran begini.

      "Ayam goreng spicylah, awak." Dewi cuba membetulkan.

      "Alah, sama ajelah maksudnya, kan?" Andy menjawab.

      Dewi hanya tersenyum girang. Dia tidak menyangka dapat keluar bersama Andy petang ini. Ini kali pertama dia keluar berdua dengan lelaki. Walaupun awalnya agak takut, disebabkan rasa sayangnya kepada Andy kian memutik, dilawan juga perasaan takutnya itu. Bahagia rasa apabila melihat Andy berselera menjamah ayam goreng. Pelahap sekali.

      "Kenapa tak makan?" tanya Andy selepas melihat Dewi tidak menyentuh pun makanannya. Sebaliknya hanya memandangnya.

      "Maaflah kalau awak malu makan dengan saya. Saya ni memang pelahap sikit," pohon Andy terasa sendiri.

      "Eh, bukan macam tu. Saya tak kisah semua tu. Saya cuma suka tengok awak makan. Berselera sekali," jawab Dewi serba salah.

      "Maklumlah, saya ni jarang-jarang sekali makan KFC," jelas Andy merendah diri. Ayam goreng di tangannya terus diratah.

      "Isy, janganlah cakap macam tu. Tak apa… lepas ni saya belanja awak makan KFC selalu ek?" Dewi cuba memujuk.

      "Isy, tak perlulah selalu. Sebulan sekali pun dah okey. Makan selalu boleh muak," jawab Andy sambil tersengih-sengih.

      Suasana kembali diam. Andy menyambung makan. Pelahap benar. Seolah sudah seminggu kebuluran. Dewi hanya memerhati. Hatinya berbunga bila melihat Andy berada di hadapan mata.

      "Andy, saya nak tanya sesuatu boleh?" tanya Dewi selepas Andy selesai menghabiskan ayam gorengnya.

      "Tanyalah," jawab Andy lekas sambil menyedut air berkabonatnya.

      "Adoi." Andy menjerit perlahan. Kesejukan ais dan tindakan gas karbonat di dalam air itu membuatkan kepala Andy tiba-tiba seolah beku dan pening yang dicengkam-cengkam.

      "Kenapa?" tanya Dewi risau.

      "Air ni sejuk sangat. Sampai pening kepala saya dibuatnya," jawab Andy sambil meletak tapak tangannya di kedua-dua hujung dahi.

      "Tulah, minum tak baca bismillah…" Dewi memerli.

      "Saya bacalah," bidas Andy lekas.

      "Tak dengar pun?"

      "Saya baca dalam hati. Takkan saya nak baca kuat-kuat kut?"

      "Apa salahnya?"

      "Insya-Allah, esok lusa bila saya keluar makan dengan awak lagi saya baca doa makan kuat-kuat ek," perli Andy.

      Mereka berdua tergelak. Dewi bahagia melihat senyuman Andy yang bisa mencairkan hati mana-mana wanita. Dia tidak menyangka Andy menyimpan hasrat untuk keluar bersamanya lagi. Tiba-tiba hatinya dirundung rindu.

      "Apa yang awak nak tanyakan tadi?" tanya Andy mengungkit semula perbualan mereka yang tergendala tadi.

      Dewi gagau. Dia serba salah untuk bertanyakan apa yang terbuku dalam hatinya ketika ini. Dia takut soalannya bakal mengubah mood Andy.

      "Tak apalah, dah lupa pulak soalan saya tadi tu." Dewi berdalih. Biarlah dia menyimpan dulu soalan yang terpendam di kalbunya. Sampai masanya nanti, dia akan luahkan juga. Tapi persoalan itu mesti diluah bagi mencari kepastian yang sebenar.

HELMI menyedut dalam-dalam rokoknya. Kemudian dihembus asapnya ke udara semahunya. Berawangan asap itu. Bisa membunuh si penghidu. Ditatap setiap wajah rakannya. Wajah Andy tiada hari ini.

      "Mana Andy?" tanya Ridzwan selepas agak lama mereka berdiam.

      Helmi menjeling ke arah Ridzwan, seolah tidak puas hati.

      "Dia ada dating dengan Dewi," jawab Helmi acuh tidak acuh. Bengang ketika ini. Dia tidak tahu mengapa dia berperasaan begitu. Dia tidak menyangka, Andy bisa menambat hati Dewi semudah itu.

      "Gilalah mamat tu. Dah pandai ajak Dewi keluar dating nampak. Nampaknya melayanglah duit aku 50 ringgit tak lama lagi," celah Fairus sambil tergelak-gelak hampa.

      Helmi menjeling sinis kepada Fairus. Menyampah benar melihat gelak Fairus yang menjengkelkan. Ikutkan hatinya, ingin sahaja dilanyak muka Fairus semahunya. Tapi ditahan kata hatinya itu. Puntung rokok dijentik jauh ke dalam longkang apabila baranya sudah hampir pada kapas.

      "Kau apa hal, Helmi? Macam ayam berak kapur aje?" tanya Ridzwan selepas menyedari Helmi sedari tadi asyik bermonyok wajah.

      "Tiba-tiba aku rasa kesian pada budak Dewi tu." Akhirnya Helmi meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya. Perasaannya ketika ini di selubungi simpati. Simpati kepada perasaan Dewi jika Dewi dapat tahu hal yang sebenar.

      Semasa mereka berempat membuat taruhan itu beberapa minggu yang lalu, dia sedikit pun tidak bersetuju dengan taruhan ciptaan Ridzwan itu. Dia terpaksa setuju apabila didesak oleh Ridzwan. Dia tahu, Andy sudah banyak kali mengecewakan hati perempuan. Dia tidak mahu Dewi menjadi mangsa terbarunya. Dia tidak mahu Andy terus permainkan hati Dewi. Tengok sahajalah nasib Salina. Sudahlah gadis itu ditimpa kemalangan disebabkan Andy, namun sekali pun Andy tidak pernah melawat gadis itu di hospital, sehinggalah akhirnya Salina meninggal dunia.

      Wanita dianggap boneka oleh Andy. Untuk dipermainkan dan ditunjuk kepada rakan-rakan demi kebanggaannya. Selepas mendapat apa yang diinginkan, ditinggal gadis tersebut sesuka hati.

      "Kau ni kenapa, Helmi? Tiba-tiba nak kesian pada budak perempuan tu? Sebelum ni kau setuju aje buat taruhan tu?" Fairus hairan mendengar kata-kata Helmi tadi.

      "Eh, tolong sikit ek. Aku tak pernah setuju dengan taruhan sebelum ni. Kau orang yang paksa aku untuk join taruhan gila ni." Tiba-tiba Helmi naik angin. Tinggi benar nada suaranya.

      "Eh, relaks, beb. Kenapa tak pasal-pasal kau nak emosional ni?" tanya Ridzwan hairan.

      Helmi tersengih sinis dan mengeluh sebelum berkata, "Eh, aku nak tanya kau orang ek. Selama ni, kita bertaruh untuk Andy tackle budak perempuan, kau orang pernah menang ke?" tanya Helmi serius menginginkan jawapan yang pasti daripada dua kawan baiknya itu.

      Fairus dan Ridzwan saling berpandangan. Memikirkan jawapan. Setahu mereka, mereka tidak pernah sekali pun menang. Andy tidak pernah sekali pun gagal. Mereka berdua menggeleng dalam keraguan. Sangsi dengan maksud sebenar pertanyaan Helmi tadi.

      "Kau orang tak rasa bersalah ke pada budak-budak perempuan yang Andy pernah mainkan tu?" tanya Helmi lagi.

      Fairus dan Ridzwan terpinga-pinga.

      "Cuba kau orang bayangkan, kalau perempuan yang Andy permainkan tu adalah adik kau orang. Apa perasaan kau orang?" sambung Helmi lagi seolah tidak puas hati dengan taruhan mereka sebelum ini.

      Fairus dan Ridzwan mengelamun sendirian. Memikirkan semula kata-kata Helmi tadi. Ada betul juga kata-kata Helmi itu. Mereka tidak dapat bayangkan jika adik mereka dipermainkan oleh Andy sedemikian.

      "Alah, Helmi, relakslah. Yang penting budak perempuan tu tak ada kaitan dengan kita. Okeylah, kan?" bidas Ridzwan.

      Fairus di sebelah beria mengangguk, mengiakan. Sedikit pun kata-kata Helmi tidak menyedarkan mereka berdua.

      "Kau orang ni memang tak ada perasaan langsunglah," bentak Helmi bengang.

      "Kau ni apa hal, Helmi? Sebelum ni Andy duk permainkan anak dara orang, kau tak kecoh macam ni pun? Pasal Dewi ni, kenapa kau beria menentang pulak? Takkan kau dah jatuh hati pada Dewi kut?" Fairus sekadar meneka-neka.

      "Lantak kau oranglah. Mulai hari ni aku tak nak ada kaitan dengan taruhan gila kau orang ni," bentak Helmi lalu meninggalkan Fairus dan Ridzwan di situ.

      Fairus dan Ridzwan kehairan melihatkan perubahan sikap Helmi hari ini.

      Helmi membawa motosikalnya laju. Sesuka hatinya. Dia masih bengang dengan perangai Fairus dan Ridzwan yang dianggap tidak berperasaan. Dia sendiri tidak tahu kenapa, bila mendapat tahu mangsa taruhan mereka seterusnya adalah Dewi, dia merasakan ada sesuatu menyelubungi perasaannya. Mahu menyelamatkan nasib Dewi daripada menjadi mangsa permainan Andy yang seterusnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2010 02:53 AM | Show all posts
12

SELESAI bersiap, Dewi terus melangkah ke aras bawah, menuju ke ruang makan. Sudah menjadi kebiasaannya untuk bersarapan dahulu sebelum ke sekolah. Sarapan adalah baik untuk seseorang yang masih bergelar pelajar demi kecergasan minda di waktu pagi. Tetapi dia sekadar memakan makanan yang ringan-ringan sahaja, pada kuantiti yang sedikit. Jika mengambil pada kuantiti yang banyak, berkemungkinan akan berasa mengantuk semasa di dalam kelas nanti.

      Dewi terkejut melihat ibunya sedang duduk bersarapan. Jarang benar dia dapat bersarapan bersama ibunya. Selalunya, awal-awal pagi lagi ibunya sudah ke pejabat.

      "Assalamualaikum, ibu. Good morning," ucap Dewi sambil menghulur tangan untuk bersalaman dengan ibunya. Ibunya menyambut salaman itu lalu Dewi mengucup tangan ibunya mesra.

      "Ibu tak pergi office lagi?" tanya Dewi kehairanan selepas meleraikan salam. Dia duduk di sebelah ibunya. Pinggan yang berisi nasi goreng yang telah disediakan oleh Mak We dicapai.

      "Ibu pergi lambat sikit. Lagipun ibu ada metting dengan klien di luar pagi ni." Azizah mengukir senyuman yang paling manis.

      "Oh…" Dewi sambil menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan.

      "Hujung minggu ni… Dewi ada dating dengan ayah?" Azizah sekadar bertanya.

      Dewi memandang ibunya hairan. Hairan melihat perlakuan ibunya hari ini. Seolah-olah ada sesuatu yang berat ingin disampaikan kepadanya.

      "Hujung minggu ni?" Dewi berfikir sejenak. "Rasanya tak confirm lagi kut. Kenapa, ibu?" Tidak pernah-pernah ibunya bertanyakan tentang aktiviti hujung minggunya. Membuatkan Dewi sedikit hairan.

      "Bukan apa, hujung minggu ni, kawan ibu nak datang rumah. Jadi… ibu ingat nak buat masak-masak untuk dia sikit," jawab Azizah berhati-hati.

      "Kawan ibu? Ramai ke?"

      "Tak adalah ramai. Sorang aje."

      "Lelaki ke perempuan?" tanya Dewi seperti seorang inspektor polis.

      Azizah tidak terus menjawab. Berat hati. Takut jawapannya bakal buat Dewi terkejut dan mungkin tidak dapat menerima kehadiran tetamunya hujung minggu ini.

      "Lelaki," jawab Azizah sambil mengetap bibir.

      "Boyfriend ek?" Dewi cuba mengusik.

      Tersedak Azizah mendengar pertanyaan anaknya itu. Melihatkan reaksi Dewi, seolah-olah anaknya dapat menerima kehadiran tetamu istimewa hujung minggu ini. Hatinya terasa sedikit lega.

      "Isy, ke situ pulak. Jadi, macam mana? Dewi ada dating dengan ayah ke hujung minggu ni?" tanya Azizah lagi inginkan kepastian.

      "Nantilah, Dewi cakap dengan ayah ek." Hanya itu sahaja yang mampu Dewi berikan sebagai jawapan. Dia tidak berani berjanji dengan ibunya buat masa ini.

      "Thanks, sayang," ucap Azizah girang. Tidak sangka, respons yang diberikan oleh Dewi lebih ke arah positif. Dia tidak sabar pula untuk menunggu sehingga hujung minggu ini.

      "Okeylah, ibu, Dewi dah lambat nak ke sekolah ni. Pak Mat pun dah lama tunggu kat luar tu. Dewi pergi dulu," pinta Dewi lalu menghulur tangan untuk bersalam. Selepas bertemu pipi, Dewi tergesa-gesa meluru keluar.

      Azizah hanya tersenyum sendirian. Lega hatinya apabila Dewi tidak menunjukkan reaksi negatif mengenai rancangannya hujung minggu ini.

SELEPAS Dewi menutup semula daun pintu kereta, Pat Mat terus memandu meninggalkan pekarangan pintu masuk utama sekolah. Dewi menoleh ke kiri dan kanan sebanyak dua kali sebelum melintas jalan. Keadaan pintu pagar utama sekolah agak sesak pagi ini. Ibu bapa dan penjaga berpusu-pusu menghantar anak masing-masing. Dalam kesesakan itu Dewi terus ke kelasnya. Sempat Dewi melontarkan senyuman kepada pak cik pengawal sekolah yang sedang sibuk mengawal kesesakan di depan pintu pagar.

      Dewi terus melangkah. Dia terpaksa melintasi depan perpustakaan dan bilik guru sebelum sampai ke kelasnya. Semasa melintasi perpustakaan, dia terpandangkan seorang budak lelaki sedang memandangnya. Budak lelaki yang selalu memandangnya setiap pagi. Dia sendiri tidak tahu, apa yang budak lelaki itu inginkan daripadanya.

      Dewi mulai cemas apabila budak lelaki itu tiba-tiba mengekorinya. Bunyi hentakan tapak kasut budak lelaki itu pada tanah, seolah mengikut rentak langkah kakinya. Dewi terus memasang telinga. Langkah dilajukan. Walaupun ramai pelajar lain lalu-lalang di situ, budak lelaki itu terus berani mengekorinya sehinggalah dia melepasi kawasan bilik guru.

      Dewi mengekor pandangan ke belakang. Langkahnya sama seperti tadi. Dia masih melihat kelibat budak lelaki. Dewi melajukan lagi langkahnya. Dia sedang melintasi kelas pelajar tingkatan empat. Jarak yang dekat dirasakan begitu jauh. Takut benar dia kepada budak lelaki yang tidak pernah dikenali itu. Dia takut budak lelaki itu bakal mengapa-apakanya. Jika dia diapa-apakan, dia akan menjerit sekuat hati.

      "Hei, budak! Kau nak ke mana ha?" Budak lelaki itu tiba-tiba muncul dari arah depan.

      Dewi terkejut dan langkahnya serta merta terhenti. Perasaannya terus diselubungi cemas. Kaki terasa berat untuk melangkah. Seolah ada gam pada tapak kasutnya, membuatkan dia tidak boleh bergerak. Pelajar-pelajar lain yang lalu-lalang di sekelilingnya seolah tidak perasan akan kewujudan dia dan budak lelaki itu di situ.

      Dewi memandang ke arah bilik guru. Dia ingin menjerit meminta tolong bila melihat budak lelaki itu mula melangkah, menghampirinya dengan pandangan yang cukup rakus sekali. Dia cuba untuk menjerit sekuat hati. Tapi… suaranya seolah hilang ditelan udara. Puas dia menjerit, sampai mahu tercabut anak tekak, tapi yang mengendahkan jeritannya.

      "Hai, awak. Awak! Awak!"

      Dewi tersentak apabila Andy tiba-tiba muncul di depan mata.

      "Awak kenapa ni? Berangan ke?" tanya Andy lagi.

      Dewi terus melilaukan pandangan ke sekeliling. Dia masih di hadapan bilik guru. Cepat-cepat dia menoleh ke belakang. Budak lelaki yang mengekorinya tadi sudah tiada. Dia menghela nafas lega. Apa yang berlaku tadi rupanya hanya khayalannya sahaja. Pelajar-pelajar lain yang lalu-lalang di kawasan itu memandang pelik kepadanya.

      "Awak okey?" tanya Andy lagi, kelihatan sedikit cemas melihatkan keadaan Dewi ketika ini.

      "Sa… saya okey," jawab Dewi tergagap-gagap sambil tersenyum paksa.

      "Kenapa awak tiba-tiba sahaja macam ketakutan ni?" tanya Andy musykil melihat Dewi tiba-tiba berdiri terpaku, mengerutkan wajahnya sambil menutup mata.

      "Tak ada apa-apa," jawab Dewi serba salah. Dia tidak mahu berterus terang kepada Andy mengenai fantasinya tadi yang dianggap mengarut. Pasti dia bakal ditertawakan.

      "Saya masuk kelas dulu ya?" pinta Dewi lalu melangkah laju menuju ke arah kelasnya.

      "Dewi!" Andy memanggil.

      Sepantas kilat Dewi berpaling ke wajah kesayangannya itu.

      "Waktu rehat nanti jumpa di perpustakaan macam biasa ek?" Andy seolah mengingatkan.

      "Okey…" jawab Dewi girang lalu menyambung semula langkahnya menuju ke kelas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2010 02:53 AM | Show all posts
Andy hanya menggeleng perlahan sambil tersenyum sendirian. Kelakar melihat situasi Dewi tadi yang tiba-tiba sahaja terpaku, seolah ketakutan. Hatinya merasakan sesuatu terhadap Dewi. Sejak kebelakangan ini, dia sering mengalami suatu perasaan jika tidak melihat atau mendengar suara Dewi dalam suatu hari. Dia merasakan seolah harinya tidak lengkap.

      Dia hairan kenapa perasaan ini mengganggunya ketika ini. Sebelum ini, dia tidak pernah sedikit pun merindui mangsa-mangsa mainan perasaannya. Tetapi dengan Dewi… Perasaan ego datang menerpa, terus dia menidakkan perasaannya tadi. Dia cuba menganggap Dewi sama seperti mangsa-mangsanya sebelum ini.

      Andy tersengih sendiri, seolah memperlekehkan kata hatinya tadi lalu melangkah menuju ke kelasnya. Dia akan cuba untuk tidak jatuh cinta kepada Dewi. Rindu itu hanya mainan perasaannya sahaja supaya dia kalah dalam taruhannya. Oh, tidak sama sekali!

MELANGKAH sahaja Cikgu Ahmad keluar dari kelas, selepas selesai mengajar subjek pertama untuk hari itu iaitu Geografi, Sem yang duduk di meja depan terus melangkah menuju ke meja Dewi.

      "Dewi, kau free tak Sabtu ni?" tanya Sem selepas sampai ke meja Dewi.

      Dewi tidak terus menjawab. Dia terus menyiapkan lukisan peta dunia di dalam buku rampaian Geografinya. Selepas beberapa saat kemudian, barulah siap lukisannya itu. Sem terus menanti jawapan Dewi dengan sabar.

      "Kenapa?" tanya Dewi acuh tidak acuh sambil membetul-betulkan lukisan peta dunia yang dilukisnya.

      "Hang out jom?" ajak Sem beria.

      "Nak hang out kat mana? Kat mall ke?" sampuk Siti sebelum sempat Dewi menjawab soalan Sem tadi. Teruja benar dia bila mendengar perkataan hang out yang dikeluarkan oleh Sem tadi.

      "Mestilah hang out kat mall. Takkan nak hang out kat dewan sekolah ni kut?" perli Sem sambil mengulum bibir dan menaikkan anak mata.

      "Eleh, manalah tahu, kan? Kau nak suruh kita orang hang out kat dewan sekolah untuk tengok kau menari zapin kau tu," sindir Siti sambil membentuk-bentukkan bibir.

      "Amboi, perli maklah ya?" kata Sem sambil mencekak pinggang.

      "Apalah kau orang ni. Satu hari kalau tak bertikam lidah tak boleh ke?" celah Dewi sambil menyimpan buku rampaian Geografinya.

      "Boleh, lepas ni kita orang bertikam pisau pulak," tempelak Sem sambil mengelip-ngelipkan matanya kepada Dewi.

      "Hisy, kau ni. Makin menjadi pulak mengarutnya." Dewi menggeleng-geleng perlahan.

      "Jadi, macam mana Sabtu ni, kau free tak?" Sem kembali ke pangkal pertanyaannya tadi.

      "Kau ni apa hal? Tiba-tiba aje beria nak ajak aku hang out ni?" tanya Dewi hairan.

      Sebelum ini Sem tidak pernah mengajaknya untuk keluar ke pusat membeli-belah berhampiran. Jadi, ajakan pertama Sem ini cukup menghairankan Dewi. Mesti ada sesuatu yang Sem cuba rancangkan.

      "Alah, tak boleh ke aku nak ajak kau hang out, nyah? Yalah, aku sedar, siapalah aku ini," jawab Sem dengan nada merajuk.

      "Eleh merajuk konon. Buruklah kau merajuk. Muka dah macam tenuk," usik Siti tiba-tiba.

      "Amboi mulut kau. Laser ek? Kau tu dah macam hippo tau!" bentak Sem sambil mengembungkan pipi.

      Siti hanya menjelir lidah, mengejek.

      "Emm… tak pasti lagilah, Sem. Sebab ayah aku kata nak jumpa aku Sabtu ni," jawab Dewi hampa.

      "Kalau macam tu, kita hang out Sunday. Okey?" Sem mengubah hari.

      "Ahad tak boleh. Aku ada janji dengan ibu aku. Nak tolong dia masak. Kawan dia nak datang rumah kita orang," jawab Dewi jujur.

      "Alah…" Sem merungut.

      "Next weeklah." Dewi cuba memujuk.

      Nampak gayanya rancangannya untuk menemukan Dewi dengan seseorang terpaksa dibatalkan. Sem mengelamun seketika.

      "Weh, Cikgu Aris dah sampai tu, pergilah balik tempat duduk kau." Siti menyampuk selepas melihat kelibat Cikgu Aris sedang melangkah menuju ke kelas mereka.

      Terkocoh-kocoh Sem kembali ke tempat duduknya. Dewi dan Siti hanya menahan gelak melihat gelagat kawan baik mereka itu.

ANDY melangkah, menuju ke tempat duduk Helmi. Keadaan di dalam kelas riuh-rendah kerana cikgu yang akan mengajar subjek seterusnya masih belum tiba. Ada sesuatu yang ingin dia tanyakan kepada Helmi.

      "Betul ke apa yang aku dengar?" tanya Andy perlahan selepas melabuhkan punggung di sebelah Helmi.

      Helmi tersentak. Tiba-tiba dia menggelabah. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia menggelabah apabila berhadapan dengan Andy hari ini. Sebelum ini dia tidak pernah mengalami situasi sebegini. Melihatkan wajah Andy yang serius, dia pasti ada sesuatu yang berat akan ditanyakan padanya. Sudah pasti pasal hal semalam, bila dia tiba-tiba mempertikaikan pertaruhan mereka sebelum ini.

      "Apa yang kau dengar?" tanya Helmi buat-buat tak tahu.

      "Jangan nak berdalihlah, Helmi. Kenapa tiba-tiba kau nak tarik diri?" Andy memperlekehkan jawapan Helmi tadi.

      "Apa yang kau cakap ni? Aku tak faham langsung." Helmi terus berpura-pura walaupun hakikatnya dia tahu benar maksud sebenar pertanyaan kawannya itu.

      "Wan cakap, kau nak tarik diri daripada taruhan kita. Betul ke?" tanya Andy serius.

      Seperti yang sudah dijangka oleh Helmi tadi, hal inilah yang bakal dibincangkan sebentar lagi. Helmi memandang ke luar kelas. Cuba mencari kelibat Cikgu Fauziah yang akan mengajar subjek seterusnya. Tapi harapannya hampa. Kelibat Cikgu Fauziah masih tidak muncul-muncul juga. Dia ingin lari daripada menjawab pertanyaan Andy itu.

      "Ha’ah," jawab Helmi was-was.

      "Kenapa?" Lekas Andy menanya.

      Helmi tersentak apabila Andy semakin serius memandangnya, membuatkan dia serba salah dengan pandangan itu. Dia mengulum bibir. Mengambil nafas untuk menjawab pertanyaan itu. Dia perlu menggunakan ayat yang betul, agar jawapannya nanti tidak menyerlahkan perasaannya yang sebenar ketika ini.

      "Aku dah tak sanggup nak teruskan taruhan gila ni. Sampai bila kau nak permainkan hati budak perempuan?" Helmi meluahkan juga pertanyaan itu walaupun hatinya kegusaran.

      "Alah, aku bukan buat apa-apa pun pada dia orang tu. Cuma main-mainkan aje. Aku tak buat benda-benda tak senonoh pun pada dia orang, walaupun ada yang sanggup nak serah," jawab Andy menegakkan prinsipnya. Walaupun dia selalu memainkan perasaan perempuan, dia tidak akan sesekali cuba untuk merosakkan mangsa-mangsanya. Dia juga masih waras dan ada perasaan timbang rasa.

      "Aku tahu. Cuba kau bayangkan kau di tempat Dewi. Apa akan kau rasa?" Helmi cuba mencungkil perasaan sebenar Andy jika dia berada di tempat Dewi.

      Andy tergelak. Pertanyaan Helmi itu dianggap merepek. Buat setakat ini, kata hatinya masih kuat mengatakan cinta belum boleh menerkam perasaannya. Ego lelakinya masih bermaharajalela dalam sanubarinya, menyebabkan tiada ruang untuk sang cinta mencelah, mengisi ruang.

      "Kau ni kenapa? Tiba-tiba aje berubah. Sebelum ni kau tak macam ni. Kenapa kau tiba-tiba aje macam ni? Dah kena virus wanita ke?" Andy cuba mengejek.

      "Lantak kaulah nak fikir apa pun, Andy. Aku tak nak terlibat dalam taruhan gila ni. Satu hari nanti, kalau dah kena pada batang hidung kau sendiri, baru kau tahu." Helmi serius. Sakit hati mendengar kata-kata Andy yang seolah-olah memperlekehkan soalannya tadi.

      "Jadi, kau memang betul-betul nak tarik diri daripada taruhan ni selepas aku hampir berjaya pikat si Dewi tu?" Andy seolah mempertikaikan keputusan Helmi.

      Helmi memandang Andy serius. Tidak menyangka Andy akan mengeluarkan kata-kata itu. Kata-kata Andy itu seolah-olah mengatakan dia sebenarnya takut kalah. Fakta itu tidak benar sama sekali.

      "Kau anggap aku takut kalah?" tanya Helmi sekadar ingin memastikan anggapannya benar ataupun tidak.

      Andy menonongkan wajahnya seolah mengiakan kata-kata Helmi tadi. Helmi rasa tercabar.

      "Okey. Aku teruskan taruhan ini. Tapi aku nak tambah syarat pertaruhan kita ni," jelas Helmi. Satu rancangan baru terancang di mindanya ketika ini, secara spontan.

      "Tambah syarat? Apa yang kau nak tambah?" Andy kehairanan.

      "Kalau kau kalah, tidak berjaya untuk memiliki hati Dewi, kau kena janji takkan buat kerja-kerja ni lagi. Kalau kau menang, kau berjaya meraih hati Dewi, aku akan bayar kau dua kali ganda daripada jumlah taruhan kita sebelum ini," jelas Helmi panjang lebar mengenai rancangan barunya.

      Andy mengelamun seketika. Mempertimbangkan permintaan Helmi kemudian tersengih. "Sure? Kau takkan menyesal?"

      Helmi hanya mengangguk.

      "Deal?" Andy sambil menaikan jari kelengkeng kepada Helmi.

      "Deal." Helmi mengail jari kelengkeng Andy tanda perjanjian baru itu telah terpateri serta-merta.

      Andy tersengih sinis kepada Helmi sebelum kembali ke mejanya.

      Helmi terasa yakin dengan perjanjian barunya tadi. Apa yang perlu dia lakukan kini adalah memastikan Andy tidak akan berjaya untuk meraih hati Dewi. Itulah matlamat barunya kali ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.259164 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list