CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2546|Reply: 1

UPM cipta alat pengesan formaldehid

[Copy link]
Post time 26-8-2010 06:56 PM | Show all posts |Read mode
UPM cipta alat pengesan formaldehid26/08/2010 3:09pm


SERDANG – Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta alat pengesan bahan pengawet mayat yang terdapat  pada ikan dan makanan laut.


Penyelidiknya, Prof. Madya Dr. Fatimah Abu Bakar berkata, alat yang menggunakan teknologi biosensor itu sangat pantas dan berkesan untuk mengesan penggunaan bahan kimia tersebut yang boleh menyebabkan kanser jika dimakan.

Katanya, ia hanya mengambil masa 10 minit sahaja berbanding secara konvensional iaitu selama satu hari dan ia mudah digunakan berbanding kaedah sedia ada yang memerlukan masa yang lama, rumit dan khidmat pakar di makmal.

“Keputusan yang diperolehi juga tepat kerana ia sensitif dalam mengesan kandungan kadar formaldehid dalam produk makanan yang diuji.

“Alat itu juga dapat membantu agensi pengawasan dan pemantauan termasuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia serta pengguna dalam memantau penyalahgunaan bahan kimia terlarang itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Fatimah berkata, produk itu masih dalam peringkat prapengkomersialan dan menunggu mana-mana syarikat yang berminat untuk mengkomersialkannya.

Formaldehid adalah bahan pengawet mayat yang banyak digunakan dalam sektor perkilangan seperti pembuatan kertas, plywood, dan di hospital untuk tujuan pengawetan tisu spesimen.

Bahan kimia itu berbahaya kepada manusia kerana boleh menyumbang kepada risiko penyakit kanser paru-paru, kanser otak dan leukemia. – Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2010 07:03 PM | Show all posts
formadehyde ni ...dr aldhedyde group kan

nama SI nye = methanal..



digunakan tuk awet mayat..yes indeed
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.129536 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list