CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22597|Reply: 360

‘Tsunami berlaku kehendak Abuya’

   Close [Copy link]
Post time 26-5-2010 09:28 AM | Show all posts |Read mode
‘Tsunami berlaku kehendak Abuya’
Oleh Anwar Hussin

2010/05/26
Hatijah dakwa Asaari ada ‘power’ angkat, terbangkan air lautan sebesar gunung

KUALA LUMPUR: Sebulan sebelum Asaari Muhammad atau Abuya meninggal dunia, isteri keduanya, Hatijah Aam, melancarkan buku tulisannya berjudul Tsunami: Bukti Abuya Putra Bani Tamim dengan mendakwa tsunami yang melanda Aceh pada 2004 adalah kehendak dan perintah Asaari.

Beliau turut mendakwa bekas pemimpin Al-Arqam itu akan mengambil alih tampuk pemerintahan Indonesia daripada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Buku yang dilancarkan di Hotel Sultan, Jakarta pada 7 April lalu, mendapat kritikan keras Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Barat yang mengisytiharkan ia sebagai sesat dan meminta kerajaan Indonesia mengharamkannya. Bagaimanapun, buku berkenaan tidak dipasarkan di negara ini dan hanya diedarkan kepada ahli saja.
Dalam buku 83 halaman itu, Hatijah mendakwa Asaari yang mengarahkan terjadinya tsunami dan meminta semua anggota bekas Al-Arqam keluar dari Aceh sebelum kejadian.

“Abuya Asaari itu ‘power’ yang mampu mengangkat air satu lautan sebesar gunung dan menerbangkan secepat kapal terbang Boeing ketika ketinggian 30,000 kaki iaitu 700km sejam. Senjata tsunami keajaiban ciptaan Abuya Asaari untuk memerangi orang yang gila berperang di Aceh agar kemudian tidak sanggup berperang lagi di bumi milik Abuya Asaari itu” tulis Hatijah dalam bab tiga buku itu.

Malah, bagi menggambarkan keajaiban Asaari, dalam bab empat berjudul Perang Penuh Keajaiban, Hatijah menceritakan satu keluarga terselamat daripada maut ketika tsunami dengan hanya menyebut nama Abuya.

“Diceritakan ketika saat air laut sampai ke tahap leher, anggota keluarga pegawai kesihatan Aceh, Rita Mutia, saling berpegangan tangan dan memohon ampun daripada Allah serta menjerit Mak, Ayah, tolong ,Ya Allah tolong! Ya Allah tolong! Bagaimanapun, abang Rita, iaitu Syeikh Mujiburrizal meminta Rita jangan meminta tolong kepada Allah melainkan kepada Abuya. Syeikh pun dengan lantang berteriak ‘Abuya tolong!’ dan Rita turut menjerit meminta pertolongan daripada Abuya”.
Hatijah mendakwa keluarga berkenaan terselamat daripada maut hanya dengan menjerit nama Abuya apabila sebuah kapal ikan yang dipandu pasukan penyelamat ghaib berada berhampiran mereka.

Dalam bab enam yang berjudul Betulkah Abuya Asaari Putra Bani Tamim, Hatijah menulis “Kerana mengaku dialah Putra Bani Tamim atau Putra Bani Hashim atau Satria Piningit itu. Dan dialah bakal Presiden Indonesia selepas ini”.

Buku yang turut dilancarkan di Bandung pada 23 April lalu, mendapat kritikan MUI Jawa Barat yang mengatakan tulisannya tidak masuk akal dan menyesatkan.

Setiausahanya, Rafani Akhyar, berkata, tiada sesiapa yang boleh mendatangkan tsunami atau sebarang bencana dan hanya Allah SWT yang mampu berbuat demikian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2010 09:32 AM | Show all posts
deyyy ....... kan better musibah tsunami turun d israeL ke...... US ke..... buanG karan Lerr iF stakat Acheh ...

biLer La..... GenG2 ni nak berenti meraban
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:34 AM | Show all posts
giler..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:40 AM | Show all posts
taksub gila bini abuya ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:43 AM | Show all posts
abuya bakal presiden indon dari alam barzakh
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:45 AM | Show all posts
dah kojol dah pun... tinggi benor angan2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2010 09:46 AM | Show all posts
puok2 sarban soya ni suka betul dengan perkataan ajaib
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:46 AM | Show all posts
rasa nak kutuk jugak ni..   , betul ker tak buku ni.. ? takkan sampai mcn tu sekali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2010 09:46 AM | Show all posts
‘Tsunami berlaku kehendak Abuya’
Oleh Anwar Hussin

2010/05/26
Hatijah dakwa Asaari ada ‘powe ...
goodshot Post at 26-5-2010 09:28



   
Astaghfirullahalazimm.....







Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:49 AM | Show all posts
makin mengarut laaa dorang nieee...bila laaa nak insaf eikkk....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:49 AM | Show all posts
wahai pengikut2 arqam.......kalau betullah abuya tu sepower root macam tu...kenapa tak diturunkan ajer tsunami kat israel dan amerika nun? korang tak pernah request ke cam tu kat abuya?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:50 AM | Show all posts
[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:50 AM | Show all posts
"jangan meminta tolong kepada Allah melainkan kepada Abuya".

Astafirullah, sesat sungguh dia orang ni. Abuya tu dah mcm firaun lah pulak. Mudah2an pengikut diaorang ni cepat sedar dan bertaubat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:51 AM | Show all posts
Buku yang turut dilancarkan di Bandung pada 23 April lalu, mendapat kritikan MUI Jawa Barat yang mengatakan tulisannya tidak masuk akal dan menyesatkan.

Setiausahanya, Rafani Akhyar, berkata, tiada sesiapa yang boleh mendatangkan tsunami atau sebarang bencana dan hanya Allah SWT yang mampu berbuat demikian
goodshot Post at 26-5-2010 09:28


orang indon pun boleh nampak yang dakwaan puok2 sarban soya ni tak masuk akal
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:51 AM | Show all posts
Boleh menerbangkan pesawat Boeing pada ketinggian 30,000 pada kelajuan 700kmj?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:51 AM | Show all posts
mana geng x2 abuya jawabbbbb...,  ...betul ker tidak ni...?      
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2010 09:51 AM | Show all posts
Astaghfirullahalazimm.....
Lina66 Post at 26-5-2010 09:46


aku pn mengucap panjang...ya allah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:53 AM | Show all posts
elok diaorang jadi mat jenin ajerlah....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:54 AM | Show all posts
wahai pengikut2 arqam.......kalau betullah abuya tu sepower root macam tu...kenapa tak diturunkan aj ...
kambeng_masam Post at 26-5-2010 09:49


abuya belum sempat tarbiah geng israel... kalu dia balakan islael ngan tsunami nanti x dah bukti orang terselamat dengan jeritan  'abuya tolong', tak dak modai nak tulis buku nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:57 AM | Show all posts
tak pun doa abuaya tak mustajab kat israel??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.067788 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list