View: 716|Reply: 0
|
Nasib berbeza Aaron-Wooi Yik, Izzuddin-Sze Fei
[Copy link]
|
|
Aksi Aaron-Wooi Yik ketika menentang pasangan Indonesia pada pusingan pertama Terbuka Indonesia hari ini.
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yakin mampu mengatasi pasangan Belanda, Ruben Jille-Ties Van Der Lecq pada aksi pusingan kedua sekali gus layak ke suku akhir Terbuka Indonesia, esok.
Terdahulu, pilihan kelima kejohanan itu mengesahkan kemaraan ke kelompok 16 terbaik selepas menewaskan pasangan berpengalaman Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang 21-18, 11-21, 21-11 dalam aksi pusingan pertama di Stadium Istora Senayan, hari ini.
Jille-Der Lecq pula mara selepas menyingkirkan pasangan Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov 18-21, 21-17, 21-15.
Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 menang ke atas Jille-Der Lecq dalam satu-satunya perlawanan antara mereka ketika Terbuka Denmark, tahun lalu.
"Ini adalah peluang untuk kami (layak ke suku akhir), kami akan bertemu salah satu daripada dua beregu Eropah. Kami pernah bertemu mereka sekali (Jille-Der Lecq) dan kami yakin mampu bermain dengan baik.
"Cuma, kami berharap tidak banyak melakukan kesilapan mudah seperti mana yang berlaku dalam perlawanan hari ini (ketika menentang Gi Jung-Sa Rang)," kata Wooi Yik yang menyaksikan dia Aaron tersingkir di suku akhir Masters Indonesia, minggu lalu.
Sementara itu, skrip berbeza dihasilkan satu lagi beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei yang tersingkir di pusingan pertama selepas tewas kepada wakil tuan rumah, Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto 19-21, 14-21.
Dalam saingan beregu campuran, pertembungan dua wakil negara menyaksikan Chen Tang Jie-Valeree Siow mengatasi mengatasi Choong Hon Jian-Peck Yen Wei 21-17, 21-14 untuk mara ke pusingan kedua akan berdepan pasangan tuan rumah, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti, esok.
Kegembiraan turut dijelmakan satu lagi beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See yang mahu menebus kekecewaan selepas terpaksa menarik diri di pusingan kedua Masters Indonesia akibat keracunan makanan menerusi kemenangan ke atas pasangan England, Marcus Ellis-Lauren Smith 21-15, 21-16.
Bagaimanapun, tugas berat menanti mereka apabila dijadual menentang pasangan nombor empat dunia dari China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping bagi perebutan tempat ke kelompok lapan terbaik.
Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi pemain perseorangan lelaki profesional negara, Liew Daren yang terpaksa akur apabila tersingkir di pusingan susulan kekalahan di tangan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu 19-21, 18-21.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ik-izzuddin-sze-fei |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|