CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2744|Reply: 0

MINDEF hasrat wujudkan kawasan tanaman di kem tentera

[Copy link]
Post time 21-6-2022 06:41 PM | Show all posts |Read mode
MINDEF hasrat wujudkan kawasan tanaman di kem tentera
| | 21 Jun 2022



Hishammuddin (kiri) berjabat tangan dengan anggota ATM pada Latihan Kuasa Tembakan 2022 di Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas pada Selasa. - Foto Bernama Turut hadir Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Affendi Buang (dua, kiri). Latihan tersebut melibatkan penyertaan seramai 2,300 pegawai dan anggota dari pelbagai kepakaran serta disokong sebanyak 644 buah aset dan persenjataan. -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA


TAMPIN - Kementerian Pertahanan (MINDEF) berhasrat untuk mewujudkan kawasan tanaman di setiap kem angkatan tentera di seluruh negara bagi menjamin sekuriti makanan terutama untuk keperluan anggota.


Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pada peringkat permulaan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas di sini telahpun dijadikan projek rintis bagi tujuan berkenaan.


"Aktiviti bercucuk tanam itu dah ada pun. Saya dah tengok tadi... jadi dalam apa jua keadaan termasuk harga makanan melambung, kita ada kemampuan sendiri. Sekurang-kurangnya anggota boleh fokus kepada tanggungjawab mereka iaitu keselamatan dan pertahanan.


"Saya nak dapat laporan nanti dan sekiranya boleh diperluaskan untuk kesemua kem atau mungkin setiap zon," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 ATM di sini pada Selasa.


Beliau berkata, perbincangan mengenai perkara itu telah dibuat bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain.


Pada Isnin, Zamrose menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan Ladang Integrasi Tentera Darat di Kem Syed Sirajudin dilaksanakan menerusi Program Kelestarian Makanan Tentera Darat bertujuan membantu meringankan kos sara hidup warganya melalui hasil pertanian.


Beliau berkata, ia juga sebagai langkah awal dalam menangani permasalahan krisis makanan yang berkemungkinan dihadapi pada masa hadapan sekali gus memastikan kelestarian makanan terutama dalam kalangan anggota dan masyarakat sentiasa terjamin.


Sementara itu, mengenai LKT beliau berkata, ia merupakan usaha MINDEF bagi memastikan ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus dilengkapi aset yang diperlukan meskipun dalam era pascapandemik Covid-19.


"Selagi saya Menteri Pertahanan, kami akan buat apa sahaja bagi memastikan, moral mereka tinggi dan semangat mereka kuat dan Insya-Allah apa yang mampu kita lakukan dari apa juga aspek.


"Pengguna akhir (tentera) yang akan gunakan aset ini, wajar mereka ini menentukan jenis aset-aset yang diperlukan dan sekiranya kita mampu dalam konteks kewangan negara, Kementerian Pertahanan akan mempercepatkannya, itu adalah proses yang saya umumkan sebelum ini," katanya. - Bernama




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... aman-di-kem-tentera
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf



MINDEF

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.041268 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list