CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 422|Reply: 0

Norhayati, Muthu putih mata

[Copy link]
Post time 19-4-2022 12:05 PM | Show all posts |Read mode

MUTHU, Norhayati

Kuala Lumpur: Tanda tanya siapa sebenarnya menerajui kepimpinan Persatuan Olahraga Selangor (POS) akhirnya menemui noktah apabila pendaftaran badan induk olahraga negeri itu dibatalkan.

Situasi terbabit dimaklumkan Pesuruhjaya Sukan (PJS) Ibrahim Mohd Yusof yang turut menyatakan segala pemilihan termasuk kepemimpinan terdahulu persatuan itu adalah tidak sah.

Keputusan terbabit secara tidak langsung menyaksikan perebutan jawatan kepimpinan tertinggi POS membabitkan bekas atlet Kuala Lumpur, Norhayati Karim dan Datuk SM Muthu ternyata sia-sia kerana ketika ini tiada lagi persatuan olahraga negeri untuk dipimpin mereka.

Malah, pembatalan pendaftaran POS bermakna ketika ini Selangor tidak mempunyai persatuan olahraga negeri yang bertindak sebagai 'payung' kepada atlet mereka terutama dalam merangka program dan aktiviti pada masa akan datang.

Ibrahim berkata, perkara terbabit dimaklumkan kepada pihak berkaitan sekali gus terpulang kepada ahli gabungan itu untuk memilih barisan kepimpinan baharu.

"Kami mengeluarkan surat kepada POS pada 24 Mac lalu mengatakan pendaftaran mereka dibatalkan dan sekarang boleh dikatakan persatuan itu tiada lagi.

"Alasannya adalah POS tidak lagi aktif dan bukan entiti yang patut atau wajar didaftarkan untuk mewakili sukannya di mana-mana negeri atau di Malaysia.

"Semua perkara berlaku sebelum ini termasuk membabitkan pemilihan kepimpinan baharu POS sudah tiada dan ahli gabungan perlu mengadakan pemilihan kelak," katanya, ketika ditemui Arena Metro.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan bahawa kem POS boleh dikatakan semakin huru-hara apabila Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Olahraga Selangor yang diadakan pada 12 Disember lalu tidak sah.

Hal ini bermakna, kepimpinan yang dilantik pada AGM terbabit tidak terpakai sekali gus timbul tanya siapa sebenarnya yang menerajui badan induk olahraga negeri itu.

Pemilihan baharu itu diadakan berikutan kepimpinan POS bergolak selepas persatuan terbabit memutuskan untuk memecat Muthu selaku presiden daripada memegang sebarang jawatan di dalam badan induk olahraga negeri itu.

Keputusan itu diambil selepas Jawatankuasa Induk POS melalui Jawatankuasa Kecil Tatatertib yang ditubuhkan berlandaskan perlembagaan POS sebulat suara menyokong usul berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ti-muthu-putih-mata

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54266 Replies : 17
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54365 Replies : 2
Notis muflis ke atas Che Ta, anak oleh MARA
maklukpenggodaNotis muflis ke atas Che Ta, anak oleh M
Views : 42819 Replies : 202
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 278974 Replies : 8143
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 31169 Replies : 32
'Tak takut ke esok Allah hisab?' kontraktor pula 'expose' perangai Che Ta selepas MARA
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 753 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50117 Replies : 168
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 45196 Replies : 165
Biar papa asal bergaya - che ta tak bayar gaji driver
zurieyBiar papa asal bergaya - che ta tak baya
Views : 74022 Replies : 711
KL tidak berbaloi dilawati kotor, sesak
maklukpenggodaKL tidak berbaloi dilawati kotor, sesak
Views : 15459 Replies : 37

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.081216 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list