CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 904|Reply: 0

Beasley janji bantu Nurul Izzah capai impian

[Copy link]
Post time 12-7-2022 10:42 AM | Show all posts |Read mode

Ketua jurulatih basikal trek negara, John Beasley (kanan) meraikan kejayaan Nurul Izzah Izati Mohd Asri (tengah) memenangi pingat emas acara 500 meter ujian masa individu pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di New Delhi, India, baru-baru ini. - Foto ihsan FB John Beasley.

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih basikal trek negara, John Beasley berjanji akan membantu pelumba wanita sedang meningkat, Nurul Izzah Izati Mohd Asri untuk mencapai impiannya bagi bergelar pelumba berkelas dunia.

Bagaimanapun, jurulatih dari Australia itu, berkata dia dan barisan kejurulatihan tidak boleh terburu-buru dalam merancang program buat pelumba berusia 24 tahun itu bagi memastikan perkembangannya kerjayanya melalui proses yang tepat.

"Izzah baru saja memulakan kerjayanya di pentas antarabangsa. Saya fikir dia mempunyai bakat yang istimewa tetapi kami (barisan kejurulatihan) mempunyai tanggungawab yang besar untuk memastikan perkembangannya mengikut landasan tepat.

"Kami perlu bekerja keras bagi memastikan dia mencapai impiannya. Buat masa sekarang, kami beri dia peluang untuk berlumba sebanyak mungkin dalam kejohanan untuk dia menimba pengalaman bersaing dengan pelumba utama dunia.


"Apa pun, saya tidak meragui yang dia akan menjadi pelumba berkelas dunia suatu hari nanti," kata Beasley.

Bulan lalu, Izzah mencipta sejarah apabila menjadi pelumba wanita pertama negara memenangi pingat emas dalam acara 500 meter ujian masa individu di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di New Delhi, India.

Pencapaian terbaik sebelum itu diraih bekas ratu berbasikal trek negara, Fatehah Mustapa yang memenangi perak pada edisi 2008 dan 2015.

Izzah ketika ini dalam persiapan bagi membuat penampilan sulung di Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang akan bermula 28 Julai hingga 8 Ogos ini. Pelumba muda negara itu meletakkan sasaran untuk memecahkan rekod kebangsaan acara 500m ujian masa.

Katanya, sasarannya adalah untuk mencatatkan masa di bawah 35 saat, sekali gus memecahkan rekod kebangsaan itu yang dipegang Fatehah.

Fatehah mencipta rekod kebangsaan itu dengan catatan 34.542 saat (s) pada penampilannya di Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -izzah-capai-impian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.070295 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list