CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2212|Reply: 0

Pesawat kargo pecah dua semasa pendaratan kecemasan di Costa Rica

[Copy link]
Post time 9-4-2022 01:38 PM | Show all posts |Read mode


Pesawat kargo DHL dilihat dalam keadaan pecah dua selepas melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juan Santa Maria di San Jose, Costa Rica, kelmarin. — Gambar AFP

SAN JOSE: Sebuah pesawat kargo pecah dua ketika melakukan pendaratan kecemasan di Costa Rica kelmarin, dalam satu kemalangan yang menyebabkan penutupan sementara lapangan terbang antarabangsa di  San Jose.

Asap yang berkepul-kepul keluar dari pesawat berwarna kuning terang  milik  gergasi logistik Jerman DHL ketika ia  mendarat  untuk berhenti, telah tergelincir keluar dari laluan apabila ia berpusing dan pecah  di sekitar bahagian tayar depan.

Dua anggota kru di dalamnya berada “dalam keadaan baik,” menurut ketua  bomba Costa Rica, Hector Chaves.

Bagaimanapun, kedua-dua anggota kru yang berasal dari Guatemala itu telah dihantar ke hospital sebagai satu langkah berjaga-jaga “bagi pemeriksaan perubatan,” menurut Guido Vasquez, seorang kakitangan Palang Merah.

Juruterbang tersebut berada dalam keadaan terkejut namun kedua-dua kru dalam keadaan sedar dan “mengingati semua kejadian dengan jelas,” tambah Vasquez.

Kemalangan berlaku hanya sebelum jam 10.30  pagi waktu tempatan selepas pesawat Boeing-757, yang berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Juan Santamaria di luar San Jose, telah terpaksa untuk kembali 25 minit kemudian bagi melakukan pendaratan kecemasan berpunca daripada satu masalah teknikal.

Nampaknya  kru terbabit telah memaklumkan pihak berkuasa tempatan mengenai masalah hidraulik.

Lapangan terbang ditutup sehingga jam 6 petang waktu tempatan. — AFP


utusanborneo.com.my/2022/04/09
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.040381 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list